Sunday, February 23, 2014

Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah s.a.w.


Apa yang ingin kukongsikan ini adalah berkenaan sebuah pengalaman yang berharga oleh insan yang terpilih untuk bertemu dengan Rasulullah s.aw melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 ogos 2006. Nama yang dipilih oleh ayah beliau Syamimi yang bermaksud “kesayanganku”, gelaran Nabi kepada puteri kesayangan baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik beradik.

Alhamdulillah , Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk menghafal habis 30 juzuk al-Quran ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau menghafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu dan ayah beliau yang amat mengharapkan ada seorang dalam kalangan anak-anaknya yang menjadi hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk  menjadi contoh kepada adik-adik. SubhanaAllah. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmik dengan ustaz di sebelah rumahnya di sana. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-undang Syariah di universitinya.  Beliau diuji dengan penyakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti tikam-tikam dengan  pisau di bahagian tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yang tak pernah sembuh.

Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Dah lama dia tak berdaya ke kelas disebabkan sakitnya yang membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hamper 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi wudhu’ 2 hingga 3 kali sehari . Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari-hari yang dilaluinya beliau penuhi dengan membaca Al-Quran dan qiyamulail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterus-terusan menyakitinya. 

Diceritakan makhluk-makhluk itu akan menganggunya terutama sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doctor-doktor pakar, dengan ulama’ yang faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan seorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, perbanyakkan membaca Al-Baqarah. Pada Khamis itu, beliau berniat untuk hadir ke kuliyah sebab dah terlalu lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dindng dan apa yang mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, terasa seperti ada yang menolak keras daripada belakang . Waktu itu, beliau sudah tidak mampu untuk berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai sahaja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu itu, disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan ,” Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w sendiri.” Kemudian beliau pengsan.  Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan dibaringkan di sana. Waktu itu, sahabat-sahabat dah forward mesej kepada kawan-kawan lain agar bacakan surah yasin sebab beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarga untuk dihubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izinNya. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, dalam tidur beliau, beliau terbaring dalam keadaan beliau memakai telekung dan tangannya qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. 

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali. Wajahnya subhanaAllah, indah sekali, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ini, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggungnya lenyap begitu sahaja. 

Kemudian hamba Allah itu mengatakan ,

“Assalamau’alaikum, ana Rasulullah”

subhanaAllah, Baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jbbah putih dan kain serban Nabi  berwarna hijau di atas bahu Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. 

Kemudian Nabi katakan..

“enti fil masjidi ..(sekarang enti (kamu) berada di masjidku, masjid Nabawi)”

Allahuakbar. Kemudian Baginda Nabi s.a.w berkata:

“ QalAllahuta’ala; “InnaAllahama’ assobirin”,- (sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar).”

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan : “In Lughatul ‘arabiyah, diterjemahkan..), “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati enti, maka Allah bukakan hijab enti untuk Nampak ana”.

Ketika Nabi sebut :”Ya Syamimi, terlintas di hatinya, ‘ Ya Allah, Baginda kenal ummatt Baginda’. Ya Rasulullah..waktu itu, dirasakan baiknya Allah memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kmeudian Nabi katakana, “sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, in shaa Allah, kita semua akan brjumpa nanti”.

Lpas itu, nabi lafazkan .”Ummati..ummati..ummati..” dan beliau Nampak Nabi menangis dan beberapa titisan air mata Nabi yang suci mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian Banbinda pergi. Beliau merintih ,”Jangan pergi Ya Rasulullah”. SubhanaAllah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi kita mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakana tak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummat Baginda, atau mungkin saja Baginda amat sedih dengan ummat akhir zaman ini..Wallahu’alam..sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya, beliau dikelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasulullah”. 

Kemudian beliau pun menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua menangis lantaran rindu kepada Rasulullah s.a.w. Rasa malu kerana kita jarang-janrang ingat pada Baginda s.a.w, sedangkan kita amat terhutang budi kepada Baginda Nabi. Lebih-lebih lagi, kita sedar bahawa syafaat Baginda yang akan kita kejar di akhirat kelak. Ya Allah waktu itu, takde kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk dirafa’kan pada Allah atasnikmat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit brbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dri Hamdallah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam rahmatNya yang melimpah ruah.

Ketika itu asa sakit masih menular di tubuhnya, Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini. Kemudian, usai solat zuhur, rasa sakit yang beliau tanggung makin heba. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. ‘ Apalah sangat sakit yang aku tanggung ini beranding denagn nikmat yang Allah berikan untuk melihat Baginda Nabi s.a.w’. Kemudian, beliau tidur dan terus beliau rasakan berada di tempat yang biasa hadir di sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan : “ Ya Allah ..apa lagi ynag Engkau bagi buat hambaMu yang hina ini, rasa malu sangat denganMu ya Allah..”. 

Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berbaju hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan “ Assalamu’alaikum Ya Syamimi, Rasulullah sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah s.a.w. “Nahnu Khulafa’ Ar-Rasyidin”. Ana Abu Bakar, ini Umma al-Khattab, Uthman bin ‘Affan dan Ali”. SubhanaAllah , Saidina Abu Bakar memperkenalkan dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yang mulia. Beliau Nampak, Saidina Abu Bakar , amat lembut perwatakkannya, Saidina Ummar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina Ali yang agak kecil orangnya.

Para sahabat mengatakan “ Kami diutuskan oleh Baginda Nabi untuk membantu enti”. Kemudian  keempat-empat sahabat Nabi membacakan ayat ke-102 daripada surah Al-Baqarah yang 

bermaksud :” Dan mereka mengikuti ap yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut  dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mecelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu , barang siapa yang membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan dapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, sekiraya mereka tahu”.

 Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembuskan pada makhluk-makhluk yang sedang menganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaAllah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dulu ditukarkan oleh Allah  dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang dah lebih setahun ditanggung beliau dengan sabar.

Kemudian Saidina Abu Bakar mengatakan “inilah ganjaran yang besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian para sahabat Nabi yang mulia pun pergi. Selesai mimpi yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus bangun dan duduk.  Kawan –kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik.

“Ya Allah penyakit ana dah sembuh”. Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’’. Dengan tubuh yang ‘baru’ beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberikan tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hambaMu yang bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan”.

Beliau katakan kepada kami: “ Adik-adik, wajarlah para sahabat nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan nabi. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai 5 minit pon dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk jer di bilik untuk beribadah kepada Allah dan mengenangkan wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang I hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ini walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakana :”tak rugi kita bersabar…”

Tuesday, February 18, 2014

Menangani kemurungan

Info yang menarik

Sebenarnya aku juga pernah mengalami kemurungan, tapi hanya mild depression. Mungkin aku mewarisinya dari emak yang pernah mengalaminya ketika kematian adik bongsu dulu. Ketika itu aku masih muda lagi, lebihkurang 24-25 tahun. Aku akui, perubahan hidup yang mendadak dan kegagalan mengendalikan tekanan dengan baik merupakan punca utama aku mengalami depresi.

Masa tu, aku tak tahu lagi ianya adalah masalah kesihatan yang perlu rawatan. Sebab belum ada diterangkan secara meluas mengenainya.

Sedari aku berumur 12 tahun, aku sudah tinggal di asrama. Kemudian, sekolah menengah juga tinggal di asrama, hanya sekali sekala pulang bertemu keluarga. Habis sekolah menengah, aku melanjutkan pelajaran di peringkat diploma selama 3 tahun. Kemudian, bila aku grade, terus dapat kerja di sebuah jabatan kerajaan. Tinggal bersendirian kerana tempat kerjaku jauh dari keluarga. Rasanya, banyak masa hidupku dihabiskan dengan kawan-kawan sehingga aku tidak rapat dengan emak mahupun adik beradik yang lain. Segala masalah aku selesaikan dengan caraku sendiri. Tidak pernah mengadu dengan keluarga, lebih-lebih lagi hal peribadi.

Enam bulan lepas kerja aku kawin dan tinggal bersama keluarga suami. Aku rasa, di sinilah bermula tekanan demi tekanan hidup aku lalui. Ye la, aku tak pernah tinggal dengan keluarga, tetiba terpaksa tinggal dengan keluarga baru….lagi pula, masa tu aku muda lagi, tak pandai mengambil hati orang, banyak benda yang aku tak reti, jadi hubungan antara aku dengan ipar duai serta ibu mertua sering saja tegang. Ada saja yang tak kena. Dari soal makan hingga soal kewangan. Segala-galanya! Susah aku nak sesuaikan diri, lebih-lebih lagi banyak perbezaan dari segi adat resam. Dan aku pula terpaksa memendam segala rasa tak puas hati, rasa marah, tak ada siapa tempat mengadu.

Setelah mendapat anak pertama, lagi banyak benda yang aku tak tahu dan kena belajar. Aku ni tak pernah pegang anak kecik (tak pernah jaga anak), jadi bila sendiri dah beranak, terkejar-kejar jugak aku! Ditambah dengan bebanan tugas di pejabat. Masa tu memang tension habis. Mujur lah aku dapat pindah rumah baru selepas setahun tinggal di rumah keluarga suami.

Keadaan menjadi teruk selepas mendapat anak kedua. Dengan pembantu rumah yang sekejap ada sekejap tak ada, aku terkejar2 sorang diri nak buat itu nak buat ini. Membuatkan aku bertambah tertekan. Bila selalu dalam keadaan tertekan, aku sering merasa bimbang, resah dan jantung berdebar2 tak tentu pasal. Kadang2 mengalami panick attack. Lama-kelamaan aku menjadi murung. Rasa tak ada mood. Hilang selera makan. Badan jadi kurus. Degupan jantung pun selalu laju, kadang2 mencecah 100/minit walaupun dalam keadaan rehat!
Mujur Tuhan cepat sedarkan aku. Suatu hari semasa menunggu giliran di klinik membawa anakku untuk rawatan, aku terbaca mengenai depression dalam sebuah journal kesihatan. Dari situ, aku tahu apa itu depression, kesannya kepada tubuh badan dan cara untuk menanganinya.


Depresi yang berpanjangan akan mengakibatkan penyakit kencing manis, jantung, yang mana akhirnya juga akan mendapat masalah buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Juga, jika keadaan dibiar berterusan, kemungkinan membunuh diri atau mendapat sakit mental!!

Aku tak mahu jadi begitu!!… Aku terus bertekad untuk keluar dari masalah emosi ini. Aku mulakan dengan senaman secara teratur setiap hari. Aku mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil. vitamin B kompleks Vitamin B Kompleks membuatkan kita segar dan tenang. Juga apabila berada dalam keadaan tertekan atau nervous, aku ambil makanan kesihatan passion flower. Ianya membuat aku merasa relaks. Sembahyang lima waktu aku tak lagi tinggalkan (memang sebelum tu aku selalu escape). Tiap kali aku berdoa agar aku diberikan ketenangan fikiran dan kebahagiaan hidup. Aku tanamkan keyakinan bahawa kalau aku meminta dengan sepenuh hati, mustahil Tuhan tidak tunaikan. Dalam masa yang sama aku ubah persepsi ku terhadap orang lain, terutama terhadap ipar duai dan ibu mentua ku. Aku ubah diriku sendiri untuk menerima mereka sebagai sebahagian daripada hidupku. Di samping itu, aku berusaha membantu orang lain yang memerlukan pertolongan kerana aku merasa lapang dada bila melakukannya…

Alhamdulillah, setelah dua tahun melalui keadaan yang perit itu, aku akhirnya menemui hidupku semula. Aku yakin, Tuhan memang mahu aku melalui keadaan perit itu kerana mahu aku merubah dan memperbaiki diriku sendiri. Juga mahu aku menghargai setiap yang aku ada, menikmati segala yang dikurniakan untuk aku…sejak itu, hubunganku dengan keluarga suami semakin bertambah baik!

Hanya mereka yang pernah mengalami kemurungan akan tahu betapa hidup ini perlu dinikmati dan disyukuri.

Moral daripada kisah ini :
Ø Usah pendam masalah, cari kawan untuk berkongsi masalah
Ø Usah tinggal dengan keluarga suami/isteri lepas kahwin! – untuk elakkan perselisihan faham, juga untuk kebaikan bersama!
Ø Jadikan suami teman baik dalam semua keadaan
Ø Sayangi anak2
Ø Bantu orang lain
Ø Ubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik
Ø Sentiasa memaafkan orang lain dan usah berdendam
Ø Berdoa dan dekatkan diri kepada Tuhan.

“SAYANGI DIRI SENDIRI”

Saya perlu taat kepada Suami atau Ibu??

kupasan yg lengkap dari ustaz...
just share >>> http://wanwma.com/soal-jawab/saya-perlu-taat-kepada-suami-atau-ibu/

Tuesday, February 11, 2014

khasiat yang terdapat pada sengkuang



khasiat yang terdapat pada sengkuang adalah:

  • Mengatasi demam panas
  • Meredakan demam
  • Mampu mengubati selesema dan batuk
  • Melawaskan buang air kecil
  • Penawar demam kuning
  • Mengatasi masalah gout
  • Sesuai menjadi makanan diet.
Antara faedah-faedah sengkuang untuk kecantikan ialah :

  • Melembabkan, Menghaluskan dan memutihkan kulit.
  • Menegangkan kulit.
  • Menghilangkan bintik bintik hitam.
  • Menguatkan gigi dan tulang ( ini untuk yang mengamalkan dalam pemakanan )
Sengkuang mengandungi:
 
  • 80 - 90% Mineral
  • 10-17% Karbohidrat
  • 1.0 - 2.5% Protein 
  • 0.2% Lemak 
  • 0.5 - 1.0 Serat
  • Vitamin C 
  • Kalsium 
  • Fosforus 
  • Zat besi
Sekian, itu saja info tentang sengkuang, moga bermanfaat :D

Monday, October 21, 2013

Orang ketiga boleh dihukum


Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menjadi punca perceraian boleh dituduh sebagai penjenayah mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) di bawah Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut, berkata akta berkenaan yang mendefinisikan orang ketiga sebagai penceroboh institusi kekeluargaan menyatakan individu terbabit juga boleh dikenakan tindakan sewajarnya.


Penguatkuasaan diharap jadi pengajaran


“Tindakan atau hukuman denda RM1,000 dan penjara boleh diambil terhadap individu mahupun pihak ketiga yang mengganggu perkahwinan pihak lain sehingga menyebabkan perceraian.

“Akta ini sudah lama digubal, tetapi tidak dikuatkuasakan mungkin kerana ramai yang tidak tahu mengenainya, dan penguatkuasaannya diharap dapat dijadikan pengajaran atau penghalang kepada keruntuhan rumah tangga,” katanya selepas Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM, Datuk Kamilia Ibrahim dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Mohd Amran Mat Zain.

Seminar sehari itu dihadiri lebih 150 peserta daripada pelbagai agensi dan pertubuhan bertujuan memberi pendedahan mengenai isu semasa dalam institusi kekeluargaan.
Berdasarkan statistik, sebanyak 222,701 kes perceraian dalam kalangan orang Islam dicatat sejak 2001 hingga 2011 dan satu daripada punca perceraian disebabkan kehadiran orang ketiga.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ibrahim berkata, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) berjaya menyelesaikan 2,040 atau 81.7 peratus daripada 2,497 aduan membabitkan isu nafkah menerusi proses runding cara sejak ditubuhkan pada 2008.

Sumber :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Orangketigabolehdihukum/Article

Bola (Sebuah Perumpamaan Hidup)


Di awal tahun ajaran baru, di suatu universitas di USA, CEO Coca Cola, Brian Dyson, berbicara mengenai hubungan antara pekerjaan dan kewajiban ( Komitmen ) hidup yang lain.

"Bayangkan hidup sebagai suatu permainan ketangkasan dimana kita harus memainkan keseimbangan 5 buah bola yang dilempar ke udara. Bola-bola tersebut bernama : Pekerjaan, Keluarga, Kesehatan, Teman dan Spirit dan kita harus menjaga agar kelima bola ini seimbang di udara.

Kita akan segera mengerti bahwa ternyata "Pekerjaan" hanyalah sebuah bola karet. Jika kita menjatuhkannya maka ia akan dapat memantul kembali.
Tetapi empat bola lainnya "Keluarga", "Kesehatan", "Teman" dan "Spirit" terbuat dari gelas. Dan jika kita menjatuhkan salah satunya maka ia akan dapat terluka,tertandai, tergores, rusak atau bahkan hancur berkeping-keping. Dan ingatlah mereka tidak akan pernah kembali seperti aslinya.

Kita harus memahaminya benar dan berusaha keras untuk menyeimbangkannya. Bagaimana caranya ?

Jangan rusak nilai kita dengan membandingkannya dengan nilai orang lain. Perbedaan yang ada diciptakan untuk membuat masing-masing diri kita special.

Jangan tetapkan tujuan dan sasaran Kita dengan mengacu pada apa yang orang lain anggap itu penting. Hanya Kita yang mengerti dan dapat merasa "Apa yang terbaik untuk kita"

Jangan mengganggap remeh sesuatu yang dekat di hati kita, melekatlah padanya seakan-akan ia adalah bagian yang membuat kita hidup, dimana tanpanya, hidup menjadi kurang berarti.

Jangan biarkan hidup kita terpuruk dengan hidup di 'masa lampau' atau dalam mimpi masa depan. Satu hari hidup pada suatu waktu berarti hidup untuk seluruh waktu hidupmu.

Jangan menyerah ketika masih ada sesuatu yang dapat kita berikan. Tidak ada yang benar-benar kalah sampai kita berhenti berusaha.

Jangan takut mengakui bahwa diri kita tidaklah sempurna. Ketidaksempurnaan inilah yang merupakan sulaman benang rapuh untuk mengikat kita satu sama lain.

Jangan takut menghadapi resiko. Anggaplah resiko sebagai kesempatan kita untuk belajar bagaimana menjadi berani.

Jangan berusaha untuk mengunci Cinta memasuki hidupmu dengan berkata,
"Tidak mungkin saya temukan"

Cara tercepat untuk mendapatkan cinta adalah dengan memberinya, cara tercepat untuk kehilangan cinta adalah dengan menggenggamnya sekencang mungkin, dan cara terbaik untuk menjaga agar cinta tetap tumbuh adalah dengan memberinya "sayap".

Janganlah berlari, meskipun hidup tampak sangat cepat, sehingga kita lupa dari mana kita berasal dan juga lupa sedang menuju kemana kita.

Jangan lupa bahwa kebutuhan emosi terbesar dari seseorang adalah kebutuhan untuk merasa dihargai.

Jangan takut untuk belajar sesuatu. Ilmu Pengetahuan adalah harta karun yang selalu dapat Kita bawa kemanapun tanpa membebani.

Jangan gunakan waktu dan kata-kata dengan sembrono. Karena keduanya tidak mungkin kita ulang kembali jika telah lewat. Hidup bukanlah pacuan melainkan suatu perjalanan dimana setiap tahap sepanjang jalannya harus dinikmati.

Dan akhirnya resapilah :

Masa Lalu adalah Sejarah,
Masa Depan merupakan Misteri dan
Saat Ini adalah Karunia.
Itulah kenapa dalam bahasa Inggris saat ini disebut "The Present".


Friday, October 19, 2012

Haiwan & Zodiak


Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan mengenali diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!

KUCING

> > 01 - 05 Februari

> > 24 - 31 Mac

> > 25 - 30 Jun

> > 27 - 31 Julai

> > 15 - 27 September

> > 17 - 30 November


TIKUS

> > 10 - 24 Januari

> > 16 - 23 Mac

> > 15 - 26 April

> > 01 - 03 Jun

> > 01 - 09 Julai

> > 16 - 25 Ogos

ARNAB

> > 01 - 09 Januari

> > 01 - 03 April

> > 15 - 20 Jun

> > 10 - 15 Julai

> > 28 - 30 September

> > 01 - 16 Disember

SINGA

> > 25 - 31 Januari

> > 13 - 15 Mac

> > 22 - 31 Mei

> > 01 - 16 November

MERPATI

> > 06 - 14 Februari

> > 14 - 21 Mei

> > 16 - 26 Julai

> > 01 - 14 September

> > 26 - 31 Disember

PENYU

> > 15 - 21 Februari

> > 27 - 30 April

> > 04 - 14 Jun

> > 26 - 31 Ogos

> > 16 - 27 Oktober

MONYET

> > 01 - 12 Mac

> > 01 - 13 Mei

> > 21 - 24 Jun

> > 01 - 15 Ogos

> > 01 - 15 Oktober

> > 17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG

> > 22 - 28 Februari

> > 04 - 14 April

> > 28 - 31 Oktober


ARNAB

Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING

Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET

Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, ?hidup mesti ceria!? Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG

Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS

Diam-diam ubi berisi? itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA

Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

PENYU

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti ?talam dua muka?.

MERPATI

Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.