Thursday, June 16, 2011

PENYAKIT TEMAN TAPI MESRA DAN KELDAI CINTA....

Dunia ini tidak lepas dari rasa jemu,sunyi dan lesu.Nikmat yang diburu, akan merasa jemu apabila sudah berada dalam genggaman. Manis,seronok dan indah hanyalah sementara.Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada ALLAH, segala bentuk cinta pada makhluknya akan berunsur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Apabila cinta kepada ALLAH Lemah  MAKA Cinta lain akan turut REBAH......

Tanpa kembali kepada cinta ALLAH, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu.Cinta yang ada di depan mata disia-siakan tetapi cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi , lesu ada yang bertindak membuka lembaran cinta baru. Mereka ketagih merasai semula haruman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa zaman muda-muda dahulu. "Orang lama" ini bermimpi untuk menjadi  "Orang baru" yang hidup penuh keceriaan, tenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan "TEMAN TAPI MESRA". Suami orang dan isteri orang berhubungan dengan mesra.Kononnya,mereka tetap menjaga perkahwinan masing-msing, mereka cuma bersahabat dengan bertemu mesra, berbual dan saling meluah rasa, di luar pengetahuan pasangan masing-masing. Inilah satu lagi PRODUK PEROSAK perhubungan rumahtangga TAJAAN SYAITAN untuk menipu  dan melalaikan manusia... TEMAN TAPI MESRA  ini adalah perbuatan di larang kerana menghampiri ZINA..Istilah ini dicipta agar mengurangkan  rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.

Tepuk dada tanyalah hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa si isteri, apabila diketahui ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat perasaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka.Pasti ada rasa tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama.Mengapa dia perlukan TEMAN TAPI MESRA? Apakah kerana  aku sudah menjadi "suami tapi tidak mesra" atau "isteri tetapi tidak cinta?"..

Anehnya,isteri atau suami yang lupa diri ni begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri jika berhadapan TEMAN TAPI MESRANYA..Kata-katanya begitu sopan, tingkahlakunya begitu baik.Apabila bersama temannya itu dialah begitu romantis atau menjadi wanita begitu beradap.Padahal dengan sumi atau isteri sendiri di rumah, tuturkatanya kasar,sapaannya selamba dan tingkahlakunya begitu pasif dan air mukanya masam dan bungkam.Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak dan merampas hak daripada yang berhak.Hak suami atau isteri telah di rampas dan diberikan kepada TEMAN TAPI MESRANYA itu!.

Itu kisah suami atau isteri yang bekerja di luar, sama ada di pejabat kerajaan atau di badan-badan swasta.Mereka mempunyai alasan ruang dan peluang untuk berselingkuh di luar.Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah?

Ya,dalam dunia tanpa sempadan dan era ict ini,segalanya berada dihujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih dengan sekali klik sahaja pada papan kekunci atau tetikus menyebabkan lebuhraya siber semakin moden menjana CINTA KAYU TIGA yang penuh dosa dan lagha (sia-sia) ini.

KELDAI CINTA. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seseorang yang bercinta secara membabi buta.Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, KELDAI CINTA ini memberi cinta sepenuhnya.Akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah,akhlak semua orang yang meyayanginya rela dikorbankan. Berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial, dalam facebook, Twitter, Yahoo!, Messenger dan sebagainya, namun cinta di alam maya itu membawa komitmen kepada alam realiti.

Bayangkan bagaimana tegar hati seorang isteri yang sudah memiliki anak rela mengabaikan semuanya kerana cinta yang mendalam kepada seorang lelaki yang kononnya memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati.Bagi seorang gadis pula rela dia meninggalkan ibu dan ayah yang menyayanginya kerana mahu mengikut kekasih hatinya.Ada pula sang suami yang sanggup berjaga malam,berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan "kekasih maya".

Mula-mula hanya bercerita kisah lama,berkenalan,berbual-bual biasa dan akhirnya mula meluahkan masalah masing-masing.Anda mungkin pernah mendengar tentang masalah ini..Alasan mereka ringkas sahaja-"saya kesepian","suami tidak pandai melayan perasaan","isteri pula tidak memahami saya".Begitulah yang sering kita dengar...Hairan juga, mereka ini bukan sehari dua baru duduk sebumbung.Sudah bertahun-tahun...berbelas tahun,malahan ada berpuluh tahun,sudah beranak pinak,bercucu,tetapi seolah-olah baru ternampak kekurangan pasangan, keaibannya, kecatatannya dan keburukan pasangan.Ini gara-gara menemui TEMAN TAPI MESRA..

Ironinya pada diri TEMAN TAPI MESRANYA semua nampak sempurna.Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak mawar, diberikan potret gambar ,si isteri yang kesepian itupun cair.Lalu berbalaslah kata cinta " I love you", " I miss You" dan sebagainya.Waktu dinihari itu sepatutnya mengejutkan isteri atau suami untuk solat tahajud,solat taubat agar mampu mendoakan isteri dan anak-anak ..tetapi digunakan untuk berbual-bual dengan KEKASIH HATI.

Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. KESEPIAN, KELESUAN  DAN KEJEMUAN tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan mungkar.Sebaiknya penuhi aktiviti dengan kerja dan amalan yang bermanfaat.Jika kita beriman dan memegang teguh  ajaran Islam, kita akan merasai tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada.Hargai kelapangan masa yang ada dan kesihatan yang baik untuk mempelajari sesuatu. Alangkah lebih elok jika dipergunakan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid,mendengar majlis ilmu, mendalami ilmu al-Quran dan memperbaiki bacaan Al-quran .

Isteri yang solehah dan suami yang soleh akan sentiasa sibuk memenuhi masa dengan aktiviti kebajikan bersama,menyediakan bekalan amalan akhirat bersama-sama, untuk menempuh jalan pulang ke dunia yang kekal abadi sebelum menemui Ilahi.....Sedangkan cinta si KELDAI tadi seolah-olah dunia ini miliknya, enggan bertaubat dan sibuk pula menghimpun dosa seolah-olah tidak mahu pulang ke dunia kekal abadinya...

Sahlah,dialah KELDAI CINTA yang telah tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil...Dimanakah wajah kita nak dihadapkan di hadapan ALLAH SWTdi akhirat kelak sekiranya  kita menderhakai suami dan menentang ALLAH dan RASUL hanya kerana CINTA MURAHAN, KHAYALAN DAN TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA???Insaf dan fikir-fikirkanlah.....

Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang mengamalkannya dalam kehidupan.Menegakkan hukum ALLAH SWT  dalam rumahtangga akan memberi ketenangan ,kebahagiaan dan kesejahteraan.Jika sering engkar ,melanggar hukum dan perintah ALLAH,SWT  ia akan mendatangkan kesusahan,penderitaan dan kekacauan jiwa.TEMAN TAPI MESRA DAN KEKASIH MAYA adalah DUA PENYAKIT JIWA yang sedang melanda rumahtangga umat Islam zaman ini.

PUNCANYA?Mudah saja...jiwa kosong dan tujuan hidup yang tidak jelas.Bagi mereka semuanya serba tidak kena.Suami diam dikatakan tidak romantik,Isteri peramah dikatakan penyibuk.Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong.Benarlah kata bijak pandai,tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju.Maka begitulah nasib KELDAI CINTA ini.Hidup serba tidak kena,serba keliru,dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk di tuju!!!

semua yang dipaparkan di atas adalah PUNCA DAN TANDA-TANDA PENYAKIT yang menjadi virus dalam membentuk kerukunan rumahtangga ...Sebagai seorang pemimpin rumahtangga dan Nakhoda bahtera ..kemudilah haluan ke jalan PELABUHAN CINTA HAKIKI DAN SEJATI ...Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH SWT kurniakan..jadikan pasangan CINTA SEJATIMU...BUKAN TEMAN TAPI MESRA...
 

Kasihanilah diri sendiri dan ciptalah kebahagiaan diri kerana tiada arti terlewat untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN...yakinlah..anda pasti boleh......semoga kita dijauhi dari VIRUS MERBAHAYA TADI......Amin ya Rabbal A'lamin...terima kasih kerana sudi membaca dan meluangkan masa....

Monday, June 13, 2011

WANITA : akalnya senipis rambut

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah, masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan Nya, janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan liat. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka derita. Kenalkanlah mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah punca kekuatan dunia!!!
Akalnya senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaannya selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya, mereka akan lihat nilaian dan keadilan. Tuhan, bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan, ia bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan. Jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Lelaki, jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra, andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

Terimalah wanita dengan seadanya, kerana setiap ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia. Semuanya penuh makna...

Tuesday, May 31, 2011

Tips mengenali kecurangan pasangan!

Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan.
Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:

1. Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

2. Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.
Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3. Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4. Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.
Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

5. Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6. Tidak lagi rajin menelefon anda.
Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

7. Berubah sikap dengan ketara.
Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

8. Asyik lewat ketika temujanji.
Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

9. Menerima panggilan telefon secara rahsia.
Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

10. Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda.
Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

11.Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati .
Ketika anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati..Jika tidak mati, taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

12. Kerap memberi alasan sibuk dan penat .
Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat. Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu. Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami. Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga. Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

13. Sering tersasul menyebut nama wanita lain.
Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

14. Sepi tanpa berita bila berjauhan.
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15. Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya .
Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya. Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16. Marah apabila anda bertanya aktivitinya.
Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!

PANDUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

Difinisi Nikah Dari istilah Syara’, nikah ialah menghalalkan persetubuhan diantara lelaki dengan perempuan melalui lafaz yang diucapkan mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan oleh hokum syara’ Dari segi bahasa pula, nikah bermakna bercampur.
Rukun Nikah:
1. Pengantin lelaki

Syarat-syarat pengantin lelaki ialah:
Islam
Baligh
Berakal
Tidak dalam ihram haji ataupun Umrah
Tidak dipaksa
Tidak beristeri lebih dari 4
Lelaki yang tertentu
Perempuan yang ingin dikahwini bukan makramnya

2. Pengantin Perempuan
Syarat-syarat pengantin perempuan ialah:
Islam
Tidak dalam ihram haji ataupun umrah
Bukan isteri orang
Tidak dalam ‘iddah
Perempuan yang tertentu

3. Dua orang saksi
Syarat-syaratnya ialah:
Baligh
Islam
Berakal
Merdeka
Lelaki yang tidak fasiq
Dapat mendengar dan melihat dengan baik
Memahami bahasa yang digunakan semasa Ijab dan Qabul
Dalam masa yang sama tidak berperanan sebagai wali

4. Ijab dan Qabul iaitu 'Akad
Syarat-syaratnya ialah:
Lafaz yang digunakan ialah lafaz yang khas untuk maksud nikah
Tidak diselangi dengan diam yang lama diantara Ijab dan Qabul
Bersamaan maksud diantara Ijab dan Qabul
Tidak dikaitakan dengan sesuatu perkara
Tidak dihadkan tempuh masa perkahwinan

5. Wali
Syarat-syarat wali ialah:
Baligh
Islam
Berakal
Merdeka
Lelaki yang tidak fasiq
Wanita yang haram dikahwini oleh lelaki:
1. Haram selama-lamanya
i. Haram selama-lamanya disebabkan keturunan:
Ibu hinggga ke atas
Anak hingga ke bawah
Saudara perempuan sesuan
Anak saudara hingga ke bawah

ii. Haram selama-lamanya disebabkan pertalian susuan
Ibu susu hingga ke atas
Saudara perempuan susuan
Anak perempuan bagi saudara susuan yang perempuan
Anak perempuan bagi saudara susuan yang lelaki
Emak saudara sebelah bapa susuan
Emak saudara sebelah ibu susuan


iii. Haram selama-lama disebabkan bersekedudukan/bersemendaan
Emak mertua
Anak tiri hingga ke bawah bila disetubuhi ibunya
Isteri anak (menantu)
Isteri bapa (ibu tiri)
Ibu kepada hamba yang disetubuhi

2. Haram sementara
i. Halangan dengan sebab berkumpulnya dua adik beradik dalam satu masa ataupun anak perempuan dengan emak saudaranya.
Halangan dengan sebab perempuan itu masih menjadi isteri orang
Halangan dengan sebab perempuan itu masih dalam iddah
Halangan dengan sebab kufur atau berlainan agama
Halangan dengan sebab perempuan itu telah diceraikan dengan talak tiga
Hikmah Perkahwinan dalam Islam
1. Mencegah umatnya dari melakukan hubungan jenis dan melefaskan nafsu mereka pada tempat-tempat yang haram
2. Perhubungan kelamin antara suami dan isteri adalah satu amal soleh dan mendapat pahala dari Allah
3. Sunnah Rasullullah
4. Ketenangan serta untuk mendapatkan zuriat
5. Mewujudkan suasana kasih saying serta bertanggung jawab
6. Islam menghargai kenikmatan jantinan dan hidup berpasangan