Thursday, June 16, 2011

PENYAKIT TEMAN TAPI MESRA DAN KELDAI CINTA....

Dunia ini tidak lepas dari rasa jemu,sunyi dan lesu.Nikmat yang diburu, akan merasa jemu apabila sudah berada dalam genggaman. Manis,seronok dan indah hanyalah sementara.Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada ALLAH, segala bentuk cinta pada makhluknya akan berunsur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Apabila cinta kepada ALLAH Lemah  MAKA Cinta lain akan turut REBAH......

Tanpa kembali kepada cinta ALLAH, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu.Cinta yang ada di depan mata disia-siakan tetapi cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi , lesu ada yang bertindak membuka lembaran cinta baru. Mereka ketagih merasai semula haruman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa zaman muda-muda dahulu. "Orang lama" ini bermimpi untuk menjadi  "Orang baru" yang hidup penuh keceriaan, tenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan "TEMAN TAPI MESRA". Suami orang dan isteri orang berhubungan dengan mesra.Kononnya,mereka tetap menjaga perkahwinan masing-msing, mereka cuma bersahabat dengan bertemu mesra, berbual dan saling meluah rasa, di luar pengetahuan pasangan masing-masing. Inilah satu lagi PRODUK PEROSAK perhubungan rumahtangga TAJAAN SYAITAN untuk menipu  dan melalaikan manusia... TEMAN TAPI MESRA  ini adalah perbuatan di larang kerana menghampiri ZINA..Istilah ini dicipta agar mengurangkan  rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.

Tepuk dada tanyalah hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa si isteri, apabila diketahui ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat perasaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka.Pasti ada rasa tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama.Mengapa dia perlukan TEMAN TAPI MESRA? Apakah kerana  aku sudah menjadi "suami tapi tidak mesra" atau "isteri tetapi tidak cinta?"..

Anehnya,isteri atau suami yang lupa diri ni begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri jika berhadapan TEMAN TAPI MESRANYA..Kata-katanya begitu sopan, tingkahlakunya begitu baik.Apabila bersama temannya itu dialah begitu romantis atau menjadi wanita begitu beradap.Padahal dengan sumi atau isteri sendiri di rumah, tuturkatanya kasar,sapaannya selamba dan tingkahlakunya begitu pasif dan air mukanya masam dan bungkam.Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak dan merampas hak daripada yang berhak.Hak suami atau isteri telah di rampas dan diberikan kepada TEMAN TAPI MESRANYA itu!.

Itu kisah suami atau isteri yang bekerja di luar, sama ada di pejabat kerajaan atau di badan-badan swasta.Mereka mempunyai alasan ruang dan peluang untuk berselingkuh di luar.Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah?

Ya,dalam dunia tanpa sempadan dan era ict ini,segalanya berada dihujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih dengan sekali klik sahaja pada papan kekunci atau tetikus menyebabkan lebuhraya siber semakin moden menjana CINTA KAYU TIGA yang penuh dosa dan lagha (sia-sia) ini.

KELDAI CINTA. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seseorang yang bercinta secara membabi buta.Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, KELDAI CINTA ini memberi cinta sepenuhnya.Akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah,akhlak semua orang yang meyayanginya rela dikorbankan. Berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial, dalam facebook, Twitter, Yahoo!, Messenger dan sebagainya, namun cinta di alam maya itu membawa komitmen kepada alam realiti.

Bayangkan bagaimana tegar hati seorang isteri yang sudah memiliki anak rela mengabaikan semuanya kerana cinta yang mendalam kepada seorang lelaki yang kononnya memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati.Bagi seorang gadis pula rela dia meninggalkan ibu dan ayah yang menyayanginya kerana mahu mengikut kekasih hatinya.Ada pula sang suami yang sanggup berjaga malam,berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan "kekasih maya".

Mula-mula hanya bercerita kisah lama,berkenalan,berbual-bual biasa dan akhirnya mula meluahkan masalah masing-masing.Anda mungkin pernah mendengar tentang masalah ini..Alasan mereka ringkas sahaja-"saya kesepian","suami tidak pandai melayan perasaan","isteri pula tidak memahami saya".Begitulah yang sering kita dengar...Hairan juga, mereka ini bukan sehari dua baru duduk sebumbung.Sudah bertahun-tahun...berbelas tahun,malahan ada berpuluh tahun,sudah beranak pinak,bercucu,tetapi seolah-olah baru ternampak kekurangan pasangan, keaibannya, kecatatannya dan keburukan pasangan.Ini gara-gara menemui TEMAN TAPI MESRA..

Ironinya pada diri TEMAN TAPI MESRANYA semua nampak sempurna.Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak mawar, diberikan potret gambar ,si isteri yang kesepian itupun cair.Lalu berbalaslah kata cinta " I love you", " I miss You" dan sebagainya.Waktu dinihari itu sepatutnya mengejutkan isteri atau suami untuk solat tahajud,solat taubat agar mampu mendoakan isteri dan anak-anak ..tetapi digunakan untuk berbual-bual dengan KEKASIH HATI.

Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. KESEPIAN, KELESUAN  DAN KEJEMUAN tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan mungkar.Sebaiknya penuhi aktiviti dengan kerja dan amalan yang bermanfaat.Jika kita beriman dan memegang teguh  ajaran Islam, kita akan merasai tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada.Hargai kelapangan masa yang ada dan kesihatan yang baik untuk mempelajari sesuatu. Alangkah lebih elok jika dipergunakan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid,mendengar majlis ilmu, mendalami ilmu al-Quran dan memperbaiki bacaan Al-quran .

Isteri yang solehah dan suami yang soleh akan sentiasa sibuk memenuhi masa dengan aktiviti kebajikan bersama,menyediakan bekalan amalan akhirat bersama-sama, untuk menempuh jalan pulang ke dunia yang kekal abadi sebelum menemui Ilahi.....Sedangkan cinta si KELDAI tadi seolah-olah dunia ini miliknya, enggan bertaubat dan sibuk pula menghimpun dosa seolah-olah tidak mahu pulang ke dunia kekal abadinya...

Sahlah,dialah KELDAI CINTA yang telah tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil...Dimanakah wajah kita nak dihadapkan di hadapan ALLAH SWTdi akhirat kelak sekiranya  kita menderhakai suami dan menentang ALLAH dan RASUL hanya kerana CINTA MURAHAN, KHAYALAN DAN TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA???Insaf dan fikir-fikirkanlah.....

Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang mengamalkannya dalam kehidupan.Menegakkan hukum ALLAH SWT  dalam rumahtangga akan memberi ketenangan ,kebahagiaan dan kesejahteraan.Jika sering engkar ,melanggar hukum dan perintah ALLAH,SWT  ia akan mendatangkan kesusahan,penderitaan dan kekacauan jiwa.TEMAN TAPI MESRA DAN KEKASIH MAYA adalah DUA PENYAKIT JIWA yang sedang melanda rumahtangga umat Islam zaman ini.

PUNCANYA?Mudah saja...jiwa kosong dan tujuan hidup yang tidak jelas.Bagi mereka semuanya serba tidak kena.Suami diam dikatakan tidak romantik,Isteri peramah dikatakan penyibuk.Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong.Benarlah kata bijak pandai,tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju.Maka begitulah nasib KELDAI CINTA ini.Hidup serba tidak kena,serba keliru,dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk di tuju!!!

semua yang dipaparkan di atas adalah PUNCA DAN TANDA-TANDA PENYAKIT yang menjadi virus dalam membentuk kerukunan rumahtangga ...Sebagai seorang pemimpin rumahtangga dan Nakhoda bahtera ..kemudilah haluan ke jalan PELABUHAN CINTA HAKIKI DAN SEJATI ...Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH SWT kurniakan..jadikan pasangan CINTA SEJATIMU...BUKAN TEMAN TAPI MESRA...
 

Kasihanilah diri sendiri dan ciptalah kebahagiaan diri kerana tiada arti terlewat untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN...yakinlah..anda pasti boleh......semoga kita dijauhi dari VIRUS MERBAHAYA TADI......Amin ya Rabbal A'lamin...terima kasih kerana sudi membaca dan meluangkan masa....

Monday, June 13, 2011

WANITA : akalnya senipis rambut

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah, masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan Nya, janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan liat. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka derita. Kenalkanlah mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah punca kekuatan dunia!!!
Akalnya senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaannya selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya, mereka akan lihat nilaian dan keadilan. Tuhan, bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan, ia bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan. Jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Lelaki, jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra, andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

Terimalah wanita dengan seadanya, kerana setiap ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia. Semuanya penuh makna...