Tuesday, June 06, 2006

...Cinta hadir menguntum rindu...

Cinta hadir menguntum rindu
Mekar mewangi di taman kalbu
Tulus kasihku tak siapa yang tahu
Melainkan Dia tuhanku yang Satu.

Huluran kasihmu kusambut pasrah
Walau tak pernah bertentang mata
Apatah lagi bersua muka
Hanya bait kata di alam siber
Di hujung talian kudengar suara
Melalui dua penghubung itu lahir sebuah rasa
Dimana…
Suara hati penuh keihklasan sahaja mampu berbicara.

Akhirnya,Aku resah…terlalu gelisah
Ketahuilah kasih
Aku sering bertanya di dalam diri
Untuk apa cinta itu hadir pada diri
Dua insan ajnabi?!
Kerana…
ku bimbang cinta ini mengundang dosa
Ku khuatir kasih ini melalaikan kita
Lalu kita hanyut dari sentiasa mengingati yang Esa
Lantaran rindu yang sering mendesah di dalam jiwa.

Bisikan syaitan tidak lekang menggoda
Membuaikan kita di dalam asyik dunia cinta
Sekilas kuteringatkan ayat di dalam surah Ali Imran
‘Wallaziina aamanuu asyaddu hubban lillahi’
-‘dan orang-orang yg beriman teramat cintanya kepada Allah’
Astagfirullahhh…
Aku tersedar dari buaian rasa!!!

Hampir setiap hari kita berhubung
Apa salahnya kita sendiri yang meletakkan batasan
Agar cinta dan rindu kita lebih terserlah keindahan dan keihklasan
Kerana terdapat ‘MUJAHADAH’ sebagai hiasan dan amalan
Disitulah bermulanya jihad hati
Menguji keimanan dan keihklasan diri kita yang saling mengasihi.

Bukan kerana tidak tahu menghargai kasih mu
Percayalah, pada bicara kasihku ini
Ini bukti penghargaan!!!.
Apa gunanya kita saling menyayangi
Tapi,hanyut di launtan cinta yang tidak diredhai
Diri ini ingin menjadi penawar hati
Justeru itu,
diri ini bimbang menjadi punca kelalaian hatimu dari mengingati Ilahi.

Jangan biarkan semua itu berlaku,
kasihRindu dan kasih adalah sebuah ‘rasa’ yang terletak di dalam ‘hati’
Maka usah diikutkan rasa - kelak kita akan binasa!.
Usah diturutkan kehendak hati – kelak kita akan mati!!.

‘Nur Kasih’mu…sungguh istimewa
semaikan ia dengan IMAN, ILMU, AMAL, DAN TAQWA
agar ikatan kasih kita bukan sahaja berasaskan CINTA semata,tapi disertai MAWADDAH,RAHMAH dan AMANAH.
Ketahuilah,kasihku padamu..
hanya kerana-Nya jua.

Umairah Sh
*petikan dari fowarded email

Thursday, February 23, 2006

Cara Wanita Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara be rjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wallahualam...
_________________
"Rasulullah s.a.w b'sabda:
"Janganlah kamu sekalian dengki Mendengki, Jgn putus memutuskan tali sillaturrahim, jangan benci Membenci dan jangan musuh memusuhi. Dan jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yg bersaudara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah ke atas kamu”