Thursday, October 25, 2018

Makna Sejati Seorang SAHABAT . . .


Bottom of Form

Makna Sejati Seorang SAHABAT . . .


++Bukan hasil nukilan saya. Hanya sebagai renungan untuk diri saya sendiri++

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,begitu juga dia…
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu,
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Renungilah… .

Monday, March 07, 2016

Pembohongan Seorang Ibu


Menitik airmata ini saat membaca coretan ini….

Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.

Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..

Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.

Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
 
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata :“Minumlah nak, ibu tak haus!!”– PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
 
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
 
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Buat semua yang masih mempunyai ibu…jagalah ibu anda dengan baik. Ibu ibarat lilin yang membakar dirinya untuk memberi cahaya pada anak-anaknya. Dengar dan patuh nasihat ibu dan jangan abaikan ibu bila sudah berjaya 

Kritikan Usman Awang dalam masyarakat,

 
 Kritikan Usman Awang dalam masyarakat,
Tahun ini aku bicara, mungkin banyak atau tidak.
Engkau juga teman, hanya jangan begitu berteriak.
Hidup bagiku bukan cuma mencoret-coret sajak.
Kiri kanan segala rasa tajam mendesak-desak.
Siapa yang mengerti, siapa yang mengerti saja.
Berbakti bukan sekali dan bukan satu cara
Keliling begitu robek mesti di zaman merdeka
Derai sorak di zaman ini
Belum bererti menjadi pasti
Kalau hanya pemimpin sendiri
Sedangkan kami tertindas lagi.
Tapi sejarah bisa berulang lagi
Dalam sorak kemenangan manusia mencari
Ahh... masing-masing mencari tempat sendiri
Tegak diatas kemelaratan kami
Itulah Bayangan zaman ini
Kulit hanya, isi tak berganti

Kambing Panggang



2 kg kambing (bahagian kaki)
Garam, serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu besar rosemary cincang
1 sudu besar thyme cincang
1½ sudu besar tepung gandum
450 ml air
1 kiub stok daging
120 ml jus epal/kranberi

Cara membuat
1. Kelar bahagian lemak kambing tetapi jangan sampai ke bahagian dagingnya. Lumur dengan serbuk lada hitam, rosemary dan thyme. Perap selama semalaman di dalam peti sejuk.
2. Letak kambing di atas rak yang diletak di dalam tin pembakar. Panggang pada suhu 200 C selama 20 minit.
3. Turunkan suhu kepada 180 C. Panggang selama 1 jam 20 minit.
4. Keluarkan kambing dari ketuhar, balut dengan foil. Biar 10 minit sebelum dagingnya dihiris nipis.
5. Untuk sos: Buangkan sebahagian lemak dari tin pembakar, tinggalkan 2 camb, letak tin di atas api perlahan. Bubuh tepung dan kacau 1 minit.
6. Tuangkan air, stok dan jus epal, kacau hingga mendidih.
7. Renihkan selama 3 minit kemudian tambah garam dan serbuk lada hitam. Angkat dan tapiskan. Hidangkan dengan hirisan kambing panggang, brokoli celur, tomato dan kentang goreng

Sunday, August 16, 2015

secebis kisah sedih...pergi tak kembali...


ikutilah secebis kisah dari sahabat yg bernama Ahmad Lutfi....ianya kisah benar....
semoga kita mendapat iktibar darinya..

....Sekiranya anda adalah seorang ibu atau ayah, balik ke rumah nanti, anda dakap dan peluk anak anda erat-erat.

Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tuesday, October 18 @ 10:17:58 MYT


Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadhan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.

Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. Syafiqah telefon dari sekolah. "Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan. "Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.

Semalaman membakar pizza

"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya. Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.

Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.
"Akak cari tudung."
"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya. Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.

Set nasi ayam

Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat UPSR dan PSRA, dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki pun boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."

Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke KL hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama Mat Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.

"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. Raut muka cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita.

Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di SAM 10, Cheras. Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.

"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.

Masih sempat bermain-main

Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin tutup. Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh
tinggal dengan nenek," balasnya.

Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah. Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.

Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega. Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.

5 pagi, kami sampai di Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan kepada Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, maklumkan kandungan SMS.

Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana." Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...

Selasa pagi kami berangkat pulang. Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuhraya Utara Selatan.

Di rumah neneknya, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. Syafiqah desak saya jemput. Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan letih.

Celoteh bersama Luqman

Syafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita tentang bagaimana darahnya diperiksa. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.

Awal pagi terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk. Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.

"Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup untuk semua kami.

7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah menjerit:"Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Taqdir makin dekat. Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

Kuatnya semangat Syafiqah

Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.

"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.

8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.

Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depannya, mungkin dia mahu berbaring. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa berat.

Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.

Terasa hangat

Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William, sama-sama mengangkat Syafiqah.

Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya pandangan saya letak ke wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.

Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Degupan jantung kuat sekali.

Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.

Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi harapannya tidak pudar.

Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.

Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.

Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."

Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.

Ketara pucat

Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.

Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana sewaktu tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.

Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah
tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.

Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. Al-Fatehah. - UM

 

Ketika Hati Menangis..


Ketika Hati Menangis..

Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu...

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
kau tetap mendengar rintihanku

padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi...

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yan pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku...
dan pada mereka yang tersedar kerana melukakan..

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai penyuluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru...

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima...

SEJARAH WARISAN SEBERANG PERAI DAN PULAU PINANG

share dari : http://dlan6658.blogspot.com/


 

.:: Penyelidikan awal tapak sejarah dan warisan Seberang Perai ::.

Asal Nama Kampong Gajah Butterworth......sembang sejarah…


 

sembang sejarah    ……………

Adakalanya untuk menyiapkan sesuatu artikel memerlukan kajian berbulan bulan,..malah bertahun tahun …kita pula "freelance" sukarela hobi researcher……dari poket sendiri aja bang !....

…..  Lalu bila nak siap kajian nya ???...Tak Pa kita sembang dulu no…..

 

Asal Nama Kampong Gajah Butterworth......sembang sejarah….

Beberapa maklumat utk dikongsikan .agar dapat dijadikan kajian seterusnya....di Bagan lama terdapat nama Kampong Gajah..sempena dulunya banyak gajah-gajah ditempatkan disitu keran jeti lama sebagai pengkalan pelabuhan awal untuk hubungan ke Tanjong..1870an telah ada..lalu Gajah gajah yg mengangkut barang ke Siam berulang alik ke bagan ditempatkan di Kg Gajah....sebab tu ada nama Kg Kubang Gajah dekat Mengkuang road,..dikatakan gajah yg sifatnya suka berkubang dlm air ketika berehat dan cuaca panas akan berehat disitu ,,.juga dikatakan ada lagi satu tempat di kawasan kedai tuak belakang pekan bagan lama itun dulu ada londang atau kubang tempat gajah berehat selepas penat mengangkut barang atau menunggu trips seterusnya utk bawa barang ke tempat lain ke Kedah dan Siam...seorang kawan Zulkaply dari Kuala Muda pernah bercerita kpd saya bahawa Datok kepada Datoknya yang tinggal di Bagan Lebai Tahir pernah mempunyai gajah (sekitar 1860an) yg digunakan utk khidmat mengangkut barang pergi balik ke Siam ( Patani juga dikatakan Siam pada masa itu)...satu hari gajah itu mengamuk naik minyak..lalu di panggil Polis/Askar British utk menembak gajah itu agar tak membahayakan org ramai....Laluan Langkasuka dlm sejarah Kedah Tua sangat banyak menggunakan gajah sebagai " "pengangkutan awam"pada masa itu...lalu bila Pelabuhan Merbok dan Kota Kuala Muda dan Sungai Mas(cerita telaga senget ..sebab di pijak hindik oleh gajah) telah ditinggalkan maka Pulau Pinang menjadi pelabuhan baru ..laluan itu terus hidup cuma mungkin menyimpang dibeberapa tempat di Pinang Tunggal atau di mana saja sempadan Seberang Perai -Kedah lalu menuju ke Bagan pula sebab terdapat jeti pelabuhan yg baru..Begitu juga cerita terbaru dari Hj Bakar Abd Rahman Pongsu Seribu bahawa dia yang pernah tinggal dekat jalan Kg Benggali Sungai Puyu..bahawa datoknya bercerita disitu..kawasan hujung Jalan Kg Benggali terdapat tempat penempatan gajah dgn banyaknya oleh pihak British yg menjadikannya sebagai pengangkutan...kira kita 80-100 tahun lalu..dimana distu juga berhampiran lapangan terbang Permatang kucing ketika itu.......

 


 


 


 


 

Sejarah Nama Kampong Gajah ………..   Tugas yang belum selesai        ………………

 


 

 

Kampong Bagan Serai,Titi Timbul…..dekat Ampang Jajar,TESCO sekarang…….



Dahalan Fazil

5 Ogos 2015  Kepala Batas

Setiausaha 2015-2017

PERWARISAN- Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Pulau Pinang

 

 

Posted 1 week ago by Dahalan Fazil

0

Add a comment





 

SEPINTAS LALU SEJARAH KEPALA BATAS "BANDAR MERDEKA"


 

Nama Pekan Kepala Batas sudah tidak asing kepada Malaysia umumnya dan Pulau Pinang khususnya. Semua orang tahu Siapa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Nendanya Syeikh Abdullah Fahim yang begitu sinonim dengan Kepala Batas.Meski pun ada Kepala Batas ,Alor Setar Kedah namun Kepala Batas Seberang Perai lebih selalu dimaksudkan bila menyebut Kepala Batas. Dari mana asalnya perkataan Kepala Batas itu ? Dalam kontek Pekan Kepala Batas ini maka “Kepala” bermaksud Permulaaan dan Batas mengikut loghat tempatan adalah “Jalan” juga ada menyebutkan batas bendang tapi disini lebih di maksudkan kepada Jalan Raya.

 

 

Oleh itu dari Kepala Batas ini bermula jalan menuju ke Kedah sebab itu jalan dari Pekan ini menuju utara disebut Jalan Kedah,manakala jalan yang menuju ke Selatan pula disebut Jalan Perak. Kepala Batas secara geografiknya terletak di Seberang Perai Utara di bahagian utara ,barat dan selatannya adalah kawasan sawah padi,sementara di sebelah timurnya dulu adalah ladang getah atau kelapa sawit milikan Bertam Estate.Semasa pembukaan tanah-tanah paya di utara Seberang Perai ini untuk dijadikan sawah dan ladang maka Pihak Kerajaan Inggeris telah mengorek taliaair utama untuk saliran air kelaut bermula dari kawasan Lahar Ikan Mati dan Kepala Batas menuju ke Titi Mukim ,Telok Air Tawar dan ke Lahar Endin, Penaga.Bermula dari Timbunan tanah sepanjang taliair itu maka terbina pula jalan raya menjadikan banyak kampong-kampong dapat dihubungkan melalui jalan darat berbanding jalan sungai sebelum ini.


Gambar diatas : Menunjukan Jalan Kedah dari Utara (Sungai Petani menuju Ke Butterworth     melalui Pekan Kepala Batas)

 

Kewujudan Pekan Kepala Batas dapat dikesan dari peta lama seawal 1839.Namun mengikut sejarah Masjid terawal disini ia nya bermula pada 1784,ia itu Masjid Lebai Abdul Kadir yang terletak asalnya berhampiran Tanah Perkuburan di Simpang Tiga Lahar Ikan Mati,kira-kita setengah kilometer ke utara Pekan lama Kepala Batas sekarang ini

 


Gambar 2: Menunjukan Jalan dari Butterworth ke Pekan Kepala Batas,dikiri kana jalan adalah Taliair yang telah dikorek hingga ke Titi Mukim Telok Air Tawar bertemu Sungai Abdul

 

Namun mengikut versi Wikipedia pula 'Kepala batas' bermaksud bahagian depan sawah padi. Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa.


Gambar 3(kiri): Peta 1839 : Menyatakan hujung Jalan di bahagian tengah di Lahar Ikan Mati

Gambar 4(kanan): Jalan P1 dari Kepala Batas ke Butterworth melalui Titi Mukim dibina asalnya dari ban dikiri kanan jalan itu

 

Sebagai kawasan persisiran pantai, kawasan ini pada masa dahulu mempunyai saliran yang buruk dan sering dilanda banjir. Dengan itu tidak sesuai untuk tanaman kecuali padi yang tumbuh di dalam air. Oleh itu pembinaan saliran adalah satu langkah untuk pemulihan atau tebusguna tanah. Banyak kawasan di Kedah dan Pulau Pinang melalui proses ini. Sungai Korok di Kedah maupun di Pulau Pinang adalah pelat buruh dari Jawa yang menyebut "korok" walhal di Kedah lebih tepat dipanggil Sungai Korek. Di tebing Sungai Korek ini biasanya ada timbunan tanah dari parit sebagai benteng untuk mengelak kemasukan air masin. Timbunan tanah sepanjang parit korek ini dipanggil batas atau bunddalam bahasa Inggeris. Hujung bund ini di mana parit berakhir atau bertembung dengan parit lain dipanggil kepala batas. Oleh itu kita boleh dapati beberapa tempat di Kedah dan Perlis mempunyai nama yang sama iaitu Kepala Batas.

 

Sejarah Tarikh Kemerdekaan

 

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan 

Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Penetapan Tarikh ini dipilih hasil dari mesyuarat di antara Tunku Abdul Rahman ,Haji Abdul Rahman Palestin,Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir , Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) dengan Tuan Syeikh Abdullah Fahim yang juga Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) di Kepala BatasPulau Pinang pada 1956. Sebenarnya Tarikh 31 Ogos adalah hasil pendapat dan pandangan firasat Syeikh Abdullah Fahim yang sangat terkenal bukan sahaja sebagai Alim Ulama ketika itu namun beliau juga dalah seorang Ahli Falak yang diperakui kepakarannya oleh pihak Inggeris sendiri.Menurut cerita penduduk tempatan bahawa sebelum Tunku Abdul Rahman berangkat ke England untuk menuntut kemerdekaan dan penetapan tarikh yang sesuai maka beliau telah berunding dan merujuk perkara ini kepada Tuan Syeikh Abdullah Fahim sehingga tarikh 31 Ogos ini ditetapkan begitu dan menurut firasat Tuan Syeikh jika kemerdekaan tidak dapat dicapai pada tarikh tersebut maka tarikh yang sesuai adalah pada 31 Ogos 1962,bermakna  6 tahun pula selepas itu. Kata Beliau bahawa tarikh 31 Ogos 1957 itu dalam bahasa Arab adalah “Am khir atana”yang bermaksud “Tahun baik dating kepada kita”. Maka Kepala Batas sewajarnya di kenang setiap tahun sebagai “Bandar Kemerdekaan”kerana tarikh Kemerdekaan 31 Ogos ini telah ditentukan disini dengan izin Allah

 

Sejarah Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas

Sebuah masjid yang hanya berdindingkan kayu dan berbumbungkan atap telah dibina pada 1784 di sebidang tanah Lebai Abdul Kadir. Masjid yang bersebelahan tanah perkuburan juga tanah Lebai Abdul Kadir itu telah dimanfaatkan oleh semua penduduk kampung. Setelah itu, para ulama, tok-tok guru di masjid itu serta penduduk kampong telah bersepakat untuk membina masjid yang lebih besar kerana bilangan penduduk saban hari semakin meningkat bilangannya.

 

Masjid Permatang Bertam telah ditubuhkan pada 1804 di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Masjid itu adadlah berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam. Alhamdulillaah, keluasannya telah memuatkan penduduk sekitar untuk berjemaah di situ. Apabila penduduk Islam semakin ramai di kawasan itu, satu lagi masjid telah dibina di atas tanah milik datuk dan nenek kepada Tuan Haji Ahmad Bin Haji Man. Kawasan ini lebih berhampiran dengan Pekan Kepala Batas telah menjadi pusat tumpuan ibadah dan pusat perkembangan Islam sehingga tahun 1854.

 

Perkembangan Islam semakin rancak dan bertambah banyak saudara Islam di kawasan itu pada tahun 1854 menyebabkan masyarakat Islam di kawasan itu telah mencapai kata sepakat untuk membina masjid yang lebih besar untuk keselesaan masyarakat Islam. Tapak pembinaan masjid adalah tapak masjid sekarang. Pada masa itu, Allahyarham Tok Deris dan Allahyarham Tuan Haji Ibrahim bin Haji Mohd Tahir lah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan urusan pembinaan ini untuk dibentangkan kepada Pegawai Daerah. Pelan itu telah diterima pakai oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Pajak Song.

 

              Pada tahun 1964, bangunan masjid ini telah dirobohkan untuk membina masjid yang baru dengan kelulusan dan peruntukan RM100,000 dari Kerajaan Pusat iaitu Kementerian Pembangunan Negara dari Luar Bandar. Peruntukan ini juga disokong oleh dermaan dari orang ramai sebanyak RM67,000. Masjid ini yang telah kukuh dibina dan telah diguna pakai sehingga sekarang adalah hasil usaha gigih Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim pada tahun 1963 merancang pembinaan masjid baru untuk menggantikan masjid yang lama di atas tapak yang sama. Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Kepala Batas dan Ahli Dewan Undangan Negara Malaysia serta Nazir, Imam masjid ini telah banyak berjasa kepada penubuhan masjid ini.

 

          Masjid baru itu telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 1965 dengan perbelanjaan RM167,000 setelah masjid lama teleh dirobohkan pada tahun 1964. Pada awal tahun 1966, masjid ini telah boleh diguna pakai sepenuhnya oleh masyarakat Islam sekitar kawasan Kepala Batas setelah kerja-kerja melengkapkan alat-alat dan perkakas-perkakasan yang lain yang berkaitan seperti sejadah, al-Quran, Hadis, majalah ilmiah, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.

 

            Pada 2 September 1966 bersamaan 17hb Jamdil Awal 1386 hari jumaat, masjid ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussain iaitu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar serta Menteri Pertahanan Malaysia. Nama masjid ini telah dinmakan sempena nama Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim di atas sumbangan dan jasa beliau. Masjid ini dinamakan Masjid al-Jamiul Badawi, Kepala Batas

 

Sekolah DMW dan Sekolah Inggeris

 

Kepala Batas juga sangat dikenali oleh penduduk tempatan dan utara semenanjung Kedah,Perak Utara dan Perlis yang datang menghantar anak mereka untuk bersekolah dan mengaji di Sekolah swasta DMW singkatan dari Daeratul Maarif Al Wataniah yang telah dimulakan sejak sistem pondok  oleh Syeikh Abdullah Fahim dan diteruskan oleh Tuan Haji Ahmad Badawi menjadi sekolah agama dan akademik swasta.Lantaran itu ramai para ilmuan agama ,ustaz dan ulama dilahirkan dari institusi ini disamping menjadi tempat bersejarah dalam era menjelang kemerdekaan dimana YAB Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan Syeikh Abdullah Fahim sering bermesyuarat di Rumah Sejarah dan Rumah Merdeka dalam rangka untuk mendapatkan  kemerdekaan dari British pada 1950an.

 


 

Gambar 5 : Tiga Tokoh yang sinonim dengan Sejarah Warisan Kepala Batas

 


 

Manakala Sekolah Inggeris samada Primary dan Secondary di Kepala Batas ini satu-satunya yang ada di Seberang Perai Utara di luar Butterworth.Pada 1960an Golongan berada di sekitar Kepala Batas,sehingga di Penaga sanggup menghantar anak-anak mereka kesini terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk yuran dan duit bas demi prestij dapat” Bersekolah Orang Puteh” di Kepala Batas Secondary School.

 

 Pekan Kepala Batas

 

Pekan Kepala Batas yang asal adalah berada di persimpangan tiga namun sekarang jadi simpang empat ditengah pecan.Di zaman 1960an kedai-kedai lama menjadi nadi pusat perniagaan dan mendapatkan perkhidmatan seperti pejabat pos bagi penduduk daerah Seberang Perai Utara ini selain dari Butterworth.Penduduk sekitar dating membeli kain pelikat,rempah ratus selain dari barang keperluan harian ,juga disini terdapat “Pasar Besar”menjual daging, ikan dan sayuran.Kedai-kedai makan juga menjadi tumpuan untuk merasai keenakan cucur udang,mee kuah dan roti canai juga yang paling unik terdapat dadih susu kerbau.

 


Gambar5: Gerai Pak Wan Cik Malata mewakili Pulau Pinang/Penang semasa Pameran MAHA 1964

 

Perusahaan Warisan

 

Dari aspek pertukangan warisan Melayu Kepala Batas dikenali dengan pembuatan kasut Capal Jago dan pembuatan barangan berasaskan tembaga dan besi yang diusahakan oleh keluarga Pak Wan Cik Malata yang mempunyai bangunannya sendiri di Jalan Kepala Batas ke Butterworth. Perusahaan keluarga ini yang bermula sejak 1950an hingga masakini adalah diantara pengeluar utama acuan kueh tradisional melayu seperti acuan kueh baulu,kueh bangkit dan sebagainya yang di tempah oleh kedai-kedai di Kuala Lumpur dan Semenanjung Malaysia. sekarang ini.Salah seorang waris perusahaan yang dikenali sebagai Acuan Noor Indah merupakan pembekal utama produk ini di Malaysia.


 

 

Sementara itu perusahaan membuat kasut capal buatan tangan yang dikenali sebagai Capal berjenama Jago telah dimulakan oleh Tuan Hj Hashim sejak hampir 50 tahun lalu merupakan salah satu hasil warisan yang unik yang hanya terdapat di Kepala Batas,Pulau Pinang ini.


Seni dan Budaya

 

Kepala Batas juga menjadi nostalgia yang masih segar bagi penduduk tempatan malah sangat masyhur di Utara Semenanjung dengan Ghazal Partinya.Berbeza dengan Ghazal di Hor yang berorientasikan Irama Melayu Asli dan gambus ,Ghazal Parti Kepala Batas lebih kepada lagu-lagu Arab irama padang pasir yang kemudiannya di selitkan juga irama Hindustan serta lawak jenaka.Terutama diera 1960an Ghazal Parti Kepala Batas menjadi pilihan ramai hiburan ketika kenduri dan majlis malam perkahwinan.Ketika itu juga sezaman dengan Zaman Pop Yeh-yeh.Diantara Bintang Ghazal yang terkenal adalah Idrus Saidi dan pelawak Hassan “Putu Mayong”.Namun sekitar 1980an Irama Ghazal telah tidak kedengaran lagi.

 

 

RUJUKAN

 




dlan6658.blogspot.com

https://www.facebook.com/NoorPniIndahSdnBhd#!/notes/acuan-noor-indah/fyi-for-your-information/702916673056304

http://www.ukm.my/news/index.php/en/extras/356-muslims-need-not-be-apologetic-in-facing-current-challenges-.html

http://www.ptab.jpm.my/ptab/portal/index.php?r=media/index&page=gambar_awal&menu=5&submenu=1&submenu2=1#prettyPhoto

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaan_Tanah_Melayu

http://www.arkib.gov.my/web/guest/penetapan-tarikh-merdeka-pada-31-ogos-1957


Posted 11th July by Dahalan Fazil

0

Add a comment




7

 

LALUAN JEJAK WARISAN PERMATANG BENDAHARI


KAYUHAN JEJAK WARISAN


Pada 29 Mach yang lalu , sempena aktibiti gotong royong membersihkan pengkalan ptg bendahari utk dibangunkan menjadi tapak warisan yang indah dan promosikan kpd pelancong

diadakan juga " Kayuhan Jejak Warisan "

utk mempromosikan laluan kayuhan yg berhenti di tapak-tapak warisan bermula dari Ampang Rantau Panjang - Tapak Kota Kedah Tua Langkasuka di Rantau Panjang melalui kampong Kota Aur,Permatang Tok Labu ke Pengkalan Ptg Bendahari tapak pengkalan tambang yg berusia 200 tahun ke pekan Kota Kuala Muda seterusnya ke Pasar Bisik kuala muda dan berakhir di dewan Bakau Tua dgn perbincangan ramah mesra peserta kayuhan dari PMA (Penang Mountainbikes Association) dengan Ahli majlis MPSP ,Penduduk tempatan ,Penyelaras Kadun dan ,Jkkk -serta perbincangan utk program kayuhan trasure hunts yg akan diadakan pada tahun ni juga.

 







 



Aktibiti kayuhan Jejak Warisan Permatang Bendahari ini bertujuan melihat tapak-tapak penempatan awal dan menghayati sejarahnya ,khususnya yang terdapat di sepanjang Sungai Muda di Seberang Perai Utara.

Mengikut rekod sejarah British pada 1839 ,bahawa penempatan awal telah wujud di sepanjang Sungai Muda bermula dari Permatang Bendahari hingga ke Pinang Tunggal.

 

 


 





Posted 7th April by Dahalan Fazil

0

Add a comment





 

PENEMUAN TERBARU DI RANTAU PANJANG ADALAH SEBAHAGIAN DARI ZAMAN "KOTA OK" KEDAH LANGKASUKA


Kota Aur di Seberang Perai Utara yang juga dalam At Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang disebut sebagai Kota Ok dulunya adalah sebuah kota besar yang pernah menjadi Ibu Negara Kedah Tua  atau "Kedah Langkasuka" .Lokasi ini termasuk juga kampong yang sekarang dikenali sebagai Rantau Panjang.

Peta Taburan Arkeologi Lembah Bujang juga menunjukan kedudukan tapak yang ada di Seberang Perai Utara ini.Pihak Pusat Kajian  Arkeologi Global USM telah mengambil sampel batu "Kota" dari Rantau Panjang ini dan diuji dimakmal pada 2014 yang lalu dan mengesahkan bahawa binaan yang ditemui itu berusia 1,000 tahun.

 



 

Berikutan dengan itu saya telah membuat tinjaun terbaru berkaitan tapak tersebut seperti dalam Laporan oleh Sinar Harian..



 

Tapak kota lama ini bersebelahan dengan tanah perkuburan yang juga menunjukan batu
 batu nisan batu lama dan yang diperbuat dari kayu yang masih terdapat disitu..


Gambaran Kota di  Zaman Kerajaan Kedah Tua dan  Kedah Langkasuka dalam Filem Merong Mahawangsa

Posted 21st March by Dahalan Fazil

2

View comments




1

 

Program Gotong Royong Jejak Warisan


Mari kita mulakan tahun baru 2015 ini dengan menyingkap sedikit apa perkembangan terakhir pada 2014 terhadap tahap kesedaran warisan masyarakat Melayu Islam di Seberang Perai ini.

 

Gelombang kesedaran untuk memulihara dan menghayati sejarah warisan nampaknya telah mula menampakkan riaknya dikalangan masyarakat Melayu Islam Seberang Perai. Alhamdulillah ini berikutan dengan inisiatif penduduk tempatan, ngos dan agensi kerajaan mengadakan kempen melalui acara gotong royong baru baru ini.

 

 

Program gotong royong perdana membersihkan tanah perkuburan Islam Surau Al-Hidayah Balai Pukat, Jalan Pantai Butterworth anjuran Angkatan Warisan Seberang Perai dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Ropewalk Butterworth pada 28 Disember 2014..."

 



 


 


 

 

 



 



SEKALUNG BUDI DAN PENGHARGAAN

 

Program gotong-royong perdana anjuran "Angkatan Warisan Seberang Perai" (Jejak Warisan) yang diadakan pada hari ahad 28 Disember 2014 bagi membersihkan kawasan surau dan tanah perkuburan Islam di Surau Al-Hidayah Balai Pukat, Jalan Pantai Butterworth kini telah melabuhkan tirainya…”

Program yang dirasmikan oleh penaung Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Ropewalk Butterworth, Y.Bhg. Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim itu disusuli dengan pelbagai aktiviti-aktiviti tambahan seperti penerangan terperinci tentang sejarah dan warisan Butterworth oleh Pengerusi Angkatan Warisan Seberang Perai (Jejak Warisan), Y.Bhg. Tuan Haji Dahalan Fazil, aktiviti merapatkan tali persaudaraan di antara rakan taulan yang sudah lama terpisah, sesi bercerita tentang sejarah, mempelajari sejarah dan lain-lain lagi…"

Pihak penganjur juga berhasrat menjadikan lokasi Surau Balai Pukat itu sebagai galeri sejarah dan warisan melayu Seberang Perai, manakala Jalan Pantai akan dijadikan destinasi pelancongan di mana lokasi itu akan dibina sebuah hub pengangkutan darat yang akan membawa pelancong-pelancong melawat ke tempat-tempat bersejarah di seluruh Seberang Perai…”
Rancangan pembinaan hub pelancongan bersejarah ini akan diusahakan oleh pihak penganjur dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang…"

Angkatan Warisan Seberang Perai (Jejak Warisan) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak jawatankuasa Surau Balai Pukat, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan Lanskap, Unit Skuad Khas, Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Ropewalk Butterworth, pihak peniaga melayu Penang Sentral, Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Seberang Perai, penduduk setempat dan individu-individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program jejak warisan ini…”

 

Sekian terima kasih..."

 


Aktivis Warisan dan Penduduk Asal

LAMPIRAN  1   Poster Kempen

JEJAK WARISAN - Program Gotong Royong Perdana

 

Y.Bhg. Dato Seri/Dato/Tuan/Puan:

Anjuran: Angkatan Warisan Seberang Perai
Dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Persatuan Perniaga-Perniaga Ropewalk Taman Selat Butterworth.

Program gotong royong membersihkan kawasan persekitaran tanah perkuburan dan Surau Balai Pukat, Jalan Pantai Butterworth, Pulau Pinang.

Program ini akan diadakan pada:
AHAD, 28 DISEMBER 2014
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Program ini akan dirasmikan oleh Penaung Persatuan Peniaga-Peniaga Ropewalk Butterworth, Y.Bhg. Tuan Haji Zolkifly Md Lazim, dan Taklimat Warisan mengenai sejarah Bagan oleh Aktivis Warisan Dan Sejarah Pulau Pinang, Y.Bhg. Tuan Haji Dahalan Bin Fazil.

Semua dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan program berkenaan.

Harap maklum, terima kasih

 

Jaafar Morad .

 


Gambar diatas dalam poster adalah perkampongan sekitar Surau Balai Pukat dan Jeti Feri Bagan sekarang dan sebelum pembangunan Stesyen Bas,Pengkalan Feri  Mitchel Pier,Pangkalan Sultan Abdul Halim ,Loji Tangki Minyak Shell dan Esso.Namun kelihatan sebelah kirinya struktur konkrit besi pelantar jeti untuk kilang peleburan bijih timah telah wujud

pada masa itu ,dianggarkan gambar ini diambil pada 1880an.

 

 

SURAU BALAI PUKAT - MENYINGKAP SERIBU KISAH

 

Surau Al Hidayah Balai Pukat atau lebih dikenali dengan nama "Madrasah Balai Pukat" ini merupakan sebuah rumah ibadat dan tanah perkuburan Islam yang telah lama wujud di Butterworth sejak zaman penjajahan Sir Francis Light di Pulau Pinang dalam sekitar tahun 1786 yang lalu.

Rekabentuk asal surau yang dahulunya dikatakan dua tingkat yang mempunyai sebuah tangga tinggi itu telah banyak menyimpan sejarah silamnya yang tersendiri.

Populasi penduduk Islam setempat yang ramai pada ketika itu di sekitar Balai Pukat, kuarters Straits Trading Company (STC), Kampung Jawa dan Jalan New Ferry dikatakan telah mengimarahkan surau ini secara berjemaah dengan ibadah solat lima waktu serta lain-lain lagi aktiviti keagamaan seperti solat sunat terawih, solat sunat Aidilfitri, solat sunat Aidiladha, moreh dan sebagainya.

Surau dan tanah perkuburan Islam yang terletak berdekatan tangki minyak Shell Malaysia Trading, tangki minyak Esso (Petron) dan pejabat LLN (TNB) di Jalan Pantai Butterworth ini merupakan sebuah institusi yang terawal dalam sejarah ketamadunan dan kegemilangan melayu di Butterworth.

Tanah perkuburan lama ini dikatakan ada menyimpan jasad manusia yang meninggal dunia pada tahun 1814 berdasarkan batu nisan kayu lama yang berusia dua ratus tahun masih kekal sebagai tanda perkuburan sehingga ke hari ini.
Ada juga yang mengatakan di tanah perkuburan ini juga terdapat kubur para alim ulama tersohor yang menjadi guru-guru agama semasa era penjajahan Inggeris di Seberang Perai.

Semasa Jepun menyerang Malaya pada tahun 1941, sepasukan tentera Jepun dikatakan telah membedil beberapa das meriam ke arah tangki minyak Shell yang terletak berdekatan pagar tanah perkuburan tetapi malangnya semua bom-bom yang disasarkan itu terpelanting masuk ke laut, hingga menyebabkan pasukan tentera Jepun yang pada ketika itu berhasrat untuk memusnahkan tangki minyak itu berasa hairan dengan kejadian luar biasa itu, dan akhirnya pemerintah Jepun terpaksa mengundurkan tentera mereka ke daerah yang lain, namun selepas kejadian misteri itu berlaku, tentera-tentera Jepun dikatakan telah menjadi bingung di atas kegagalan pasukan tentera mereka musnahkan tangki minyak berkenaan kerana bagi mereka di kawasan perkuburan itu mungkin terdapat kubur "keramat" yang menjadi kuasa misteri yang melindungi kawasan itu daripada segala kemusnahan.

Di sebelah kiri Surau Balai Pukat dan tanah perkuburan ini terdapatnya sebuah bangunan lima tingkat pejabat Lembaga Letrik Negara (LLN/TNB) yang dibina dalam tahun 1950an yang tersergam indah di tepi jalan masuk ke pejabat operasi Shell Malaysia Trading, manakala di sebelah pagarnya pula terdapat sebuah kilang peleburan bijih timah Straits Trading Company (STC/MSC) yang terkemuka dunia yang dibina dalam tahun 1869 juga terletak di Jalan Pantai Butterworth.

Suatu peristiwa besar yang dikatakan telah mengemparkan penduduk setempat pernah berlaku dalam tahun 1976, iaitu ketika sebuah kapal tangki milik Indonesia yang sarat membawa berpuluh ribu liter minyak telah terbakar di jeti pemindahan minyak Shell Jalan Pantai pada jam 10.00 pagi.
Kebakaran yang disebabkan oleh masalah litar pintas itu telah mengorbankan seramai 15 orang anak kapal warga Indonesia, tindakan berani mati pihak Shell yang pantas menyedut minyak keluar daripada tangki kapal itu menyebabkan kebakaran yang marak itu dapat dikawal dan akhirnya dapat dipadam sepenuhnya.
Pada ketika itu pihak polis telah bergegas ke lokasi mengumumkan amaran kecemasan agar semua penduduk berpindah menyelamatkan diri ke lokasi yang selamat, peristiwa itu menyebabkan ramai penduduk menjadi panik pada ancaman kebakaran yang dikatakan dapat menusnahkan sebahagian besar Butterworth pada ketika itu.

Surau Balai Pukat yang dahulunya terdapat sebuah gelanggang Silat Lincah di tepi pagar Esso sekitar tahun 1968 itu kini seolah-olah telah hilang segala-galanya, kewujudannya kini dipandang sepi oleh orang-orang yang tidak tahu tentang sejarahnya.
Surau yang dilihat seperti tidak mendapat tempat dihati orang-orang Islam ini sebenarnya mempunyai salasilah penjaga surau hampir 20 generasi ini mempunyai pelbagai ceritanya yang tersendiri, di antara orang-orang yang pernah berkhidmat ikhlas untuk surau seperti Pak Haji Bidin (rumah di belakang Malayan Banking), Pak Mat Piah, Pak Kulah, Pak Man Slow, Pak Nan, Pak Lah Keropok, Pak Man Misai, Pak Ucop Keto, Pak Majid Reffree (STC kuarters) dan kini surau ini dijaga oleh Encik Rosli Bin Mat atau yang lebih dikenali dengan nama Ali F&N kilang oren (adik kepada arwah Nan Kominis) yang tinggal di Balai Pukat.

Ali F&N kilang oren (51 tahun) berkhidmat secara ikhlas kerana Allah S.W.T sebagai tukang gali kubur (korek liang) sambil dibantu rakannya Fadzil dan Mat Noor Md Zain yang bekerja di kilang Malaysia Smelting Corporation Berhad (MSC)

Ali F&N kilang oren yang bertugas sebagai pembantu kelindan lori sejak 25 tahun itu dikatakan telah menyambung tradisi "fardu kifayah" bagi memikul tanggungjawabnya sebagai seorang muslim yang beriman kepada hari akhirat.

 


 

Menurut Ali yang dilahirkan pada tanggal 14 Oktober 1963 memberitahu..."Kewangan Surau Balai Pukat ini kini semakin tenat, ia amat memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai yang ingin menjadikan ia sebagai amal jariah, bil elektrik sebulan lebih kurang RM80.00, manakala bil air dua bulan adalah sebanyak RM60.00..."

 

Rujukan 


 

 

Posted 1st January by Dahalan Fazil

1

View comments





 

KOLOKIUM PENGKISAHAN SEBERANG PERAI



 

 

Penang Story Colloquium: The Seberang Perai Story
Pengkisahan Seberang Perai 

Date: Saturday, 15 November 2014, 9.30am– 1.00pm
Venue: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP Auditorium), Bandar Perda
Limited to 50 pax (refreshments and lunch provided)
All proceeds to the Penang Heritage Trust, a non-profit and tax-exempt charity.
To register tel 04-2642631 or info@pht.org.my

Members of the public are invited to attend this colloquium. For Penang Heritage Trust members RM 10. Non-members RM 20. "Youth" below 35 years old, half-price. Refreshments and lunch will be served. The talks will be in English and Malay. Anda semua diundang untuk mengikuti kolokium ini. Untuk ahli Persatuan Warisan Pulau Pinang RM 10. Bukan ahli RM 20. "Belia" di bawah usia 35 tahun, separuh harga. Makanan disediakan. Ceramah/kuliah dalam Bahasa Malaysia dan B Inggeris.
Abstract

“From Pinang one sees its broad stretches of bright green sugar-cane and the chimneys of its sugar factories, and it grows rice and cocoa-nuts, and is actually more populous than Pinang or Malacca,” wrote Isabella Bird in The Golden Chersonese and The Way Thither (1883).

The Seberang Perai Story will be held at the MPSP auditorium on Saturday 15 November, organised by the Penang Heritage Trust and supported by MPSP and Think City Sdn Bhd.

While previous Penang Story events held by the Penang Heritage Trust have mainly focused on George Town or Penang Island, the Seberang Perai Story looks at the social history of the mainland part of Penang state.
Dato' Maimunah Mohd Sharif, the Yang DiPertua of Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) will preside over the half-day colloquium, which will feature three speakers moderated by Dato’ Dr. Goh Ban Lee.

Encik Dahalan bin Fazil will give “A brief Account of The History and Heritage of Seberang Perai”, which is gleaned from oral history, physical evidence and comparison of old maps. Starting from archaeological sites such as Guar Kepah, he will talk about how Province Wellesley, which was part of Kedah, was annexed to the British Straits Settlements, the impact of the Kedah-Siam War (1821–1842) also called the ‘Whispering Enemy’ War, the establishment of new agricultural settlements in Seberang Perai, early secular and Islamic education, the growth of trades such as blacksmithing and house-building, and prominent personalities of Seberang Perai.

Khoo Salma Nasution will give a presentation entitled “From Sugar to Rubber: The Agricultural Development of Seberang Perai”. Seberang Perai, also known as Province Wellesley, has been the rice bowl of Penang state, with the local Malay population being the main padi-planters. They were joined by Chinese cash-croppers and European managers of plantations worked by indentured Indian labour, producing sugar-cane, coconut, tapioca and a variety of other crops. By the turn of the twentieth century, agriculture in Seberang Perai was well developed and thickly settled by a population of seasoned cultivators. The conditions were therefore ripe for Seberang Perai to be transformed by the arrival of the rubber boom.

Trevor Sibert will speak on “The Eurasians in Penang and Province Wellesley”. Captain Francis Light gave the Catholics in George Town a piece of land bounded today by Pitt Street, Bishop Street, China Street and Church Street. They landed on the island the 15th of August 1786, which is known to Catholics as the Feast of the Assumption. As the years passed, there were more and more Eurasians moving over to the mainland, previously known as Province Wellesley, now Seberang Perai.



 

 

SPEAKERS at The Seberang Perai Story

Puan Maimunah Binti Mohd. Sharif
Puan Maimunah is the Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai. She was recently named Planner of the Year 2014 by the Malaysian Institute of Planners for her remakable and outstanding achievements both nationally and globally.

Dato’ Dr Goh Ban Lee (Moderator)
Dr. Goh is a columnist for the Sun newspaper in Malaysia. His work focuses on issues of urban governance, housing and urban planning. He holds Bachelor’s and Master’s degrees from USM and PhD from the University of California Los Angeles. Formerly a lecturer at USM, he was also a Vice Principle of Tunku Abdul Rahman College. He served as member of the National Economic Consultative Council (1989–1991) and councillor in Penang Island Municipal Council (1989–1995), and was involved in projects run by the Urban Management Program of United Nations Asian Pacific region and Asian Productivity Organisation.

Dahalan Bin Fazil
Dahalan was formerly Penang state Deputy Director of Agricultural Department (2000–2002), as well as Landscape Architect and Assistant Director of Town Planning of Seberang Perai Town Council (2002–2008). He is very passionate on Seberang Perai’s history, and is carrying out historical research for the book “Seberang Perai Pictorial History”. He has been appointed as history consultant for “Seberang Perai’s Heritage Inventory Survey”.

Khoo Salma Nasution
Khoo Salma is an author, social historian and heritage advocate. She is currently President of the Penang Heritage Trust. She is also a writer and publisher with Areca Books. She has authored a number of books on Penang, including The Streets of George Town, Penang (1993), Penang Postcard Collection (2003) and The Chulia in Penang (2014) and she has also co-authored two books on Perak.

Trevor Sibert
Living in historic Malacca for five years spurred Penang boy Trevor Sibert’s interest in history, heritage and culture. He joined the Penang Heritage Trust in his early twenties. Of Eurasian descent, Trevor is very interested in architecture and furniture restoration and is an antique collector. He believes, “We are only borrowing Penang from future generations.” He is also the editor of the PHT newsletter.

About Penang Story
The Penang Story Initiative was started in 2001 by Penang Heritage Trust and jointly organized by Star Publications with the support of various stakeholders. With the UNESCO WHS Inscription in 2008 and the growing awareness about cultural heritage issues, the new chapter of the Penang Story, Penang in Global History, continues to celebrate cultural diversity and has expanded to include a re-discovery of Penang’s place in local, regional and global history. The public lecture will bring together various scholars from all over the world to share their research on a particular subject of interest.

Organized by:
Penang Heritage Trust (PHT) ,Majlis Perbandaran Seberang Perai, Think City Sdn Bhd



RINGKASAN PENGKISAHAN SEJARAH DAN WARISAN SEBERANG PERAI

                                            

 

Berkongsi sedikit sejarah ...dalam meneroka Sejarah Masyarakat Melayu Seberang Perai yang mengalami perubahan dan perkembangannya ... dari  Sejarah Awalnya di Guar Kepah  5,000 tahun lalu hingga ke Zaman Kedah Tua di Lembah Bujang dimana  Kota Aur dan Rantau Panjang yang terletak di Seberang Perai Utara menjadi salah satu Ibu Negara Kedah Langkasuka hingga ke Pembukaan Pulau Pinang seperti di Batu Uban oleh Nakhoda Intan pada 1706 dan Zaman Francis Light  mengambil Pulau Pinang pada 1786,dimana bermulanya era Kerajaan British . Namun Seberang Perai telah lama diduduki oleh Orang Melayu sejak zaman Kedah Tua itu lagi dan Orang asal seperti di Kubang Semang . Penemuan batu bersurat di  Cerok Tok Kun juga mengesahkan hal ini. Penempatan awal ini  terutamanya di Sepanjang Sungai Muda,di Kuala-kuala Sungai Perai,Sungai  Juru dan Sungai Kerian. Kemasukan  Seberang Perai menjadi wilayah Negeri Selat adalah secara berperingkat pada 1800,1831 dan 1874 melalui beberapa siri perjanjian dengan Sultan Kedah,Siam dan Sultan Perak. Sementara itu Kampong Kota menjadi Pusat pemerintahan penting bagi Seberang Perai sebelum sepenuhnya di bawah kawalan Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang pada 1831 selepas “Revision Perjanjian Burney” 1826.

 

Perang Kedah-Siam 1821-1842 atau Perang “Musuh Bisik” merupakan era penting dalam pembentukan dan pengukuhan penempatan penduduk di Seberang Perai .Pembukaan kampong-kampong baru di Permatang-permatang sawah di Seberang Perai Utara dan Tengah.

Penetapan Batu Sempadan di Pinang Tunggal ,Ara Kuda dan Permatang Pasir  Seberang Perai  Selatan memulakan  era pembukaan Estet Bertam ,Malakoff ,Alma dan Simpang Ampat .Perang Dunia Kedua   juga telah meninggalkan warisan yang tidak kurang pentingnya di Penaga,Permatang Kucing ,Bukit Jelutong dan Kuala Juru .Bangunan-bangunan Pusat- pentadbiran awal Bitish di Bukit Mertajam dan Butterworth masih terpelihara dengan baik seperti  di Jalan Pantai misalnya .

 

Perhubungan laut ke Pulau Pinang melalui jeti atau Bagan pesat di pantai Seberang Perai Utara misalnya Bagan Tambang,Bagan Lebai Tahir,Bagan Ajam,Bagan Luar,Bagan Dalam dan Pengkalan Sultan Abdul Halim yang terawal sekali.Penduduk Telok Air Tawar misalnya yang berasal dari Aceh dan Batu Bara selain dari Kedah,Setol dan Patani menjadikan komuniti baru Seberang Perai yang berbeza dari tempat asal mereka.Begitu juga Jalan Sungai dari sempadan Kedah Kota Kuala Muda ke Pengkalan Permatang Bendahari  dan jalan darat “jalan kereta kuda “ bermula dari sini melalui Pasir Gebu, Penaga ,Kuala Bekah, Padang Benggali hingga ke Bagan Tambang sangat penting menghubungkan penduduk tanah besar ke Pulau Pinang.Begitu juga dari Tasik Gelugor,Pokok Sena ,Simpang Empat,Pekan Darat juga akan ke Bagan Tambang,Telok Air Tawar melalui alur sungai dan Batas Tok Akil misalnya.Pekan Darat menjadi tempat bermalam terakhir sebelum bertolak ke bagan untuk ke pulau.

 

Dulunya Pertukangan besi sangat aktif di Pekan Darat ,Permatang Benuan hingga ke Permatang Tok Jaya.Keris,Pedang,parang, alatan petani mengerjakan sawah seperti tajak,sisir,cangkul juga dibuat disini.Ketika  zaman Perang Kedah Siam senjata dihasilkan sebahagiannya disini juga termasuk peluru meriam.Hatta ,Cop Mohor Kedah juga ada ketikanya ditempah disini juga . Demikian kepakaran pandai besi yang masyhur disini sekarang ini masih diusahakan di Pekan Darat sahaja .Begitu juga Sungai Puyu,Sungai Lokan terkenal dengan pembuatan periok,belanga,guri dan alatan dari tembikar dan tanah liat.Manakala di Permatang Pak Maras pula perusahaan menenun kain  dikatakan berjalan dan berakhir  ketika  zaman hampir Perang Dunia Kedua 1941.

 

Rumah-rumah Melayu yang indah berukir dengan senibinanya yang unik dapat dilihat di Permatang Sungai Dua, Kampong Kota, Pengkalan Tambang , Permatang Pasir, hingga ke Penanti dan Bukit Mertajam.Kemuncak kepakaran senibina ini adalah apabila pada 1924 Tuan Haji Sophian dari Penanti telah diminta membina Istana Kenangan dan Istana Tepas di Kuala Kangsar  oleh Tuanku Sultan Perak pada masa itu.

 

Sekolah Melayu terawal dikesan bermula di kampong sekolah Juru pada 1840 dan bangunan semasa kolonial masih digunakan sehingga sekarang begitu juga sekolah sekolah melayu lainnya pesat dibina pada 1870an di Telok Air Tawar,Penaga,Paya Keladi dan sebagainya.  Perkembangan Pendidikan Islam Tradisional atau Sistem Pondok .... bermula dari 1870an ... Tuan Minal dan Tuan Samad di Ptg Sg Dua,Tuan Hj Mad Taha di Bagan Belat Syeikh Othman Penanti, Syeikh Salleh  dengan Al Masriyahnya di Tanah Liat dgn hingga ke Tuan Hj Ahmad Tuan Hussain Pondok Pokok Sena dan Tuan Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas.Perjuangan awal kemerdekaan dan Penubuhan Parti Politik Melayu PAS dan UMNO banyak bermula sejarahnya di Butterworth,Bukit Mertajam dan Kepala Batas hingga era hampir Merdeka bila Tunku Abdul Rahman meminta pandangan Syeikh Abdullah Fahim yang mencadangkan tarikh kemerdekaan adalah 31 Ogos 1957.

 

Seberang Perai juga melahirkan banyak Tokoh-tokoh besar yang baru selepas merdeka dalam pelbagai bidang bermula dari Tun Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia,Dato’Seri Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang di Parlimen kini, Professor Dr Muhammad Haji Salleh Saterawan Negara ,Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Prof Dr Mohd Yusof Hj Othman  ,Tan Sri Murad Mohd Noor Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia zaman 1970an ,Tan Sri Abd Aziz Zain Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya,Yang Arif Tun Hamid Muhammad dan Tan Sri Ani Arope. Tokoh korporat di Malaysia juga mengenali Dato Munir Majid Bekas Pengerusi MAS ,Tan Sri Jamil Jan ,Dato’Rashid Din CEO Modenas adalah diantara Jurutera Melayu terawal di Malaysia. Kehebatan pemikiran strategik di Malaysia dan Pengerusi ISIS tidak dapat melupakan jasa Allahyarham Tan Sri Nordin Sophiee.Begitu juga dunia seni melahirkan Nordin Ahmad Seniman lagenda filem melayu 1960an. Sebenarnya banyak lagi perlu dimasukkan dalam senarai detail kertas kerja nanti.

 

 

Oleh
Dahalan b. Fazil
PERWARISAN


 

Posted 22nd November 2014 by Dahalan Fazil

0

Add a comment





 

PENGHARGAAN TERHADAP SEJARAH DAN WARISAN SEBERANG PERAI


 

 

 


 

Sejarah Seberang Perai sebenarnya agak kurang di ketahui berbanding dengan sejarah Pulau Pinang meski pun umum mengetahui bahawa Seberang Perai adalah sebahagian dari Negeri Pulau Pinang yang terletak di sebelah tanah besar Semenanjung Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia itu sendiri.Namun sejak akhir- akhir ini  timbul semacam kesedaran baru dikalangan pengkaji sejarah dan warisan juga jabatan ,universiti dan agensi kerajaan bahawa banyak sekali sejarah ,warisan dan cerita-cerita dari Seberang Perai yang menarik yang perlu diketengahkan kepada umum sebagai satu lagi aset negeri dan negara ini untuk dikongsikan kita bersama. Oleh itu suatu penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang berkenaan yang telah mengambil inisiatif kearah usaha-usaha tersebut khususnya Universiti Sains Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang Perai,George Town World Heritage Incorporated, Persatuan Sejarah dan Warisan Pulau Pinang dan Seberang Perai atau Perwarisan, Penang Heritage Trust ,Think City Sdn Bhd dan seterusnya  Pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri. 

 

Alhamdulillah lebih memberansangkan kesedaran juga meningkat dikalangan para pentadbir dan pegawai-pegawai agensi pelaksana yang berkaitan serta para aktivis ,orang perseorangan dan pihak swasta yang mencintai sejarah dan warisan Seberang Perai ini.Oleh itu blog ini ingin berkongsi kesedaran dan usaha-usaha terkini yang telah dilaksanakan oleh berbagai pihak seperti yang disebutkan itu.

 

 

Posted 22nd November 2014 by Dahalan Fazil

0

Add a comment





 

SEBERANG PERAI ENVIRONMENTAL,HERITAGE AND CULTURAL TRAILS PACKAGE TOUR


 

8.00pagi Bertolak dari Hotel Penang ke Seberang Perai melalui Feri

9.15       Melihat aktibiti pasar bisik dan kampong nelayan Kuala Muda,melihat keindahan pantainya dan                                  pemandangan Pulau Pinang dan Pulau-pulau di perairan Kedah. Aktibiti mencari kepah 



 

10.00    Bertolak ke Kepala Batas-Melalui ,Permatang Bendahari ,Kota Kuala Muda,Kota Aur /Rantau Panjang , Arkeologi  Guar Kepah, Kubu British dan Jambatan Merdeka .Kesan Sejarah Peninggalan Penempatan Awal manusia5,000 tahun lalu,Ibu Kota Langkasuka 1000 tahun lalu, Pembukaan sawah dan pelarian perang di Zaman Perang Kedah -Siam 1821-1842, Penempatan awal dari Aceh dan Sumatera dan Pengkalan tambang ke Pulau Pinang ,Penghijrahan orang Aceh ke Pasir Gebu/Bakau Tua Zaman Perang Aceh–Belanda 1870an dan Pusat Pentadbiran Inggeris di Penaga dan Perang Dunia II, Inggeris–Jepun 1941-1945



  10.30  Minum Pagi Sandwich,Juice,Coffe dan'Dadih susu lembu’or “Local Malay Yoghurt”di K.Batas

  10.45  Sampai di Kepala Batas di Pekan Rabu Melihat Produk Kasut Jago,Acuan Kueh,Barangan Besi Pekan    Darat,Kueh Tradisional,Pakaian Tradisional Melayu

  11.00  Melawat Bengkel/Kedai Malata pembuat acuan kueh dan Kedai Kasut Capal Jago“Handmade Sandals”

    12.00   Bertolak melawat Rumah Perdana Menteri Malaysia ke 5,Kompleks Pengajian Islam Darul Maarif Al

             Wataniah,Rumah Sejarah,Rumah Merdeka dan Sejarah Ketokohan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim,

             Tn.Hj Ahmad Badawi dan YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

 12.45   Makan Tengahari Kompleks Dato’Kailan - Nasi ,Sweetsour fish,ikan goreng,ayam goreng,

             sayur salad fresh,coleslo,ulam dan ikan baker @ western food 

                    

2.00pm  Bertolak ke Pekan Darat untuk melihat kerja-kerja pertukangan besi Sejarah Kedatangan Tukang tukang besi dari Patani dan peranan mereka. Demonstrasi Kepandaian membuat keris,pedang,pisau ,kacip dan parang .

3.15        Bertolak ke Permatang Sungai Dua ke Rumah Tok Ayah

Melihat keindahan Senibina Rumah Melayu Seberang Perai dan Masjid Ptg Tuan Samad,Kg Banggol,Pusat Pendidikan Islam Pondok Pokok Sena dan Masyarakat Melayu /Islam.Sejarah Ulama Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussain Kedah,Tuan Minal dan Tuan Samad dari Patani.

 


 

4.00        Minum Petang- Coconut drinks @cendol ,Baulu,karas,maruku.

               Pertunjukan Silat, Permainan sepakraga bulat berpakaian Melayu Tradisional


4.30          Melalui Pantai Road ke Kawasan Pentadbiran Zaman British 1950an

Bangunan Hospital,Pejabat Pos,Kuartes,Bangunan Kelab ,Singgah di Taman Selat.

4.45          Singgah di Stesyen Keretapi ButterworthBriefing - Pengkalan Sultan Abdul Halim sejarah  Meriam Timbul dan Muzium keretapi,Stesyen Bas ke KL,Pantai Timur dan Haadyai.

5.00          Bertolak Balik ke Penang Island melalui Jambatan Penang’s Bridge

6.00ptg      Sampai balik di Hotel Penang Island


    



PAKEJ LAWATAN MENGHAYATI WARISAN BUDAYA DAN SEJARAH SEPERTI 

 

DIATAS ADALAH SUATU USAHA MEMPROMOSIKAN PELANCONGAN WARISAN

 

 SEBERANG PERAI KHUSUSNYA DAN PULAU PINANG AMNYA

 

JIKA ANDA BERMINAT BOLEH HUBUNGI 

 

 


 

 

JOM  PI  SEBERANG  PERAI

 

 

Posted 27th October 2014 by Dahalan Fazil

0

Add a comment





 

NOSTALGIA KAPAL HAJI,TANJONG DAN PELABUHAN PULAU PINANG SEBAGAI JEDDAH KEDUA


 

 

Kedudukan Pulau Pinang sebagai Pelabuhan penting di Utara Semenanjung Utara Indonesia , Selatan Thailand dan Myanmar serta menjadi laluan utama ke Timur Tengah,India dan Eropah menjadikannya sangat strategik dan penting terutamanya di zaman awal 1900.Lalu Pelabuhan Pulau Pinang dan Bandar Tanjong atau George Town juga menjadi pusat tumpuan untuk Jamaah Haji dari Asia Tenggara yang akan berangkat  ke Mekah melalui Pelabuhan Pulau Pinang



 

Gambar atas 1(Di awal 1960an): Jemaah haji dari kampong yang akan bertolak ke Mekah

 melalui Pulau Pinang"Jeddah Kedua"dihantar oleh sanak saudara dan penduduk kampong

                      (Gambar dengan ehsan Pak Da Jit)

 

Pada masa lalu,para jamaah haji samada yang telah berada di Pondok-pondok pengajian di Seberang Perai atau yang datang terus dari kampong halaman mereka ,biasanya akan berkumpul untuk tinggal di "Tanjong" atau George Town dulu untuk beberapa hari atau minggu.Mereka membeli barang keperluan sementera bersiap menunggu kapal haji.Lalu Tanjong menjadi meriah dengan para ahli keluarga jamaah haji yang menghantar ayah bonda atau sanak saudara mereka.Saya masih ingat pada tahun 1960an lebih kuran pada 1966 selalu dibawa oleh Abah saya untuk melihat kapal haji bertolak dari Pelabuhan Port Swentenham Penang itu.Sebelum itu Tanjong khususnya sekitar Padang Kota telah penuh sesak dengan manusia dari pelbagai cerok rantau datang berkampong disini.Semacam satu "Pesta "pula.Anak-anak muda dari kampong kampong saya misalnya,disekitar Penaga datang beramai-ramai kesini,setengah tu bukan ada saudara mara pun yang nak ke Mekah tapi sudah jadi semacam acara tahunan begitu melihat kemeriahan Tanjong di musim haji terutamanya pada 1960an. Diantara pusat tumpuan jamaah haji adalah sekitar Lebuh Aceh di Masjid Melayu Lebuh Aceh dan sekitar Masjid Kapitan Keling.Disini para jamaah tinggal di rumah-rumah persinggahan yang menjadi "hotel: ketika itu.

 


 

     Gambar atas 2 : Suasana sedih bercampur gembira menghantar sanak saudara ke Mekah di Pelabuhan Pulau Pinang 1960an .Azan di kumandangkan kapal pun akan berlepas perlahan-lahan dari dermaga.Terdengar tangisan dan jeritan selamat bertolak dari sanak saudara danselamat tinggal dari ayahanda,bonda dan nenda yang sedang berangkat.Semakin jauh kapal berlalu menuju ke Tanah Suci semakin sayu, namun pemergian menunaikan ibadah haji yang mulia itu di redhai pergi jua dan bertawakal kepada Allah SWT jua agar mendapat keredhaanNya didunia dan akhirat.(Gambar dengan ehsan Pak Da Jit)

 

Masjid Melayu Lebuh Aceh dan Tanjong ketika itu mendapat jolokan nama "Second Jeddah" atau Jedah Kedua.Sedikit berkaitan Sejarah bahawa Masjid ini telah didirikan pada 1792 oleh seoarang hartawan dan dermawan ketika itu ia -itu Tengku Syed Hussain Idid yang juga adalah kerabat di Raja Aceh keturunan Arab.Beliau merupakan seorang pemimpin masyarakat Islam di Pulau Pinang ketika itu yang juga  seorang muslim yang sangat berjaya dalam perniagaan hingga mempunyai beberapa buah rumah di Bandaraya George Town ketika itu. Di antaranya dikenali sebagai "Rumah Tinggi" dan sebuah banglo kediaman  di Armenian  Street yang dijadikan Muzium Islam ketika ini.

 

Sejarah Masjid Melayu Lebuh Acheh bermula pada 1792 apabila Tengku Syed Hussain Al-Aidid iaitu seorang kerabat diraja Acheh, Sumatera, Indonesia telah membuka sebuah kawasan perkampungan masyarakat Islam seluas 66,000 kaki persegi di Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang. Tengku Syed Hussain Al-Aidid adalah seorang pedagang Acheh yang kaya dan berjaya ketika Pulau Pinang baru dibuka oleh Kapten Sir Francis Light pada akhir abad ke 18. Dengan kekayaan yang dimilikinya, Tengku Syed Hussain Al-Aidid dengan kerjasama kaum keluarga dan pengikutnya telah membuka dan memajukan sebuah penempatan di Lebuh Acheh dengan mendirikan sebuah masjid, menara, rumah kediaman, deretan rumah kedai, Madrasah Al-Quran dan pejabat perdagangan. Hasil usahanya ini secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah pusat pengajian agama Islam dan pusat perdagangan antarabangsa yang bukan sahaja terkenal pada ketika itu tetapi yang terulung dan terawal di Pulau Pinang. Bilangan penduduk dan masyarakat di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah berkembang pesat dengan kedatangannya ramai pedagang-pedagang baru dari negeri-negeri di Tanah Melayu, Tanah Arab dan India. Selepas kematian Tengku Syed Hussain Al-Aidid pada pertengahan abad ke 19, perkampungan ini terus berkembang maju dan telah mencapai tahap kegemilangannya sehingga akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Beliau telah disemadikan di sebuah makam yang terletak di bersebelahan Masjid Melayu Lebuh Acheh. Di kawasan makam ini juga terdapatnya beberapa kubur ahli keluarga Tengku Syed Hussain Al-Aidid.

 

Perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah menyaksikan pelbagai jenis perdagangan termasuk perniagaan rempah ratus, bazar pakaian dan barangan kemas, percetakan kitab agama Islam, pengurusan haji dan kedai-kedai makanan. Suatu ketika dahulu, perkampungan ini telah dikenali sebagai "Jeddah Kedua" di rantau ini. Ini adalah kerana di kawasan inilah ratusan bakal-bakal haji dari Malaysia, Indonesia dan Thailand berkumpul sebelum berlepas ke tanah suci Mekah. Bakal-bakal haji ini akan menaiki kapal laut yang telah disewa dari syarikat swasta Inggeris, Mansfield & Co. di bawah jaminan Sheikh Zakaria Basheer. Tidak hairanlah sekiranya terdapat banyak syarikat pengurusan bakal-bakal haji dan wakil-wakil penjualan tiket penumpang kapal laut termasuk syarikat Jeddah Pilgrims Tiketing Agency yang beralamat di No. 87, Lebuh Acheh. Setiap kali musim haji tiba, perkarangan dan persekitaran Masjid Melayu Lebuh Acheh menjadi sibuk bukan sahaja dipenuhi oleh bakal-bakal haji yang menunggu dokumen-dokumen haji mereka diproses tetapi juga dibanjiri oleh saudara-mara dan sahabat-handai. Ini telah menyebabkan hampir kesemua rumah-rumah di kawasan masjid ini telah disewakan kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, segala urusan haji telah terhenti semasa Perang Dunia Kedua dan disambung semula pada 1949. Dengan tertubuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji Malaysia pada awal 1970’an, perkhidmatan pengurusan haji di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah dihentikan.

 

Selain daripada menjadi pusat perniagaan Melayu dan pusat haji, kawasan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah menjadi pusat pengajian agama Islam yang terulung di Pulau Pinang. Sheikh Omar Basheer Al-Khalilee yang pernah tinggal di rumah beralamat No. 69, Lebuh Acheh telah menjadi imam di Masjid Melayu Lebuh Acheh sebelum pertengahan abad ke 19 dan juga pernah mengajar agama Islam kepada masyarakat tempatan. Selepas kematian Sheikh Omar Basheer, anaknya Sheikh Zakaria telah mengambil-alih tugasnya sebagai pemimpin agama di kawasan tersebut. Sheikh Zakaria kemudiannya telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama. Pada 1888, abangnya Sheikh Yahya telah dilantik sebagai Kadi Pulau Pinang yang pertama yang mana beliau telah menjadikan rumah beralamat No. 69, Lebuh Acheh sebagai pejabat kadinya. Kemudian pada 1917, Sheikh Zakaria telah menjadikan rumah kediamannya sebagai Madrasah Al-Quran.

 

Selain daripada aspek sejarah dan latar belakangnya yang menarik, perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh mempunyai warisan seni bina yang unik. Masjid Melayu Lebuh Acheh yang dilengkapi dengan menara bersegi lapan, kolah wudhuk, tandas, perigi, anjung (verandah) dan kawasan makam yang mencerminkan gabungan pengaruh seni bina Moorish (seni bina yang berasal dari utara India), Cina dan Klasikal. Gaya dan rekabentuk seni bina ini boleh dilihat pada archa atau gerbang di pintu masuk, kubah kecil di atas tembok bumbung (parapet), ukiran bertanduk di tetulang (roof ridges) bumbung utama yang berbentuk Bumbung Lima, tingkap dan pintu kayu yang dilengkapi dengan ukiran tembus kerawang di bahagian atas (fanlights), tiang klasikal, ukiran lepa (plaster rendering) yang menarik di bahagian mehrab dan atas dinding; serta menara yang berbentuk seakan pagoda Cina.

 

Manakala seni bina kebanyakan rumah kediaman di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh mencerminkan rumah kayu tradisional Melayu yang berelemenkan tingkap ram, tangga di pintu masuk utama, pintu berdaun dan ukiran tembus kerawang. Terdapat juga beberapa buah rumah yang bercirikan rumah tradisional bandar yang menggunakan bahan batu-bata di tingkat bawah dan kayu di tingkat atas.



Selain daripada masjid dan rumah kediaman tradisional, deretan rumah kedai di Lebuh Acheh juga mempunyai rekabentuk seni bina yang menarik. Terdapat 3 jenis rekabentuk rumah kedai di sini iaitu rekabentuk tradisional, klasikal dan Straits Eclectic. Rumah kedai yang mempunyai rekabentuk tradisional atau early permanent boleh dilihat di rumah kedai beralamat No. 77, 79 dan 81, Lebuh Acheh. Rumah kedai ini tidak mempunyai lorong kaki lima di tingkat bawah manakala di tingkat atasnya terdapat tingkap kayu berdaun. Jenis rumah kedai klasikal pula boleh dilihat di alamat No. 83, 85 dan 87, Lebuh Acheh. Terdapat pengaruh rekabentuk klasikal di fasad hadapan rumah kedai ini seperti tiang Corinthian di tingkat bawah, pilaster, archa dan ukiran lepa di tingkat atas disamping tingkap kayu dan kaca. Lorong kaki lima pula ada terdapat di rumah kedai jenis ini. Manakala rumah kedai dengan rekabentuk Straits Eclectic, yang beralamat di No. 47, 49, 51, 53, 53a dan 55, Lebuh Acheh mempunyai ciri-ciri seni bina seperti lorong kaki lima, tiang penyokong, dinding penghalang (party walls), tingkap kayu dan pengalir udara (air wells).

 

Perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh yang suatu ketika dahulu begitu terkenal dengan aktiviti-aktiviti agama, perdagangan dan urusan hajinya kini hanya mengekalkan aktiviti perniagaan dan percetakan buku-buku agama Islam termasuk Al-Quran dan muqaddam. Begitu juga dengan fungsi masjid yang masih kekal sehingga kini. Keadaan masjid yang sering dibocori hujan dan kawasan persekitarannya yang tidak terurus sebelum ini telah menjadikan perkampungan ini sebagai tumpuan pelbagai pihak untuk menjaga dan memulihara keadaan bangunan dan persekitarannya demi kepentingan masyarakat setempat dan warisan Pulau Pinang amnya.

 


Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas , (Duduk di Tengah ) bersama YB Timbalan Ketua Menteri I Dato’ Abdul Rashid Hasnon (Duduk dikiri gambar)

 

 


 

 

 
.
Pelancong asing yang datang secara “walk’s  in” turut dijemput
 bersama berbuka puasa,tidak kurang dari 10 orang mereka 
dapat merasai breakfasting dan ada seorang turut mencuba 
solat mahgrib bersama
 

 

 

 

Gambar kiri -Majlis Berbuka Puasa bersama ahli jamaah dan Pengerusi Qaryah Tuan Haji Ahmad “Martapura”juga Seia Usaha Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Aceh

 


 

 

Rujukan

 

1.Ucapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I ,YB Dato' Abdul Rashid b.Hasnon dalam Persamian Majlis Iftar bersama TYT Tun Dato’seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas ,Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang di Masjid Melayu Lebuh Aceh pada 6/7/2014 juga semperna Sambutan Tahunan Hari Warisan George Town pada 7/72014


3. Sejarah Ringkas  Perkembangan Islam dan Sistem Pengajian Pondok di seberang Perai    http://dlan6658.blogspot.com/







-------------    ARTIKEL BERKAITAN MAKLUMAT TAMBAHAN   DARI BLOG LAIN   ---------




Warisan : Masjid Melayu Lebuh Acheh

PEMULIHARAAN MASJID MELAYU LEBUH ACHEH, GEORGETOWN, 

PULAU PINANG
(Conservation of the Acheen Street Mosque, Georgetown, Penang)
Oleh  Dr. A. Ghafar Ahmad

Artikel diterbitkan dalam majalah "Penang Past & Present" Disember 1998 ms. 27-29

Kerja-kerja pemuliharaan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah dijalankan dalam 2 fasa. Fasa I melibatkan kerja-kerja penggantian bumbung masjid dan makam manakala Fasa II meliputi kerja-kerja pemuliharaan bangunan masjid termasuk siling, dinding, tiang, pintu, tingkap, bilik air, kolam wudhuk, menara dan mimbar. Tujuan utama kerja-kerja pemuliharaan ini ialah untuk memelihara dan membaiki warisan seni bina masjid tanpa menjejaskan bentuk mahupun keadaan asalnya. Sebelum kerja-kerja pemuliharaan dijalankan, keadaan masjid dan persekitarannya telah direkodkan bagi tujuan dokumentasi. Struktur bangunan, bumbung, siling dan sistem saliran air hujan telah dikaji dan dianalisis bagi mengenalpasti punca masalah dan anggaran kos keseluruhan projek. Kerja-kerja pemuliharaan yang dijalankan di Fasa I adalah seperti berikut:

Membuka dan memindah bumbung sediada termasuk kepingan asbestos dan bumbung logam. Kain kanvas telah disediakan untuk menutupi keseluruhan bumbung yang telah dibuka agar tidak dimasuki air hujan.
Mengenalpasti dan menggantikan sebarang struktur bumbung yang rosak seperti keadaan rapuh atau dimakan anai-anai.
Memasang bumbung genting tanah liat (roof clay tiles) dan sistem saliran air hujan.
Membaiki dan mengecat siling.

Antara kerja-kerja pemuliharaan di Fasa II adalah seperti berikut:

Mencuci sebarang kotoran dan lumut di permukaan dinding masjid dan menara.
Membaiki dan mengganti mana-mana bahagian tingkap dan pintu yang rosak.
Membaiki tempat wudhuk, anjung, perigi dan membina tandas baru.
Mengikis cat lama di permukaan dinding dan tiang masjid, menara dan mimbar.
Melepa semula bahagian dinding dan tiang yang rosak.
Mengecat masjid dan menara berdasarkan warna-warna asal iaitu kuning langsat,
biru muda, hijau dan putih.


 

Seramai 86 orang pekerja tempatan dan asing telah terlibat secara berperingkat dalam kerja-kerja pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh termasuk 11 orang bagi membaiki bumbung, 2 orang memasang siling, 11 orang mengecat, 22 orang memecah dan melepa dinding, 8 orang mengukir lepaan bunga dan kepala tiang, 9 orang membina tandas baru, 6 orang memasang jubin lantai, 8 orang membaikpulih menara dan 9 orang kontraktor binaan. Projek ini juga melibatkan 2 orang pakar pemuliharaan dari Perancis yang telah membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai kaedah dan teknik menjalankan kerja-kerja pemuliharaan. Ini adalah penting kerana pendekatan bagi menjalankan kerja-kerja pemuliharaan amat berbeza jika dibandingkan dengan kerja-kerja membina bangunan moden. Kerja-kerja pemuliharaan melibatkan kaedah dan teknik tertentu yang memerlukan tahap kepakaran, pengalaman dan ketekunan yang tinggi. Oleh yang demikian, beberapa siri perbincangan teknikal dan latihan kemahiran sering diadakan di kawasan tapak di antara pakar pemuliharaan Perancis dengan pasukan kerja projek termasuk pengurus projek, arkitek, jurutera dan pihak kontraktor. Selain daripada itu, beberapa perjumpaan di antara pasukan kerja projek dengan penduduk tempatan, pihak Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Acheh dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerap diadakan bagi membincangkan perkembangan dan isu-isu yang melibatkan kepentingan masyarakat setempat seperti pengurusan masjid, impak sosial dan ekonomi.

Projek pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh merupakan suatu projek perintis baikpulih kawasan sejarah di Georgetown, Pulau Pinang. Semasa kerja-kerja pemuliharaan dilaksanakan, Masjid Melayu Lebuh Acheh telah menjadi tumpuan ramai pelawat dari dalam dan luar negera. Antara pelawat yang berkunjung ke Masjid Melayu Lebuh Acheh semasa kerja-kerja pemuliharaan dijalankan termasuk:



Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang
Tan Sri Dato’ Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara
Dato’ Tengku Alaudin Tengku Abd. Majid, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden Badan Warisan Malaysia
Dato’ Kee Phaik Cheen, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Hal Ehwal Wanita Pulau Pinang
Haerve De Charatte, Menteri Luar Perancis
Edouard Braine, Duta Perancis ke Malaysia
Profesor Dr. Syamsuddin Mahmud, Gabenor Acheh, Sumatera, Indonesia
Wayne Mathews, Menteri Kerja Raya Australia Selatan.

Projek pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah mendapat liputan yang agak meluas di dalam media masa tempatan kerana ia merupakan satu projek rujukan kepada banyak pihak khususnya di Pulau Pinang. Walaupun projek ini telah mengharungi pelbagai masalah termasuk masalah teknikal dan sosial, pihak pasukan kerja projek termasuk kontraktor, pengurus projek, arkitek, jurutera dan pakar pemuliharaan Perancis telah berjaya mengatasinya dengan semangat persefahaman dan bekerjasama yang tinggi. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru telah ditimba oleh mereka. Dengan terlaksananya projek pemuliharaan masjid ini, maka adalah diharapkan agar kesemua bangunan yang terdapat di perkampung Masjid Melayu Lebuh Acheh ini dapat dipulihara dengan baik sekaligus mengembalikan imej dan suasana kegemilangannya suatu ketika dahulu. Projek ini sekurang-kurang telah dapat mencetuskan sikap keprihatinan pihak awam amnya dan masyarakat tempatan di Pulau Pinang khasnya terhadap penjagaan dan pemuliharaan bangunan dan kelangsungan khazanah warisan negara.

Dr. A. Ghafar Ahmad ialah Pengurus Projek Pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh dan juga seorang Pensyarah di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Sumber :
hbp usm

Description: https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQFaqYWMUo0EsWr1fdRUJRd8U4DRKsVcvSK9Ot8mLVO-y73-s4M

 

Acheen Street Mosque (Masjid Lebuh Aceh)

The Acheen Street Mosque or Masjid Lebuh Acheh is an old mosque located at the heritage enclave of George Town. It was also called the Mesjid Jamek as well as Masjid Melayu Lebuh Acheh. The mosque was founded in 1801, making it one of the oldest mosques in Penang. The founder was Tengku Sheriff Syed Hussain Al-Aidid, an Acehnese clan leader who moved to Penang at the invitation of Captain Francis Light, and settled at what became Acheen Street.

In the 18th century, with Malacca in decline, trades along the Straits of Malacca moved northwards to Acheh. When Francis Light established the trading post in Penang, he wanted to create a Britsh trading post that rivals Acheh. To do this, he attracted merchants and traders from all over to settle in George Town. As a result, Penang had substantial communities of immigrants from Phuket, China, South India, Acheh, Arabia, and Jews from as far away as Armenia. One of these who settled here was Tengku Syed, a wealthy Achehnese merchant of Arab descent.

The Acheen Street Mosque has a Arab-style minaret with a Achehnese roof. The difference between this mosque and the other one, the Kapitan Kling nearby, is that the Acheen Street Mosque was built by a Achehnese, hence a Malay, whereas the Kapitan Kling Mosque was built by the Indian Muslims.

Mausoleum of Tengku Syed Hussain Idid





 

The mausoleum of the mosque founder Tengku Syed Hussain Idid is located within the compound of the Acheen Street Mosque. As in Islamic tradition, it has simple unadorned tombstones. A shelter is built to shield the grave against the elements.

Source :
penang traveltips.com

Masjid Melayu Lebuh Aceh
Oleh Adli Shahar

 

SEBAGAI salah satu struktur bangunan paling lama yang pernah dibina di Pulau Pinang, warisan sejarah dan nilai seni bina unggul Masjid Melayu Lebuh Aceh, Lebuh Aceh, Georgetown, kini semakin diancam arus pembangunan yang terlalu pesat di sekitarnya.

Walaupun kerja pemuliharaan pernah dilakukan pada 1995 dan Georgetown kini diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), namun sejarah panjang masjid berkenaan serta kawasan sekitarnya kurang diketahui.

 

 

Kebimbangan mengenai kurangnya maklumat di kalangan orang ramai mengenai sejarah masjid berkenaan turut disuarakan Yang Dipertua Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Aceh (Badan Warisan), Syed Omar Idid Syed Abdullah Idid yang menganggap ia akan dilupakan suatu hari nanti jika tiada usaha pemuliharaan dilakukan.

 

 

 

Masjid Melayu Lebuh Aceh dibuka pada 1786 oleh seorang kerabat diraja dari Aceh, Tengku Syed Hussain Al-Aidid di atas kawasan seluas 66,000 kaki persegi, turut menempatkan perkampungan, deretan rumah kedai, Madrasah al-Quran dan pejabat perdagangan.

 

 

Pembukaan kawasan itu secara tidak langsung mewujudkan sebuah pusat pengajian agama Islam dan perdagangan antarabangsa terawal di Pulau Pinang, dengan penduduk serta masyarakat yang tinggal di sekitarnya berkembang pesat kerana kedatangannya ramai pedagang dari negeri di Tanah Melayu, Arab dan India.

 

 

Selepas kematian Tengku Syed Hussain pada pertengahan abad ke-19, perkampungan di sekitar masjid berkenaan terus berkembang dan mencapai kegemilangannya pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

 

 

 

Syed Omar berkata, bagaimanapun kini sudah tidak ramai masyarakat Aceh yang tinggal di kawasan terbabit kerana sudah berasimilasi dengan masyarakat Melayu kebanyakan dan berhijrah keluar dari kawasan ini.

 

 

 

“Walaupun begitu, masih ramai masyarakat Aceh warga Indonesia yang datang melawat masjid ini kerana berasa terikat daripada segi emosi dengan masjid yang dibuka oleh keturunan mereka,” katanya.

 

 

 

Sastera diberitahu, antara langkah yang pernah dicadangkan badan bagi menyampaikan bahan sejarah seperti dokumen dan gambar berkaitan masjid kepada generasi muda dengan mewujudkan sebuah pusat maklumat seperti diamalkan struktur bangunan bersejarah lain di Pulau Pinang.

 

 

 

“Penduduk kampung ini yang kebanyakannya pewaris dan anak cucu mereka yang membuka penempatan ini memang ada menyimpan dokumen dan gambar berkaitan masjid ini. Semua bahan ini boleh dimanfaatkan bagi tujuan mewujudkan pusat maklumat.

 

 

 

“Memang ada pengkaji terutama dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang sebelum ini datang dan mengambil maklumat daripada penduduk di kawasan ini.

 

 

 

Bagaimanapun Badan Warisan berpendapat dengan mewujudkan pusat maklumat, lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya,” katanya pada pertemuan dengan Sastera, baru-baru ini.

 

 

 

Syed Omar juga berkata, Badan Warisan berharap beberapa unit rumah asal yang didirikan di sekeliling masjid berkenaan dapat dibaik pulih bagi dijadikan warisan sejarah kerana ia memiliki usia lebih kurang sama dengan Lebuh Aceh, antara pembangunan paling awal di Pulau Mutiara.

 

 

 

Badan Warisan turut mencadangkan unit rumah yang sudah dibaik pulih itu digunakan sebagai pusat maklumat bagi memudahkan orang ramai seperti pelancong, pengkaji, pelajar, malahan anak tempatan sendiri untuk mengetahui latar belakang masjid berkenaan.

 

 

 

Tidak ketinggalan, beliau turut menyuarakan kebimbangan Badan Warisan mengenai kerja penyelenggaraan struktur bangunan masjid dan berharap perkara terbabit mendapat perhatian pihak yang mempunyai kepakaran untuk menyelenggara bangunan lama.

 

 

 

“Kami berharap cadangan Badan Warisan mendapat persetujuan pihak berkenaan kerana bangunan masjid ini tidak boleh diselenggara sesuka hati bagi mengelakkan keaslian seni binanya tidak terjejas,” katanya.

 

 

 

Masjid Melayu Lebuh Aceh memiliki seni bina yang unik kerana ia dilengkapi menara bersegi lapan, kolah wuduk, perigi, anjung dan kawasan makam yang kesemuanya memiliki pengaruh seni bina Moorish yang berasal dari utara India, Cina dan klasik.

 

 

Keanekaragaman masjid terbabit juga dapat dilihat pada reka bentuk gerbang di pintu masuk, kubah kecil di atas tembok bumbung, ukiran bertanduk di tetulang bumbung utama, tingkap, pintu kayu, tiang dan ukiran di bahagian mihrab dan atas dinding.

 

 

Syed Omar berkata, bersempena sambutan tahunan pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO ke-3 Julai ini, Badan Warisan akan menganjurkan program bagi menyampaikan maklumat mengenai masjid terbabit kepada orang ramai.

 

 

 

“Badan Warisan bercadang untuk mengadakan program dengan cara membuka gerai penyampaian maklumat dan perniagaan di sekitar kawasan ini bersempena sambutan itu. Kami juga mempertimbangkan untuk menjemput wakil masyarakat Aceh dari Indonesia bagi sambutan itu,” katanya.

 




Posted 27th October 2014 by Dahalan Fazil

0

Add a comment




7

 

KAMPONG KOTA SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN AWAL DI SEBERANG PERAI


 

Kedududkan yang strategik



Kampong Kota merupakan satu satunya kampong terawal penempatan di Daerah Seberang Perai Tengah. Dipercayai dibuka pada awal 1800 atau lebih awal sedikit dari itu.Pada zaman dahulu ketika perhubungan melalui jalan sungai kampong ini boleh di mudiki dari Kuala Sungai Perai kesini melalui Kampong Titi Timbul,Bagan Serai,Sama Gagah, Tanjong Putus,Pengkalan Machang ,Sungai Dua ,Kampong Raja dan akhirnya Kampong Kota.Kemudian melalui Sungai Perai ini boleh terus ke Air Hitam Dalam ,Labuh Banting ,Lahar Yooi ,Lubuk Meriam mengikut cabang Sungai Kereh yang berakhir dekat Pinang Tunggal dan ke Kampong Terus ,Kampong Kubu ,Guar Perahu,Mengkuang Titi dan terus ke Lunas dan Kulim mengikut sungai utamanya. Oleh itu dapat dilihat dari segi kedudukan geografinya Kampong Kota terletak hampir di tengah-tengah perjalanan Sungai Perai yang hulunya di Daerah Kulim ,Kedah sekarang ini. Maka wajarlah Kampong Kota pada masa itu menjadi pusat penempatan dan penrtadbiran awal dikawasan tengah Seberang Perai selain dari kawasan Juru melalui Sungai Juru.

 




" Pusat Pentadbiran Awal " Seberang Perai

Nama Kampong Kota menurut seorang pemimpin tempatan kampong itu, Tuan Hj Johari bahawa nama Kota ini diambil sempena dari “Kota yang dibina dari pohon-pohon buluh atau Aur” oleh kerabat di Raja Kedah yang memerintah ketika itu,sebagai pertahanan dari serangan musuh terutamanya Siam .Kampong Kota menjadi pusat pentadbiran awal dibawah Kesultanan Kedah apabila ianya dimajukan oleh Tunku Sulaiman seorang kerabat diraja yang berpindah kesitu bersama pengikutnya dari Kedah akibat perselisihan dalam perebutan takhta Kedah.Lalu Tunku Sulaiman membawa diri kesini dan menjadikan Seberang Perai ini “Negeri” nya yang bernaung dibawah Kesultanan Kedah pada akhir Tahun 1700.Hal ini ada disebutkan dalam beberapa buku sejarah termasuk Al Tarikh As Salsilah Negeri Kedah berkaitan perselisihan dalam menaiki takhta.

Kemajuan kampong Kota dapat dilihat dengan adanya juga Pelabuhan di Laboh Banting dan terusan jalan pintas untuk raja berulang alik dari pelabuhan ke Pusat Pemerintahannya di Kampong Kota.Hal ini sering diceritakan oleh orang-orang tua penduduk tempatan disni dimana terdapat beberapa peristiwa kapal raja dan kapal dagang tenggelam di Sungai sekitar di Laboh Banting dan Mengkuang Mak Sulong pada masa lalau dimana dijumpai kayu-kayu lama bangkai kapal tersebut.Kapal disni bermaksud perahu layar atau kapal melayu bertiang layar yang boleh mudik dari Kuala Perai sehingga kesini.Terusan pintas dikatakan dikorek menggunakan tenaga manusia yang masih ada kesan-kesannya di Kampong Seberang Terus dan Kampong Kubu.Begitu juga bukti kewujudan kaum kerabat Kedah itu dimana bendang-bendang di dekat Kampong Kubu masih dipajak oleh penduduk tempatan dari keluarga kerabat Kedah yang tinggal di Alor Merah dan Mentalon ,Alor Setar. Dimana mereka masih membayar wang sewa tanah pajakan itu setiap tahun kepada warisnya di Alor Setar

Pulau Pinang diserahkan oleh Sultan Abdullah kepada Inggeris pada 1786 melalui Francis Light secara perjanjian tipu muslihat yang tidak sah.Dimana Francis Light ketika itu masih lagi belum mendapat persetujuan London untuk menduduki Pulau Pinang namun beliau telah terlebih dahulu memeteraikan Perjanjian Pajakan Pulau Pinang sebanyak 6,000 wang Sepanyol setahun daripada Sultan Kedah Tunku Abdullah pada 1786. Namun Penentangan terhadap Inggeris dilakukan kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menduduki Pulau Pinang tidak memenuhi syarat yang dikemukakan oleh Sultan Abdullah. Syarat yang tidak dipenuhi Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah membantu Kedah jika diserang Thailand atau Burma, dan memenuhi $30,000 Sepanyol setahun yang dituntut Sultan Abdullah kerana melepaskan monopoli perdagangan baginda di Kedah.

Apabila Francis Light gagal menunaikan janjinya pada maka Baginda Sultan Tunku Abdullah telah menyiapkan angkatan perang nya di Kuala Perai untuk menyerang Inggeris pada 1791 namun angkatan beliau telah tewas dalam serangan mengejut Inggeris di Kuala Perai itu.Berikutan dengan itu pula Pihak Inggeris telah sekali lagi berunding dan menambah pajakan tanahnya dari Kedah dimana pada 1800 Seberang Perai pula telah dipajak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan bayaran 4000 wang Sepanyol setahun menjadikan seluruh nilai Pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah 10,000 wang Sepanyol setahun.

Peranan Kampong Kota dalam Peperangan Kedah -Siam 1821-1842

Oleh itu peranan Kampong Kota sebagai pusat pentadbiran awal Kedah di Seberang Perai semakin kurang namun tetap menjadi pusat penempatan Tunku Sulaiman bersama pengikutnya.Kampong Kota kemudiannya menjadi penting semula berikutan meletusnya Peperangan Kedah Siam pada 1821 maka berlakulah perpindahan beramai-ramai penduduk Kedah ke Seberang Perai dan Pulau Pinang hal ini disebutkan oleh dalam Burney Papers, Vol. V : 68 bahawa “Ramai rakyat Kedah berhijrah mengikut Sultan mereka ke Pulau Pinang dan Seberang Prai. Dianggarkan sepanjang pemerintahan Siam (1821-42) seramai 70 ribu orang berhijrah ke koloni Inggeris). Pendudukan Siam di Kedah mendapat tentangan penduduk tempatan. Terdapat dua bentuk peperangan yang dilancarkan iaitu perang gerila dan perang terbuka. Perang gerila wujud berterusan manakala perang terbuka pada tahun 1823,1828-29, 1829-31, dan 1838-39. Ramai tokoh-tokoh yang turut menyumbangkan jasa bakti kepada Kedah. Sultan Ahmad Tajuiddin II dianggap tokoh pemenyatu seluruh gerakan penentangan. Tokoh-tokoh lain termasuklah-Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long Putih, Tunku Mohamad Said, Tunku Mohamad Saad, Dato' Pekerma Wan Mohamad Ali, Tok Moris dan ramai lagi”.

Pada Ahad 12 November 1821, perahu pasukan tentera Siam yang berlepas dari Trang tiba di Kuala Kedah. Berikutnya melancarkan serangan dan berjaya menawan Kedah..Pasukan Siam yang mengandungi 7,000 orang tentera di bawah arahan Raja Ligor berlepas dari Trang ke Sungai Kedah, dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi melancarkan serangan ke atas Burma. Sebaliknya pula, apabila pasukan tentera Siam tiba di Kedah pada 12 November 1821, secara mengejut melancarkan serangan ke atas Kedah. Bendahara dan Laksamana yang cuba melawan, kerana tidak bersedia dikalahkan dengan mudah oleh tentera Siam. Sultan Ahmad Tajuddin yang berada di Kuala Muda kerana sedang menggali terusan di sana, mengundurkan diri ke Kampong Kota , Seberang Perai, di kediaman saudaranya Tunku Sulaiman dan kemudiannya ke Pulau Pinang.

Oleh itu sepanjang Peperangan berlangsung Kampong Kota merupakan markas dan pengkalan utama Sultan Ahmad Tajuddin II merancang Gerakan penentangan terhadap Siam bagi membebaskan Kedah.Tugas ini dilakukan oleh wakilnya Tunku Sulaiman yang tinggal disini sejak sekian lama keran Sultan Ahmad Tajuddin sentiasa berkelana dalam tempoh peperangan ini kerana Inggeris tidak membenarkan Baginda berada lama di Pulau Pinang atau Seberang Perai .

 


 

 


 

 


 


 

Makam Warisan

Oleh itu sehingga kini masih terdapat tanah kerabat di Raja Kedah disini terutamanya dibahagian tepi Sungai Perai disebelah timurlaut kampong ini. Tanah tersebut sebahagian besarnya adalah rezab perkuburan kaum keluarga kerabat di Raja Kedah khususnya Tunku Sulaiman itu sendiri.Di situ juga terdapat kawasan berpagar dan Batu Bersurat yang mengisahkan sejarah dan perjuangan Tunku Sulaiaman bersama pengikut-pengikutnya.

 


 

Seni Budaya 

Mengikut Tuan Hj Johari lagi bahawa pada masa dahulu juga ia–itu kira-kira 70 tahun lalu Kampong Kota merupakan kampong yang kaya dengan adat tradisinya tersendiri yang diwarisi oleh penduduknya namaun adat-adat tersebut telah pupus.Diantaranya semasa diadakan kenduri kahwin ,pada siangnya meriah dengan jamuan makannya manakal disebelah malamnya disususli dengan aktibiti berendoi,bersanding dan berdikir. Acara berdikir ini sangat unik kerana dilakukan secara nerterusan dari tengah malam hingga menjelang subuh.Dikir disini bermaksud beberapa orang tua akan bersyaer ,berlagu dengan bahasa yang tidak difahami seakan-akan bahasa Aarab walaupun bunyinya agak pelik namun sedap dan asyik mendengarnya.Syaer ini disambung dari seorang ke seorang sehingga menjelang subuh.

Seniman Lagenda Kelahiran Kampong Kota

 




Pada masa itu juga masih terdapat beberapa gelanggang silat di Kampong Kota ini.kebanyakannya silat yang diajar adalah silat bunga dan silat pulut yang selalu dijadikan acara semasa majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan dan sambutan keramaian dimasa dahulu. Budaya ini telah tiada sekarang ini namun berbicara tentang silat ini mengingatkan kita seorang “Pahlawan hebat” seniman lagenda filem Melayu dizaman 1960an ,pelakon layar perak ia-itu Seniman Noordin Ahmad.Tidak banyak orang mengenali asal usul seniman ini yang sebenarnya berasal dari Kampong Kota ini.Lalu jika P Ramlee berasal dari Pulau Pinang (sebelah Pulau ) maka Noordin Ahmad adalah orang “Seberang” ia-itu dari Seberang Perai.Kedua-duanya sangat terkenal dengan kebolehan dan watak masing-masing dalam era kegemilangan filem-filem melayu zaman 1960an.

Perusahaan Tempatan

Oleh kerana buluh terdapat dengan banyaknya di Kampong Kota ini maka pada masa dahulu sekitar tahun 1960an dan sebelumnya, Penduduk disini sangat mahir dan pandai membuat berbagai peralatan dari buloh dan menjadi perusahaan yang menghasilkan berbagai peralatan produk yang dijual bagi menambah pendapatan harian mereka.

Kampong Kota juga ketika itu sangat terkenal dengan perusahaan membuat bata dari tanah liat Batanya sangat berkualiti tinggi dan diiktiraf oleh Pihak Pentadbiran British untuk digunakan dalam pembinaan bangunan semasa itu.Seperti juga perusahaaan membuat tembikar,periok tanah dari tanah liat ini terdapat di Maklom ,Sungai Puyu dan Sungai Dua adalah sezaman dengan perusahaaan membuat bata itu dimana sumber tanah liat yang baik terdapat disekitar lembah Sungai Perai ini.Namun perusahaan perusahaan tersebut di Kampong Kota dan Maklom telah tiada sekarang ini.


RUJUKAN

1. Omar Hj Hashim , (2006), Mengenalpasti Puncak-puncak dalam Sejarah Seberang Perai dan Kepentingannya kepada Sejarah Malaysia.Kertas Kerja Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia,29-30/5/2006


2. Hj Johari b - Imam masjid Kg Kota,Pengkalan Tambang,-temubual pada 20/12/2006.Tuan Hj Johari semasa sekolahnya adalah sedarjah dengan YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi di High School Bukit Mertajam.Tuan Hj Johari adalah pesara kerajaan di Pejabat Pos Alor Setar dan Kangar sebelum pencen

3. Dr Mahani Musa. (2006), Sejarah Seberang Perai pembentangan Kertas Kerja dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Universiti Sains Malaysia

4. Dr Mohamad Isa Othman -Politik Tradisional Kedah 1681-1942 DBP 1990

5. Md Noor Salleh,Abd Salleh,.1998 -Islam di Kedah Darul Aman dalam Pengaruh Islam Dalam Pemberontakan Kedah,1821-1842:Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua

6. Dahalan Fazil dlm Sejarah Tapak Warisan Seberang Perai http://dlan6658.blogspot.com

7. Hj Said – Kampong Tanjong Putus ,AJK Khariah Masjid Permatang Pasir adalah pesara Jabatan Kesihatan MPSP pada 2006

8. http://cis.penanglib.gov.my/web/spt/kg-kota-permatang-pasir
9. Abdullah Zakaria bin Ghazali - SEJARAH GERAKAN POLITIK AWAL DI KEDAH
Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya
http://www.sabrizain.org/malaya/library/gerakankedah.pdf

10. http://tengkusyah.blogspot.com/2011/11/makam-keluarga-diraja-kedah-di-bukit.html
KosmoPosted by tengkusyah at 3:26 PM



Posted 7th August 2014 by Dahalan Fazil

0

Add a comment





 

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN ISLAM DAN SISTEM PENGAJIAN PONDOK DI SEBERANG PERAI



Pendidikan merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan kita apatah lagi bagi umat Islam ia adalah titik tolak awal yang menentukan kebahagian didunia dan akhirat..Kita selalu mendengar ungkapan ini. “Awaluddin makrifatullah” bermaksud Awal awal agama itu mengenal Allah. Maka perjuangan nombor wahid dalam menghadapi penjajahan adalah mengisi pemikiran ummah dengan ilmu agama khusus nya Islam kerana inilah Warisan yang paling pokok dan maha penting dalam menentukan “survival” sesuatu bangsa atau ummah itu.Lalu perjuangan membebaskan ummah yang dalam kejahilan dan kegelapan ilmu sangat penting sebagai senjata kehidupan dan menentang apa sahaja bentuk penjajahan. Oleh itu mari kita meninjau secara ringkas perjuangan para ulama masa lalu khususnya dalam membangunkan minda masyarakat Seberang Perai yang terjajah sejak kedatangan Penjajah Inggeris pada 1786 itu.




Kedudukan Pulau Pinang sebagai Pelabuhan penting di Utara Semenanjung Utara Indonesia dan Selatan Thailand dan Myanmar serta menjadi laluan utama ke Timur Tengah,India dan Eropah menjadikannya sangat strategik dan penting terutamanya di zaman awal 1900.



Oleh itu Seberang Perai pula merupakan tanah besar yang lebih bersifat tradisional berbanding unbanisasi Pulau Pinang ketika itu ,menjadi sangat sesuai kepada sebahagian besar masyarakat Melayu nusantara ini sebagai tempat meneruskan kehidupan kampong sambil belajar mendalami ajaran islam disini yang suasananya hampir sama dengan tempat asal mereka.



Menurut Haji Omar bin Mohd Hashim dari Persatuan Sejarah Malaysia dalam kertas kerjanya Mengenalpasti puncak-puncak dalam sejarah seberang Perai dan kepentingannya kepada sejarah Malaysia menyebutkan bahawa di Seberang Perai setelah tamat era Peperangan Kedah Siam “Turut berkembang juga dalam bidang pendidikan agama dan sekolah melayu yang didirikan oleh Inggeris dimana menurut AM Skinner, Nazir Sekolah Pulau Pinang dan Seberang Perai bahawa Sekolah Melayu terawal dibina pada 1870an adalah Sekolah Penaga,Telok Air Tawar,Pasir Gebu,Bagan Belat ,Permatang Sintok Pulau Mertajam dan Permatang Pauh.



Menurut beliau lagi bahawa ramai yang tidak sedar terdapat banyak sekolah-sekolah pondok yang kemudiannya menjadi madrasah-madrasah masyhur yang didirikan oleh ulama-ulama besar di bumi padi Seberang Perai ini. Ramai dikalangan ulama besar ini adalah “Orang Luar” misalnya Tuan Hj Salleh Masri (Negeri Sembilan ),Tuan Minal (Pattani),Tuan Hussein Kedah (Kedah), menimbulkan tandatanya Mengapakah mereka memilih Seberang Perai sebagai tempat mendirikan pondok? Boleh jadi kebebasan daripada diganggu gugat oleh pihak Inggeris yang memang tidak peduli sangat urusan agama islam berbanding dengan keadaan di negeri-negeri Melayu dibawah Kuasa Sultan,mufti dan Pejabat Agama serta tekanan politik seperti di Patani yang dibawah perintah Siam ketika itu.Demikianlah motivasi yang menggerakkan Tuan Guru Haji Salleh Masri (1875-71) membuka Madrasah Al Masriyah di Bukit Mertajam pada 1906 ,Tuan Guru Hj Abdullah Fahim (1869-1963) membangunkan Daeratul Maarif Al Wathaniyyah di Kepala Batas pada 1924 begitu juga Syeikh Zainal Abdul Rahman Mahmud Al Fathani yang bergelar Tuan Minal (1820-1913) yang menindahkan Pengajiannya dari Patani untuk mendidrikan Madrasah dan Pondok Sungai Dua pada 1890 di Permatang Sungai Dua dan Permatang Tuan Samad sekarang ini. Begitu juga Tuan Hussein Kedah (1863-1935) membuka pondoknya yang termasyhur di Pokok Sena pada 1929 juga dikenali sebagai Pondok Haji Ahmad Tuan Hussein ia itu anaknya yang meneruskan usaha Ayahandanya hingga menjadi sekolah agama sekarang ini yang dikenali sebagai Madrasah Al Khairiyyah Pokok Sena.

Gambar Pondok dan Tuan Syeikh Abdullah Fahim



Pondok Pokok Sena atau Madrasah Al Khairiyyah sekarang ini -            Tuan Hussain Kedah




 


Mengikut Tuan Syed Muhammad Dawilah dalam Kertas Kerjanya Sejarah Pendidikan Pondok di Seberang Perai bahawa Pondok-pondok di Seberang Perai dicatatkan bermula seperti berikut





1) Pondok Sungai Dua : Tuan Minal atau Tuan Zainal dan 1875

2) Pondok Permatang Sungai Dua : Tuan Samad 1875

3) Pondok Bagan Belat ,Telok Air Tawar,Butterworth : Tuan Haji Muhammad Taha 1880

4) Pondok Sungai Derhaka Seberang Perai Tengah; Tuan Fakih Daim 1880

5) Pondok Tok Sheikh Acheh Permatang Janggus Seberang Perai Tengah,Tuan Ibrahim Aceh 1885

6) Pondok Padang Lalang ,Bukit Mertajam,:Tuan Hj Ahmad 1890

7) Pondok Al Masriyah ,Bukit Mertajam:Tuan Hj Salleh Al Masri 1906

8) Pondok Kubang Semang Seberang Perai Tengah:Haji Mahmud Taib 1920

9) Pondok Daeratul Maarif Al Wathaniyyah,Kepala Batas:Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim

10) Pondok Manabil Al Ulum,Penanti :Syeikh Usman Jalaludin 1932

11) Pondok Pokok Sena ,Kepala Batas :Tuan Hj Hussain b Mohamad 1934





Pondok terawal adalah di Permatang Sungai Dua merupakan perintis dan banyak guru pengasas pondok lainnya datang berguru disini misalnya pengasas pondok masriyah dan penanti meski pun mereka kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah selepas itu.



Rumah Tok Ayah Permatang Sungai Dua merupakan Pondok Pengajian dimana terdapat banyak Pondok disekitar
Rumah Tuan Guru Tuan Minal dan Tuan Samad pada 1880an



Terdapat juga pondok lain seperti di Permatang Janggus Penaga seperti Pondok Tuan Guru Hj Abdul Majid pada era Pemerintahan Jepun dan begitu juga Sekolah-sekolah Arab yang tumbuh seperti cendawan di hampir di setiap kampong di Seberang Perai Utara ini khususnya namun pada sekitar 1970an kebanyakannya telah berhenti beroperasi namun masih digunakan sebagai kelas pengajian Al Quran disebelah petang

 

Surau Tuan Haji Mohammad Taha yang asalnya di Bagan Belat telah dipindahkan kerana tapak asal dihakis laut
\
Institusi pondok memainkan peranan penting dalam masyarakat melayu di Seberang Perai ini khususnya di Seberang Perai Utara seperti di Permatang Sungai Dua,Pokok Sena ,Telok Air Tawar,Penaga dan Kepala Batas.Selain dari tempat melahirkan alim ulama ,ustaz-ustaz,pemimpin politik,guru,kadhi ,pegawai agama,imam,bilal,lebai dan “Orang Sepuluh Masjid Pondok juga merupakan institusi pembangunan ummah pada masa itu segala perancangan pembangunan yang di restu oleh pondok tempatan akan mendapat sokongan dan dukongan masyarakat sebaliknya aktibiti yang mendapat tentangan pondok akan dipinggirkan oleh majoriti warga masyarakat tempatan





Di Pelabuhan Pulau Pinang suasana kapal Haji akan bertolak ke Mekah pada 1960an



Dalam urusan ibadah haji misalnya pondok bukan sahaja menjadi tempat belajar sebelum pergi menunaikan haji malah di Seberang Perai dan Pulau Pinang ini menjadi tumpuan Jemaah yang akan bertolak melalui Pelabuhan Pulau Pinang.Mereka ini datangnya dari Kedah,Perak, Sumatera, Patani malah dari negeri-negeri Pantai Timur ,Berunai dan Singapura. Memandangkan menunggu kedatangan kapal haji setahun sekali serta perjalanan yang lama maka persiapan diri serta peralatan pakaian makanan bekal boleh dibeli di Pulau Pinang sebelum bertolak ke Mekah.

 




Rumah Tuan Guru Pondok Penanti



 

 



 

 



Sekembalinya mereka dari tanah suci bergelar Tuan Haji yang akan menjadi pemimpin dan imam ditempat masing-masing maka sebahagian dari mereka sekali lagi akan singgah buat beberapa minggu dan bulan untuk terus berguru dengan tuan-tuan guru Pondok disini sehingga mantap dan mendapat “ijazah”untuk balik ke kampong halaman berbakti kepada masyarakat.Begitulah peranan pondok-pondok di Seberang Perai dan Pulau Pinang diera sebelum Perang Dunia Kedua terutamanya.



Artikel kecil dan ringkas ini sebagai permulaan untuk mengkaji lebih mendalam peranan pondok dan para ulama di Seberang Perai, ini kerana masih banyak lagi sejarah ulama yang awal disini yang masih belum kita kaji secara mendalam seperti Syeikh Al Baghdadi dan Tuan Haji Salleh Penaga yang menurut Dato' Wan Shamsudin Mohd Yusof bahawa Hj Salleh yang berasal dari Penaga, Seberang Perai merupakan penasihat agama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854 -1879) disamping bertindak sebagai guru agama di istana. Dimana ketika itu merupakan era Kedah menuju kemodenan di zaman Menteri Besarnya Dato’ Wan Mat Saman yang terkenal itu.Begitu juga tentu menarik jika kita dapat mengetahui peranan Syeikh Abdul Samad Al Falimbani dalam kempen Perang “Jihad” Kedah menentang Siam pada 1821-1842 samada beliau telah turun ke Seberang Perai dalam kempen ini atau tidak ? tidak dapat kita pastikan disini kerana kekurangan maklumat hingga kini.Artikel ini juga mungkin tidak dapat memuatkan semua sejarah awal perjuangan ulama silam di Seberang Perai ini namun anggaplah ini sebagai satu permulaan kepada pencarian yang lebih besar demi menghargai warisan perjuangan pendidikan islam untuk memberi ilham dan motivasi bagi penerusan tarbiyyah islamiyyah untuk ummah generasi akan datang.



Oleh

Al Faqir ilallah Dahalan Bin Fazil
6 Jun 2014 Kepala Batas




Rujukan


1) Tuan Syed Muhammad Dawilah dalam Kertas Kerjanya Sejarah Pendidikan Pondok di Seberang Perai dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Universiti Sains Malaysia,29-30/5/2006

2) Haji Omar bin Mohd Hashim ( Persatuan Sejarah Malaysia) dalam kertas kerja “Mengenalpasti puncak-puncak dalam sejarah seberang Perai dan kepentingannya kepada sejarah Malaysia dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Universiti Sains Malaysia,29-30/5/2006

3) Dr Mahani Musa. (2006), Sejarah Seberang Perai pembentangan Kertas Kerja dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Universiti Sains Malaysia,29-30/5/2006

4) Dahalan B Fazil , Sejarah Tapak Warisan Seberang Perai http://dlan6658.blogspot.com/

5) Laman Web Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi http://www.ptab.jpm.my/ptab/portal/index.php?r=media/index&page=gambar_keluarga&menu=5&submenu=1&submenu2=6

6) Temubual dengan Ustaz Hj Ali bi Hj Ahmad pada 17/9/2013

7) Buku Cenderamata Peringatan Seperempat Abad Madrasah A Khairiyyah Islamiyyah,Pokok Sena ,Kepala Batas Seberang Perai 5-6 April 1961

8) Jit Pak Da https://www.facebook.com/#!/jitpakda?fref=nf

9) http://batuaceh.blogspot.com/2007/12/kubur-haji-salleh-penaga.html

10) http://ms.wikipedia.org/wiki/Terusan_Wan_Mat_Saman

11) http://tokoh1038.blogspot.com/2012_04_01_archive.html

12) http://tokoh1038.blogspot.com/2012/04/tuan-syaikh-uthman-jalaluddin-1880-1952.html

13) http://tokoh1038.blogspot.com/

14) http://www.mykedah2.com/10heritage/110_3_p3.htm



Posted 18th June 2014 by Dahalan Fazil

0

Add a comment




4

 


 

Sejarah Bagan atau Butterworth


Semasa Pulau Pinang atau Tanjong Penaga atau Tanjong Penegeri  dibuka oleh Francis Light untuk mendirikan kota Fort Cornwallis pada 1786,penduduk tempatan telah ada menetap di Batu Uban,Sungai Pinang ,Telok Bahang dan di Seberang Perai.Misalnya di Batu Uban wujud komuniti Melayu yang berasal dari Sumatera dan Kedah serta percampuran dengan pedagang dan alim ulama dari Arab.di Telok Bahang pula penduduk nelayan berasal dari Kedah dan Aceh.di Sungai Pinang juga terdapat penduduk Melayu berasal dari Kedah,Aceh,Sumatera dan India Muslim yang berdagang dengan penduduk tempatan yang mengikut cerita lisan yang mashyur sebagai “Tok Nadok berkajang kain”.bermaksud Tok Nadok atau Tok Nagor berkemahkan kain.


Sementara itu Seberang Perai yang lama dibawah pemerintahan Kesultanan Kedah malah sebahagian dari Kerajaan Lembah Bujang di Zaman Langkasuka telah lama diduduki penduduk Melayu tempatan di Kota Aur,Guar Kepah,Permatang Bendahari,Penaga ,Kuala Muda,Kuala Bekah ,Bagan Tambang,Telok Air Tawar ,Kuala Perai,Bagan, Kampong Kota ,Kuala Juru dan Pulau Aman jauh lebih awal sebelum kedatangan Francis Light lagi.


Butterworth atau “Bagan” adalah nama panggilan penduduk tempatan yang dimaksudkan pengkalan atau” jetty” . Kawasan Bagan merupakan kawasan penempatan awal  penduduk tempatan di pesisiran pantai menghadap Pulau Pinang terutamanya nelayan .Ini dapat yang dapat dilihat dari namatempat tempat di sepanjang pantai di Banadar Butterworth sehingga ke Telok Air Tawar  yang bermula dengan  Bagan bermaksud  Pengkalan atau “jetty”.Bermula dari Pengkalan Sultan Abdul Halim,Bagan lama,Bagan Buaya,Bagan Jermal,Bagan Ajam,Bagan Lebai Tahir,Bagan Tuan Kecil,Bagan Lalang ,Bagan Dalam hingga ke Bagan Tambang dan Bagan Belat di Telok Air Tawar.


Seberang Perai di lihat dari Tanjong atau George Town 

800px-Penang_Museum_historical_painting_N172b



Lukisan awal Inggeris pada 1814 seperti diatas menunjukkan wujudnya penempatan awal dikawasan Pengkalan Sultan Abdul Halim ,Pengkalan Feri atau Stesyen bas Jeti Butterworth atau Meriam Timbul sekarang ini .Dimana terdapat surau lama atau Surau Balai Pukat dan Tanah Perkuburan Islam di bersebelahan Tangki “Bunkerer”Shell di Pangkalan Bagan Luar Jalan Pantai Butterworth sekarang ini.



800px-Penang_Museum_historical_painting_M141b

 


Dari sumber sejarah juga menyatakan bahawa Sultan Kedah telah bersiap sedia dengan Angkatan Perang Kedah untuk memerangi Inggeris bagi mengambil balik Pulau Pinang yang di ambil Inggeris secara tipu muslihat.Namun Angkatan beliau telah tewas dalam serangan mengejut Francis Light pada 1791 . Seperti Catatan Penulis Buku Pembangunan Pulau P[inang ….


 

Maka Sultan telah mengatur rancangan nya untuk menyerang Inggeris dengan menyiapkan Angkatan Perangnya yang berpusat di Kg Kota.Senjata-senjata dipersiapkan dari “kilang-kilangnya” di Pekan Darat .Pahlawan-pahlawan dan panglima-panglima perang serta para perajurit-perajurit telah bersiap siaga untuk bertempur dimedan “jihad menentang kafir” kerana mereka bukan sahaja dari Angkatan Kedah malah telah dibantu dari para kesatria Melayu  dari Aceh, Perak,Patani,Johor malah dari Brunai,Kepulauan Mindanao dan Illanun.

 

Perang ini amat penting demi mempertahankan satu lagi bumi Melayu dari jatuh ketangan penjajah….bererti hidup dan mati Kedah seterusnya dan Nusantara ini seanteronya.

…Maka dengan 1,000 buah perahu-perahu telah dipersiapkan untuk menyerang Pulau Pinang dari Kuala Perai……….

”Angkatan Perang Kedah yang sedang berkubu di Kuala Perai mereka telah diserang mengejut terlebih dahulu oleh Kapten Light dengan mengarah serangan dilakukan oleh pembantunya “Kapten Andrew Glass pada 12 April 1791 kira-kira jam 4.00 pagi, empat kapal perang bernama Dolphin,Princess Augusta dan Valient bersama 3 kompeni askar sipahi/sepoi telah menyerang Kuala Perai.Satu Pepeperangan  yang hebat antara tentera Kedah dengan askar-asakar sipahi telah berlaku selama empat hari.Malangnya oleh kerana Syarikat Hindia Timur  mempunyai kelengkapan senjata moden dan askar-askar yang terlatih telah menewaskan askar-askar Sultan Kedah..Kebanyakan Kubu-kubu yang dibina di Kuala Prai telah musnah dibom oleh kapal Perang British” ( Zakry Abadi dalam Pembangunan Pulau Pinang ,1994)


Namun selepas itu Baginda juga telah  memajukan pelabuhan di Seberang Perai dikawasan yang bertentangan dengan Tanjong Penaga bertujuan menyaingi Inggeris ia –itu Pengkalan Sultan Abdul Halim atau Bagan sekarang ini


Nama Meriam Timbul dan terdapatnya  sepucuk meriam yang berada dalam rumah tokong Cina di tepi Jeti Pengkalan Feri Butterworth sekarang ini ada kaitannya dengan kesan peristiwa diatas



Nama Bagan semakin tenggelam  apabila William John Butterworth, Governor of the Straits Settlements (1843–1855) mengambil alih pentadbiran Negeri Selat maka nama Butterworth is diberi sebagai pusat pentadbiran British di Seberang Perai.


Sehingga sekarang masih terdapat kesan peninggalan bangunan lama 1800an Hospital,Pejabat Pos,Pejabat Pertanian,Pejabat Town Council,Polis ,Gereja dan bangunan persendirian semasa pentadbiran British seperti di Jalan Pantai atau pantai Road, Sekolah Convent Butterworth,Kilang Memprosese Bijih Timah (Malaysian Smelting Corporation) Lapangan Terbang RAAF atau Pengkalan TUDM sekarang ini,Taman Robina dan Bangunan unik seperti “Piring Terbang” di Kolej Vokasional Butterworth di Telok Air Tawar.

 

 

Di Era sebelum merdeka dan saat menghampiri Kemerdekaan pada 1950an banyak peristiwa sejarah di Butterworth seperti Perishtiharan Pemuda Merdeka di Dataran  Pemuda Merdeka di Butterworth, Pulau Pinang atau dahulunya dikenali sebagai padang British Recreation Club (BRC) pada 1958 yang di Ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO  ketika itu Dato’ Hj Ahmad Badawi ketika itu  dan juga persidangan para Alim Ulama dimana banyak organisasi awal dari Seberang Perai menjadi pengasas utama keahlian PAS. Dimana  kejayaan Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterworth pada 24 November 1951 menjadi detik penting dalam sejarah Islam di negara ini kerana ... seperti dalam Wilkipedia Parti Islam Se-Malaysia menyebutkan juga  bahawamaka  PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai,Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

 

 

Rujukan

 

1)From Wikipedia, the free encyclopedia    http://en.wikipedia.org/wiki/Butterworth,_Penang

 

2) Kapitan Keling Mosque

The Kapitan Keling Mosque on Pitt Street was named after ‘Captain Kling’, the headman of the South Indian community, who was appointed by the British administration on 1801.

The first mosque on the site, the predecessor of the present Kapitan Keling Mosque, was a small “Chulier Mosque” which appeared on a map of 1798.

Oral tradition names the founder of this attap mosque as Major Nador Khan, an East Indian Company sepoy, who was popularly called To’ Nadok Berkajang Kain. (Abdul Kahar, 1974; unpaged) ^

3) Zakry Abadi dalam Pembangunan Pulau Pinang ,1994.


5) Parti Islam Se-Malaysia  http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia


nasronhashim.blogspot.com/.../penubuhan-persatuan-islam-se-malaya.html

7) Dataran perakam sejarah ) utusan.com.my/utusan/nfo.asp?y=2007&dt=0822&sec=Rencana&pg=re_05.htm -

Posted 4th May 2014 by Dahalan Fazil

6

View comments




9

 


 

PERMATANG KUCING ITU SEBENARNYA PERMATANG KU CHIN 
ATAU PERMATANG TENGKU HUSSAIN

 

 

Nama Permatang Kucing tidak asing lagi disini kerana terletaknya  Pengkalan Tentera Udara Malaysia atau TUDM Butterworth.Namun Kawasan kampong yang ada hanya tinggal mungkin sepuluh peratus sahaja itu pun kawasan perumahan moden manakala selebihnya adalah kampong sekitar Masjid Daerah Telok Air Tawar.

 

Nama sebenar Permatang Kucing adalah dari perkataan Ku Chin ia-itu singkatan dari Nama Tengku Hussain atau sebutan Kedahnya Tengku Chin .Dimana Beliaulah yang membuka perkampongan ini di awal era Peperangan Kedah Siam 1821-1842 .Dimana belaiau salah seorang Pembesar Bangsawan Kedah yang berhijrah bersama pengikutnya dan rakyat dari Kedah semasa peperangan Kedah Siam tersebut.

 

Mengikut sejarah Keturunan “Ku” atau Tengku di Kedah bahawa ketika peperangan Kedah Siam itu kebanyakan pembesar dan bangsawan Kedah menyembunyikan identiti asal nama mereka yang bermula dengan nama Tengku menjadi Ku sahaja untuk mengelak dari dikesan oleh pengintip-pengintip Siam.Oleh itu terdapat nama-nama seperti Ku Din bin Ku Meh misalnya.

 

Beberapa tapak sejarah yang ada disini adalah Makam Tok Yan yang terletak tanah perkuburan  di hujung utara Pengkalan TUDM ini.Tok Yan juga dikatakan seorang alim yang berasal dari Kedah . Menurut cerita orang tempatan bahawa laluan turun naik kapal terbang tidak boleh melintas ruang udara kawasan perkuburan ini dan tapak masjid,jika dilakukan juga kapal terbang akan jatuh.Pernah di zaman “Orang Putih” dulu ,Zaman British dulu laluan kapal terbang melintasi perkuburan  ini sering jatuh oleh itu diubah laluan agar menjauhi kawasan ini.

 

Peperangan Kedah Siam 1821-1842 telah meninggalkan kesan besar kepada pembukaan penempatan awal di sekitar Penaga dan Telok Air Tawar serta Pekan Darat Wujudnya Nama -nama tempat seperti Pulau Kampong Kedah yang telah dihakis laut seperti Kampong Aceh  juga ,begitu juga kampong Setol dimana penduduknya berasal dari Setol dalam Negara Kedah pada masa itu.

 


 


 

 

Dalam sejarah Penentangan Rakyat Kedah untuk mengambil balik Kedah yang ditawan oleh Siam pada 1821 itu Sultan Ahmad Tajuddin sering datang ke Telok Air Tawar menemui pengikut-pengkut dan pembesar Kedah untuk bermesyuarat dan merancang bagi mengatur serangan balas melawan Siam di Kedah.Sehingga kini tidak dapat dijejaki dimana kah beliau sering berada di Telok Air Tawar ini. Jika disebut Telok Air Tawar merangkumi Permatang Kucing,Kampong Setol,Bagan Tambang,Bagan Belat,Pekan Baru dan Padang Benggali.

 

Pulau Kampong Kedah dipercayai sebagai tempat pendaratan awal pelarian dari Kedah,Setol dan Patani yang kemudiannya telah berhijrah ke kawasan lebih ke darat untuk mendari perlindungan dan penempatan baru serta membuka tanah-tanah sawah di Penaga,Permatang Pak Maras,Permatang Tok Gelam,Permatang Pak Elong,Permatang Tok Loba,Permatang Tok Sadan,Permatang Sintok,Lahar Tabot,Permatang Berah,Pekan Darat dan Permatang Bogak.Nama –nama penghulu atau ketua-ketua keluarga digunakan kekal sebagai nama kampong pada hari ini .Ketua keluarga atau pemimpin tempatan yang datang semasa perang Kedah-Siam ini membawa kaum keluarga masing-masing dikatakan kebayakan berasal dari Kuala Kedah,sekitar Alor Setar Kubang Pasu ,Pendang,Yan dan juga dari Setol dan Patani

 

 


 


 

Mengikut Cikgu Yusof Abait yang moyangnya tinggal di Permatang Ku Cin dulu bahawa terdapat Pondok Pengajian agama yang didirikan oleh Syeikh Yasin yang terkenal dengan pengajian Tarikat Naqsyabandiyah menjadi tumpuan penduduk tempatan dan ada yang datang dari Patani,Sumatera dan negeri- negeri Tanah Melayu ketika itu.Namun pada awal 1900 bila pihak Inggeris membina lapangan terbang maka penduduk disitu telah berpindah dan diberi ganti tanah di Lahar Yooi ,Jarak dan Padang Cempedak sekitar kawasan Tasek Gelugor sekarang ini selaras dengan pembukaan ladang getah pada masa  itu oleh Malakof Estate.

 

 

 

RUJUKAN

 

 

1.      Ahmad Nazar b Hussain (Ahli Perniagaan/Kontraktor) Bagan Belat, Telok Ayer Tawar

2.      Hussain b Yusop ( Guru bersara) Bagan Belat, Telok Ayer Tawar

3.      Yusof b Abait,(Guru Pesara) Kampong Permatang Bertam,13200 Kepala Batas

4.      Tuan Hj Yusof b Ayob,Kampong Padang Cempedak,Tasek Gelugo

5.      Omar Hj Hashim , (2006), Mengenalpasti Puncak-puncak dalam Sejarah Seberang Perai dan Kepentingannya kepada Sejarah Malaysia.Kertas Kerja Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia,29-30/5/2006

6.      Dr Mahani Musa. (2006), Sejarah Seberang Perai pembentangan Kertas Kerja dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Universiti Sains Malaysia

7.      Dr Mohamad Isa Othman -Politik Tradisional Kedah 1681-1942 DBP 1990

8.      Md Noor Salleh,Abd Salleh,.1998 -Islam di Kedah Darul Aman dalam Pengaruh Islam Dalam Pemberontakan Kedah,1821-1842:Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua

9.      Dahalan Fazil dlm Sejarah Tapak Warisan Seberang Perai http://dlan6658.blogspot.com

 

Posted 9th April 2014 by Dahalan Fazil

3

View comments





 

TELOK AIR TAWAR ,PELABUHAN AWAL TELOK PENAMBANG DAN PENEMPATAN AWAL MASYARAKAT MELAYU SEBERANG PERAI


 

TELOK AIR TAWAR ,PELABUHAN TELOK PENAMBANG

DAN PENEMPATAN AWAL MASYARAKAT MELAYU
SEBERANG PERAI

 

 

Sejarah Pulau Pinang dan Seberang Perai masih banyak yang terselindung
disebalik penulisan tinggalan kolonial yang terus diwarisi sebagai fakta
sejarah yang “mutlak”. Sedangkan penggalian sejarah itu sendiri perlu
dibuat dari masa kesemasa sepertinya persepsi “Sejarah Lembah Bujang”
 dimana dengan penemuan di Sungai Batu telah mengubah landskap sejarah
 Kedah Tua dan Malaysia dimata dunia.Maka Sejarah Nakhoda Janaton
Batu Uban dan Telok Penambang ini juga perlu digali sejarah dan warisan
tinggalannya untuk generasi akan datang Oleh itu mari kita menyingkap
 beberapa penemuan terbaru dari cerita lisan dan perbandingan dengan
peta-peta lama Seberang Perai atau Province Wellesley berkaitan
penempatan awal masyarakat Melayu disekitar Telok Air Tawar dan
 Penaga khususnya bermula dari awal 1800 lagi. Bermula dari Pelabuhan
 Penambang atau Bagan Tambang sekarang ini ,Kawasan Telok Air
Tawar meliputi Kampong Bagan Belat,Permatang Kuccing,Kampong
Setol,Pekan Baru, Padang Benggali, Kuala Bekah ,Penaga ,Pekan Darat
 dan Permatang Tok Bidan yang saling berkaitan sejarah awalnya diantara
satu sama lain Telok Ayer Tawar mendapat nama dari kedudukan
kawasan seperti lakaran didibawah ini yang menunjukkan kuala sungai
 yang berteluk dari laut di Kuala Sungai di Pelabuhan Telok Penambang
 atau Bagan Tambang menuju keutara menghala ke Pekan Baru dimana
 air di kawasan ini masih rasanya tawar


Lakaran oleh En Ahmad Nazar b Hussain Merujuk kepada kajian bersama
En Nazar Hussain dari Bagan Belat dan temubual saya dengannya dan
 beberapa orang lama dan berpengetahuan tentang sejarah tempatan   pada
 12/01/2014. Menurut beliau Nenek Moyangnya,Datok kepada datoknya
pernah menceritakan keadaan Pantai dan Pulau di sekitar Bagan Tambang,
Bagan Belat,Kuala Bekah dan Telok Air Tawar kira-kira 6 generasi yang
 lalu (Anggaran sekitar 150 tahun yang lalu) adalah seperti lakaran diatas
 dimana terdapat sebuah Pulau dan kedudukan Sungai Abdul yang muaranya
 di Telok Penambang yang merupakan Pelabuhan penting pada masa itu.
Namun masa berlalu Pulau dan kampong Aceh dan Kampong Pulau
Kedah seperti nyatakan telah terhakis . Garis pantai Bagan Tambang
sekarang adalah 2 kilometer dari garis asal pantai yang berada dalam
laut sekarang ini. Mengikut Cikgu Nasir Hassan pula seorang guru yang
mengajar di Sekolah Menengah Ptg Tok Jaya dan berasal dari
Permatang Tok Bidan;Bahawa tanah -tanah di Ptg Tok Bidan
dan Pekan Darat banyak dimiliki oleh orang keturunan Aceh yang
menjadi diantara penduduk awal kawasan tersebut disamping yang
datang dari Kedah,Setol dan Patani pada kira-kira tahun 1820an.
mereka ini Orang Aceh telah berpindah dari penempatan kampong
asal mereka di tepi pantai sekitar Bagan Tambang dan Kampong Aceh
yang telah sedikit-sedikit dimakan laut atau mengalami hakisan pantai.
oleh itu bertepatan dengan cerita lisan orang-orang tua keturunan penduduk
 awal Bagan Tambang dan Bagan Belat bahawa terdapat Kampong Aceh
dan Kampong Pulau Kedah seperti lakaran Encik Nazar itu.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Bagan bermaksud Pengkalan atau Jeti . Bagan Tambang menjadi Pelabuhan penting
 satu masa lampau sebagai tempat pengkalan bertolak melalui jalan laut dari tanah
besar Seberang Perai ke Pulau Pinang atau Tanjong@ Tanjong Penaga yang baru
dibuka oleh Francis Light pada 1786. Namun lebih awal sebelum itu semasa Pelabuhan
Batu Uban yang telah wujud sejak 1730an terdapat perhubungan penting diantara
Batu Uban dan Bagan Tambang kerana kebanyakan penduduk awasl Bagan
Tambang dan Bagan Belat adalah berasal dari Aceh dan Batu Bara,Sumatera.

 

 

Bagan Tambang menurut ceritanya dibuka oleh tiga orang saudagar dari
wilayah Batu Bara, Sumatera Timur yang berniaga pinggan mangkuk.
Dimana ketika itu juga Wilayah Batu Bara adalah sempadan terakhir
dibawah kekuasaan Kesultanan Empayar Aceh Darussalam.Batu
 Bara juga merupakan Bandar pelabuhan yang sibuk sebelum wujudnya
Medan, Batu Bara juga menjadi jalan keluar bagi penduduk
Sumatera Utara seperti dari Deli,Serdang,Binjai,Langkat dan
 termasuk dari tanah Minangkabau dan Padang dari Sumatera
 Barat .Penduduk Aceh juga banyak berasal dari wilayah Pidie dan
 Lhokseumawe di Aceh Timur


Gambar kiri Pokok Asam Jawa yang masih ada dibelakang kedai terbiar Gambar Kanan Hujung Jalan Tunku Putra di Bagan Tambang Rumah yang kelihatan dulu pada 1960an adalah tapak rumah Persinggahan YAB Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj


 

Gambaran Pantai Bagan Tambang pada 1953 dimana aktibiti jualan ikan secara Bisik-bisik dihadapan   kedai tepi laut.Kawasan ini telah dihakis laut garispantai sekarang berada hampir dengan Pokok Asam di hujung Jalan Tunku Putra.


 

Begitu juga Permatang Kucing sekarang ini adalah berasal dari nama
Permatang Ku Chin @Chen atau singkatan dari Nama Tengku Hussain
 atau Chen @Chin dipercayai adalah peneroka awal Kampong Permatang
Kucing ini serta terdapat cerita seperti lakaran En Nazar bahawa terdapat
Sungai Tengku Chen yang menjadi jalan perhubungan awal dari Telok Air
Tawar dan Pelabuhan Bagan Tambang ke kawasan pendalaman ketika itu
 ke Pekan Darat, Permatang Tok Bidan,Permatang Sungai Dua,Pokok Sena
 dan Tasek Gelugor melalu jalan yang dikenali sebagai Batas Tok Akil.


 

Peperangan Kedah Siam 1821-1842 telah meninggalkan kesan besar kepada
pembukaan penempatan awal di sekitar Penaga dan Telok Air Tawar serta
 Pekan Darat Wujudnya Nama -nama tempat seperti Pulau Kampong Kedah
yang telah dihakis laut seperti Kampong Aceh juga ,begitu juga kampong
Setol dimana penduduknya berasal dari Setol dalam Negara Kedah pada
masa itu. Permatang Ku Chin telah menjadi kawasan Lapangan Terbang TUDM
sekarang ini dimana dulunya adalah kampong awal penghijrahan penduduk
 dari Kedah semasa peperangan Kedah Siam tersebut. Pulau Kampong
Kedah dipercayai sebagai tempat pendaratan awal pelarian dari
Kedah,Setol dan Patani yang kemudiannya telah berhijrah ke kawasan lebih
ke darat untuk mencari perlindungan dan penempatan baru serta membuka
 tanah-tanah sawah di Penaga,Permatang Pak Maras,Permatang Tok Gelam,
Permatang Pak Elong,Permatang Tok Loba, Permatang Tok Sadan,
Permatang Sintok,Lahar Tabot,Permatang Berah,Pekan Darat dan Permatang
Bogak. Nama–nama penghulu atau ketua-ketua keluarga digunakan kekal sebagai
nama kampong pada hari ini . Ketua keluarga atau pemimpin tempatan yang
 datang semasa perang Kedah-Siam ini membawa kaum keluarga masing-masing
dikatakan kebayakan berasal dari Kuala Kedah,sekitar Alor Setar Kubang Pasu ,
Pendang,Yan dan juga dari Setol dan Patani

 

 Mengikut Cikgu Yusof Abait yang moyangnya tinggal di Permatang Ku Cin dulu
bahawa terdapat Pondok Pengajian agama yang didirikan oleh Syeikh Yasin
 yang terkenal dengan pengajian Tarikat Naqsyabandiyah menjadi tumpuan
penduduk tempatan dan ada yang datang dari Patani,Sumatera dan negeri-
negeri Tanah Melayu ketika itu.Namun pada awal 1900 bila pihak Inggeris
 membina lapangan terbang maka penduduk disitu telah berpindah dan
diberi ganti tanah di Lahar Yooi ,Jarak dan Padang Cempedak sekitar
kawasan Tasek Gelugor sekarang ini selaras dengan pembukaan ladang
getah pada masa itu oleh Malakof Estate.

 

 

Manakala Bagan Belat pula mendapat nama dari banyaknya nelayan
mengusahakan belat atau kelong menangkap ikan ,dimana Bagan belat
 merupakan kampong nelayan yang terbesar disini satu ketika dulu
dalam perusahaan menangkap ikan untuk dibekalkan kepada penduduk
sekitar ,pendalaman Seberang Perai dan juga dijual ke Pulau Pinang.
Kemahiran menyelam sehingga lebih 15 minit untuk menanam kayu
cerucuk tiang-tiang belat di tengah laut tanpa menggunakan alatan moden
seperti hari ini adalah satu yang luar biasa dan sangat menakjubkan,
Orang handal begini seperti namanya Pak Lah Tuli yang terlalu banyak
menyelam hingga pendengarannya terjejas. Orang-orang lama seperti
Tuan Hj Hussain Sembilang Karang adalah nama yang handal dalam
 merekabentuk dan membuat belat tersebut Kepakaran membuat belat
 dengan teknik penangkapan yang handal ini mendapat perhatian
nelayan luar termasuk pengusaha dari Tasala Nakhonsitammarat,
Thailand dimana ada nelayan di Bagan Belat ini pada masa Zaman Jepun ,
Perang Dunia Kedua 1941-45 telah di jemput kesana oleh Pengusaha
di Tasala itu berhijrah untuk memulakan perusahaan membuat belat disana
 kerana mereka tiada kepakaran dalam hal ini. Fenomena hakisan telah
berlaku sejak lebih 150 tahun lalu sehingga ke hari ini dikawasan Bagan Belat,
Bagan Tambang ini seperti yang diakui oleh penduduk tempatan dalam
perbincangan sempena lawatan kerja YAB Ketua Menteri Pulau Pinang
 pada 7 Jun 2012 lalu. Oleh itu terdapat kampong Aceh satu masa dulu
dan Surau Hj Mohamad Taha seorang alim dari Batu Bara yang telah
membuka pondok pengajian agama di Bagan Belat .Namun sekarang
ini telah tiada surau asalnya telah dihakis laut.Pada 1970an masih ada
kesan kolah dan bangunan tandas yang diperbuat dari Batu serta Kepingan
 batu granite dan jubin berwarna merah perang yang diperbuat dari
tanah liat disekitar Bgan Belat berhadapan rumah Pak Saad Kontong yang
 masih ada tapaknya sekarang ini serta Telaga Tuan Haji Mohamad Taha
 yang telah tinggal terbiar dalam semak di kampong Bagan Belat.
Telaga atau Perigi itu masih elok binaannya namun perlu dipulihara
semula.Surau Hj Mohamad Taha telah dipindahkan ker Pekan Baru
dan masih ada sehingga hari ini.


Tanah Perkuburan disekitar Masjid Bagan Belat ,dimana sebahagiannya telah
 dihakis laut. Penerokaan dan penempatan awal penduduk Bagan Belat dapat
di seliki lebih lanjut dari penduduk disekitar Masjid Bagan Belat yang memiliki
tanah dan rumah-rumah tradisional seperti Rumah,kepunyaan Allahyarham
Tuan Hj Hashim Itam atau Hashim Kerani,Rumah Khalid Penghulu dan Rumah
 Cikgu Che Amah.Mereka ini dikira intelek dan golongan cerdik pandai
Melayu awal yang menduduki jawatan penting kerajaan di” Zaman
Orang Putih” ia –itu sekitar 1950an .Mereka ini nenek moyangnya peneroka
 awal sezaman dengan Hj Mohamad Saman,Tuan Hj Mohammad Taha,

Tok Meriam/Maryam,Tok Abdullah (Tok Lah Tuli). 

 

Gambar Atas Surau Tuan Hj Mohammad Taha yang dibina pada 1870 dipindah dari Bagan Belat ke tapak sekarang di Kampong Pekan Baru


Gambar Kiri Rumah Hashim Kerani di Bagan Belat yang perlu pemuliharaan Gambar kanan Telaga Tuan Hj Mohammad Taha 1875 yang masih ada terbiar 


 

 Gambar pada 1992 - Pantai Bagan Belat ,pandangan kearah Pulau Pinang- Beting-beting pasir yang jauh kelihatan dipercayai sebagai tapak kesan Pulau Kampong Kedah dan Kampong Aceh yang telah dihakis laut lebih 150 tahun lalu

 

 

 

 Nama Kuala Bekah juga memberikan pengertian yang selaras dengan kedudukan
geografi sungai dan kuala sungai seperti yang dilihat dalam lakaran diatas.Kuala
 bermakna Bahagian terakhir sungai yang mengalir bertemu laut,manakala Bekah
 dalam loghat tempatan bermakna Pecah atau Retak, jadi bila dilihat bentuk
sungai mengalir diutara Penaga menuju ke laut maka ia telah terpecah dua atau
terbahagi dua kuala ,maka lalu disebut orang Kuala Bekah. Kuala Bekah
sangat penting kerana merupakan laluan masuk ke Pekan Penaga yang
menjadi “Bandar” penting pada suatu masa dulu dari segi pusat pentadbiran
 Inggeris dan penempatan penduduk awal di Seberang Perai Utara terutamanya
 mereka yang datang dari Kedah ,Setol dan Patani melalui jalan laut.Melalui
jalan darat pula pekan ini mempunyai rangkaian jalan darat jalan kereta
 kuda dan kereta lembu ke Permatang Bendahari di utara,Lahar Ikan Mati
atau Kepala Batas di Timur dan Telok Ayer Tawar ke Selatan melalui
 Kuala Bekah juga. Ada diberitakan oleh seorang penduduk tempatan Encik
Mohd Zain bin Md Saman yang berasal dari Permatang Pak Maras mengatakan
 bahawa Francis Light pernah memasuki Penaga melalui Kuala Bekah semasa
dizaman awal pembukaan Pulau Pinang lagi.En Mohamad Zain juga ada
 menyimpan duit syiling lama dan pernah membuka kedai barangan antik
di Pekan Penaga pada 1990an. Penempatan disekitar Penaga menjadi
semakin ramai semasa Peperangan Kedah Siam 1821 hingga 1842 dimana
 banyak kampong dan permatang telah diteroka dan hutan paya telah di usahakan
 menjadi sawah-sawah padi atau mengikut istilah tempatan sebagai bendang.
Banyak penulisan dalam sejarah Kedah  menceritakan bahawaketika itu
 pelarian-pelarian perang telah mendirikan kemah-kemah dan bangsal sementara
disini sebelum meneroka membuka penempatan penempatan dan kampong -
kampong baru.Sehingga hari ini ada kampong berdekatan Masjid Penaga
yang dikenali namanya sebagai Kampong Baru Penaga.


Rumah Allahyarham Tuan Hj Abdul Kadir JP,diantara rumah warisan
yang masih elok di Jalan Penaga ke Telok Air Tawar 

Penaga pula merupakan penempatan awal sezaman dengan Telok Air Tawar
 dan Pelabuhan Telok Penambang seperti ditunjukkan dalam Peta lama
Province Wellesley 1920 ; Bahawa telah wujud perkampongan ini dizaman
Francis Light lagi meski pun tarikh yang tepat belum diketahui.Nama Penaga
 diambil dari sejenis Pokok Penaga Laut atau nama sintifiknya
 Callophyllum inophyllum memang tumbuh ditepi pantai pasir laut,
dulu memang terdapat banyak pokok Penaga Laut ini di Pantai Kuala
Bekah sekitar 1960an.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




Pokok Penaga laut nama botaninya Callophyllum inophyllum 

 

Begitu juga di kawasan pantai sebelah kanan muara sungai Lahar Endin
terdapat banyak Pokok Kedangsar bersama pokok hutan paya laut yang lain
seperti Bakau,Api-api dan Kedabu.Pokok Kedangsar adalah sejenis pokok
 palma yang satu-satunya spesis sejenis dengan korma yang tumbuh berasal dari
 hutan kita di Malaysia ini terutamanya di hutan paya laut kawasan Muara
Sungai Muda,Merbok dan Sungai Perai selain dari sungai-sungai kecil di
Sungai Abdul,Sungai Lahar Endin, Sungai Tembus di Seberang Perai Utara ini.
Uniknya kita mempunyai sejenis "Pokok Korma"  yang tumbuh dikawasan
 paya laut yang kita panggil Kedangsar . 

 

 

 

 

 RUJUKAN

 

 1)    Ahmad Nazar b Hussain (Ahli Perniagaan/Kontraktor) -
      No 610 Bagan Belat, Telok Ayer Tawar 13050 Butterworth ,S Perai Utara
      Temubual saya dengan beliau pada 12/01/2014

 2)    Hussain b Yusop ( Guru bersara) - ,No. 610 Bagan Belat,
      Telok Ayer Tawar 13050 Butterworth, S Perai Utara Temubual
      saya dengan beliau pada 12/01/2014

 3)    Baharom b Hassan (Ahli Perniagaan) Kampong,Pekan Baru,
     Telok Ayer Tawar, 13050 Butterworth, S Perai Utara

  4)  Nasir b Hassan (Guru) , Kampong Ptg Tok Bidan, 13050
       Butterworth, S Perai Utara

  5)  Yusof b Abait,(Guru Pesara) Kampong Permatang Bertam,
      13200 Kepala Batas

  6)  Tuan Hj Yusof b Ayob,Kampong Padang Cempedak,
       Tasek Gelugor,SPU

  7) Omar Hj Hashim , (2006), Mengenalpasti Puncak-puncak dalam
      Sejarah Seberang Perai dan Kepentingannya kepada Sejarah Malaysia.
      Kertas Kerja Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana
      Hala Tuju?
       Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia,29-30/5/2006 m.s 58-59

 8)  Dr Mahani Musa. (2006), Sejarah Seberang Perai pembentangan Kertas Kerja
      dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju?
       Universiti Sains Malaysia,29-30/5/2006 m.s 37-47 

 9)  Md Zain Abdul Aziz -Temubual saya dengan beliau di Penaga pada
      18/06/2006.En Md Zain juga adalah AJK Persatuan Sejarah Kepala Batas.

 10) Dr Mohamad Isa Othman -Politik Tradisional Kedah 1681-1942 DBP 1990

 11) Md Noor Salleh,Abd Salleh,.1998 -Islam di Kedah Darul Aman dalam
       Pengaruh Islam Dalam Pemberontakan Kedah,1821-1842:Dokumentasi
       Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua

 12) Hj Fadzil b Hj Hashim (Pesara Keretapi Tanah Melayu-KTM)
      3996 Kg Lahar T     abot,Penaga,Seberang Perai Utara

 13) Hj Abd Rahman Baharudin (Guru)- temu bual pada 18/12/ 2003
      Jalan Padang Benggali,Telok Air Tawar

 14) Hjh. Rahanah bt Hassan - di 3996 Lahar Tabot,Penaga,SPU

 15) Saad b Said (Lahir 1946),umur 91 tahun (2014) Pesara Polis
      No 813 Mukim 7, Jalan Bagan Belat ,Telok Air Tawar, 13050 Butterworth ,
      Seberang Perai Utara – Temubual saya dengan beliau pada 9/02/2014

 16)Sudin b. Saad -. temubual pada 2/6/2005 di Pekan Baru,Telok Air Tawar
      pada 25.6.2006

 17)Dahalan Fazil dlm Sejarah Tapak Warisan Seberang Peraihttp://dlan6658.blogspot.com
18)inophyllumhttp://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/plant/calophyllum.html

 19)http://fazlisyam.com/2010/03/18/pokok-bintagor-laut/

  20)http://malaysia.search.yahoo.com/search;_ylt=AgLiKqYkojA2.
      N9Q01y.IclUqcB_?p=Pokok+
  21)Penaga+Laut&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&fr=yfp-t-739






Posted 14th March 2014 by Dahalan Fazil

Labels: Pelabuhan Awal

4

View comments





 


" KOTA AUR ADALAH IBU NEGARA KERAJAAN LANGKASUKA DI ZAMAN SERI WIJAYA PADA TAHUN 1,000 MASEHI YANG LALU ".......Satu kajian mendalam perlu dilaksanakan demi memelihara Sejarah Warisan Ketamadunan yang semakin hilang.......



 

Posted 10th December 2013 by Dahalan Fazil

0

Add a comment





 


SEJARAH KOTA AUR DAN KEPENTINGANNYA

 

1) Sejarah Kota Aur @ Kota Ok

 

........Ada pun akan Maharaja Maha Dewa itu apakala telah ramai pendudok disuatu tempat maka ia hendak membuka dan meramaikan sesuatu tempat lain.Oleh yang demikian bermuafakatlah baginda dengan segala menteri2-nya.Satelah putuslah muafakat itu baginda pun membangunkan sa-buah kota tanah disebelah hilir,serta di-tanam buloh2 disakeliling-nya,dan diatas kota itu diperbuatkan tiga pintu gerbang ,serta di-dirikan istana dan balai penghadapan di-dalamnya. Dan lagi,banyak-lah rumah2 didirikan disekeliling kota tanah itu.

 

Ada pun istana dan balai itu di-perbuat daripada kayu dan dihias dengan awan mengawan (ukiran kayu selalunya ditempatkan di-jenang pintu dan tingkap di-rumah2 Melayu.) sogek-menyogek(jenis ukiran) dan alat2 perhiasan lain yang dibuat oleh orang2 Melayu pada zaman itu.Hatta,tiada berapa lama siaplah kota itu dan dinamai Kota Ok (Kota Aur).Maka pada hari yang baik Maharaja Maha Dewa dengan sakalian isi istana-nya pun berangkat pergi bersemayam di Kota Ok.Maka tetap-lah Maharaja Maha Dewa bersemayam di Kota Ok memelihara segala raayat isi negeri.

 

Ada pun Maharaja Maha Dewa itu ada mempunyai tiga putera.Yang tuha-nya sa-orang laki2 bernama Maha Karna dan yang dua lagi itu Maha puteri (perempuan)

 

Hatta, dalam hal yang demikian Maharaja Maha Dewa pun jatoh gering,dan gering baginda itu makin sa-hari menjadi semakain berat. Dengan kehendak Tuhan Yang Maha Kuasa maka Maharaja Maha Dewa pun meninggal dunia dan di-layankan oleh segala menteri2 penggawa mengikut adat pada masa itu.Sa-telah itu bermuafakatlah segala menteri2 mengangkat paduka anakanda baginda Maha Karna menjadi raja menggantikan ayahanda baginda yang telah hilang itu.Baginda diatas takhta bergelar Seri Maharaja Karna di-Raja.Maka tetaplah Seri Maharaja Karna di-Raja menjadi raja bersemayam diatas takhta kerajaan wang istana Kota Ok.memerintah negeri Qalha dengan segala menteri2 penggawa-nya.

 

Rujukan - Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah ms 12-13.

 

2) Kota Aur

 

  • Pusat Pentadbiran / Ibu Negara Kerajaan Langkasuka

 

·         Ketika Langkasuka dibawah naungan dan sebahagian dari Kerajaan  Ser iWijaya

Kota Aur menjadi Pusat Pentadbiran.

 

Kemaharajaan Sriwijaya telah ada sejak 671 sesuai dengan catatan I Tsing, dari prasasti Kedukan Bukit pada tahun 682 di diketahui imperium ini di bawah kepemimpinan Dapunta Hyang. Di abad ke-7 ini, orang Tionghoa mencatat bahwa terdapat dua kerajaan yaitu Malayu dan Kedah menjadi bagian kemaharajaan Sriwijaya

Di akhir abad ke-8 beberapa kerajaan di Jawa, antara lain Tarumanegara dan Holing berada di bawah kekuasaan Sriwijaya. Menurut catatan, pada masa ini pula wangsa Sailendrabermigrasi ke Jawa Tengah dan berkuasa disana. Di abad ini pula, Langkasuka di semenanjung Melayu menjadi bagian kerajaan.[2] Di masa berikutnya, Pan Pan dan Trambralinga, yang terletak di sebelah utara Langkasuka, juga berada di bawah pengaruh Sriwijaya.

 


 


Sebelum itu Kuala Perlis dan Kuala Kedah belum wujud malah Kuala Kedah digelar pada masa itu sebagai Kuala Bahang. Kuala Bahang mempunyai kubu yang kuat dan digelar sebagai Gerbang Kacapuri yang sering digunakan oleh kerajaan Kedah dan tentera Sri Wijaya sebagai benteng pertahanan. Pelabuhan Melaka pada masa dahulu ialah merangkumi dari Kuala Perlis hingga ke Kota Aur di Lembah Bujang Merbuk, Kedah.

 


http://mindaahad.wordpress.com/2010/09/22/sri-wijaya-kerajaan-islam-yang-disepikan/

 

3)      Kota Aur ketika itu lebih besar dari kampong kota Aur sekarang dimana termasuk Rantau Panjang sekarang

 

Kajian oleh USM ???

 

4)      Kepentingan Kota Aur dalam kajian arkeologi  Lembah Bujang

           

            The development of its research after 1985 was less active because of budget problems but a series of explorations was still being carried out by archeologists, especially those from Bujang Valley Archeological Museum, Merbok, Kedah. The focus of their research was given to the corridors of Sungai Muda. Sungai Simpor, Sungai Terus and Sungai Merbok.

 

 The operation was also carried out on a few islands in the Straits of Malacca, such as the Islands of Sayak, Bidan, Telor, Songsong, Bunting and Tukun Terendak. This effort confirmed Kampong Sireh and Simpor Tambang as an auxiliary port besides the main port of Sungai Mas, which was a coastal port.

 

The distribution of ruins at Seberang Perai, Penang, just as at Guar Kepah, Kota Aur and Rantau Panjang and artifacts of broken ceramics found in those islands were important data of high value. At the same period, 1986 - 1991, the Bujang Valley Archeological Museum, with the cooperation of students and lecturers from the History Department of the National University of Malaysia (UKM), carried out excavation projects at the Temple Complex of Bujang Valley, especially at site 23. Six temples could be found in this complex, which comprised an area of 3.5 hectares. The excavation was carried out to find the data on density and the diversity of artifacts for comparative studies with Sungai Mas.

 

Rujukan : Uploaded on Oct 4, 2009    http://www.youtube.com/watch?v=I4NxdXQjssg

 

 

 

 

 

 

 

 

Posted 10th December 2013 by Dahalan Fazil

0

Add a comment





 

TAPAK WARISAN SEJARAH KERAJAAN LANGKASUKA DI KAMPONG KOTA AUR DAN RANTAU PANJANG ,SEBERANG PERAI UTARA


TAPAK WARISAN SEJARAH KERAJAAN LANGKASUKA

DI KAMPONG  KOTA AUR DAN  RANTAU PANJANG ,SEBERANG PERAI  UTARA

 

 

 


 

Semasa lawatan saya ke Kampong Rantau Panjang dan Kota Aur pada 28 Julai 2013 yang lalu di dapati dibelakang rumah En Azli b Ahmad di Kampong Rantau Panjang,Seberang Perai Utara  masih dapat dilihat kesan-kesan peninggalan semacam binaan kota dimana di sebahagian Tapak Runtuhan Kota Aur yang masih dapat dilihat batu-batu besi laterite yang berlubang -lubang tersusun secara mendatar setinggi 1-1.5m dari paras tanah masih kelihatan dalam keadaan baik,diatasnya masih terdapat rumpun buluh yang kelihatan berpuluh tahun umurnya  atau lebih lama dari itu mungkin ratusan tahun telah sedia ada disitu sejak kampung ini ada lagi demikian menurut seorang penduduk asal kampong ini Tuan Haji Mad Jahaya b Mohammad atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah Man ,beiau juga mengatakan peninggalan binaan tersebut adalah asal dari kerajaan Kedah Tua . Katanya Kedah Tua itu bermula disini Batu-batu yang terdapat itu sama seperti yang ada di tapak candi Permatang Pasir,Tikam Batu ,Kedah.

 



 

Menurut Encik Azli bahawa pihak Jabatan Muzium dan USM pernah beberapa kali datang melawat tapak ini untuk dibuat pengambilan sebagai tapak sejarah namun kerana ketiadaan bajet usaha itu terhenti begitu saja.Pihak Muzim juga beberapa tahun lalu telah datang mengambil beberapa artefak ditapak ini diantaranya adalah tangga batu granite saiz 2 tingkat anak tangga yang terletak di runtuhan kota yang sedia ada di belakang rumpun buluh tersebut.Sebahagian tapak katanya terletak dalam hak milik Majis Agama Islam Pulau Pinang sebagai rezab tanah kubur disamping sebahagiannya lagi hak milik persendirian. Tanah perkuburan disebelah tapak benteng kota juga terdapat  batu nisan yang lama dan yang baru.Mengikut penduduk tempatan semasa menggali kubur kadang kala terjumpa pecahan-pecahan pinggan tembikar lama.


Batu-batu laterite seperti di Kampong Rantau Panjang  juga terdapat di sekitar rumah Tuan Hj Ahmad Yatim Kota Aur.Menurut Tuan Hj Ahmad Yatim yang saya temui lima tahun lalu bahawa masih terdapat lapisan dan susunan batu sedemikian tertimbus dalam tanah dimana pihak Muzium Lembah Bujang dan Penyelidik dari Universiti Malaya pernah membuat penggalian dan kajian suatu ketika dulu.Kesan peninggalan juga pernah ditemui di sekitar seratus meter dari masjid Kota Aur kejalan menuju Rantau Panjang yang sekarang ini telah menjadi sebahagian sawah padi dan jalan tar, dimana menurut Tuan Hj Khalid Imam Masjid Kota Aur bahawa sebelum pembinaan jalan raya tar ,dulu terdapat batu-bata tapak kediaman yang dikatakan tapak rumah Raja dulu-dulu. Di kampong belakang masjid juga terdapat tapak kubur lama yang penting dari segi peninggalan sejarah disini namun telah terbiar dan semakin hilang oleh kerja-kerja pembangunan oleh penduduk tempatan sendiri.  

 

PETA KEDUDUKAN KG KOTA AUR DAN RANTAU PANJANG

DI DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

 


 

 

Rujukan

 

 

1)   Encik  Azli b Ahmad  Kampong Rantau Panjang,

      Penaga ,Seberang Perai Utara 

 

2)  Tuan Haji Mad Jahaya b Mohammad

     Rantau Panjang,Penaga ,Seberang Perai Utara 

 

3)  Tuan Hj Khalid Imam Masjid Kota Aur

 

  

           CERITA LISAN TEMPATAN BERKAITAN

 

  • Pengangkutan dulu jalan sungai ,dari hulu berakit yang dibuat dari sejenis buluh,buluh duri

 

·         Buluh yang terdapat ditapak ini yang telah sedia ada tumbuh atau ditanam adalah jenis buluh sigai bukan buluh duri.Sigai berguna untuk kerja-kerja memanjat/menaiki pokok-pokok tinggi seperti untuk mengambil madu lebah dan petai

 

·         Di Rantau Panjang dulu terdapat seorang bernama Tok Mad Nyior seorang kaya yang membeli kelapa dari penduduk tempatan ,kelapa dikupas dikumpulkan dan dikandar dengan tenaga manusia dibawa ke Kampong Lahar Minyak sejauh 2-3 kilometer dari sini dijual kepada pedagang yang datang membeli dan mengangkut kelapa ini dengan kereta lembu untuk dibawa ke Permatang Tok Labu,Penaga dan sebagainya untuk dijual kekilangkilang  membuat minyak kelapa.

 

·         Tok Mad Nyior adalah seorang kaya dan berpengaruh dikira sebagai salah seorang pemimpin tempatan serta mempunyai peranan sebagai penyampai berita-berita terbaru dan pemaklum sesuatu perkara misalnya pengumuman hari raya,permulaan puasa ,kedatangan sesuatu musibah atau ancaman.untuk tujuan itu beliau akan meniupkan alat tetuang yang diperbuat dari tanduk kerbau dimana akan mengeluarkan bunyi kuat sehingga dapat didengar oleh seluruh penduduk. Alat ini mungkin masih disimpan oleh waris kelurganya ,cucunya Che Mie.

 

·         Berkaitan seorang Raja Zaman Langkasuka yang mengorek terusan untuk mengubah aliran sungai Muda yang dulu hilirnya di Kuala Merbok dialihkan ke Kuala Muda seperti sekarang,Penduduk tempatan, Pak Ngah Man berpendapat perubahan aliran dan korekan itu terletak di dekat titi lama Carok Bemban  dibelakang kilang padi di Permatang Pasir,Tikam Batu sekarang ini.

 

·         Tuan Haji Mad Jahaya b Mohammad @ Pak Ngah Man 71 tahun Rantau Panjang,

Penaga ,Seberang Perai Utara  katanya bahawa Datoknya berasal dari Jawa Timur dimana Datoknya bernama Tok Aris yang dating dua beradik membuka penempatan di lorong Jawa,Permatang Tok Labu kira-kira lebih seratus tahun lalu.

 

·         En Zainal dari Sungai Petani kawan En Azli adalah seorang ahli sejarah tempatan yang dulunya bertugas dengan penyelidik En Kamaruddin ,Jabatan Muzium,di Sungai Mas ada maklumat yg mungkin dapat membantu info sejarah Kota Aur,katanya beliau ada Blog Minda Ahad rujuk Kota dan Khazanah Melayu yang dimusnahkan

 

 

Posted 10th December 2013 by Dahalan Fazil

0

Add a comment





 


GUAR  KEPAH TAPAK “WARISAN DUNIA” YANG SEMAKIN  HILANG

Pulau Pinang telah diisyhtiharkan pada 7/7/2008 oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia melalui Pewartaan Bandaraya George Town atau nama asalnya Tanjung Penaga …lalu Pulau Pinang atau Penang semakin dikenali dunia….lantaran itu kenapakah Tapak-tapak warisan yang lain yang penting dari segi Warisan Arkeologi Malaysia kalau tidak dunia masih terbiar sepi tanpa usaha yang serius untuk menonjolkannya sebagai Tapak Warisan Arkeologi Malaysia selain Kota Tampan di Perak dan Lembah Bujang…..

Tahukah anda bahawa di Guar Kepah Guar Kepah yang terletak di Seberang Perai Utara ,Pulau Pinang kira-kira 5 km dari Pekan Kepala Batas …juga menyimpan satu khazanah sejarah penempatan manusia 5,000 tahun lalu   …yang dikenali dalam Peta Arkeologi Dunia…..Lalu persoalannya kenapa  37 Rangka manusia “Seberang Perai man’s ” ini  masih tersimpan di di National Natuurhistorisch Museum ,Leiden, Belanda tanpa ada sebarang usaha membawa balik rangka-rangka manusia ini…mungkin tidak semua tapi beberapa rangka atau “satu orang” pun sudah cukup jika boleh….selainnya boleh dibuat Replika….lalu dapatlah ditempatkan di  “Galeri Arkeologi Guar Kepah” yang sepatutnya telah lama  dibina….malang bagi Aset Warisan Seberang Perai Pulau Pinang ini….

Jadi apakah tindakan yang sewajarnya dilaksanakan untuk mempertahankan tapak warisan ini……..

·         Mewartakan
·         Membangunkan Galeri Arkeologi Guar Kepah

  • Usaha membawa  balik Rangka manusia Guar Kepah dari Muzium Natyral History Leiden ,Belanda

·         Kerja-kerja Pemuliharaan yang berterusan
·         Kerja-kerja Carigali yang berterusan
·         Bangunkan tapak ini sebagai Archeo-Tourism untuk faedah pembangunan local
·         Salah satu hentian tarikan dalam “Heritage Trail”

 

 

·         Apakah Gambar Lukisan artis impression tamadun dan kehidupan manusia guar kepah ini di Persisran Laut Kuala Sungai Muda …dimana Kuala Sungai Muda 5,000 tahun dahalu adalah di sekitar tapak Guar Kepah sekarang ini
·         Kajian Sejarahnya dan kaitannya dengan lahirnya Tamadun di Lembah Bujang,Kerajaan Langkasuka dan Gangga Negara misalnya….???
·         Adakah manusia Gura Kepah ini telah mendiami Lembah Bujang….Langkasuka Kedah hingga Patani melalui laluan Sungai Muda???
·         Dari segi sejarah tempatan…..bagaiman wujudnya nama kampong Bakar Kapor Penaga???? Adakah kulit  kepah yang begitu banyak telah dimenafaatkan oleh penduduk tempatan di Kamp[ong Bakar Kapor…Kepah dibakar dan diproses menjadi kapor untuk makan dengan sireh…lalu perusahaan itu dibuat dikampong Bakar Kapor..kulit kepah dibawa dari guar kepah ke kampong Bakar Kapor melalui Sungai Tembus

 

Sungguh menarik persoalan ….Guar Kepah ini yang masih banyak misteri belum terungkai………………….

SEJARAH DAN WARISAN SEBERANG PERAI - SATU TINJAUAN

PENEMUAN ARKEOLOGI BERSEJARAH

Petikan dari…..dlan6658.blogspot.com

….Sejarah dan Warisan Seberang Perai boleh kita mulakan dengan penemuan penting dan paling awal adalah berupa artefak peninggalan timbunan kulit kepah dan kerang yang berbentuk bukit kecil atau “Guaq” di Guar Kepah pada 1860 dan 1863. Menurut kajian Arkeologi terawal oleh Pengakaji Barat ,Inggeris dan Belanda bahawa Penemuan rangka-rangka manusia,peralatan memburu ,periuk tanah dan tulang-tulang rusa di Guar Kepah membuktikan wujudnya masyarakat manusia purba berusia 5,000 tahun lalu..Mereka ini mendiami pesisiran pantai laut dan bergantung hidup kepada memburu binatang dan mendapatkan makanan dari laut terutamanya kepah.Namun sayang sekali tiada apa yang dapat dilihat di Guar Kepah sekarang ini kecuali yang tinggal sedikit busut dan lapisan-lapisan timbunan-timbunan kulit siput dan kepah ditanah persendirian yang tidak diwartakan . Bermakna jika kita hendak melihat artefak peninggalan manusia “Seberang Perai Man”5,000 tahun lalu di Guar Kepah ini kita kena pergi ke Natural History Museum di Leiden,Belanda.Hal ini telah dijelaskan dengan menarik oleh Oleh Prof. Madya Mokhtar Saidin,USM dalam Kertas kerjanya bertajuk Arkeologi Seberang Perai Semasa Kolokium Pulau Pinang ke 2 , 29-30/5/2006 yang lalu……


 

Diantara Artifak yang ditemui di Guar Kepah



GAMBAR TAPAK GUAR KEPAH YANG DIAMBIL PADA 2007

 


Timbunan Kulit Kepah yang berlapis-lapis tersusun dengan padat masih dapat dilihat disini


Guar Kepah atau Timbunan Bukit Kecil Kulit-kulit kepah yang masih ada setinggi 3-4 kaki

sahaja yang asalnya disini terdapat dulu nya timbunan atau guaq setinggi 18 kaki

 








 

 

 

 




 

 

 

Beberapa Fakta Guar Kepah

· Dulunya terdapat 3 Timbunan Cangkerang/siput setinggi 6 meter Peninggalan

Zaman Pra Sejarah Tamadun Awal manusia Seberang Perai 5,000 tahun lalu.

Penemuan 37 rangka manusia,tulang-tulang rusa,alat-alat memburu,tembikar.

Semuanya disimpan di National Natuurhistorisch Museum ,Leiden ,Holland. (Dr

Mokhtar Saidin ,USM)

· Penemuan oleh Archeologist Earls(1861)Prof Thomas Henry Huxley 1860,1863

· Heritage Thursday, August 23, 2001 A lost heritage - IN 1860, SKULL debris was found in shell-heaps 16km from the mouth of Sungai Muda in the area now known as Seberang Prai, Penang. Further indication of the early settlement of the area was revealed when a jawbone was found in a shell-heap at Guak Kepah, also in Seberang Prai, in 1934.  In 1863 the skulls were pronounced by the great Prof Thomas Henry Huxley to belong to the Australo-Melanesoid race; in 1940, an eminent Dutch scientist identified the jawbone as belonging to the Palae-Melanesian type still persisting in New Caledonia and the Loyalty Islands today.

 


SIPUT  KEPAH NAMA GUAR KEPAH DIAMBIL…GUAR ATAU GUAQ DALAM LOGHAT UTARA ADALAH TANAH TINGGI SEPERTI BUKIT KECIL ATAU GON.

 

Berikut beberapa petikan dari pelbagai sumber dalam internet dan website tentang

Guar Kepah yang menjadi isu arkeologi,sejarah dan budaya  di peringkat tempatan ,nasional malah diperingkat antarabangsa

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCTE9ZYHeoXomqlismrgiL1jbdsRJ5vt3Fq0G2ONfUjPgSe7VoiHkviMH7NJxlC55J7pyI7GCWwFbSeiMo7vwcptlfFSzbPvibtQdoeDS0-fDM26qnnlPwJcVAzhWdekr0e4CMdQ/s1600/kepah.jpgDescription: D:\Warisan PPinang\9_september_2011_-_Kampung_guar_S.Harian.jpg

INTERNATIONAL CONFERENCE ON PENANG IN THE MALAY WORLD

Universiti Sains Malaysia (USM) together with Universiti Teknologi Petronas (UTP) and the Malay History and Heritage Association Penang (PEWARISAN) is organising the International Conference on Penang in the Malay World on 19 - 21 November 2012.

The opening will be officiated by the Vice-Chancellor, Prof Dato’ Omar Osman on Monday, November 19, 2012, at 10.00 am at USM Hamzah Sendut Library 1 Penang.

Also held at the same event was the launching of the book and website on Penang Malays. Upon the opening, there will be a keynote address titled “Penafsiran Data Arkeologi Lembah Bujang: Dari Prasejarah Seberang Perai kepada Kerajaan Chieh-Cha (Kedah Tua/Kadaram/Kidaram/Kataha)” by Prof Dato’ Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Also discussed are the (translated titles) Adaptation and Evolution of the Maritime Society in Guar Kepah, Seberang Perai; Information on the Marginalised Indigenous Malay World; Memories of the Early Names of Penang; Language and Community National Identity in Penang in the Malay World; History and Heritage of Penang Malays: Forgotten Facts and several interesting presentations by scholars from Malaysia and Indonesia.

There will also be an exhibition on Penang in the Malay World from 19 - 30 November 2012 at the Hamzah Sendut Library 1 exhibition space that will be opened for free public viewing.

It is expected that 200 participants will attend the conference.

For further information, please contact the Secretariat of the International Conference on Penang in the Malay World, 04-6532047/013-9541728.

Guar Kepah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Guar Kepah atau nama lain 'Goa Cuppa' atau 'Guah Gappah' (Earl 1863) ialah sebuah gua batu kapur asphalt yang terletak di Bukit MertajamSeberang Perai TengahPulau PinangMalaysiaKepah ialah sejenis siput yang boleh dimakan, yang berasal dari laut. Tingginya kira-kira 25 kaki dari aras laut. Koordinatnya ialah 5°33‘33.4 Utara dan 100°25‘34.5 Timur.

 


Kerja-kerja eskavasi sejarah telah dilakukan oleh Van Stein Callenfels pada 1934-1936 telah menemui bukti-bukti kehidupan Orang Aslisuku Semang seperti tulang manusia, sisa makanan, serpihan seramik, alatan batu dan sebagainya. Mereka mengkaji terusan di Leher Ikan Mati Lagoon dan Sungai Mudah pada April 1860.Kawasan ini , orang Melayu menjalankan kegiatan penanaman padi sawah. Kampung Lahar Ikan Mati terletak di selatan Kampung Permatang  Tiga Ringgit di Paya Keladi dekat Sungai Muda.


Kajian ini mendapat geran/biaya dari kerajaan Negeri Selat dan kemudian daripada Carnegie Corporation , New York . Pada masa yang sama , Van Stein Callenfels turut mengkaji 
Gua Kerbau Perak dan Gua LawaJawa.

Ia menjadi petempatan awal manusia terawal. Sejarah manusia purba ini dikaitkan dengan manusia Hoabinhian. Hoabinhian ditemui diVienamThailandLaosCambodiaMalaysiadan sebahagian pulau Sumatera. Maklumat dari Muzium Raffles ,Singapura menyatakan Guar Kepah telah diselidik oleh Dr. MWF Tweedie dan Mr. HDCollings pada 1934.Pada 2007, Foo Shu Ting dari New York Unuversity telah menulis tesis tentang sejarah Guar Kepah.Artifak-artifak ini menjadi bukti Orang Asli dan orang Melayu mendapat status Bumiputeradi Malaysia.[1]

             ZAMAN HOABINHIAN /EPI-PALEOLITIK

Updated over a year ago

Tamadun Hoabinhian dikatakan tersebar luas di Asia Tenggara, iaitu di Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Semenanjung Malaysia dan Barat Laut Sumatera.Kebudayaan ini dicirikan oleh artifak batu pebel dan cobal sungai yang direpih pada satu permukaan atau dua permukaan.Batu-batu sungai ini adalah kecil dan nipis.Sebahagian ahli arkeologi merujuk zaman ini sebagai Zaman Epi-Paleolitik kerana masyarakat yang menghasilkan artifak dan budaya ini wujud pada kala Pleitosen akhir dan aktiviti ekonominya masih tertumpu kepada aktiviti berburu dan mengumpul.Namun penemuan yang dibuat oleh C.Gorman di Gua Hantu, Thailand menunjukkan masyarakat zaman ini sudah mula bercucuk tanam dan menternak haiwan secara kecilan.

Zaman ini dikatakan bermula pada sekitar 12,000 hingga 5,000 tahun silam. Banyak bukti arkeologi dalam lingkungan usia tersebut telah ditemui di pedalaman Malaysia, khususnya di gua-gua batu kapur, batu kukup dan di pesisiran pantai seperti Guar Kepah, Pulau Pinang dan Seberang Perak, Perak. Dipercayai pada ketika ini manusia mula mendiami gua-gua dan beberapa tapak terbuka akibat daripada keadaan pencairan air batu pada penghujung Pleitosen akhir dan awal Holosen.Manusia terpaksa berhijrah ke daratan. Sesetengah pengkaji menamakan zaman ini sebagai Zaman Epi-Paleolitik atau Hoabinhian disebabkan usia Pleistosen Akhirnya dan cara hidup manusia ketika itu yang berpindah-randah, mengumpul sumber tumbuh-tumbuhan, kerang-kerangan, memburu haiwan dan menangkap ikan. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan mereka juga mengamalkan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan dan menggunakan tembikar, pada hujung zaman ini.

Peralatan batu zaman itu dicirikan melalui batu kerakal sungai bersaiz sederhana yang diserpih di satu permukaan sahaja (satu muka) atau kedua-dua belah permukaan (dua muka).Teknik pembuatan peralatan batu pada zaman ini tersebar ke seluruh Asia Tenggara, terutamanya Vietnam, Kemboja, Thailand dan bahagian Timur Laut Sumatera.

Masyarakat zaman ini mengebumikan mayat dalam keadaan meringkuk dengan lutut dilipat ke dagu.Terdapat juga bukti yang menunjukkan mereka mengamalkan tradisi ringkas seperti menutup mayat dengan kepingan batu dan mayat disapukan bahan perwarna batu kawi.



LAWATAN KE TAPAK ARKEOLOGI GUAR KEPAH http://mansorothman.blogspot.com/2010_03_01_archive.html

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhO_9nhqaL5t7SzncnbeXRmTrdD-OOue7kV-oClZ2LW2TNwLkuQqqx4mg8PluF_T-7i8vYbiPa0uj4vooVyJ-VEtaNZTN7umg2IeHhtwSp4zKDflK1BQdS6FKJ-GSJ3qQmmp6kCfQ/s320/YB+Mansor+sedang+meneliti+fosil+yang+terdapat+di+Tapak+Arkeologi+Guar+Kepah.JPGDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEganjOGBsBWBsK99Z_AvXSQ6aQatcxeWiI6-Cei0AJGEPKSXEExdSkIkYUQ5ETeCEYtUfsdmwd0pAzOz4qMa0k-X1CViVyjw0RUyljmUOr5cpnrl8tkL1ZxzAiLDqonj6_ATZ6BWg/s320/YB+Mansor+sedang+mendengar+penerangan+mengenai+tapak+arkeologi+Guar+Kepah+oleh+Prof.+Madya+Mohktar+Saidin.JPG
24 Mac 2010: YB Mansor bersama Encik Hassan bin Md. Daud telah turun ke padang melawat Tapak Arkeologi Guar Kepah, Daerah Seberang Perai Utara. Dalam lawatan tersebut, YB Mansor telah diberi taklimat oleh pihak Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM yang mengenai tapak arkeologi Guar Kepah telah selesai diekskavasi. Dalam kajian yang dibuat oleh USM itu mendapati telah ada 5 pentarikhan yang kesemuanya sekitar 5,000-6,000 tahun dahulu.

USM juga bercadang untuk membangunkan Galeri Arkeologi Guar Kepah di tapak ini dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri.

5:39 PM

 



ARKIB : 10/05/2010

Bukti kewujudan zaman Neolitik marin di Semenanjung

 
ZURIMI Abdullah menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi yang ditemui di Guar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.
 




 

KEPALA BATAS 9 Mei - Jika dibuat perbandingan fizikal, Kampung Guar Kepah, Pinang Tunggal di sini tidak banyak berbeza dengan suasana di perkampungan lain di negara ini.

Terletak tidak jauh dari pekan Kepala Batas, suasana kampung masih jelas kelihatan dengan rimbunan pokok dan kawasan pertanian serta penempatan berkelompok penduduk yang dipisahkan dengan lorong-lorong kecil.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Guar Kepah merupakan penempatan manusia prasejarah - satu-satunya tapak yang membuktikan kewujudan zaman Neolitik adaptasi marin di Semenanjung Malaysia.

Sekumpulan penyelidik arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan kajian semula ke atas tapak penempatan prasejarah di kawasan tersebut yang ditemui oleh seorang pengkaji Inggeris, G. W Earl pada tahun 1860.

Bagaimanapun, kajian kumpulan itu mendapati dua daripada tiga tapak prasejarah yang ditemui Earl sudah musnah akibat pembinaan infrastruktur termasuk jalan raya selain ditimbus bagi tujuan pertanian.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin yang mengetuai kumpulan itu berkata, kajian ke atas tapak penempatan prasejarah itu dijalankan sejak empat bulan lalu.

''Tapi kita bernasib baik apabila menjumpai lapisan sisa-sisa bukit kerang C manakala bukit kerang A dan B yang disebut oleh Earl dalam kajian awalnya sudah musnah sama sekali.

''Penemuan ini amat penting kerana lapisan terawal timbunan cengkerang (di bukit kerang C) membuktikan penempatan manusia prasejarah yang wujud di kawasan ini sekitar 5,000 tahun dahulu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mokhtar memberitahu, kawasan itu amat penting kerana ia satu-satunya tapak yang mendedahkan kebudayaan Neolitik menggunakan timbunan cengkerang tepi laut bagi tujuan pengkebumian.

''Malah kawasan ini membuktikan kewujudan manusia terawal di Pulau Pinang selain merupakan tapak ekskavasi arkeologi pertama di Malaysia yang dijalankan oleh Earl," jelasnya.

Menurut beliau, ekskavasi yang dijalankan pihaknya selama empat bulan lalu berjaya menemui lapisan terawal kebudayaan iaitu timbunan cengkerang yang berada di atas pasir laut.

Katanya, selain pelbagai jenis kerang, turut ditemui batu pengasah, penumbuk, pecahan tembikar tulang penyu, gigi babi yang dipercayai sisa makanan.

''Sampel pentarikhan penemuan itu yang dihantar ke Beta Analytic, Florida, Amerika Syarikat mengesahkan penempatan itu wujud sekitar 5,000 tahun dahulu," tambahnya.

Sementara itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri membangunkan kawasan tersebut sebagai Galeri Arkeologi Guar Kepah dan dimajukan sebagai salah satu produk pelancongan.

                                                                             


 

 


Top of Form

Written by Editor Warta   
Saturday, 03 November 2012 00:34
OLEH: Mohd Sabri Said.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGLbFuw6gEsCZXzlaj8YGAZaLTRydnCnsO-BXIPPOcJqvRIdvmNLLeUdZQSMjQ2AmFA5Wk6cIN9Y4oIWvB1XLCbpR_SuBueHVXKYAlMmBAQsHwC7QK0_5Ynyca9Lp57UhUP_XY/s1600/Guan+Eng+WE.png
GEORGETOWN,  :  'AES' yang menjadi tema Bajet 2013 Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukanya Penguatkuasaan Sistem Automatik sebaliknya 'Agenda Ekonomi Saksama' yang memfokuskan bebebarapa perkara bagi meningkatkan ekonomi serta mengekalkan langkah-langkah kebajikan kepada rakyat. Pagi tadi semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pembekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2013 di persidangan Kedua Penggal Ke Lima Dewan Undangan Negeri Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengkhabarkan bahawa dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya membuka mata pemimpin agar tidak lagi mengamalkan dasar lama yang merugikan setiap kali pembentangan bajet.

Kali ini terdapat kenaikan tahun 2013  iaitu RM970. 561.310 berbanding bajet mengurus RM599.60 juta tahun 2012 iaitu peningkatan jumlah RM370,965,987 bersamaan 61.87.

Beliau menyarankan betapa pentingnya kerancakan ekonomi untuk menjadikan negeri berstatus maju di arena antarabangsa dengan pendapan tinggi meskipun ekonomi global tidak menentu.

Mengiatkan sektor pelaburan dan perinsdustrian bukan perkara mudah bahkan memerlukan strateji yang kukuh semata-mata mengerakan aktiviti baru terhadap sektor yang berpotensi seperti elektronik, termasuk diod pemancar cahaya (LED),  aeroangkasa, fotovaltaik/suria, semikonduktor, peralatan peribatan dan bioteknologi.

Untuk meningkatkan ekonomi rakyat pembangunan terhadap Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tidak diabaikan malahan mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Penasihat Pasaran, sumber dan latihan khusus kepada peserta.

Merancakan sektor pelancungan dan warisan juga diketengahkan sebagai usaha memantapkan Pulau Pinang sebaris dengan destinasi pelancungan di Asia.

Justeru itu beberapa lokasi dikenal pasti untuk dibangunkan dengan infrastruktur yang baik seperti di Autocity di Juru, projek makanan laut di jeti Batu Kawan dan di projek galeri warisan Arkeologi di Kampung Guar kepah, Kepala Batas.

Mempwrkukuhkan industri halal juga diberikan keutamaan selain meningkatkan kualiti kemudahan awam, memantapkan pengurusan lalu lintas, menyediakan kemudahan Utiliti, memajukan sektor pertanian dan penternakan, membangunakan modal insan yang berdaya saing dan menepati kehendak pasaran.

Seterusnya meningkatkan kualiti alam sekitar dan kesihatan, mengsejahterakan kebajikan rakyat, memartabatkan agama Islam, meningkatkan kualiti perumahan rakyat, memantapkan pembangunan belia dan sukan, pembangunan kontraktor kelas F,  memangkinkan pembangunan koperasi dan keusahawanan, memacu pembangunan wanita, keluarga dankomuniti serta mempertingkatkan penyampaian perkhidmtan awam.

Langkah drastik yang diambil oleh Ketua Menteri untuk memastikan Pulau Pinang terus mantap dengan ekonomi maka AES diperkenalkan untuk mencorakan lagi kemampuan Kerajaan Negeri yang sebenar.

Inilah AES Pakatan Rakyat tidak sebagaimana AES Kerajaan Persekutuan yang menghirup wang rakyat, menghina rakyat dan membebankan mereka.

"AES Pakatan Rakyat membolehkan Pulau Pinang untuk melakar nama dalam sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia berjaya menghapuskan kemiskinan pada tahun 2013 selepas kejayaan menjadi negeri pertama yang membasmi miskin tegar tahun 2009, "

http://www.wartautara.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1203%3Aaes-yang-menjadi-tema-bajet-2013-kerajaan-negeri-pulau-pinang&catid=36%3Apulau-pinang&Itemid=75

 

 
 
 
 

 

 
MAIN LAND  BOOM
By Derrick Vinesh, The StarMarch 28, 2012
 http://www.investpenang.gov.my/portal/component/content/article/1-latest-news/1789-mainland-boom.html
 
Draft local plans list new tourism trails, development for Seberang Prai
SEBERANG Prai, which has long been treated as a ‘stepchild’ in tourism promotions in Penang, will soon have new tourism products to give the mainland a major economic boost.
A host of tourist destinations and related activities have been identified for inclusion in the state’s tourism map.
According to the North Seberang Prai Local Plan 2020 Draft, an Archeo-Tourism Trail, Heritage Trail and Beach Recreation Trail would be developed in the district in the next eight years.
The Archeo-Tourism Trail would encompass an old fort at Kota Kuala Muda, an archaeology complex in Sungai Emas, the Langkasuka ruins in Kota Aur, an early archaeology site in Guar Kepah, a candi (temple) in Permatang Pasir, the Merdeka Bridge-cum-fort in Bumbung Lima and a border cornerstone in Ekor Kucing.
The Heritage Trail would start from the Butterworth railway station through the Sultan Abdul Halim ferry terminal, a traditional blacksmith shop in Permatang Benuan, the Capal Jago chapal maker’s shop in Kepala Batas and ends at the whispering market in the Kuala Muda fishing village.
The Beach Recreation Trail would cover the Pantai Bersih beach, Bagan Ajam beach, Pantai Teluk Molek (Robina Park) beach, Teluk Air Tawar recreation park, Kuala Bekah beach, Pantai Penaga, Sungai Muda sanctuary park, Pantai Kamloon recreation park, Bertam Vision Park, Padang Cempedak recreation park and Air Hitam Dalam recreation park.
Over in central Seberang Prai, several tourism products have been outlined in the Central Seberang Prai Local Plan 2020 Draft.
In Seberang Jaya, there are proposals to upgrade the Penang Bird Park and the Seberang Jaya expo site apart from preserving heritage buildings in Kg Dock.
A rural homestay project has been proposed in Sama Gagah, Permatang Pauh, while an education-based tourism with MICE facilities would be promoted in Jalan Permatang Batu, Prai.
Juru would feature the Kg Sungai Semilang-Dataran Semilang-Pulau Aman-Pulau Gedung tourism trail, homestay programmes in Kampung Juru, recreational activities at the Bukit Juru recreational forest and visits to the Permanent Food Production Park.
Juru would also see the preservation of Masjid Lama Kampung Bukit Kechil, the upgrading of facilities at the Dataran Semilang seafood restaurants and the construction of a tourism-based neighbourhood centre in Kampung Bagan Nyior.
Facilities at the Highway Auto-City Juru commercial centre would also be upgraded.
In Kubang Semang, Penanti, an old musalla (surau) would be preserved, while the Madrasah Manabi’ululum Kubang Ulu would be upgraded to an international centre for Islamic studies.
The homestay programmes in the Mengkuang Titi traditional village and Kampung Kubang Semang would also be further enhanced.
Eco-tourism facilities would be intensified at the Mengkuang Dam, while the Cherok Tok Kun recreation forest park would be upgraded with more infrastructure facilities.
Bukit Mertajam town would be generally promoted as a shopping haven, while the old buildings there would be retained for aesthetic and heritage value.
The people can view both local plan drafts which are currently on public display, since March 15, until April 12.
They are available at the MPSP headquarters in Bandar Perda, Bukit Mertajam, the north and central Seberang Prai district offices, and the Town and Country Planning Department office at Level 57, Komtar, in George Town.
The exhibition is open from 9am to 5pm on Mondays to Fridays.

 

Home ::  HISTORY ::  Early History of Penang




Early History of Penang


$8.00


History states and defines rights.  A history that is one-sided, that tends to be on the side of the colonizers and disregards the actual truths is an erred discourse, which nullifies the rights, self identity and pride of a nation.

This book aims to correct the lopsidedness and neglect. Penang and Seberang Perai have kept ancient proofs of population long before the arrival of Francis Light.

For the sake of uncovering a history that reaches further in the past and unearths more truths, this book presents three scholars and well-known experts who reveal this early proofs.  They are Dr. Mokhtar Saidin, an archaeologist, Dr Mahani Musa, a historian and Dr Noriah Mohamed, a linguist. Their researches begin from the early proofs and lead us to the earlier decade of the arrival of East India Company.

Chapter 1: 
Archaelogy: Early Settlements in Seberang Perai and Penang Island
Mokhtar Saidin
    1.1    Introduction
    1.2    Ancient Seberang Perai and Penang Island
    1.3    Seberang Perai and Penang Island in Malaysian Archaeology
    1.4    Archaeological Evidences in Seberang Perai and Penang Island
    1.5    Guar Kepah Prehistoric Site
    1.6    Other Archaeological Evidences in Seberang Perai and Penang Island
    1.7    Conclusion

Chapter 2:
Early History: Penang Before 1786
Mahani Musa
    2.1    Introduction
    2.2    The Separation of Penang from the Kedah Sultanate
    2.3    Who Founded Penang
    2.4    Haji Mohammad Salleh (Nakhoda Intan), Datok Janatun and Batu Uban
    2.5    Malay Pionners during the Time of Francis Light
    2.6    Conclusion

Chapter 3:
Early History of Seberang Perai
Mahani Musa
    3.1    Introduction
    3.2    Seberang Perai before 1800
    3.3    "As Long as the Sun and Moon Shine" - Is Seberang Perai Ceded to the British in Perpetuity?
    3.4    Seberang Perai and the Siamese Invasion of 1821
    3.5    Seberang Perai After 1842
    3.6    Leadership and Society
    3.7    The Sosioeconomic Situation
    3.8    Conclusion

Chapter 4:
Malay Language (Bahasa Melayu): Its Early History and Variation in Penang
Noriah Mohamed
    4.1    Introduction
    4.2    The Population and Sociolinguistics Profile of Penang Before and After Francis Light's Arrival
    4.3    Conclusion



USM Press
2012
Editor: Muhammad Haji Salleh
Translator: Leelany Ayob, Ng Wai Queen
ISBN 978-983-861-524-2
101 pages - black & white

USM getting  youth  involved  in heritage

 


GIVEN the wide interest to protect, preserve and conserve our cultural heritage, living museums will soon become a reality in Malaysia.

This will help increase tourist arrivals to the country. Moreover, such heritage spaces can serve as income generators for local communities.The range of activities that can take off from such efforts is indeed wide and needs to be structured to allow for maximum exposure of the communities involved.

Initially, the relevant agencies would have to do a cultural mapping to determine the needs of the various communities. This can be followed by assessing how a living museum can be sited close to where the community is located to ensure full support and encouragement.

Activities can then be designed to cater for the interests of the community members in possession of the best knowledge for a particular skill that is needed for a specific project.According to studies by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation in Vietnam, a successful project on cultural heritage and living museum in the country's north was able to raise the liveable income of single mothers substantially. It also assisted in sending street kids back to their homes as the mothers now had money to sustain the family.Such a scenario can be repeated for areas in Malaysia that have similar family disruptions. Universiti Sains Malaysia is embarking on a project involving youth in cultural heritage work and heritage education based on the above experiences. It is hoped this would expand the scope of environmental sustainability and spread knowledge on tangible and intangible aspects of heritage.

Possible living museum sites include the archaeological locations in Bukit Bunuh, Sungai Batu and Guar Kepah, the tin mines in and around Taiping and Ipoh, rubber estates, Orang Asli communities and even limestone-cave sites. More can be added to the list.

 

ASSOCIATE PROFESSOR AZHARI-KARIM, Director, Centre for Policy Research and International Studies, Universiti Sains Malaysia Penang.

Posted 16th June 2013 by Dahalan Fazil

3

View comments




3

 



......Mari berkongsi ....VERSI TERBARU.....cukup menarik kesudahannya yang belum pernah saya dengar.....syabas kpd We Want The Truth  DEC 5 Posted by Admin - KZ
http://codegyzer.wordpress.com/2012/12/05/panglima-awang/

Panglima Awang 

oleh  We Want The Truth  DEC 5 Posted by Admin - KZ

http://codegyzer.wordpress.com/2012/12/05/panglima-awang/


 Kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia…sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka…anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan2 lain ramai yang terkorban ketika membela tanah tumpah darah…betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah…akhirnya Panglima Awang dan rakan2nya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah…pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis… Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.


Gambaran wajah Panglima Awang


Selepas beberapa lama…sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon…ibu negara Portugal.

Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal…Ferdinand de Magellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang dilantik menjadi anak kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.

Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’…bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon…Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya.
Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.


 Fernando Magellan

 

Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan…kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun…pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu…Raja Charles I…lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.
Di Sepanyol…kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah jajahan dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.


 Kapal Victoria


Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar…mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai anak kapal kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya…Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang…seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran…Pigafetta.
Pada 1519…kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat…kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan…setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu…Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan anak kapal. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.


                            Simbolik…Sebastian mengemudi pelayaran mengikut arahan Panglima Awang

Walaupun menerima tentangan…Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan anak kapal terpaksa memburu tikus dan lipas untuk dijadikan makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir pada 1521…tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava…Cebu Filipina.
Berlabuh di situ…Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati…dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka sudah semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.
Kegembiraan anak kapal menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai meraikan penumuan itu tetapi tindakan tersebut telah menyebabkan pemerintah Cebu…Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.


 Ferdinand terbunuh ketika pertempuran


Dalam pertempuran itu…Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing…Sebastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.

Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal…kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.

Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.

Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I…mereka mempersembahkan perkhabaran mengenai pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya…raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.



Perjalanan yang dilalui Panglima Awang dan Ferdinand Magellan
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing…pengiktirafan sejarah itu telah diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.

Pengiktirafan itu turut sama sekali menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi dunia seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsanya sendiri.

Ada juga versi yang mengatakan Raja Charles I telah mengurniakan Panglima Awang sebidang tanah yang terletak di Sepanyol…Panglima Awang telah menamakan tempat tersebut sebagai Mallaga dalam bahasa Sepanyol…bagi mengubati kerinduannya kepada kampung halaman iaitu Melaka. Panglima Awang juga telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Miriam adik perempuan Ferdinand dan menghabiskan sisa2 hidupnya di Mallaga.

P/s : Aku percaya negara kita punya ramai bijak pandai…yang punya pelbagai jalan dan idea untuk memartabatkan insan ini.

 

Posted 3rd January 2013 by Dahalan Fazil

3

View comments




2

 

PANGLIMA AWANG MANUSIA PERTAMA MENGELILINGI DUNIA - MISTERI YANG BELUM DIRUNGKAI


Assalamualaikum wr wb ....Salam Sejahtera sdra/sdri sekelian..

Semoga ditahun baru 2013 ini kita berazam baru dan membuat penerokaan-penerokaan baru dalam menyingkap warisan sejarah anak bangsa yang dilupakan.....ya memang ada yang kita ingat...tapi banyak yang kita lupa......atau masih banyak persoalan-persoalan yang masih belum terjawab dan misteri -misteri yang belum terungkai......lalu apakah peranan kita dalam mencari warisan kita demi meneruskan perjuangan datok nenek moyang kita yang mempertahankan jati diri bangsa Melayu yang bangkit dengan datangnya Islam sebagai satu cara hidup yang meniup jihad  perjuangan membebaskan bangsa dari kejahilan aqidah ilmu dan menentang penjajahan fizikal dan penjajahan minda....

Sejarah juga mengajar kita bahawa kekuatan bangsa Melayu itu dalam apa bidang pun adalah selagi berpegang kepada Nilai dan Sistem Hidup Islam yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Seterusnya di ikuti oleh para Sahabat Baginda RA ,para tabiut tabiin dan para ulamak-ulamak yang  muktabar dan mereka-mereka yang mengikuti mereka itu hingga hari kiamat......

Bila kita mneninggalkan Islam maka kita kembali terjajah pemikiran dan fizikal....

.Inilah Warisan Perjuangan kita yang ingin saya kongsikan dengan tuan-tuan dan puan-puan para blogers sekelian......

Sebelumini kita cuba menyingkap warisan yang bersifat lokal atau rantau daerah sahaja....memulakan tahun baru ini kita cuba lontarkan satu misteri bagi Dunia Melayu bersifat Warisan Global....yang masih dipandang enteng dan sepi oleh "kita" semua......

"Kita "bermaksud siapa??? saya ,tuan,para pengkaji,ahli akademik sejarah dan professional, pemerintah,pihak berkuasa .....malah sesiapa saja yang berminat dan mencintai warisan perjuangan .....


Ya..Siapa kah manusia pertama mengelilingi dunia ????? kita sering dijawab bahawa Firdenand Magellan atau Fernando de Malghabas….tetapi bagi saya manusia itu bukanlah Magellan tapi ia adalah Panglima Awang … Pahlawan Melayu Melaka yang berjuang membebaskan tanah airnya …Melaka


Pendapat saya adalah selaras dengan Pigafetta seorang pengkaji Itali yang mengatakan bahawa manusia pertama mengelilingi dunia Mungkin Ferdinand Magellan 50 % dan Enrique de Malacca atau HenryThe Black 50%...jadi kenapa perlu saya pilih Magellan???



Lalu mari kita kongsikan penemuan-penemuan dari para pengkaji dan Blogers yang saya himpun disini semoga tuan puan terlibat mengizinkan saya muatkan disini demi faedah ilmu dan harta warisan kita bersama,,,,,,,

Imbauan.............Sejak di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Seri Muda Penaga …1971….

saya masih sangat teringat Misteri ini yang belum banyak maklumat yang kita ada….

Dan yang ada pun belum disebarluaskan….untuk tatapan Generasi akan datang
Novel Panglima Awang


Novel ini ditulis oleh Harun Aminurrashid yang mengambil kisah hidup Panglima Awang. Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Panglima Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu. Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.

 

Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu termasuklah Panglima Awang dijual kepada Ferdinand Magellan. Jurutulis Sepanyol, Pigafetta ada mencatatkan tentang Panglima Awang terutama mengenai pelayaran Magellan mengelilingi dunia.

-------------------------------------------


BUKU- Enrique Melaka @ Panglima Awang sebagai Magellan Melayu


Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, and Shaiful Bahri Md. Radzi, and Khazin Mohd. Tamrin , and Yahaya Abu Bakar, (2009) Enrique Melaka @ Panglima Awang sebagai Magellan Melayu. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27 (2). pp. 167-198. ISSN 0127-2721

Preview

Rujukan - http://journalarticle.ukm.my/1187/

Official URL: http://www.ukm.my/sari/index.html

Abstract

This article attempts to deliberate on the pioneering effort in circumnavigating the globe by sailing during the 16th century. The West conferred this honour on Ferdinand de Magellan, while the Spanish claimed that it was Sebastian del Cano who accomplished this calling of sailing around the world. But in reality, it was Enrique of Malacca who was the first person to circumnavigate the earth, by completing a 360 degree voyage in nine years, ahead of other sailors’ achievements, including Magellan and del Cano. Enrique’s success received much acclamation for he demonstrated much skill in navigation. This has been well-narrated in Harun Aminurrashid’s novel titled Panglima Awang. When compared with other Melaka warriors who fought against the Portuguese, Enrique was only a youth at that time and was kept captive after the fall of Malacca in 1511. As a war captive and later a loyal slave to Magellan, Enrique ventured the waters of the world. Although he never returned to Melaka, he eventually managed to reach the Malay territory where the lingua franca was the Malay language. Enrique knowledge in voyaging the mighty oceans of the world, besides his devoted loyalty to his master, definitely indicates his ethnic origins as a Orang Laut, a tribe that was known to be the great sea-farers in the 16th century. His victorious accomplishment in navigation should make Enrique of Melaka Magellan, a Malay one, i.e., the first person to sail round the world

------------------------------------------------

Sejarah Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique


09-24-2011, 09:09 PM

Sejarah Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique Di Malacca

Tiada satu pun yang mustahil dalam dunia ini. Itu semua adalah atas kekuasaan dan kehendak Allah s.w.t jua. Dialah yang Maha Berkuasa.

Apa tidaknya,selama ini kita didendangkan dengan lagu dan irama sejarah barat yang kononnya mengiktiraf bahawa Ferdinand Magellan yang berbangsa Portugis, adalah merupakan manusia pertama dalam sejarah berjaya mengelilingi dunia ini dan membuktikan bahawa dunia ini bulat. Peristiwa ini berlaku di abad ke 14 lagi.
Kita pun melopong, menghafal dan seterusnya menelan fakta sejarah yang telah didendangkan menerusi para guru sejarah (dikenali sebagai "Tawarikh") masa itu. Kita juga tidak percaya bahawa di zaman itu 'mana ada orang Melayu yang boleh belayar beribu batu di lautan berbulan-bulan lamanya?' Memang tidak terfikir dek kepala kita masa itu ada orang Melayu boleh berbuat demikian.

Tetapi sesungguhnya, itu semua bukan mustahil malahan bolej berlaku bertepatan dengan cogankata ".....Kita Boleh....". Ianya bermula pada tahun 1509 apabila Portugis datang menjelajah ke timur dan seterusnya menguasai Kerajaan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511.



Dalam angkatan laut Portugis yang datang menyerang dan menakluk Melaka terdapat seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai Ferdinand Magellan.


Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique di Malacca merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia.

Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau disebut sebagai Henrich dalam bahasa Sepanyol.

Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarahwan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Sibu, Filipina. Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antinio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan.

Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera seperti fakta yang tercatat dalam dari Antionio Pegafetta.

Enrique adalah pahlawan dan pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Enrique adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud, Sultan Melaka yang terakhir.

Setelah ditawan, Enrique bertugas menjadi jurubahasa dan pembantu khas Magellan dalam kapal dan seterusnya dibawa ke Lisbon, Portugis pada 1512.

Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka. Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau Enrique atau Henry The Black.


Walaubagaimanapun nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas. Nama Panglima Awang hanya muncul apabila Harun Aminurrashid menggunakannya dalam Novel Panglima Awang pada tahun 1958.

Apabila Raja Portugis lemah, Magellan berkhidmat pula dengan Raja Cahrles 1 dari Sepanyol mulai tahun 1517. Enrique terus berkhidmat mengikuti Magellan. Pada masa itu, Portugis telah pun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di Maluku.

Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara menerusi penjelajahan sebelah Barat yang belum diterokai sebelum ini.



Raja Charles 1 bersetuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya, Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari 5 buah kapal : San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapalnya sendiri, Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.
Mereka meninggalkan pelabuhan Sancular di Barrameda pada 20 September 1519 dan belayar arah ke Barat menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua Amerika Latin dan menyeberangi Selat Magellan, merentasi Lautan Pasifik, Pulau Guam dan akhirnya tiba di perairan Kepualauan Pasifik.
Pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di Kepulauan Filipinadan yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara.

Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa apabila berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan para pedagang kerana di Filipina dan Nusantara difahami oleh Enrique.

Sayugia diingat bahawa Bahasa Melayu menjadi lingua franca kepada mereka untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan berhubung dengan pedagang, menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.

Para Pegawai Kerajaan Melaka termasuk Enrique sebenarnya fasih dalam berbagai bahasa di dunia.

Di Kepulauan Sibu, Filipina, Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon. Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Sibu, Filipina berjaya dikristiankan oleh Ferdinand Magellan.

Magellan memanggil penduduk Sibu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap sebagaimana penduduk selatan India dan Enrique juga tidak berkecuali.
Raja Humabon meminta bantuan Magellan untuk menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang dipimpin oleh ketuanya bernama Lapu-Lapu.

Pada hari Sabtu 27 April 1521, Magellan telah menyerang Pulau Mactan bersama 60 orang anggota menggunakan senapang, meriam, senjata besi dan lain-lain.

Sementara Lapu-Lapu bersama 1,500 pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan panah beracun. Dalam peperangan tersebut, Magellan telah terkena panah beracun dan terbunuh. Sebahagian rakannya yang terselamat lari menyelamatkan diri balik ke kapal.

Duarte Barbosa, seorang kelahiran Portugis telah dipilih menjadi kapten kapal. Walaubagaimanapun beliau tidak menunaikan wasiat Magellan untuk membebaskan Enrique setelah kematiannya. Malahan Barbosa menghina Enrique di hadapan kelasi-kelasi lain.

Disinilah terdapat tafsiran sesetengah penulis mengatakan Enrique merancang untuk menghapuskan Barbosa dengan pertolongan Raja Humabon.


Dengan kebolehan berkomunikasi yang dimilikinya, Enrique telah berunding dengan Raja Humabon dan Raja Humabon bersetuju menghadiahkan batu permata dan pelbagai hadiah lain untuk Raja Sepanyol dengan mengadakan satu majlis makan sebagai perangkap.

Semasa makan mereka telah diserang dan disembelih oleh orang-orang Humabon. Barbosa dan semua pengikutnya terbunuh kecuali Enrique seorang sahaja yang terselamat.

Rekod rasmi Sepanyol menyatakan Enrique d Malacca bersama 27 orang yang lain telah terselamat dan kembali ke Sepanyol tetapi catatan Pegafetta menyatakan Enrique sebagai hilang.

Diari Pegafetta hanya menyatakan 18 orang yang terselamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol. Mereka semua sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari Kepualaun Maluku. Pemerintah Sepanyol mengiktiraf Elcano sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.

Diari Pegafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique pulang kembali ke Malaka, kembali ke Sumatera atau menetap di Pulau Sibu, Filipina. Tidak ada catatan dan cerita lanjut selepas itu. Para sarjana barat masih cuba menggali mistri kemanakah perginya Enrique setelah peristiwa Mactan?.


Apakah yang terjadi setelah itu kepada beliau kerana pada masa itu umur beliau masih terlalu muda. Kalau beliau mati dimanakah kuburnya?. Mistri tersebut sehingga ke hari ini, masih dapat dirungkai.


PERSOALAN :-

Adakah benar Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu pertama yang berjaya dimurtadkan.

Dimanakah letaknya kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka, ke Sumatera atau kembali ke Sibu, Filipina.

Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Sepanyol.

Mengapa sejarahwan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannya ELcano adn 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique d Malacca atau Henry The Black (Panglima Awang)

Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan dan juga Barbosa di Pulau Sibu, Filipina?

Dari negara manakah asal Enrique? Sumatera? Melaka? atau Sibu di Filipina?




--------------------------------------------------------------------



Benarkah kubur Panglima Awang bersemadi di Rembau?......


Mengikut penyelidikan dan dapatan yang telah diperolehi oleh Saudara Zainal Al Johan dari Rembau, beliau mengatakan bahawa keturunan Panglima Awang sememangnya terdapat di Rembau sehingga hari ini. Makam beliau terdapat di Kampung Padang Lekok, Rembau.


Walaubagaimanapun, makam tersebut masih lagi belum dibersihkan atau dibaikpulih kerana ditakuti akan mencacatkan persekitaran dan struktur lainnya terutama batu nisan yang dikatakan sebagai 'Batu Nisan Acheh'.



Hanya mereka yang berpengalaman sahaja terutamanya ahli arkiologi yang boleh membaikpulih artifak-artifak lama seperti ini bagi mengelakkan kerosakan ke atas struktur batu nisan tersebut.



Kajian lanjut dan terperinci masih dan sedang dijalankan oleh beliau dan juga Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bagi menentukan akan kesahihannya.



Persoalan yang masih menyelubungi para sejarahwan di seluruh dunia sehingga ke hari ini ialah kemana perginya Enrique de Malacca atau Panglima Awang setelah peristiwa Mactan?

Tidak ada sebarang catatan mengenainya di mana-mana. Cerita dan catatan Pegafetta berkaitan dengan Enrique juga terhenti setakat peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh Raja Humabon di Mactan.

Buku Panglima Awang yang terbaru yang dihasilkan oleh para sejarahwan Malaysia dan diseminarkan dalam Sejarah Melaka baru-baru ini pun hanya menceritakan peristiwa berkaitan sehingga ke Mactan di Filipina.


Harun Aminurrashid dalam novelnya 'Panglima Awang' ada menyatakan yang Panglima Awang sempat kembali ke Tanah Melayu dan seterusnya mengahwini tunang lamanya Tun Gayah di Pahang dan berkeluarga sehingga membawa kepada penerbitan novel keduanya 'Anak Panglima Awang'.

aubagaimanapun, ianya masih tidak ada titik noktah untuk menentukan biografi dan sejarah Panglima Awang itu sendiri.

Mengikut cerita Saidara Zainal Al Johan lagi, sebaik sahaja berlaku peristiwa pembunuhan di Pulau Mactan, Panglima Awang tidak balik ke kapalnya, Victoria. Sebaliknya, beliau berkelana di kalangan para saudagar yang datang berdagang ke pulau tersebut terutamanya para saudagar dari Kepulauan Melayu seperti saudagar Bugis, Siam, Jawan dan Sumatera.



Rakan-rakan Panglima Awang di atas kapal Victoria yang telah menyedari akan muslihat pembunuhan tersebut telah belayar meninggalkan Mactan tanpa kehadirannya.



Kapal Victoria adalah merupakan satu-satunya kapal armada Magellan yang terselamat dan berjaya tiba di pelabuhan Sanlucar di Barrameda, Sepanyol dengan membawa baki kelasi seramai 18 orang diketuai oleh Kapten Juan Sebastian Elcano seorang rakyat Sepanyol.



Diantara para pedagang yang sering Panglima Awang temui di Mactan ialah para pedagang Bugis yang sememangnya terkenal sebagai bangsa pelaut dan ahli pelayaran.



Maka tidak hairanlah maka akhirnya beliau bertemu dan berkenalan dengan Daeng Samaluki, salah seorang keturunan Raja Bugis dan membawanya ke Linggi, Negeri Sembilan. Semasa tiba di Linggi Pannglima Awang baru berusia 30 an dan muda remaja.


Sebagai seorang pemuda yang pernah berkhidmat dengan Sultan Melaka sebelum dijajah Portugis, darah pejuang mudanya terus membara untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Kesultanann Melayu Melaka kepada tangan anak bangsanya.
Kota Melaka yang dikuasai Portugis.


Serangan Panglima Awang ke Kota Melaka membuktikan dengan jelas bahawa beliau adalah merupakan orang yang sangat mahir dengan persekitaran kota tersebut, kerana beliau berjaya masuk jauh ke dalam Kota A Formosa dan mengalahkan pasukan Portugis.

Kejayaan inilah yang membuktikan bahawa beliau beliau adalah salah seorang pahlawan Melayu Kerajaan Melaka yang memahami selok belok Melaka sebelum jatuh ke tangan Portugis.

Bagi mengelkaan identiti dirinya diketahui oleh musuh-musuhnya terutamanya tali barut Portugis, beliau telah menukar namanya kepada Dato' Laut Dalam. Hal ini samalah seperti Pahlawan Mat Kilau yang menggunakan nama Mat Siam bagi mengelakkan dikenali oleh penjajah British setelah didakwa sebagai penjenayah.



Panglima Awang atau nama barunya 'Dato' Laut Dalam' telah berkahwin dengan wanita tempatan keturunan Jawa anak kepada salah seorang pengikut Dato' Leteh dan mempunyai seorang anak lelaki yang akhirnya menjadi Undang Rembau ke 2 iaitu Dato' Lela Maharaja Dato' Ombo - Biduanda Jawa (1555-1605). Dari zaman beliaulah maka penyandang Undang Rembau digilirkan antara keturunan Biduanda Jakun dan Biduanda Jawa.

Nama Dato' Laut Dalam itu bertepatan dengan peranan dan pengalaman Panglima Awang sebagai ahli pelayaran terkenal. Pendapat kami ini disokong kuat oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mengikut kajian Saudara Zainal Al Johan dan catatan Pigafetta bahawa Panglima Awang memang berasal dar Sumatera dan dipercayai dari Paya Kumbuh di Minangkabau. Oleh itu di Rembau beliau lebih dikenali Suku Paya Kumbuh.

Datang ke Melaka semasa berumur belasan tahun dan menjadi salah seorang pahlawan Kesultanan Melaka masa itu. Maka tidak hairanlah beliau boleh menguasai beberapa bahasa yang terdapat di Melaka termasuklah bahasa Raja Humabon di Mactan yang berbahasa Tagalog.

Apakah Bukti Kehadirannya di Rembau?

Selain dari pusaranya, beberapa bahan artifak dipercayai kepunyaan Panglima Awang masih tersimpan dengan baik sehingga ke hari ini. Antaranya iakah seperti teropong yang digunakan oleh para pelaut yang tertulis 'Emirate Sapin bertarikh 1520', jam bertarik 1526 Spain dan 'Cakra Alam'.

Sebahagiannya ada dalam simpanan galeri Saudara Zainal dan sebahagiannya masih lagi dalam simpanan penduduk Kg Padang Lekuk yang dipercayai terdiri dari keturunan belaiu yang masih hidup sehingga ke hari ini.

Terdapat juga catatan bertulis yang masih diterokai tersimpan di beberapa perpustakaan di Eropah seperti dokumen asal Pigafetta, catatan Portugis dan Sepanyol yang masih tersimpan di Leyden, Belanda, Sepanyol dan Portugal.



Terdapat juga catatan berkaitan dengan peranan dato'-dato' lembaga Rembau seperti tercatat di dalam Terombo Rembau' termasuklah nama dan peranan Dato' Laut Dalam. Ini membuktikan bahawa jawatan 'Dato' Laut Dalam' sememangnya ada dalam hiraki pertandiran adat di Rembau masa itu.

Sesungguhnya, andainya penemuan ini memberikan hasilan yang positif, pusara dan hasil artifak disahkan sebagai kepunyaan Panglima Awang dan nama Dato' Laut Dalam adalah sebenarnya orang yang sama sebagai Panglima Awang maka bumi Rembau sangatlah bertuah menjadi penghuni kepada insan dunia dan insan Melayu pertama mengelilingi dunia, membuktikan bahawa dunia ini bulat, tidak leper seperti yang disangka.
Rembau akan menjadi tumpuan bukan sahaja kepada sejarahwan dunia bahkan akan menukar perspektif sejarah negara dan antarabangsa bahawa 'Panglima Awang' adalah manusia pertama di dunia mengelilingi dunia dan bukannya Magellan.

?.....Magellan tidak belayar melepasi satu bulatan dunia kerana beliau mati di Mactan Filipina, sedangkan Panglima Awang mula belayar di Melaka dan tiba semula di Melaka atau Tanah Melayu........Syabas.

Rujukan :
Oleh : Tuan Haji Misan Mastor - Jendela Warisan

-------------------------------------------------------------------


Thursday, 5 May 2011




Panglima Awang a.k.a Henry The Black





oleh AlongAnaz

(http://alonganaz.wordpress.com/about/)



Jika dilihat dari sudut sejarahnya bangsa Melayu pernah muncul sebagai sebuah bangsa yang terbilang di gugusan nusantara.Jadi jika kita melihat hari ini bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang selalu ketinggalan..kita seharusnya meneliti kembali sejarah kegemilangan bangsa Melayu supaya kita dapat belajar dari sejarah dan mengembalikan semula zaman kegemilangan bangsa Melayu.



Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika..atau Vasco da Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama meneglilingi dunia.Namun 2-3 hari ni aku banyak dapat maklumat bahawa sebenarnya manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam pelayaran ialah seorang lelaki bernama Awang yang berbangsa Melayu..! Ini adalah berdasarkan bacaan aku pada buku2 ataupun sumber sejarah.



Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.

Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.



Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.



Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.



Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.



Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.



Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.



Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.



Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.



Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.



Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.

Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.



Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.



Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.



Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.



Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.



Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.



Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.



Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.



Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.



Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.



Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.



Jadi seharusnya kita berbangga dan berusaha mengembalikan kegemilangan sejarah bangsa Melayu.Siapa kata bangsa Melayu tidak akan mampu mencapai zaman kegemilangannya semula..? Belajarlah dari kisah Panglima Awang ini kerana sejarah juga akan mengubah persepsi terhadap diri kita sendiri.



Rujukan :

http://www.blogger.com/profile/06540083857021999018

panglimaawang21@gmail.com









oleh Djazlam Zainal pada pada 20hb Januari 2012 pukul 9.05 ptg



Panglima Awang @ Enrique Melaka adalah penyumbang besar terhadap ketamadunan Melayu. Beliau merupakan manusia pertama mengelilingi dunia dalam misi ekspidisi Armada Maluku. Apabila sampai ke pulau Cebu ( wilayah Filipina sekarang ) angkatan Spanyol diketuai Ferdinand Magellan mendekat ke Cebu. Ketumbukan tentaranya dibagi kepada beberapa kelompok. Enrique, Rebelo, Pagafetta sentiasa di sisi Magellan bersenjatakan arquebes dan crossbow. Sedangkan pribumi Cebu hanya menggunakan lembing, panah beracun dan lontaran batu.



Di Cebu, Magellan berjaya mengkristenkan lebih 2200 lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Kejayaan ini mengubah pendirian Magellan dari pelayar-pengembara kepada seorang mubaligh dan pengembang agama Kristen. Ini dapat diteliti apabila meneliti memorendamnya kepada Charles V, terdapat kepentingan pribadinya. Raja Humabon adalah alat untuk mencapai impiannya. Setelah berjaya dikristenkan, Humabon diangkat menjadi raja tunggal dan pembesar-pembesar lain harus tunduk dan membayar ufti berupa seekor babi, seekor kambing dan sebakul beras kecuali Si Lapulapu, ketua pribumi Mactan yang menolak mentah-mentah.



Ferdinand Magellan..



Magellan marah lalu melancarkan serangan pada 26 April 1521. Magellan mengetuai sendiri serangan itu untuk menunjukkan keegoannya bangsa Eropa dan dirinya sendiri. Namun, Magellan terperangkap oleh Si Lapulapu. Setelah berlaku satu pentempuran yang dahsyat, Si Lapulapu berjaya mencantas kepala Magellan. Tamatlah riwayat Magellan dalam pertempuran tersebut. Ketiadaaan Magellan, Duerte Barbosa bertindak kelingking mencocok mata terhadap kesetiaan Enrique terhadap Magellan. Dalam satu pertengkaran, Barbosa mengeluarkan perkataan ' anak haram ' dan ' anjing ' kepada Enrique.



Peristiwa pagi Kamis, 1 Mei 1521, merupakan makan terakhir terhadap ekspidisi Armada Maluku apabila Raja Humabon memperdayakan dengan satu jamuan makan makan. Ketika Duarte Barbosa menghadapi makanan, satu serangan mengejut dilakukan dan semua 27 orang bersama Barbosa telah terbunuh. Inilah kali terakhir Enrique menyertai ekspidisi Armada Maluku yang dicatat oleh Pigafetta.







Berikut adalah garis masa pengembaraan Enrique Melaka mengelilingi dunia.



1511 - Melaka jatuh ke tangan Portugis. Akhir Agustus , Panglima Awang ditawan. Beliau dikristenkan oleh Magellan dan diberi nama Enrique ( Enrique of Malacca ) Akhir Desember - belayar ke Portugal mengikut Magellan apabila diperintah oleh Albuqurque.



1512 Belayar melalui Goa ( India ) memutar ke Tanjung Harapan ( Africa Selatan ) dan sampai ke Lisbon ( Portugal ) pada bulan Juni.



1513 Mengikut Magellan ke Azamor ( Magribi ) Magellan terlibat dalam peperangan menyebabkan kakinya dengkot.



1515 Pertengahan Agustus, pulang ke Lisbon dan kemudian ke Azamor dan berhijrah ke Oporto.



1517 Meninggalkan Portugal dan ke Spanyol. 20 September sampai ke Seville. Mengikut Magellan dalam pemutusan dengan orang yang berpengaruh di Spanyol. Diperlihatkkan kepada Raja Spanyol King Charles V di Valladolid oleh Magellan sebagai bukti dia seorang pribumi Melayu. Terlibat dengan persiapan Armada Maluku.



1519 10 Agustus, Isnin ( St. Lawrance's Day ) armada memulakan pelayaran dari Pelabuhan Seville menyusuri Sungai Guadalquirer ke muara di San Lucar de Barameda. 24 Agustus, surat wasiat Magellan ditulis dan dinyatakan tentang hambanya, Enrique serta pembebasan sebagai seorang yang mereka jika semasa dalam pelayaran dengan dibayar pampasan sara hidup 10,000 naravedis. 20 September, Selasa - Magellan memulakan pelayaran sebenar Armada de Maloccus ke Maluku dari San Lucer de Barremada. Panglima Awang sentiasa bersama-sama Magellan dan diletakkan di dalam kapal utama, Trinidad sebagai penterjemah dan dibayar gaji 1500 naravedis. 26 Oktober, Isnin - melintasi Cape Verde dan belayar ke pesisir pantai Liberia dan Sierra Leone. Magellan menghukum penjenayah-penjenayah dari kapal Victoria karena kesalahan meliwat berhampiran Guinea. Oktober - penyaksikan pembunuhan yang diketuai oleh Cartegena tetapi dapat dipertahankan oleh Magellan dan memulakan menyeberang laut Atlantik. 29 November - daratan pertama ditemui di Peranbuco, Brazil selepas menyeberang lautan Atlantik dari benua Afrika. 13 Desember ( St. Lucia's Day ) berlabuh di pelabuhan Rio de Janairo dan berjumpa dengan penduduk asli Brazil. 26-27 Desember - meninggalkan Rio de Janairo, Brazil belayar menghala ke selatan.



1520 31 Maret - sampai ke San Julian. 31 Maret - 24 Agustus ( 5 bulan ) terperangkap di San Julian, Argentina karena cuaca buruk, musim sejuk. 1 April - menyaksikan pemberontakan kedua terbesar dan terakhir - diketuai oleh Quesada de Cartegena di San Julian, Argentina, tetapi dapat dipatahkan oeleh Magellan. Ramai pemberontak ditangkap dan dihukum berat. 24 Agustus - armada meneruskan pelayaran ke selatan dengan meninggalkan Juan de Cartagena dan seorang padri di situ. Kapal Santiago karam dipukul ribut. 24 Oktober - ekspidisi Magellan menemui tanjung yang dinamakan Cape of the Elevan Thousand Virgins yang merupakan pintu masuk laluan hala ke barat yang sekarang dikenali sebagai Selat Magellan. Kapal San Antonio meloloskan diri belayar pulang ke Spanyol. 28 November, Rabu - sampai ke laut Pasifik. Berada di lautan Pasifik selama tiga bulan dan 20 hari tanpa mengambil sebarang bekalan semasa belayar.



1521 6 Maret - melihat daratan di kepulauan Marianas atau Lotrunas ( Guam ) ketika menyeberangi lautan Pasifik selama 98 hari dari selat Magellan. 16 Maret, Jumat - pribumi datang membawa makanan seperti yang dijanjikan pada waktu tengah hari. 28 Maret, Kamis - pertama kali muncul dalam laporan Pigafetta apabila berkomunikasi dengan pribumi tempatan, raja Colambu. 1 April ( Good Friday ) - Enrique dihantar oleh Magellan ke pantai untuk membeli bekalan makanan. 7 April - armada sampai ke pulau Cebu. 14 April - mendarat di pantai bersama 40 pelayar lengkap bersenjata. 26 April, Jumat - Raja Mactan menjadikan 2 ekor kambing menerusi anehnya sebagai wakil karena tidak dapat hadir berjumpa Magellan sendiri karena keengganan Si Lapulapu. 24 April, Sabtu - menyertai pertempuran menentang pribumi Mactan dan sentiasa di sisi Magellan. Magellan mati dibunuh Si Lapulapu, manakala Enrique tercedera. 28 April, Ahad - Enrique bertengkar dengan Duaerte Barbosa. 7 Mei, Rabu - pelaut Spanyol diperdaya dengan satu undangan makan yang mengakibatkan 27 orang mati diserang hendap. Pelaut yang tidak menyertai makan malam berjaya melarikan diri dan meneruskan pelayaran ke pulau Maluku. Pakatan membunuh Barbosa didakwa didalangi oleh Enrique bersama-sama raja Hamabon kaitannya dengan peristiwa pertengkaran dengan Duerte Barbosa. Peristiwa inilah merupakan kali terakhir Enrique muncul dalam lipatan sejarah.



Rujukan

http://enriquedemalacca.blogspot.com/2012/01/panglima-awang-enrique-melaka-penakluk.html

Kisah Panglima Awang



Ilustrasi wajah Panglima Awang

Generasi kini ramai yang tidak mengenali tokoh ini. Masih jelas dalam ingatan ketika belajar subjek sejarah di tingkatan lima kalau tak silap la, nama Panglima Awang hanya disebut sekali. Itupun hanya ditulis di bahagian kanan iaitu dalam sudut info yang bersaiz kecil dalam buku teks tersebut. Maka tidak hairanlah semakin lama, namanya semakin lupus ditelan zaman.





Pejuang Melayu Islam inilah yang sebenarnya telah membuktikan bumi itu adalah bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur. Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapakah Panglima Awang.



Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Pemuda berketurunan melayu Islam inilah yang membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat. Walaupun Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada dunia, anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki itu.



Jasa Panglima Awang bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa bumi leper adalah salah. Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan menghubungkan Timur dengan Barat.



Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511. Kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia adalah sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu Islam sendiri.



Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.



Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.



Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda-pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda-pemuda Melaka yang lain.



Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.



Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.



Pelayaran jauh yang memakan masa yang lama ini akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.



Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.



Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya. Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.



Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.



Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.



Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol. Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.



Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.



Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.



Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.



Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.



Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.



Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.



Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.



Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.



Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.



Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan. Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.



Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.

Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.


 menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.



Diceritakan Panglima Awang tak pernah sesat  dengan menggunakan kompas ini

Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur. Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.

Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.



Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu. Mengikut catatan novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing.


Fakta Panglima Awang
Walaupun asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih samar-samar malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui, terdapat satu catatan yang ditulis oleh Pigafetta yang mengatakan Panglima Awang sebenarnya berasal dari Sumatera ( anak Minangkabau ) dan ini ada tercatat dalam trombo Minangkabau walau pun bukan disebut sebagai Panglima Awang.

‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.

Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing di dunia. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Pigafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu. Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu Islam ini dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.

Kita melihat bagaimana liciknya musuh-musuh Islam dalam menutup kewibawaan seorang Melayu Islam yang pertama membuktikan bumi itu bulat. Kita juga melihat kurangnya usaha daripada pihak kerajaan untuk mengangkat kembali sejarah gemilang ini supaya menjadi tatapan masyarakat kini. Sistem pendidikan kita sendiri pun terlalu mengagungkan-agungkan bangsa barat dan menggambarkan tamadun barat adalah tamadun yang jauh lebih bertamadun daripada kita sejak dahulu,kini dan selamanya.


Nah !!! Bagaimana umat Melayu Islam mahu bangkit jika asyik dibuai lena dan propaganda berterusan begini ???-

Rujukan :

dipetikdrphttp://hijabulcrewz.blogspot.com/2011/04/bongkar-sejarah-panglima-awang.htm




 

Sumber>>>  http://dlan6658.blogspot.com/