Tuesday, April 08, 2014

Khasiat Madu Lebah


Kelebihan Madu Lebah

- Mengembalikan kekuatan tubuh badan.

- Membersih dan menambah darah.

- Mengelak cacing perosak dalam perut.

- Menambah kelazatan makanan.

- Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.

- Mudah dan cepat diserap oleh badan.

- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.

- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.

- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.

- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.

- Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.

- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.

- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).

- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.

Cara Mengetahui Keaslian Madu Lebah

- Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.

- Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.

- Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.

- Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli,ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.

- Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan.Madu asli akan membentuk bulatan.

- Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu.Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.

- Titiskan setitis madu ke atas kertas.Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.