share dari : http://dlan6658.blogspot.com/
.:: Penyelidikan awal tapak sejarah dan warisan Seberang
Perai ::.
sembang sejarah ……………
Adakalanya
untuk menyiapkan sesuatu artikel memerlukan kajian berbulan bulan,..malah
bertahun tahun …kita pula "freelance" sukarela hobi researcher……dari
poket sendiri aja bang !....
…..
Lalu bila nak siap kajian nya ???...Tak Pa kita sembang dulu no…..
Asal
Nama Kampong Gajah Butterworth......sembang sejarah….
Beberapa
maklumat utk dikongsikan .agar dapat dijadikan kajian seterusnya....di Bagan
lama terdapat nama Kampong Gajah..sempena dulunya banyak gajah-gajah
ditempatkan disitu keran jeti lama sebagai pengkalan pelabuhan awal untuk hubungan
ke Tanjong..1870an telah ada..lalu Gajah gajah yg mengangkut barang ke Siam
berulang alik ke bagan ditempatkan di Kg Gajah....sebab tu ada nama Kg Kubang
Gajah dekat Mengkuang road,..dikatakan gajah yg
sifatnya suka berkubang dlm air ketika berehat dan cuaca panas akan berehat
disitu ,,.juga dikatakan ada lagi satu tempat di kawasan kedai tuak belakang
pekan bagan lama itun dulu ada londang atau kubang tempat gajah berehat selepas
penat mengangkut barang atau menunggu trips seterusnya utk bawa barang ke
tempat lain ke Kedah dan Siam...seorang kawan Zulkaply dari Kuala Muda pernah
bercerita kpd saya bahawa Datok kepada Datoknya yang tinggal di Bagan Lebai
Tahir pernah mempunyai gajah (sekitar 1860an) yg digunakan utk khidmat
mengangkut barang pergi balik ke Siam ( Patani juga dikatakan Siam pada masa
itu)...satu hari gajah itu mengamuk naik minyak..lalu di panggil Polis/Askar
British utk menembak gajah itu agar tak membahayakan org ramai....Laluan
Langkasuka dlm sejarah Kedah Tua sangat banyak menggunakan gajah sebagai "
"pengangkutan awam"pada masa itu...lalu bila Pelabuhan Merbok dan
Kota Kuala Muda dan Sungai Mas(cerita telaga senget ..sebab di pijak hindik
oleh gajah) telah ditinggalkan maka Pulau Pinang menjadi pelabuhan baru ..laluan
itu terus hidup cuma mungkin menyimpang dibeberapa tempat di Pinang Tunggal
atau di mana saja sempadan Seberang Perai -Kedah lalu menuju ke Bagan pula
sebab terdapat jeti pelabuhan yg baru..Begitu juga cerita terbaru dari Hj Bakar
Abd Rahman Pongsu Seribu bahawa dia yang pernah tinggal dekat jalan Kg Benggali
Sungai Puyu..bahawa datoknya bercerita disitu..kawasan hujung Jalan Kg Benggali
terdapat tempat penempatan gajah dgn banyaknya oleh pihak British yg
menjadikannya sebagai pengangkutan...kira kita 80-100 tahun lalu..dimana distu
juga berhampiran lapangan terbang Permatang kucing ketika itu.......
Sejarah Nama Kampong Gajah
……….. Tugas yang belum
selesai ………………
Kampong Bagan Serai,Titi
Timbul…..dekat Ampang Jajar,TESCO sekarang…….
Dahalan Fazil
5 Ogos 2015 Kepala Batas
Setiausaha 2015-2017
PERWARISAN- Persatuan Sejarah
dan Warisan Melayu Pulau Pinang
0
Add a comment
Nama Pekan Kepala Batas sudah tidak asing kepada Malaysia umumnya dan
Pulau Pinang khususnya. Semua orang tahu Siapa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi
dan Nendanya Syeikh Abdullah Fahim yang begitu sinonim dengan Kepala
Batas.Meski pun ada Kepala Batas ,Alor Setar Kedah namun Kepala Batas Seberang
Perai lebih selalu dimaksudkan bila menyebut Kepala Batas. Dari mana asalnya
perkataan Kepala Batas itu ? Dalam kontek Pekan Kepala Batas ini maka “Kepala”
bermaksud Permulaaan dan Batas mengikut loghat tempatan adalah “Jalan” juga ada
menyebutkan batas bendang tapi disini lebih di maksudkan kepada Jalan Raya.
Oleh itu dari Kepala Batas ini bermula jalan menuju ke Kedah sebab itu
jalan dari Pekan ini menuju utara disebut Jalan Kedah,manakala jalan yang
menuju ke Selatan pula disebut Jalan Perak. Kepala Batas secara geografiknya terletak
di Seberang Perai Utara di bahagian utara ,barat dan selatannya adalah kawasan
sawah padi,sementara di sebelah timurnya dulu adalah ladang getah atau kelapa
sawit milikan Bertam Estate.Semasa pembukaan tanah-tanah paya di utara Seberang
Perai ini untuk dijadikan sawah dan ladang maka Pihak Kerajaan Inggeris telah
mengorek taliaair utama untuk saliran air kelaut bermula dari kawasan Lahar
Ikan Mati dan Kepala Batas menuju ke Titi Mukim ,Telok Air Tawar dan ke Lahar
Endin, Penaga.Bermula dari Timbunan tanah sepanjang taliair itu maka terbina
pula jalan raya menjadikan banyak kampong-kampong dapat dihubungkan melalui
jalan darat berbanding jalan sungai sebelum ini.
Gambar diatas
: Menunjukan Jalan Kedah dari Utara (Sungai Petani menuju Ke Butterworth
melalui Pekan Kepala Batas)
Kewujudan Pekan
Kepala Batas dapat dikesan dari peta lama seawal 1839.Namun mengikut sejarah
Masjid terawal disini ia nya bermula pada 1784,ia itu Masjid Lebai Abdul Kadir
yang terletak asalnya berhampiran Tanah Perkuburan di Simpang Tiga Lahar Ikan
Mati,kira-kita setengah kilometer ke utara Pekan lama Kepala Batas sekarang ini
Gambar 2: Menunjukan
Jalan dari Butterworth ke Pekan Kepala Batas,dikiri kana jalan adalah Taliair
yang telah dikorek hingga ke Titi Mukim Telok Air Tawar bertemu Sungai Abdul
Namun
mengikut versi Wikipedia pula 'Kepala batas' bermaksud bahagian depan sawah
padi. Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas
ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam
sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada
sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika
selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa.
Gambar 3(kiri):
Peta 1839 : Menyatakan hujung Jalan di bahagian tengah di Lahar Ikan Mati
Gambar 4(kanan):
Jalan P1 dari Kepala Batas ke Butterworth melalui Titi Mukim dibina asalnya
dari ban dikiri kanan jalan itu
Sebagai
kawasan persisiran pantai, kawasan ini pada masa dahulu mempunyai saliran yang
buruk dan sering dilanda banjir. Dengan itu tidak sesuai untuk tanaman kecuali padi yang tumbuh di dalam air. Oleh itu
pembinaan saliran adalah satu langkah untuk pemulihan atau tebusguna tanah.
Banyak kawasan di Kedah dan Pulau Pinang melalui proses ini. Sungai Korok di Kedah maupun di Pulau Pinang adalah
pelat buruh dari Jawa yang menyebut "korok" walhal
di Kedah lebih tepat dipanggil Sungai Korek. Di tebing Sungai Korek ini
biasanya ada timbunan tanah dari parit sebagai benteng untuk mengelak kemasukan
air masin. Timbunan tanah sepanjang parit korek ini dipanggil batas atau bunddalam bahasa Inggeris.
Hujung bund ini di mana parit berakhir atau bertembung dengan parit lain
dipanggil kepala batas. Oleh itu kita boleh dapati beberapa tempat di Kedah dan
Perlis mempunyai nama yang sama iaitu Kepala Batas.
Sejarah Tarikh
Kemerdekaan
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa
pengumuman
kemerdekaan
Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957. Penetapan Tarikh ini dipilih hasil dari
mesyuarat di antara Tunku Abdul Rahman ,Haji Abdul Rahman Palestin,Ketua
Pemuda UMNO Tun
Sardon Jubir ,
Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) dengan Tuan Syeikh Abdullah Fahim yang juga
Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah
Fahim (bapa
Haji Ahmad Badawi) di Kepala
Batas, Pulau
Pinang pada
1956. Sebenarnya Tarikh 31 Ogos adalah hasil pendapat dan pandangan firasat
Syeikh Abdullah Fahim yang sangat terkenal bukan sahaja sebagai Alim Ulama
ketika itu namun beliau juga dalah seorang Ahli Falak yang diperakui
kepakarannya oleh pihak Inggeris sendiri.Menurut cerita penduduk tempatan
bahawa sebelum Tunku Abdul Rahman berangkat ke England untuk menuntut
kemerdekaan dan penetapan tarikh yang sesuai maka beliau telah berunding dan
merujuk perkara ini kepada Tuan Syeikh Abdullah Fahim sehingga tarikh 31 Ogos
ini ditetapkan begitu dan menurut firasat Tuan Syeikh jika kemerdekaan tidak
dapat dicapai pada tarikh tersebut maka tarikh yang sesuai adalah pada 31 Ogos
1962,bermakna 6 tahun pula selepas itu. Kata Beliau bahawa tarikh 31 Ogos
1957 itu dalam bahasa Arab adalah “Am khir atana”yang bermaksud “Tahun baik
dating kepada kita”. Maka Kepala Batas sewajarnya di kenang setiap tahun
sebagai “Bandar Kemerdekaan”kerana tarikh Kemerdekaan 31 Ogos ini telah
ditentukan disini dengan izin Allah
Sejarah Masjid
Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas
Sebuah masjid yang hanya
berdindingkan kayu dan berbumbungkan atap telah dibina pada 1784 di sebidang
tanah Lebai Abdul Kadir. Masjid yang bersebelahan tanah perkuburan juga tanah
Lebai Abdul Kadir itu telah dimanfaatkan oleh semua penduduk kampung. Setelah
itu, para ulama, tok-tok guru di masjid itu serta penduduk kampong telah
bersepakat untuk membina masjid yang lebih besar kerana bilangan penduduk saban
hari semakin meningkat bilangannya.
Masjid Permatang Bertam
telah ditubuhkan pada 1804 di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba
Allah. Masjid itu adadlah berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Permatang
Bertam. Alhamdulillaah, keluasannya telah memuatkan penduduk sekitar untuk
berjemaah di situ. Apabila penduduk Islam semakin ramai di kawasan itu, satu
lagi masjid telah dibina di atas tanah milik datuk dan nenek kepada Tuan Haji
Ahmad Bin Haji Man. Kawasan ini lebih berhampiran dengan Pekan Kepala Batas
telah menjadi pusat tumpuan ibadah dan pusat perkembangan Islam sehingga tahun
1854.
Perkembangan Islam semakin
rancak dan bertambah banyak saudara Islam di kawasan itu pada tahun 1854 menyebabkan
masyarakat Islam di kawasan itu telah mencapai kata sepakat untuk membina
masjid yang lebih besar untuk keselesaan masyarakat Islam. Tapak pembinaan
masjid adalah tapak masjid sekarang. Pada masa itu, Allahyarham Tok Deris dan
Allahyarham Tuan Haji Ibrahim bin Haji Mohd Tahir lah yang bertanggungjawab
untuk menyelesaikan urusan pembinaan ini untuk dibentangkan kepada Pegawai
Daerah. Pelan itu telah diterima pakai oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Pajak
Song.
Pada tahun 1964, bangunan masjid ini telah dirobohkan untuk membina masjid yang
baru dengan kelulusan dan peruntukan RM100,000 dari Kerajaan Pusat iaitu
Kementerian Pembangunan Negara dari Luar Bandar. Peruntukan ini juga disokong
oleh dermaan dari orang ramai sebanyak RM67,000. Masjid ini yang telah kukuh
dibina dan telah diguna pakai sehingga sekarang adalah hasil usaha gigih
Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim pada tahun 1963
merancang pembinaan masjid baru untuk menggantikan masjid yang lama di atas tapak
yang sama. Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi yang merupakan Ahli Dewan
Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Kepala Batas dan Ahli Dewan Undangan
Negara Malaysia
serta Nazir, Imam masjid ini telah banyak berjasa kepada penubuhan masjid ini.
Masjid baru itu telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 1965 dengan perbelanjaan
RM167,000 setelah masjid lama teleh dirobohkan pada tahun 1964. Pada awal tahun
1966, masjid ini telah boleh diguna pakai sepenuhnya oleh masyarakat Islam
sekitar kawasan Kepala Batas setelah kerja-kerja melengkapkan alat-alat dan
perkakas-perkakasan yang lain yang berkaitan seperti sejadah, al-Quran, Hadis,
majalah ilmiah, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.
Pada 2 September 1966 bersamaan 17hb Jamdil Awal 1386 hari jumaat, masjid ini
telah dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussain iaitu Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar serta
Menteri Pertahanan Malaysia. Nama masjid ini telah dinmakan sempena nama
Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim di atas sumbangan
dan jasa beliau. Masjid ini dinamakan Masjid al-Jamiul Badawi, Kepala Batas
Sekolah
DMW dan Sekolah Inggeris
Kepala
Batas juga sangat dikenali oleh penduduk tempatan dan utara semenanjung
Kedah,Perak Utara dan Perlis yang datang menghantar anak mereka untuk
bersekolah dan mengaji di Sekolah swasta DMW singkatan dari Daeratul Maarif Al
Wataniah yang telah dimulakan sejak sistem pondok oleh Syeikh Abdullah
Fahim dan diteruskan oleh Tuan Haji Ahmad Badawi menjadi sekolah agama dan
akademik swasta.Lantaran itu ramai para ilmuan agama ,ustaz dan ulama
dilahirkan dari institusi ini disamping menjadi tempat bersejarah dalam era
menjelang kemerdekaan dimana YAB Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan
Syeikh Abdullah Fahim sering bermesyuarat di Rumah Sejarah dan Rumah Merdeka
dalam rangka untuk mendapatkan kemerdekaan dari British pada 1950an.
Gambar 5 : Tiga Tokoh yang sinonim dengan Sejarah
Warisan Kepala Batas
Manakala Sekolah
Inggeris samada Primary dan Secondary di Kepala Batas ini satu-satunya yang ada
di Seberang Perai Utara di luar Butterworth.Pada 1960an Golongan berada di
sekitar Kepala Batas,sehingga di Penaga sanggup menghantar anak-anak mereka
kesini terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk yuran dan duit bas demi
prestij dapat” Bersekolah Orang Puteh” di Kepala Batas Secondary School.
Pekan
Kepala Batas
Pekan Kepala
Batas yang asal adalah berada di persimpangan tiga namun sekarang jadi simpang
empat ditengah pecan.Di zaman 1960an kedai-kedai lama menjadi nadi pusat
perniagaan dan mendapatkan perkhidmatan seperti pejabat pos bagi penduduk
daerah Seberang Perai Utara ini selain dari Butterworth.Penduduk sekitar dating
membeli kain pelikat,rempah ratus selain dari barang keperluan harian ,juga disini
terdapat “Pasar Besar”menjual daging, ikan dan sayuran.Kedai-kedai makan juga
menjadi tumpuan untuk merasai keenakan cucur udang,mee kuah dan roti canai juga
yang paling unik terdapat dadih susu kerbau.
Gambar5:
Gerai Pak Wan Cik Malata mewakili Pulau Pinang/Penang semasa Pameran MAHA 1964
Perusahaan
Warisan
Dari aspek pertukangan warisan Melayu Kepala Batas dikenali dengan
pembuatan kasut Capal Jago dan pembuatan barangan berasaskan tembaga dan besi
yang diusahakan oleh keluarga Pak Wan Cik Malata yang mempunyai bangunannya sendiri
di Jalan Kepala Batas ke Butterworth. Perusahaan keluarga ini yang bermula
sejak 1950an hingga masakini adalah diantara pengeluar utama acuan kueh
tradisional melayu seperti acuan kueh baulu,kueh bangkit dan sebagainya yang di
tempah oleh kedai-kedai di Kuala Lumpur dan Semenanjung Malaysia. sekarang
ini.Salah seorang waris perusahaan yang dikenali sebagai Acuan Noor Indah
merupakan pembekal utama produk ini di Malaysia.
Sementara itu
perusahaan membuat kasut capal buatan tangan yang dikenali sebagai Capal
berjenama Jago telah dimulakan oleh Tuan Hj Hashim sejak hampir 50 tahun lalu
merupakan salah satu hasil warisan yang unik yang hanya terdapat di Kepala
Batas,Pulau Pinang ini.
Seni dan
Budaya
Kepala Batas juga menjadi nostalgia yang masih segar bagi penduduk
tempatan malah sangat masyhur di Utara Semenanjung dengan Ghazal
Partinya.Berbeza dengan Ghazal di Hor yang berorientasikan Irama Melayu Asli
dan gambus ,Ghazal Parti Kepala Batas lebih kepada lagu-lagu Arab irama padang
pasir yang kemudiannya di selitkan juga irama Hindustan serta lawak
jenaka.Terutama diera 1960an Ghazal Parti Kepala Batas menjadi pilihan ramai
hiburan ketika kenduri dan majlis malam perkahwinan.Ketika itu juga sezaman
dengan Zaman Pop Yeh-yeh.Diantara Bintang Ghazal yang terkenal adalah Idrus Saidi
dan pelawak Hassan “Putu Mayong”.Namun sekitar 1980an Irama Ghazal telah tidak
kedengaran lagi.
RUJUKAN
dlan6658.blogspot.com
https://www.facebook.com/NoorPniIndahSdnBhd#!/notes/acuan-noor-indah/fyi-for-your-information/702916673056304
http://www.ukm.my/news/index.php/en/extras/356-muslims-need-not-be-apologetic-in-facing-current-challenges-.html
http://www.ptab.jpm.my/ptab/portal/index.php?r=media/index&page=gambar_awal&menu=5&submenu=1&submenu2=1#prettyPhoto
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaan_Tanah_Melayu
http://www.arkib.gov.my/web/guest/penetapan-tarikh-merdeka-pada-31-ogos-1957
0
Add a comment
KAYUHAN JEJAK WARISAN
Pada 29 Mach yang lalu , sempena aktibiti gotong royong
membersihkan pengkalan ptg bendahari utk dibangunkan menjadi tapak warisan yang
indah dan promosikan kpd pelancong
diadakan juga
" Kayuhan Jejak Warisan "
utk mempromosikan
laluan kayuhan yg berhenti di tapak-tapak warisan bermula dari Ampang Rantau Panjang - Tapak
Kota Kedah Tua Langkasuka di Rantau Panjang melalui kampong Kota Aur,Permatang
Tok Labu ke Pengkalan Ptg Bendahari tapak pengkalan tambang yg berusia 200 tahun
ke pekan Kota Kuala Muda seterusnya ke Pasar Bisik kuala muda dan berakhir di
dewan Bakau Tua dgn perbincangan ramah mesra peserta kayuhan dari PMA (Penang
Mountainbikes Association) dengan Ahli majlis MPSP ,Penduduk tempatan
,Penyelaras Kadun dan ,Jkkk -serta perbincangan utk program kayuhan trasure
hunts yg akan diadakan pada tahun ni juga.
Aktibiti kayuhan Jejak Warisan
Permatang Bendahari ini bertujuan melihat tapak-tapak penempatan awal dan
menghayati sejarahnya ,khususnya yang terdapat di sepanjang Sungai Muda di
Seberang Perai Utara.
Mengikut rekod sejarah British
pada 1839 ,bahawa penempatan awal telah wujud di sepanjang Sungai Muda bermula
dari Permatang Bendahari hingga ke Pinang Tunggal.
0
Add a comment
Kota Aur di Seberang Perai Utara
yang juga dalam At Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang disebut sebagai Kota Ok
dulunya adalah sebuah kota besar yang pernah menjadi Ibu Negara Kedah Tua
atau "Kedah Langkasuka" .Lokasi ini termasuk juga kampong yang
sekarang dikenali sebagai Rantau Panjang.
Peta Taburan Arkeologi Lembah Bujang juga menunjukan kedudukan tapak yang ada
di Seberang Perai Utara ini.Pihak Pusat Kajian Arkeologi Global USM telah
mengambil sampel batu "Kota" dari Rantau Panjang ini dan diuji
dimakmal pada 2014 yang lalu dan mengesahkan bahawa binaan yang ditemui itu
berusia 1,000 tahun.
Berikutan dengan itu saya telah
membuat tinjaun terbaru berkaitan tapak tersebut seperti dalam Laporan oleh
Sinar Harian..
Tapak kota lama ini bersebelahan
dengan tanah perkuburan yang juga menunjukan batu
batu nisan batu lama dan yang diperbuat dari kayu yang masih terdapat
disitu..
Gambaran Kota di Zaman
Kerajaan Kedah Tua dan Kedah Langkasuka dalam Filem Merong Mahawangsa
2
View comments
Mari kita mulakan tahun baru 2015 ini
dengan menyingkap sedikit apa perkembangan terakhir pada 2014 terhadap tahap
kesedaran warisan masyarakat Melayu Islam di Seberang Perai ini.
Gelombang kesedaran untuk memulihara dan
menghayati sejarah warisan nampaknya telah mula menampakkan riaknya dikalangan
masyarakat Melayu Islam Seberang Perai. Alhamdulillah ini berikutan dengan
inisiatif penduduk tempatan, ngos dan agensi kerajaan mengadakan kempen melalui
acara gotong royong baru baru ini.
Program gotong royong perdana
membersihkan tanah perkuburan Islam Surau Al-Hidayah Balai Pukat, Jalan Pantai
Butterworth anjuran Angkatan Warisan Seberang Perai dengan kerjasama Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Ropewalk
Butterworth pada 28 Disember 2014..."
SEKALUNG
BUDI DAN PENGHARGAAN
Program
gotong-royong perdana anjuran "Angkatan Warisan Seberang Perai"
(Jejak Warisan) yang diadakan pada hari ahad 28 Disember 2014 bagi membersihkan
kawasan surau dan tanah perkuburan Islam di Surau Al-Hidayah Balai Pukat, Jalan
Pantai Butterworth kini telah melabuhkan tirainya…”
Program
yang dirasmikan oleh penaung Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Ropewalk
Butterworth, Y.Bhg. Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim itu disusuli dengan pelbagai
aktiviti-aktiviti tambahan seperti penerangan
terperinci tentang sejarah dan warisan Butterworth oleh Pengerusi Angkatan
Warisan Seberang Perai (Jejak Warisan), Y.Bhg. Tuan Haji Dahalan Fazil,
aktiviti merapatkan tali persaudaraan di antara rakan taulan yang sudah lama terpisah,
sesi bercerita tentang sejarah, mempelajari sejarah dan lain-lain lagi…"
Pihak
penganjur juga berhasrat menjadikan lokasi Surau Balai Pukat itu sebagai galeri
sejarah dan warisan melayu Seberang Perai, manakala Jalan Pantai akan dijadikan
destinasi pelancongan di mana lokasi itu akan dibina sebuah hub pengangkutan
darat yang akan membawa pelancong-pelancong melawat ke tempat-tempat bersejarah
di seluruh Seberang Perai…”
Rancangan pembinaan hub pelancongan bersejarah ini akan diusahakan oleh pihak penganjur
dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang…"
Angkatan
Warisan Seberang Perai (Jejak Warisan) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada pihak jawatankuasa Surau Balai Pukat, Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan
Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan Lanskap, Unit Skuad Khas, Persatuan
Peniaga-Peniaga Melayu Ropewalk Butterworth, pihak peniaga melayu Penang
Sentral, Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Seberang Perai, penduduk setempat dan
individu-individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam
menjayakan program jejak warisan ini…”
Sekian
terima kasih..."
Aktivis Warisan dan Penduduk
Asal
LAMPIRAN 1 Poster Kempen
JEJAK WARISAN -
Program Gotong Royong Perdana
Y.Bhg. Dato
Seri/Dato/Tuan/Puan:
Anjuran: Angkatan
Warisan Seberang Perai
Dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Persatuan
Perniaga-Perniaga Ropewalk Taman Selat Butterworth.
Program gotong royong
membersihkan kawasan persekitaran tanah perkuburan dan Surau Balai Pukat, Jalan
Pantai Butterworth, Pulau Pinang.
Program ini akan
diadakan pada:
AHAD, 28 DISEMBER 2014
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Program ini akan
dirasmikan oleh Penaung Persatuan Peniaga-Peniaga Ropewalk Butterworth, Y.Bhg.
Tuan Haji Zolkifly Md Lazim, dan Taklimat Warisan mengenai sejarah Bagan oleh
Aktivis Warisan Dan Sejarah Pulau Pinang, Y.Bhg. Tuan Haji Dahalan Bin Fazil.
Semua dijemput hadir
beramai-ramai bagi menjayakan program berkenaan.
Harap maklum, terima
kasih
Jaafar Morad .
Gambar diatas dalam
poster adalah perkampongan sekitar Surau Balai Pukat dan Jeti Feri Bagan
sekarang dan sebelum pembangunan Stesyen Bas,Pengkalan Feri Mitchel
Pier,Pangkalan Sultan Abdul Halim ,Loji Tangki Minyak Shell dan Esso.Namun
kelihatan sebelah kirinya struktur konkrit besi pelantar jeti untuk kilang
peleburan bijih timah telah wujud
pada masa itu
,dianggarkan gambar ini diambil pada 1880an.
SURAU BALAI PUKAT
- MENYINGKAP SERIBU KISAH
Surau Al Hidayah
Balai Pukat atau lebih dikenali dengan nama "Madrasah Balai Pukat"
ini merupakan sebuah rumah ibadat dan tanah perkuburan Islam yang telah lama
wujud di Butterworth sejak zaman penjajahan Sir Francis Light di Pulau Pinang
dalam sekitar tahun 1786 yang lalu.
Rekabentuk asal
surau yang dahulunya dikatakan dua tingkat yang mempunyai sebuah tangga tinggi
itu telah banyak menyimpan sejarah silamnya yang tersendiri.
Populasi penduduk
Islam setempat yang ramai pada ketika itu di sekitar Balai Pukat, kuarters
Straits Trading Company (STC), Kampung Jawa dan Jalan New Ferry dikatakan telah
mengimarahkan surau ini secara berjemaah dengan ibadah solat lima waktu serta
lain-lain lagi aktiviti keagamaan seperti solat sunat terawih, solat sunat
Aidilfitri, solat sunat Aidiladha, moreh dan sebagainya.
Surau dan tanah
perkuburan Islam yang terletak berdekatan tangki minyak Shell Malaysia Trading,
tangki minyak Esso (Petron) dan pejabat LLN (TNB) di Jalan Pantai Butterworth
ini merupakan sebuah institusi yang terawal dalam sejarah ketamadunan dan
kegemilangan melayu di Butterworth.
Tanah perkuburan
lama ini dikatakan ada menyimpan jasad manusia yang meninggal dunia pada tahun
1814 berdasarkan batu nisan kayu lama yang berusia dua ratus tahun masih kekal
sebagai tanda perkuburan sehingga ke hari ini.
Ada juga yang mengatakan di tanah perkuburan ini juga terdapat kubur para alim
ulama tersohor yang menjadi guru-guru agama semasa era penjajahan Inggeris di
Seberang Perai.
Semasa Jepun
menyerang Malaya pada tahun 1941, sepasukan tentera Jepun dikatakan telah
membedil beberapa das meriam ke arah tangki minyak Shell yang terletak
berdekatan pagar tanah perkuburan tetapi malangnya semua bom-bom yang
disasarkan itu terpelanting masuk ke laut, hingga menyebabkan pasukan tentera
Jepun yang pada ketika itu berhasrat untuk memusnahkan tangki minyak itu berasa
hairan dengan kejadian luar biasa itu, dan akhirnya pemerintah Jepun terpaksa
mengundurkan tentera mereka ke daerah yang lain, namun selepas kejadian misteri
itu berlaku, tentera-tentera Jepun dikatakan telah menjadi bingung di atas
kegagalan pasukan tentera mereka musnahkan tangki minyak berkenaan kerana bagi
mereka di kawasan perkuburan itu mungkin terdapat kubur "keramat"
yang menjadi kuasa misteri yang melindungi kawasan itu daripada segala
kemusnahan.
Di sebelah kiri
Surau Balai Pukat dan tanah perkuburan ini terdapatnya sebuah bangunan lima
tingkat pejabat Lembaga Letrik Negara (LLN/TNB) yang dibina dalam tahun 1950an
yang tersergam indah di tepi jalan masuk ke pejabat operasi Shell Malaysia
Trading, manakala di sebelah pagarnya pula terdapat sebuah kilang peleburan
bijih timah Straits Trading Company (STC/MSC) yang terkemuka dunia yang dibina
dalam tahun 1869 juga terletak di Jalan Pantai Butterworth.
Suatu peristiwa
besar yang dikatakan telah mengemparkan penduduk setempat pernah berlaku dalam
tahun 1976, iaitu ketika sebuah kapal tangki milik Indonesia yang sarat membawa
berpuluh ribu liter minyak telah terbakar di jeti pemindahan minyak Shell Jalan
Pantai pada jam 10.00 pagi.
Kebakaran yang disebabkan oleh masalah litar pintas itu telah mengorbankan
seramai 15 orang anak kapal warga Indonesia, tindakan berani mati pihak Shell
yang pantas menyedut minyak keluar daripada tangki kapal itu menyebabkan
kebakaran yang marak itu dapat dikawal dan akhirnya dapat dipadam sepenuhnya.
Pada ketika itu pihak polis telah bergegas ke lokasi mengumumkan amaran
kecemasan agar semua penduduk berpindah menyelamatkan diri ke lokasi yang
selamat, peristiwa itu menyebabkan ramai penduduk menjadi panik pada ancaman
kebakaran yang dikatakan dapat menusnahkan sebahagian besar Butterworth pada
ketika itu.
Surau Balai Pukat
yang dahulunya terdapat sebuah gelanggang Silat Lincah di tepi pagar Esso
sekitar tahun 1968 itu kini seolah-olah telah hilang segala-galanya,
kewujudannya kini dipandang sepi oleh orang-orang yang tidak tahu tentang
sejarahnya.
Surau yang dilihat seperti tidak mendapat tempat dihati orang-orang Islam ini
sebenarnya mempunyai salasilah penjaga surau hampir 20 generasi ini mempunyai
pelbagai ceritanya yang tersendiri, di antara orang-orang yang pernah
berkhidmat ikhlas untuk surau seperti Pak Haji Bidin (rumah di belakang Malayan
Banking), Pak Mat Piah, Pak Kulah, Pak Man Slow, Pak Nan, Pak Lah Keropok, Pak
Man Misai, Pak Ucop Keto, Pak Majid Reffree (STC kuarters) dan kini surau ini
dijaga oleh Encik Rosli Bin Mat atau yang lebih dikenali dengan nama Ali
F&N kilang oren (adik kepada arwah Nan Kominis) yang tinggal di Balai
Pukat.
Ali F&N kilang
oren (51 tahun) berkhidmat secara ikhlas kerana Allah S.W.T sebagai tukang gali
kubur (korek liang) sambil dibantu rakannya Fadzil dan Mat Noor Md Zain yang
bekerja di kilang Malaysia Smelting Corporation Berhad (MSC)
Ali F&N kilang
oren yang bertugas sebagai pembantu kelindan lori sejak 25 tahun itu dikatakan
telah menyambung tradisi "fardu kifayah" bagi memikul
tanggungjawabnya sebagai seorang muslim yang beriman kepada hari akhirat.
Menurut Ali yang
dilahirkan pada tanggal 14 Oktober 1963 memberitahu..."Kewangan Surau
Balai Pukat ini kini semakin tenat, ia amat memerlukan bantuan dan sumbangan
orang ramai yang ingin menjadikan ia sebagai amal jariah, bil elektrik sebulan
lebih kurang RM80.00, manakala bil air dua bulan adalah sebanyak
RM60.00..."
Rujukan
1
View comments
Penang
Story Colloquium: The Seberang Perai Story
Pengkisahan Seberang Perai
Date: Saturday, 15 November 2014, 9.30am– 1.00pm
Venue: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP
Auditorium), Bandar Perda
Limited to 50 pax (refreshments and lunch
provided)
All proceeds to the Penang Heritage Trust, a
non-profit and tax-exempt charity.
To register tel 04-2642631 or info@pht.org.my
Members of the public are invited to attend this
colloquium. For Penang Heritage Trust members RM 10. Non-members RM 20.
"Youth" below 35 years old, half-price. Refreshments and lunch will
be served. The talks will be in English and Malay. Anda semua diundang untuk
mengikuti kolokium ini. Untuk ahli Persatuan Warisan Pulau Pinang RM 10. Bukan
ahli RM 20. "Belia" di bawah usia 35 tahun, separuh harga. Makanan
disediakan. Ceramah/kuliah dalam Bahasa Malaysia dan B Inggeris.
Abstract
“From Pinang one sees its broad stretches of bright green sugar-cane and the
chimneys of its sugar factories, and it grows rice and cocoa-nuts, and is
actually more populous than Pinang or Malacca,” wrote Isabella Bird in The
Golden Chersonese and The Way Thither (1883).
The Seberang Perai Story will be held at the MPSP auditorium on Saturday 15
November, organised by the Penang Heritage Trust and supported by MPSP and
Think City Sdn Bhd.
While previous Penang Story events held by the Penang Heritage Trust have
mainly focused on George Town or Penang Island, the Seberang Perai Story looks
at the social history of the mainland part of Penang state.
Dato' Maimunah Mohd Sharif, the Yang DiPertua of Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) will preside over the half-day colloquium, which will
feature three speakers moderated by Dato’ Dr. Goh Ban Lee.
Encik Dahalan bin Fazil will give “A brief Account of The History and
Heritage of Seberang Perai”, which is gleaned from oral history, physical
evidence and comparison of old maps. Starting from archaeological sites such as
Guar Kepah, he will talk about how Province Wellesley, which was part of Kedah,
was annexed to the British Straits Settlements, the impact of the Kedah-Siam
War (1821–1842) also called the ‘Whispering Enemy’ War, the establishment of
new agricultural settlements in Seberang Perai, early secular and Islamic
education, the growth of trades such as blacksmithing and house-building, and
prominent personalities of Seberang Perai.
Khoo Salma Nasution will give a presentation entitled “From Sugar to
Rubber: The Agricultural Development of Seberang Perai”. Seberang Perai, also
known as Province Wellesley, has been the rice bowl of Penang state, with the
local Malay population being the main padi-planters. They were joined by
Chinese cash-croppers and European managers of plantations worked by indentured
Indian labour, producing sugar-cane, coconut, tapioca and a variety of other
crops. By the turn of the twentieth century, agriculture in Seberang Perai was well
developed and thickly settled by a population of seasoned cultivators. The
conditions were therefore ripe for Seberang Perai to be transformed by the
arrival of the rubber boom.
Trevor Sibert will speak on “The Eurasians in Penang and Province
Wellesley”. Captain Francis Light gave the Catholics in George Town a piece of
land bounded today by Pitt Street, Bishop Street, China Street and Church
Street. They landed on the island the 15th of August 1786, which is known to
Catholics as the Feast of the Assumption. As the years passed, there were more
and more Eurasians moving over to the mainland, previously known as Province
Wellesley, now Seberang Perai.
SPEAKERS
at The Seberang Perai Story
Puan Maimunah Binti Mohd.
Sharif
Puan Maimunah is the Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai. She was
recently named Planner of the Year 2014 by the Malaysian Institute of Planners
for her remakable and outstanding achievements both nationally and globally.
Dato’ Dr Goh Ban Lee (Moderator)
Dr. Goh is a columnist for the Sun newspaper in Malaysia. His work focuses on
issues of urban governance, housing and urban planning. He holds Bachelor’s and
Master’s degrees from USM and PhD from the University of California Los
Angeles. Formerly a lecturer at USM, he was also a Vice Principle of Tunku
Abdul Rahman College. He served as member of the National Economic Consultative
Council (1989–1991) and councillor in Penang Island Municipal Council
(1989–1995), and was involved in projects run by the Urban Management Program
of United Nations Asian Pacific region and Asian Productivity Organisation.
Dahalan Bin Fazil
Dahalan was formerly Penang state Deputy Director of Agricultural Department
(2000–2002), as well as Landscape Architect and Assistant Director of Town
Planning of Seberang Perai Town Council (2002–2008). He is very passionate on
Seberang Perai’s history, and is carrying out historical research for the book
“Seberang Perai Pictorial History”. He has been appointed as history consultant
for “Seberang Perai’s Heritage Inventory Survey”.
Khoo Salma Nasution
Khoo Salma is an author, social historian and heritage advocate. She is
currently President of the Penang Heritage Trust. She is also a writer and
publisher with Areca Books. She has authored a number of books on Penang,
including The Streets of George Town, Penang (1993), Penang Postcard Collection
(2003) and The Chulia in Penang (2014) and she has also co-authored two books
on Perak.
Trevor Sibert
Living in historic Malacca for five years spurred Penang boy Trevor Sibert’s
interest in history, heritage and culture. He joined the Penang Heritage Trust
in his early twenties. Of Eurasian descent, Trevor is very interested in
architecture and furniture restoration and is an antique collector. He
believes, “We are only borrowing Penang from future generations.” He is also
the editor of the PHT newsletter.
About Penang Story
The Penang Story Initiative was started in 2001 by Penang Heritage Trust
and jointly organized by Star Publications with the support of various
stakeholders. With the UNESCO WHS Inscription in 2008 and the growing awareness
about cultural heritage issues, the new chapter of the Penang Story, Penang in
Global History, continues to celebrate cultural diversity and has expanded to
include a re-discovery of Penang’s place in local, regional and global history.
The public lecture will bring together various scholars from all over the world
to share their research on a particular subject of interest.
Organized by:
Penang Heritage Trust (PHT) ,Majlis Perbandaran Seberang Perai,
Think City Sdn Bhd
RINGKASAN PENGKISAHAN SEJARAH DAN WARISAN
SEBERANG PERAI
Berkongsi sedikit sejarah ...dalam
meneroka Sejarah Masyarakat Melayu Seberang Perai yang mengalami perubahan dan
perkembangannya ... dari Sejarah Awalnya di Guar Kepah 5,000 tahun
lalu hingga ke Zaman Kedah Tua di Lembah Bujang dimana Kota Aur dan
Rantau Panjang yang terletak di Seberang Perai Utara menjadi salah satu Ibu
Negara Kedah Langkasuka hingga ke Pembukaan Pulau Pinang seperti di Batu Uban
oleh Nakhoda Intan pada 1706 dan Zaman Francis Light mengambil Pulau
Pinang pada 1786,dimana bermulanya era Kerajaan British . Namun Seberang Perai
telah lama diduduki oleh Orang Melayu sejak zaman Kedah Tua itu lagi dan Orang
asal seperti di Kubang Semang . Penemuan batu bersurat di Cerok Tok Kun
juga mengesahkan hal ini. Penempatan awal ini terutamanya di Sepanjang
Sungai Muda,di Kuala-kuala Sungai Perai,Sungai Juru dan Sungai Kerian.
Kemasukan Seberang Perai menjadi wilayah Negeri Selat adalah secara
berperingkat pada 1800,1831 dan 1874 melalui beberapa siri perjanjian dengan
Sultan Kedah,Siam dan Sultan Perak. Sementara itu Kampong Kota menjadi Pusat
pemerintahan penting bagi Seberang Perai sebelum sepenuhnya di bawah kawalan
Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang pada 1831 selepas “Revision Perjanjian
Burney” 1826.
Perang Kedah-Siam 1821-1842 atau
Perang “Musuh Bisik” merupakan era penting dalam pembentukan dan pengukuhan
penempatan penduduk di Seberang Perai .Pembukaan kampong-kampong baru di
Permatang-permatang sawah di Seberang Perai Utara dan Tengah.
Penetapan Batu Sempadan di Pinang
Tunggal ,Ara Kuda dan Permatang Pasir Seberang Perai Selatan memulakan
era pembukaan Estet Bertam ,Malakoff ,Alma dan Simpang Ampat .Perang Dunia
Kedua juga telah meninggalkan warisan yang tidak kurang pentingnya
di Penaga,Permatang Kucing ,Bukit Jelutong dan Kuala Juru .Bangunan-bangunan
Pusat- pentadbiran awal Bitish di Bukit Mertajam dan Butterworth masih
terpelihara dengan baik seperti di Jalan Pantai misalnya .
Perhubungan laut ke Pulau Pinang
melalui jeti atau Bagan pesat di pantai Seberang Perai Utara misalnya Bagan
Tambang,Bagan Lebai Tahir,Bagan Ajam,Bagan Luar,Bagan Dalam dan Pengkalan
Sultan Abdul Halim yang terawal sekali.Penduduk Telok Air Tawar misalnya yang
berasal dari Aceh dan Batu Bara selain dari Kedah,Setol dan Patani menjadikan
komuniti baru Seberang Perai yang berbeza dari tempat asal mereka.Begitu juga
Jalan Sungai dari sempadan Kedah Kota Kuala Muda ke Pengkalan Permatang
Bendahari dan jalan darat “jalan kereta kuda “ bermula dari sini melalui
Pasir Gebu, Penaga ,Kuala Bekah, Padang Benggali hingga ke Bagan Tambang sangat
penting menghubungkan penduduk tanah besar ke Pulau Pinang.Begitu juga dari
Tasik Gelugor,Pokok Sena ,Simpang Empat,Pekan Darat juga akan ke Bagan
Tambang,Telok Air Tawar melalui alur sungai dan Batas Tok Akil misalnya.Pekan
Darat menjadi tempat bermalam terakhir sebelum bertolak ke bagan untuk ke
pulau.
Dulunya Pertukangan besi sangat
aktif di Pekan Darat ,Permatang Benuan hingga ke Permatang Tok
Jaya.Keris,Pedang,parang, alatan petani mengerjakan sawah seperti
tajak,sisir,cangkul juga dibuat disini.Ketika zaman Perang Kedah Siam
senjata dihasilkan sebahagiannya disini juga termasuk peluru meriam.Hatta ,Cop
Mohor Kedah juga ada ketikanya ditempah disini juga . Demikian kepakaran pandai
besi yang masyhur disini sekarang ini masih diusahakan di Pekan Darat sahaja
.Begitu juga Sungai Puyu,Sungai Lokan terkenal dengan pembuatan
periok,belanga,guri dan alatan dari tembikar dan tanah liat.Manakala di
Permatang Pak Maras pula perusahaan menenun kain dikatakan berjalan dan
berakhir ketika zaman hampir Perang Dunia Kedua 1941.
Rumah-rumah Melayu yang indah
berukir dengan senibinanya yang unik dapat dilihat di Permatang Sungai Dua,
Kampong Kota, Pengkalan Tambang , Permatang Pasir, hingga ke Penanti dan Bukit
Mertajam.Kemuncak kepakaran senibina ini adalah apabila pada 1924 Tuan Haji
Sophian dari Penanti telah diminta membina Istana Kenangan dan Istana Tepas di
Kuala Kangsar oleh Tuanku Sultan Perak pada masa itu.
Sekolah Melayu terawal dikesan
bermula di kampong sekolah Juru pada 1840 dan bangunan semasa kolonial masih
digunakan sehingga sekarang begitu juga sekolah sekolah melayu lainnya pesat
dibina pada 1870an di Telok Air Tawar,Penaga,Paya Keladi dan sebagainya.
Perkembangan Pendidikan Islam Tradisional atau Sistem Pondok .... bermula dari
1870an ... Tuan Minal dan Tuan Samad di Ptg Sg Dua,Tuan Hj Mad Taha di Bagan
Belat Syeikh Othman Penanti, Syeikh Salleh dengan Al Masriyahnya di Tanah
Liat dgn hingga ke Tuan Hj Ahmad Tuan Hussain Pondok Pokok Sena dan Tuan Syeikh
Abdullah Fahim di Kepala Batas.Perjuangan awal kemerdekaan dan Penubuhan Parti
Politik Melayu PAS dan UMNO banyak bermula sejarahnya di Butterworth,Bukit
Mertajam dan Kepala Batas hingga era hampir Merdeka bila Tunku Abdul Rahman
meminta pandangan Syeikh Abdullah Fahim yang mencadangkan tarikh kemerdekaan
adalah 31 Ogos 1957.
Seberang Perai juga melahirkan
banyak Tokoh-tokoh besar yang baru selepas merdeka dalam pelbagai bidang
bermula dari Tun Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia,Dato’Seri
Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang di
Parlimen kini, Professor Dr Muhammad Haji Salleh Saterawan Negara ,Tokoh Maal
Hijrah Kebangsaan Prof Dr Mohd Yusof Hj Othman ,Tan Sri Murad Mohd Noor
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia zaman 1970an ,Tan Sri Abd Aziz Zain Ketua Hakim Mahkamah
Tinggi Malaya,Yang Arif Tun Hamid Muhammad dan Tan Sri Ani Arope. Tokoh
korporat di Malaysia juga mengenali Dato Munir Majid Bekas Pengerusi MAS ,Tan
Sri Jamil Jan ,Dato’Rashid Din CEO Modenas adalah diantara Jurutera Melayu
terawal di Malaysia. Kehebatan pemikiran strategik di Malaysia dan Pengerusi
ISIS tidak dapat melupakan jasa Allahyarham Tan Sri Nordin Sophiee.Begitu juga
dunia seni melahirkan Nordin Ahmad Seniman lagenda filem melayu 1960an.
Sebenarnya banyak lagi perlu dimasukkan dalam senarai detail kertas kerja
nanti.
Oleh
Dahalan b. Fazil
PERWARISAN
0
Add a comment
Sejarah Seberang
Perai sebenarnya agak kurang di ketahui berbanding dengan sejarah Pulau Pinang
meski pun umum mengetahui bahawa Seberang Perai adalah sebahagian dari Negeri
Pulau Pinang yang terletak di sebelah tanah besar Semenanjung Tanah Melayu atau
Semenanjung Malaysia itu sendiri.Namun sejak akhir- akhir ini timbul
semacam kesedaran baru dikalangan pengkaji sejarah dan warisan juga jabatan
,universiti dan agensi kerajaan bahawa banyak sekali sejarah ,warisan dan
cerita-cerita dari Seberang Perai yang menarik yang perlu diketengahkan kepada
umum sebagai satu lagi aset negeri dan negara ini untuk dikongsikan kita
bersama. Oleh itu suatu penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak-pihak
yang berkenaan yang telah mengambil inisiatif kearah usaha-usaha tersebut
khususnya Universiti Sains Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang Perai,George
Town World Heritage Incorporated, Persatuan Sejarah dan Warisan Pulau Pinang
dan Seberang Perai atau Perwarisan, Penang Heritage Trust ,Think City Sdn Bhd
dan seterusnya Pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Alhamdulillah lebih
memberansangkan kesedaran juga meningkat dikalangan para pentadbir dan
pegawai-pegawai agensi pelaksana yang berkaitan serta para aktivis ,orang
perseorangan dan pihak swasta yang mencintai sejarah dan warisan Seberang Perai
ini.Oleh itu blog ini ingin berkongsi kesedaran dan usaha-usaha terkini yang
telah dilaksanakan oleh berbagai pihak seperti yang disebutkan itu.
0
Add a comment
8.00pagi
Bertolak dari Hotel Penang ke Seberang Perai melalui Feri
9.15
Melihat aktibiti pasar bisik dan kampong nelayan Kuala
Muda,melihat keindahan pantainya dan
pemandangan Pulau Pinang dan Pulau-pulau di perairan Kedah.
Aktibiti mencari kepah
10.00 Bertolak
ke Kepala Batas-Melalui ,Permatang Bendahari ,Kota Kuala Muda,Kota Aur /Rantau
Panjang , Arkeologi Guar Kepah, Kubu British dan Jambatan Merdeka .Kesan Sejarah Peninggalan
Penempatan Awal manusia5,000 tahun lalu,Ibu Kota Langkasuka 1000 tahun lalu,
Pembukaan sawah dan pelarian perang di Zaman Perang Kedah -Siam 1821-1842,
Penempatan awal dari Aceh dan Sumatera dan Pengkalan tambang ke Pulau Pinang
,Penghijrahan orang Aceh ke Pasir Gebu/Bakau Tua Zaman Perang Aceh–Belanda
1870an dan Pusat Pentadbiran Inggeris di Penaga dan Perang Dunia II,
Inggeris–Jepun 1941-1945
10.30
Minum Pagi Sandwich,Juice,Coffe dan'Dadih susu lembu’or “Local Malay
Yoghurt”di K.Batas
10.45
Sampai di Kepala Batas di Pekan Rabu Melihat Produk Kasut Jago,Acuan
Kueh,Barangan Besi Pekan Darat,Kueh Tradisional,Pakaian
Tradisional Melayu
11.00 Melawat Bengkel/Kedai Malata pembuat acuan kueh dan
Kedai Kasut Capal Jago“Handmade Sandals”
12.00 Bertolak
melawat Rumah Perdana Menteri Malaysia ke 5,Kompleks Pengajian Islam Darul
Maarif Al
Wataniah,Rumah
Sejarah,Rumah Merdeka dan Sejarah Ketokohan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim,
Tn.Hj Ahmad Badawi dan YAB
Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.
12.45 Makan
Tengahari Kompleks Dato’Kailan - Nasi ,Sweetsour fish,ikan goreng,ayam goreng,
sayur salad fresh,coleslo,ulam dan ikan baker @ western food
2.00pm Bertolak ke Pekan
Darat untuk melihat kerja-kerja pertukangan besi Sejarah Kedatangan Tukang
tukang besi dari Patani dan peranan mereka. Demonstrasi Kepandaian membuat
keris,pedang,pisau ,kacip dan parang .
3.15 Bertolak
ke Permatang Sungai Dua ke Rumah Tok Ayah
Melihat
keindahan Senibina Rumah Melayu Seberang Perai dan Masjid Ptg Tuan Samad,Kg
Banggol,Pusat Pendidikan Islam Pondok Pokok Sena dan Masyarakat Melayu
/Islam.Sejarah Ulama Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussain Kedah,Tuan Minal dan Tuan
Samad dari Patani.
4.00 Minum
Petang- Coconut drinks @cendol ,Baulu,karas,maruku.
Pertunjukan Silat, Permainan
sepakraga bulat berpakaian Melayu Tradisional
4.30
Melalui Pantai Road ke Kawasan Pentadbiran Zaman British 1950an
Bangunan Hospital,Pejabat
Pos,Kuartes,Bangunan Kelab ,Singgah di Taman Selat.
4.45
Singgah di Stesyen Keretapi ButterworthBriefing - Pengkalan Sultan Abdul Halim
sejarah Meriam Timbul dan Muzium keretapi,Stesyen Bas ke KL,Pantai Timur
dan Haadyai.
5.00
Bertolak Balik ke Penang Island melalui Jambatan Penang’s Bridge
6.00ptg Sampai balik di Hotel Penang Island
PAKEJ LAWATAN MENGHAYATI WARISAN BUDAYA DAN SEJARAH SEPERTI
DIATAS ADALAH SUATU USAHA MEMPROMOSIKAN PELANCONGAN WARISAN
SEBERANG PERAI KHUSUSNYA DAN PULAU PINANG AMNYA
JIKA ANDA BERMINAT BOLEH HUBUNGI
JOM PI SEBERANG PERAI
0
Add a comment
Kedudukan Pulau Pinang sebagai Pelabuhan penting di Utara Semenanjung
Utara Indonesia , Selatan Thailand dan Myanmar serta menjadi laluan utama ke
Timur Tengah,India dan Eropah menjadikannya sangat strategik dan penting
terutamanya di zaman awal 1900.Lalu Pelabuhan Pulau Pinang dan Bandar Tanjong
atau George Town juga menjadi pusat tumpuan untuk Jamaah Haji dari Asia
Tenggara yang akan berangkat ke Mekah melalui Pelabuhan Pulau Pinang
.
Gambar atas 1(Di
awal 1960an): Jemaah haji dari kampong yang akan bertolak ke Mekah
melalui Pulau Pinang"Jeddah Kedua"dihantar
oleh sanak saudara dan penduduk kampong
(Gambar dengan
ehsan Pak Da Jit)
Pada masa lalu,para jamaah haji samada yang telah berada di
Pondok-pondok pengajian di Seberang Perai atau yang datang terus dari kampong
halaman mereka ,biasanya akan berkumpul untuk tinggal di "Tanjong"
atau George Town dulu untuk beberapa hari atau minggu.Mereka membeli barang
keperluan sementera bersiap menunggu kapal haji.Lalu Tanjong menjadi meriah
dengan para ahli keluarga jamaah haji yang menghantar ayah bonda atau sanak
saudara mereka.Saya masih ingat pada tahun 1960an lebih kuran pada 1966 selalu
dibawa oleh Abah saya untuk melihat kapal haji bertolak dari Pelabuhan Port
Swentenham Penang itu.Sebelum itu Tanjong khususnya sekitar Padang Kota telah
penuh sesak dengan manusia dari pelbagai cerok rantau datang berkampong
disini.Semacam satu "Pesta "pula.Anak-anak muda dari kampong kampong
saya misalnya,disekitar Penaga datang beramai-ramai kesini,setengah tu bukan
ada saudara mara pun yang nak ke Mekah tapi sudah jadi semacam acara tahunan
begitu melihat kemeriahan Tanjong di musim haji terutamanya pada
1960an. Diantara pusat tumpuan jamaah haji adalah sekitar Lebuh Aceh di
Masjid Melayu Lebuh Aceh dan sekitar Masjid Kapitan Keling.Disini para jamaah
tinggal di rumah-rumah persinggahan yang menjadi "hotel: ketika itu.
Gambar
atas 2 : Suasana sedih bercampur gembira menghantar sanak saudara ke
Mekah di Pelabuhan Pulau Pinang 1960an .Azan di kumandangkan kapal pun
akan berlepas perlahan-lahan dari dermaga.Terdengar tangisan dan jeritan
selamat bertolak dari sanak saudara danselamat tinggal dari ayahanda,bonda
dan nenda yang sedang berangkat.Semakin jauh kapal berlalu menuju ke Tanah Suci
semakin sayu, namun pemergian menunaikan ibadah haji yang mulia itu di redhai
pergi jua dan bertawakal kepada Allah SWT jua agar mendapat keredhaanNya
didunia dan akhirat.(Gambar dengan ehsan Pak Da Jit)
Masjid Melayu Lebuh Aceh dan Tanjong
ketika itu mendapat jolokan nama "Second Jeddah" atau Jedah
Kedua.Sedikit berkaitan Sejarah bahawa Masjid ini telah didirikan pada 1792
oleh seoarang hartawan dan dermawan ketika itu ia -itu Tengku Syed Hussain Idid
yang juga adalah kerabat di Raja Aceh keturunan Arab.Beliau merupakan seorang
pemimpin masyarakat Islam di Pulau Pinang ketika itu yang juga seorang
muslim yang sangat berjaya dalam perniagaan hingga mempunyai beberapa buah
rumah di Bandaraya George Town ketika itu. Di antaranya dikenali sebagai
"Rumah Tinggi" dan sebuah banglo kediaman di Armenian
Street yang dijadikan Muzium Islam ketika ini.
Sejarah Masjid Melayu Lebuh Acheh bermula pada 1792
apabila Tengku Syed Hussain Al-Aidid iaitu seorang kerabat diraja Acheh,
Sumatera, Indonesia telah membuka sebuah kawasan perkampungan masyarakat Islam
seluas 66,000 kaki persegi di Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang. Tengku
Syed Hussain Al-Aidid adalah seorang pedagang Acheh yang kaya dan berjaya
ketika Pulau Pinang baru dibuka oleh Kapten Sir Francis Light pada akhir abad
ke 18. Dengan kekayaan yang dimilikinya, Tengku Syed Hussain Al-Aidid dengan
kerjasama kaum keluarga dan pengikutnya telah membuka dan memajukan sebuah
penempatan di Lebuh Acheh dengan mendirikan sebuah masjid, menara, rumah
kediaman, deretan rumah kedai, Madrasah Al-Quran dan pejabat perdagangan. Hasil
usahanya ini secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah pusat pengajian
agama Islam dan pusat perdagangan antarabangsa yang bukan sahaja terkenal pada
ketika itu tetapi yang terulung dan terawal di Pulau Pinang. Bilangan penduduk
dan masyarakat di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah berkembang pesat
dengan kedatangannya ramai pedagang-pedagang baru dari negeri-negeri di Tanah
Melayu, Tanah Arab dan India. Selepas kematian Tengku Syed Hussain Al-Aidid
pada pertengahan abad ke 19, perkampungan ini terus berkembang maju dan telah
mencapai tahap kegemilangannya sehingga akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20.
Beliau telah disemadikan di sebuah makam yang terletak di bersebelahan Masjid
Melayu Lebuh Acheh. Di kawasan makam ini juga terdapatnya beberapa kubur ahli
keluarga Tengku Syed Hussain Al-Aidid.
Perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh
telah menyaksikan pelbagai jenis perdagangan termasuk perniagaan rempah ratus,
bazar pakaian dan barangan kemas, percetakan kitab agama Islam, pengurusan haji
dan kedai-kedai makanan. Suatu ketika dahulu, perkampungan ini telah dikenali
sebagai "Jeddah Kedua" di rantau ini. Ini adalah kerana di kawasan
inilah ratusan bakal-bakal haji dari Malaysia, Indonesia dan Thailand berkumpul
sebelum berlepas ke tanah suci Mekah. Bakal-bakal haji ini akan menaiki kapal
laut yang telah disewa dari syarikat swasta Inggeris, Mansfield & Co. di
bawah jaminan Sheikh Zakaria Basheer. Tidak hairanlah sekiranya terdapat banyak
syarikat pengurusan bakal-bakal haji dan wakil-wakil penjualan tiket penumpang
kapal laut termasuk syarikat Jeddah Pilgrims Tiketing Agency yang beralamat di
No. 87, Lebuh Acheh. Setiap kali musim haji tiba, perkarangan dan persekitaran
Masjid Melayu Lebuh Acheh menjadi sibuk bukan sahaja dipenuhi oleh bakal-bakal
haji yang menunggu dokumen-dokumen haji mereka diproses tetapi juga dibanjiri
oleh saudara-mara dan sahabat-handai. Ini telah menyebabkan hampir kesemua
rumah-rumah di kawasan masjid ini telah disewakan kepada orang ramai. Walau bagaimanapun,
segala urusan haji telah terhenti semasa Perang Dunia Kedua dan disambung
semula pada 1949. Dengan tertubuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji Malaysia
pada awal 1970’an, perkhidmatan pengurusan haji di perkampungan Masjid Melayu
Lebuh Acheh telah dihentikan.
Selain daripada menjadi pusat perniagaan Melayu dan pusat haji, kawasan
perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah menjadi pusat pengajian agama
Islam yang terulung di Pulau Pinang. Sheikh Omar Basheer Al-Khalilee yang
pernah tinggal di rumah beralamat No. 69, Lebuh Acheh telah menjadi imam di
Masjid Melayu Lebuh Acheh sebelum pertengahan abad ke 19 dan juga pernah
mengajar agama Islam kepada masyarakat tempatan. Selepas kematian Sheikh Omar
Basheer, anaknya Sheikh Zakaria telah mengambil-alih tugasnya sebagai pemimpin
agama di kawasan tersebut. Sheikh Zakaria kemudiannya telah dilantik sebagai
Mufti Pulau Pinang yang pertama. Pada 1888, abangnya Sheikh Yahya telah
dilantik sebagai Kadi Pulau Pinang yang pertama yang mana beliau telah menjadikan
rumah beralamat No. 69, Lebuh Acheh sebagai pejabat kadinya. Kemudian pada
1917, Sheikh Zakaria telah menjadikan rumah kediamannya sebagai Madrasah
Al-Quran.
Selain daripada aspek sejarah dan latar
belakangnya yang menarik, perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh mempunyai
warisan seni bina yang unik. Masjid Melayu Lebuh Acheh yang dilengkapi dengan
menara bersegi lapan, kolah wudhuk, tandas, perigi, anjung (verandah) dan
kawasan makam yang mencerminkan gabungan pengaruh seni bina Moorish (seni bina yang
berasal dari utara India), Cina dan Klasikal. Gaya dan rekabentuk seni bina ini
boleh dilihat pada archa atau gerbang di pintu masuk, kubah kecil di atas
tembok bumbung (parapet), ukiran bertanduk di tetulang (roof ridges) bumbung
utama yang berbentuk Bumbung Lima, tingkap dan pintu kayu yang dilengkapi
dengan ukiran tembus kerawang di bahagian atas (fanlights), tiang klasikal,
ukiran lepa (plaster rendering) yang menarik di bahagian mehrab dan atas
dinding; serta menara yang berbentuk seakan pagoda Cina.
Manakala seni
bina kebanyakan rumah kediaman di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh
mencerminkan rumah kayu tradisional Melayu yang berelemenkan tingkap ram,
tangga di pintu masuk utama, pintu berdaun dan ukiran tembus kerawang. Terdapat
juga beberapa buah rumah yang bercirikan rumah tradisional bandar yang
menggunakan bahan batu-bata di tingkat bawah dan kayu di tingkat atas.
Selain daripada masjid dan rumah kediaman tradisional, deretan rumah kedai di
Lebuh Acheh juga mempunyai rekabentuk seni bina yang menarik. Terdapat 3 jenis
rekabentuk rumah kedai di sini iaitu rekabentuk tradisional, klasikal dan
Straits Eclectic. Rumah kedai yang mempunyai rekabentuk tradisional atau early
permanent boleh dilihat di rumah kedai beralamat No. 77, 79 dan 81, Lebuh
Acheh. Rumah kedai ini tidak mempunyai lorong kaki lima di tingkat bawah
manakala di tingkat atasnya terdapat tingkap kayu berdaun. Jenis rumah kedai
klasikal pula boleh dilihat di alamat No. 83, 85 dan 87, Lebuh Acheh. Terdapat
pengaruh rekabentuk klasikal di fasad hadapan rumah kedai ini seperti tiang
Corinthian di tingkat bawah, pilaster, archa dan ukiran lepa di tingkat atas
disamping tingkap kayu dan kaca. Lorong kaki lima pula ada terdapat di rumah
kedai jenis ini. Manakala rumah kedai dengan rekabentuk Straits Eclectic, yang
beralamat di No. 47, 49, 51, 53, 53a dan 55, Lebuh Acheh mempunyai ciri-ciri
seni bina seperti lorong kaki lima, tiang penyokong, dinding penghalang (party
walls), tingkap kayu dan pengalir udara (air wells).
Perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh
yang suatu ketika dahulu begitu terkenal dengan aktiviti-aktiviti agama,
perdagangan dan urusan hajinya kini hanya mengekalkan aktiviti perniagaan dan
percetakan buku-buku agama Islam termasuk Al-Quran dan muqaddam. Begitu juga
dengan fungsi masjid yang masih kekal sehingga kini. Keadaan masjid yang sering
dibocori hujan dan kawasan persekitarannya yang tidak terurus sebelum ini telah
menjadikan perkampungan ini sebagai tumpuan pelbagai pihak untuk menjaga dan
memulihara keadaan bangunan dan persekitarannya demi kepentingan masyarakat
setempat dan warisan Pulau Pinang amnya.
Tuan Yang
Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’Seri Utama (Dr) Haji Abdul
Rahman bin Haji Abbas , (Duduk di Tengah ) bersama YB Timbalan Ketua Menteri I
Dato’ Abdul Rashid Hasnon (Duduk dikiri gambar)
.
|
Pelancong
asing yang datang secara “walk’s in” turut dijemput
bersama
berbuka puasa,tidak kurang dari 10 orang mereka
dapat
merasai breakfasting dan ada seorang turut mencuba
solat
mahgrib bersama
|
Gambar kiri -Majlis Berbuka Puasa
bersama ahli jamaah dan Pengerusi Qaryah Tuan Haji Ahmad “Martapura”juga Seia
Usaha Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Aceh
Rujukan
1.Ucapan Timbalan Ketua Menteri
Pulau Pinang I ,YB Dato' Abdul Rashid b.Hasnon dalam Persamian Majlis Iftar
bersama TYT Tun Dato’seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas ,Yang Di
Pertua Negeri Pulau Pinang di Masjid Melayu Lebuh Aceh pada 6/7/2014 juga
semperna Sambutan Tahunan Hari Warisan George Town pada 7/72014
3.
Sejarah Ringkas Perkembangan Islam dan Sistem Pengajian Pondok di
seberang Perai http://dlan6658.blogspot.com/
-------------
ARTIKEL BERKAITAN MAKLUMAT TAMBAHAN DARI BLOG LAIN
---------
Warisan
: Masjid Melayu Lebuh Acheh
PEMULIHARAAN MASJID MELAYU LEBUH ACHEH,
GEORGETOWN,
PULAU PINANG
(Conservation of the
Acheen Street Mosque, Georgetown, Penang)
Oleh Dr. A. Ghafar
Ahmad
Artikel diterbitkan dalam majalah "Penang Past & Present"
Disember 1998 ms. 27-29
Kerja-kerja
pemuliharaan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah dijalankan dalam 2
fasa. Fasa I melibatkan kerja-kerja penggantian bumbung masjid dan makam
manakala Fasa II meliputi kerja-kerja pemuliharaan bangunan masjid termasuk
siling, dinding, tiang, pintu, tingkap, bilik air, kolam wudhuk, menara dan
mimbar. Tujuan utama kerja-kerja pemuliharaan ini ialah untuk memelihara dan
membaiki warisan seni bina masjid tanpa menjejaskan bentuk mahupun keadaan
asalnya. Sebelum kerja-kerja pemuliharaan dijalankan, keadaan masjid dan
persekitarannya telah direkodkan bagi tujuan dokumentasi. Struktur bangunan,
bumbung, siling dan sistem saliran air hujan telah dikaji dan dianalisis bagi mengenalpasti
punca masalah dan anggaran kos keseluruhan projek. Kerja-kerja pemuliharaan
yang dijalankan di Fasa I adalah seperti berikut:
Membuka dan memindah bumbung sediada termasuk kepingan asbestos dan bumbung
logam. Kain kanvas telah disediakan untuk menutupi keseluruhan bumbung yang
telah dibuka agar tidak dimasuki air hujan.
Mengenalpasti dan menggantikan sebarang struktur bumbung yang rosak seperti
keadaan rapuh atau dimakan anai-anai.
Memasang bumbung genting tanah liat (roof clay tiles) dan sistem saliran air
hujan.
Membaiki dan mengecat siling.
Antara kerja-kerja pemuliharaan di Fasa II adalah seperti berikut:
Mencuci sebarang kotoran dan lumut di permukaan dinding masjid dan menara.
Membaiki dan mengganti mana-mana bahagian tingkap dan pintu yang rosak.
Membaiki tempat wudhuk, anjung, perigi dan membina tandas baru.
Mengikis cat lama di permukaan dinding dan tiang masjid, menara dan mimbar.
Melepa semula bahagian dinding dan tiang yang rosak.
Mengecat masjid dan menara berdasarkan warna-warna asal iaitu kuning langsat,
biru muda, hijau dan putih.
Seramai 86 orang
pekerja tempatan dan asing telah terlibat secara berperingkat dalam kerja-kerja
pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh termasuk 11 orang bagi membaiki bumbung,
2 orang memasang siling, 11 orang mengecat, 22 orang memecah dan melepa
dinding, 8 orang mengukir lepaan bunga dan kepala tiang, 9 orang membina tandas
baru, 6 orang memasang jubin lantai, 8 orang membaikpulih menara dan 9 orang
kontraktor binaan. Projek ini juga melibatkan 2 orang pakar pemuliharaan dari
Perancis yang telah membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai kaedah
dan teknik menjalankan kerja-kerja pemuliharaan. Ini adalah penting kerana
pendekatan bagi menjalankan kerja-kerja pemuliharaan amat berbeza jika
dibandingkan dengan kerja-kerja membina bangunan moden. Kerja-kerja
pemuliharaan melibatkan kaedah dan teknik tertentu yang memerlukan tahap
kepakaran, pengalaman dan ketekunan yang tinggi. Oleh yang demikian, beberapa
siri perbincangan teknikal dan latihan kemahiran sering diadakan di kawasan
tapak di antara pakar pemuliharaan Perancis dengan pasukan kerja projek
termasuk pengurus projek, arkitek, jurutera dan pihak kontraktor. Selain
daripada itu, beberapa perjumpaan di antara pasukan kerja projek dengan
penduduk tempatan, pihak Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Acheh dan Majlis
Agama Islam Pulau Pinang kerap diadakan bagi membincangkan perkembangan dan
isu-isu yang melibatkan kepentingan masyarakat setempat seperti pengurusan
masjid, impak sosial dan ekonomi.
Projek pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh merupakan suatu projek perintis
baikpulih kawasan sejarah di Georgetown, Pulau Pinang. Semasa kerja-kerja
pemuliharaan dilaksanakan, Masjid Melayu Lebuh Acheh telah menjadi tumpuan
ramai pelawat dari dalam dan luar negera. Antara pelawat yang berkunjung ke
Masjid Melayu Lebuh Acheh semasa kerja-kerja pemuliharaan dijalankan termasuk:
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang
Tan Sri Dato’ Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara
Dato’ Tengku Alaudin Tengku Abd. Majid, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden Badan Warisan Malaysia
Dato’ Kee Phaik Cheen, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian
dan Hal Ehwal Wanita Pulau Pinang
Haerve De Charatte, Menteri Luar Perancis
Edouard Braine, Duta Perancis ke Malaysia
Profesor Dr. Syamsuddin Mahmud, Gabenor Acheh, Sumatera, Indonesia
Wayne Mathews, Menteri Kerja Raya Australia Selatan.
Projek pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah mendapat liputan yang agak
meluas di dalam media masa tempatan kerana ia merupakan satu projek rujukan
kepada banyak pihak khususnya di Pulau Pinang. Walaupun projek ini telah
mengharungi pelbagai masalah termasuk masalah teknikal dan sosial, pihak pasukan
kerja projek termasuk kontraktor, pengurus projek, arkitek, jurutera dan pakar
pemuliharaan Perancis telah berjaya mengatasinya dengan semangat persefahaman
dan bekerjasama yang tinggi. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru telah
ditimba oleh mereka. Dengan terlaksananya projek pemuliharaan masjid ini, maka
adalah diharapkan agar kesemua bangunan yang terdapat di perkampung Masjid
Melayu Lebuh Acheh ini dapat dipulihara dengan baik sekaligus mengembalikan
imej dan suasana kegemilangannya suatu ketika dahulu. Projek ini
sekurang-kurang telah dapat mencetuskan sikap keprihatinan pihak awam amnya dan
masyarakat tempatan di Pulau Pinang khasnya terhadap penjagaan dan pemuliharaan
bangunan dan kelangsungan khazanah warisan negara.
Dr. A. Ghafar Ahmad ialah Pengurus Projek Pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh
Acheh dan juga seorang Pensyarah di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan
Perancangan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Sumber : hbp usm
Acheen Street Mosque (Masjid Lebuh Aceh)
The Acheen Street Mosque or Masjid Lebuh Acheh is an old mosque located at the
heritage enclave of George Town. It was also called the Mesjid Jamek as well as
Masjid Melayu Lebuh Acheh. The mosque was founded in 1801, making it one of the
oldest mosques in Penang. The founder was Tengku Sheriff Syed Hussain Al-Aidid,
an Acehnese clan leader who moved to Penang at the invitation of Captain
Francis Light, and settled at what became Acheen Street.
In the 18th century, with Malacca in decline, trades along the Straits of
Malacca moved northwards to Acheh. When Francis Light established the trading
post in Penang, he wanted to create a Britsh trading post that rivals Acheh. To
do this, he attracted merchants and traders from all over to settle in George
Town. As a result, Penang had substantial communities of immigrants from
Phuket, China, South India, Acheh, Arabia, and Jews from as far away as
Armenia. One of these who settled here was Tengku Syed, a wealthy Achehnese
merchant of Arab descent.
The Acheen Street Mosque has a Arab-style minaret with a Achehnese roof. The
difference between this mosque and the other one, the Kapitan Kling nearby, is
that the Acheen Street Mosque was built by a Achehnese, hence a Malay, whereas
the Kapitan Kling Mosque was built by the Indian Muslims.
Mausoleum of Tengku Syed Hussain Idid
The mausoleum of the
mosque founder Tengku Syed Hussain Idid is located within the compound of the
Acheen Street Mosque. As in Islamic tradition, it has simple unadorned
tombstones. A shelter is built to shield the grave against the elements.
Source : penang traveltips.com
Masjid Melayu Lebuh Aceh
Oleh Adli Shahar
SEBAGAI
salah satu struktur bangunan paling lama yang pernah dibina di Pulau Pinang,
warisan sejarah dan nilai seni bina unggul Masjid Melayu Lebuh Aceh, Lebuh
Aceh, Georgetown, kini semakin diancam arus pembangunan yang terlalu pesat di
sekitarnya.
Walaupun
kerja pemuliharaan pernah dilakukan pada 1995 dan Georgetown kini diiktiraf
sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), namun sejarah panjang masjid berkenaan
serta kawasan sekitarnya kurang diketahui.
Kebimbangan
mengenai kurangnya maklumat di kalangan orang ramai mengenai sejarah masjid
berkenaan turut disuarakan Yang Dipertua Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Aceh
(Badan Warisan), Syed Omar Idid Syed Abdullah Idid yang menganggap ia akan
dilupakan suatu hari nanti jika tiada usaha pemuliharaan dilakukan.
Masjid
Melayu Lebuh Aceh dibuka pada 1786 oleh seorang kerabat diraja dari Aceh,
Tengku Syed Hussain Al-Aidid di atas kawasan seluas 66,000 kaki persegi, turut
menempatkan perkampungan, deretan rumah kedai, Madrasah al-Quran dan pejabat
perdagangan.
Pembukaan
kawasan itu secara tidak langsung mewujudkan sebuah pusat pengajian agama Islam
dan perdagangan antarabangsa terawal di Pulau Pinang, dengan penduduk serta
masyarakat yang tinggal di sekitarnya berkembang pesat kerana kedatangannya
ramai pedagang dari negeri di Tanah Melayu, Arab dan India.
Selepas
kematian Tengku Syed Hussain pada pertengahan abad ke-19, perkampungan di
sekitar masjid berkenaan terus berkembang dan mencapai kegemilangannya pada
akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Syed
Omar berkata, bagaimanapun kini sudah tidak ramai masyarakat Aceh yang tinggal
di kawasan terbabit kerana sudah berasimilasi dengan masyarakat Melayu kebanyakan
dan berhijrah keluar dari kawasan ini.
“Walaupun
begitu, masih ramai masyarakat Aceh warga Indonesia yang datang melawat masjid
ini kerana berasa terikat daripada segi emosi dengan masjid yang dibuka oleh
keturunan mereka,” katanya.
Sastera
diberitahu, antara langkah yang pernah dicadangkan badan bagi menyampaikan
bahan sejarah seperti dokumen dan gambar berkaitan masjid kepada generasi muda
dengan mewujudkan sebuah pusat maklumat seperti diamalkan struktur bangunan
bersejarah lain di Pulau Pinang.
“Penduduk
kampung ini yang kebanyakannya pewaris dan anak cucu mereka yang membuka
penempatan ini memang ada menyimpan dokumen dan gambar berkaitan masjid ini.
Semua bahan ini boleh dimanfaatkan bagi tujuan mewujudkan pusat maklumat.
“Memang
ada pengkaji terutama dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang sebelum ini
datang dan mengambil maklumat daripada penduduk di kawasan ini.
Bagaimanapun
Badan Warisan berpendapat dengan mewujudkan pusat maklumat, lebih ramai yang
akan mendapat manfaatnya,” katanya pada pertemuan dengan Sastera, baru-baru
ini.
Syed
Omar juga berkata, Badan Warisan berharap beberapa unit rumah asal yang
didirikan di sekeliling masjid berkenaan dapat dibaik pulih bagi dijadikan
warisan sejarah kerana ia memiliki usia lebih kurang sama dengan Lebuh Aceh,
antara pembangunan paling awal di Pulau Mutiara.
Badan
Warisan turut mencadangkan unit rumah yang sudah dibaik pulih itu digunakan
sebagai pusat maklumat bagi memudahkan orang ramai seperti pelancong, pengkaji,
pelajar, malahan anak tempatan sendiri untuk mengetahui latar belakang masjid
berkenaan.
Tidak
ketinggalan, beliau turut menyuarakan kebimbangan Badan Warisan mengenai kerja
penyelenggaraan struktur bangunan masjid dan berharap perkara terbabit mendapat
perhatian pihak yang mempunyai kepakaran untuk menyelenggara bangunan lama.
“Kami
berharap cadangan Badan Warisan mendapat persetujuan pihak berkenaan kerana
bangunan masjid ini tidak boleh diselenggara sesuka hati bagi mengelakkan
keaslian seni binanya tidak terjejas,” katanya.
Masjid
Melayu Lebuh Aceh memiliki seni bina yang unik kerana ia dilengkapi menara
bersegi lapan, kolah wuduk, perigi, anjung dan kawasan makam yang kesemuanya
memiliki pengaruh seni bina Moorish yang berasal dari utara India, Cina dan
klasik.
Keanekaragaman
masjid terbabit juga dapat dilihat pada reka bentuk gerbang di pintu masuk,
kubah kecil di atas tembok bumbung, ukiran bertanduk di tetulang bumbung utama,
tingkap, pintu kayu, tiang dan ukiran di bahagian mihrab dan atas dinding.
Syed
Omar berkata, bersempena sambutan tahunan pengiktirafan tapak warisan dunia
UNESCO ke-3 Julai ini, Badan Warisan akan menganjurkan program bagi
menyampaikan maklumat mengenai masjid terbabit kepada orang ramai.
“Badan
Warisan bercadang untuk mengadakan program dengan cara membuka gerai
penyampaian maklumat dan perniagaan di sekitar kawasan ini bersempena sambutan
itu. Kami juga mempertimbangkan untuk menjemput wakil masyarakat Aceh dari
Indonesia bagi sambutan itu,” katanya.
0
Add a comment
Kedududkan yang strategik
Kampong Kota merupakan satu satunya kampong terawal penempatan di Daerah
Seberang Perai Tengah. Dipercayai dibuka pada awal 1800 atau lebih awal sedikit
dari itu.Pada zaman dahulu ketika perhubungan melalui jalan sungai kampong ini
boleh di mudiki dari Kuala Sungai Perai kesini melalui Kampong Titi
Timbul,Bagan Serai,Sama Gagah, Tanjong Putus,Pengkalan Machang ,Sungai Dua
,Kampong Raja dan akhirnya Kampong Kota.Kemudian melalui Sungai Perai ini boleh
terus ke Air Hitam Dalam ,Labuh Banting ,Lahar Yooi ,Lubuk Meriam mengikut
cabang Sungai Kereh yang berakhir dekat Pinang Tunggal dan ke Kampong Terus
,Kampong Kubu ,Guar Perahu,Mengkuang Titi dan terus ke Lunas dan Kulim mengikut
sungai utamanya. Oleh itu dapat dilihat dari segi kedudukan geografinya Kampong
Kota terletak hampir di tengah-tengah perjalanan Sungai Perai yang hulunya di
Daerah Kulim ,Kedah sekarang ini. Maka wajarlah Kampong Kota pada masa itu
menjadi pusat penempatan dan penrtadbiran awal dikawasan tengah Seberang Perai
selain dari kawasan Juru melalui Sungai Juru.
" Pusat Pentadbiran Awal
" Seberang Perai
Nama Kampong Kota menurut seorang pemimpin tempatan kampong itu, Tuan Hj Johari
bahawa nama Kota ini diambil sempena dari “Kota yang dibina dari pohon-pohon buluh
atau Aur” oleh kerabat di Raja Kedah yang memerintah ketika itu,sebagai
pertahanan dari serangan musuh terutamanya Siam .Kampong Kota menjadi pusat
pentadbiran awal dibawah Kesultanan Kedah apabila ianya dimajukan oleh Tunku
Sulaiman seorang kerabat diraja yang berpindah kesitu bersama pengikutnya dari
Kedah akibat perselisihan dalam perebutan takhta Kedah.Lalu Tunku Sulaiman
membawa diri kesini dan menjadikan Seberang Perai ini “Negeri” nya yang
bernaung dibawah Kesultanan Kedah pada akhir Tahun 1700.Hal ini ada disebutkan
dalam beberapa buku sejarah termasuk Al Tarikh As Salsilah Negeri Kedah
berkaitan perselisihan dalam menaiki takhta.
Kemajuan kampong Kota dapat dilihat dengan adanya juga Pelabuhan di Laboh
Banting dan terusan jalan pintas untuk raja berulang alik dari pelabuhan ke
Pusat Pemerintahannya di Kampong Kota.Hal ini sering diceritakan oleh
orang-orang tua penduduk tempatan disni dimana terdapat beberapa peristiwa
kapal raja dan kapal dagang tenggelam di Sungai sekitar di Laboh Banting dan
Mengkuang Mak Sulong pada masa lalau dimana dijumpai kayu-kayu lama bangkai
kapal tersebut.Kapal disni bermaksud perahu layar atau kapal melayu bertiang
layar yang boleh mudik dari Kuala Perai sehingga kesini.Terusan pintas
dikatakan dikorek menggunakan tenaga manusia yang masih ada kesan-kesannya di
Kampong Seberang Terus dan Kampong Kubu.Begitu juga bukti kewujudan kaum
kerabat Kedah itu dimana bendang-bendang di dekat Kampong Kubu masih dipajak
oleh penduduk tempatan dari keluarga kerabat Kedah yang tinggal di Alor Merah
dan Mentalon ,Alor Setar. Dimana mereka masih membayar wang sewa tanah pajakan
itu setiap tahun kepada warisnya di Alor Setar
Pulau Pinang diserahkan oleh Sultan Abdullah kepada Inggeris pada 1786 melalui
Francis Light secara perjanjian tipu muslihat yang tidak sah.Dimana Francis
Light ketika itu masih lagi belum mendapat persetujuan London untuk menduduki
Pulau Pinang namun beliau telah terlebih dahulu memeteraikan Perjanjian Pajakan
Pulau Pinang sebanyak 6,000 wang Sepanyol setahun daripada Sultan Kedah Tunku
Abdullah pada 1786. Namun Penentangan terhadap Inggeris dilakukan kerana
Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menduduki Pulau Pinang tidak memenuhi
syarat yang dikemukakan oleh Sultan Abdullah. Syarat yang tidak dipenuhi
Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah membantu Kedah jika diserang Thailand atau
Burma, dan memenuhi $30,000 Sepanyol setahun yang dituntut Sultan Abdullah
kerana melepaskan monopoli perdagangan baginda di Kedah.
Apabila Francis Light gagal menunaikan janjinya pada maka Baginda Sultan Tunku
Abdullah telah menyiapkan angkatan perang nya di Kuala Perai untuk menyerang
Inggeris pada 1791 namun angkatan beliau telah tewas dalam serangan mengejut
Inggeris di Kuala Perai itu.Berikutan dengan itu pula Pihak Inggeris telah sekali
lagi berunding dan menambah pajakan tanahnya dari Kedah dimana pada 1800
Seberang Perai pula telah dipajak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan
bayaran 4000 wang Sepanyol setahun menjadikan seluruh nilai Pajakan Pulau
Pinang dan Seberang Perai adalah 10,000 wang Sepanyol setahun.
Peranan Kampong Kota dalam
Peperangan Kedah -Siam 1821-1842
Oleh itu peranan Kampong Kota sebagai pusat pentadbiran awal Kedah di Seberang
Perai semakin kurang namun tetap menjadi pusat penempatan Tunku Sulaiman bersama
pengikutnya.Kampong Kota kemudiannya menjadi penting semula berikutan
meletusnya Peperangan Kedah Siam pada 1821 maka berlakulah perpindahan
beramai-ramai penduduk Kedah ke Seberang Perai dan Pulau Pinang hal ini
disebutkan oleh dalam Burney Papers, Vol. V : 68 bahawa “Ramai rakyat Kedah
berhijrah mengikut Sultan mereka ke Pulau Pinang dan Seberang Prai. Dianggarkan
sepanjang pemerintahan Siam (1821-42) seramai 70 ribu orang berhijrah ke koloni
Inggeris). Pendudukan Siam di Kedah mendapat tentangan penduduk tempatan.
Terdapat dua bentuk peperangan yang dilancarkan iaitu perang gerila dan perang
terbuka. Perang gerila wujud berterusan manakala perang terbuka pada tahun
1823,1828-29, 1829-31, dan 1838-39. Ramai tokoh-tokoh yang turut menyumbangkan
jasa bakti kepada Kedah. Sultan Ahmad Tajuiddin II dianggap tokoh pemenyatu
seluruh gerakan penentangan. Tokoh-tokoh lain termasuklah-Tunku Abdullah, Tunku
Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long Putih, Tunku Mohamad Said, Tunku Mohamad
Saad, Dato' Pekerma Wan Mohamad Ali, Tok Moris dan ramai lagi”.
Pada Ahad 12 November 1821, perahu pasukan tentera Siam yang berlepas dari
Trang tiba di Kuala Kedah. Berikutnya melancarkan serangan dan berjaya menawan
Kedah..Pasukan Siam yang mengandungi 7,000 orang tentera di bawah arahan Raja
Ligor berlepas dari Trang ke Sungai Kedah, dengan alasan untuk mendapatkan
bekalan makanan bagi melancarkan serangan ke atas Burma. Sebaliknya pula,
apabila pasukan tentera Siam tiba di Kedah pada 12 November 1821, secara
mengejut melancarkan serangan ke atas Kedah. Bendahara dan Laksamana yang cuba
melawan, kerana tidak bersedia dikalahkan dengan mudah oleh tentera Siam.
Sultan Ahmad Tajuddin yang berada di Kuala Muda kerana sedang menggali terusan
di sana, mengundurkan diri ke Kampong Kota , Seberang Perai, di kediaman
saudaranya Tunku Sulaiman dan kemudiannya ke Pulau Pinang.
Oleh itu sepanjang Peperangan berlangsung Kampong Kota merupakan markas dan
pengkalan utama Sultan Ahmad Tajuddin II merancang Gerakan penentangan terhadap
Siam bagi membebaskan Kedah.Tugas ini dilakukan oleh wakilnya Tunku Sulaiman
yang tinggal disini sejak sekian lama keran Sultan Ahmad Tajuddin sentiasa
berkelana dalam tempoh peperangan ini kerana Inggeris tidak membenarkan Baginda
berada lama di Pulau Pinang atau Seberang Perai .
Makam Warisan
Oleh itu sehingga kini masih terdapat tanah kerabat di Raja Kedah disini
terutamanya dibahagian tepi Sungai Perai disebelah timurlaut kampong ini. Tanah
tersebut sebahagian besarnya adalah rezab perkuburan kaum keluarga kerabat di
Raja Kedah khususnya Tunku Sulaiman itu sendiri.Di situ juga terdapat kawasan
berpagar dan Batu Bersurat yang mengisahkan sejarah dan perjuangan Tunku
Sulaiaman bersama pengikut-pengikutnya.
Seni Budaya
Mengikut Tuan Hj Johari lagi bahawa pada masa dahulu juga ia–itu kira-kira 70
tahun lalu Kampong Kota merupakan kampong yang kaya dengan adat tradisinya
tersendiri yang diwarisi oleh penduduknya namaun adat-adat tersebut telah
pupus.Diantaranya semasa diadakan kenduri kahwin ,pada siangnya meriah dengan
jamuan makannya manakal disebelah malamnya disususli dengan aktibiti
berendoi,bersanding dan berdikir. Acara berdikir ini sangat unik kerana
dilakukan secara nerterusan dari tengah malam hingga menjelang subuh.Dikir
disini bermaksud beberapa orang tua akan bersyaer ,berlagu dengan bahasa yang
tidak difahami seakan-akan bahasa Aarab walaupun bunyinya agak pelik namun
sedap dan asyik mendengarnya.Syaer ini disambung dari seorang ke seorang
sehingga menjelang subuh.
Seniman Lagenda Kelahiran Kampong
Kota
Pada masa itu juga masih terdapat beberapa gelanggang silat di Kampong Kota
ini.kebanyakannya silat yang diajar adalah silat bunga dan silat pulut yang
selalu dijadikan acara semasa majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan dan
sambutan keramaian dimasa dahulu. Budaya ini telah tiada sekarang ini namun
berbicara tentang silat ini mengingatkan kita seorang “Pahlawan hebat” seniman
lagenda filem Melayu dizaman 1960an ,pelakon layar perak ia-itu Seniman Noordin
Ahmad.Tidak banyak orang mengenali asal usul seniman ini yang sebenarnya berasal
dari Kampong Kota ini.Lalu jika P Ramlee berasal dari Pulau Pinang (sebelah
Pulau ) maka Noordin Ahmad adalah orang “Seberang” ia-itu dari Seberang
Perai.Kedua-duanya sangat terkenal dengan kebolehan dan watak masing-masing
dalam era kegemilangan filem-filem melayu zaman 1960an.
Perusahaan Tempatan
Oleh kerana buluh terdapat dengan banyaknya di Kampong Kota ini maka pada masa
dahulu sekitar tahun 1960an dan sebelumnya, Penduduk disini sangat mahir dan
pandai membuat berbagai peralatan dari buloh dan menjadi perusahaan yang
menghasilkan berbagai peralatan produk yang dijual bagi menambah pendapatan
harian mereka.
Kampong Kota juga ketika itu sangat terkenal dengan perusahaan membuat bata
dari tanah liat Batanya sangat berkualiti tinggi dan diiktiraf oleh Pihak
Pentadbiran British untuk digunakan dalam pembinaan bangunan semasa itu.Seperti
juga perusahaaan membuat tembikar,periok tanah dari tanah liat ini terdapat di
Maklom ,Sungai Puyu dan Sungai Dua adalah sezaman dengan perusahaaan membuat
bata itu dimana sumber tanah liat yang baik terdapat disekitar lembah Sungai
Perai ini.Namun perusahaan perusahaan tersebut di Kampong Kota dan Maklom telah
tiada sekarang ini.
RUJUKAN
1. Omar Hj Hashim , (2006), Mengenalpasti Puncak-puncak dalam Sejarah Seberang
Perai dan Kepentingannya kepada Sejarah Malaysia.Kertas Kerja Kolokium Pulau
Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Pengerusi Persatuan Sejarah
Malaysia,29-30/5/2006
2. Hj Johari b - Imam masjid Kg Kota,Pengkalan Tambang,-temubual pada 20/12/2006.Tuan
Hj Johari semasa sekolahnya adalah sedarjah dengan YAB Dato Seri Abdullah Hj
Ahmad Badawi di High School Bukit Mertajam.Tuan Hj Johari adalah pesara
kerajaan di Pejabat Pos Alor Setar dan Kangar sebelum pencen
3. Dr Mahani Musa. (2006), Sejarah Seberang Perai pembentangan Kertas Kerja
dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Universiti
Sains Malaysia
4. Dr Mohamad Isa Othman -Politik Tradisional Kedah 1681-1942 DBP 1990
5. Md Noor Salleh,Abd Salleh,.1998 -Islam di Kedah Darul Aman dalam Pengaruh
Islam Dalam Pemberontakan Kedah,1821-1842:Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah
Darul Aman Kedua
6. Dahalan Fazil dlm Sejarah Tapak Warisan Seberang Perai
http://dlan6658.blogspot.com
7. Hj Said – Kampong Tanjong Putus ,AJK Khariah Masjid Permatang Pasir adalah
pesara Jabatan Kesihatan MPSP pada 2006
8. http://cis.penanglib.gov.my/web/spt/kg-kota-permatang-pasir
9. Abdullah Zakaria bin Ghazali - SEJARAH GERAKAN POLITIK AWAL DI KEDAH
Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya
http://www.sabrizain.org/malaya/library/gerakankedah.pdf
10.
http://tengkusyah.blogspot.com/2011/11/makam-keluarga-diraja-kedah-di-bukit.html
KosmoPosted by tengkusyah at 3:26 PM
0
Add a comment
Pendidikan merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan kita apatah
lagi bagi umat Islam ia adalah titik tolak awal yang menentukan kebahagian
didunia dan akhirat..Kita selalu mendengar ungkapan ini. “Awaluddin
makrifatullah” bermaksud Awal awal agama itu mengenal Allah. Maka perjuangan
nombor wahid dalam menghadapi penjajahan adalah mengisi pemikiran ummah dengan
ilmu agama khusus nya Islam kerana inilah Warisan yang paling pokok dan maha
penting dalam menentukan “survival” sesuatu bangsa atau ummah itu.Lalu
perjuangan membebaskan ummah yang dalam kejahilan dan kegelapan ilmu sangat
penting sebagai senjata kehidupan dan menentang apa sahaja bentuk penjajahan. Oleh
itu mari kita meninjau secara ringkas perjuangan para ulama masa lalu khususnya
dalam membangunkan minda masyarakat Seberang Perai yang terjajah sejak
kedatangan Penjajah Inggeris pada 1786 itu.
Kedudukan Pulau Pinang sebagai Pelabuhan penting di Utara Semenanjung Utara
Indonesia dan Selatan Thailand dan Myanmar serta menjadi laluan utama ke Timur
Tengah,India dan Eropah menjadikannya sangat strategik dan penting terutamanya
di zaman awal 1900.
Oleh itu Seberang Perai pula merupakan tanah besar yang lebih bersifat
tradisional berbanding unbanisasi Pulau Pinang ketika itu ,menjadi sangat
sesuai kepada sebahagian besar masyarakat Melayu nusantara ini sebagai tempat
meneruskan kehidupan kampong sambil belajar mendalami ajaran islam disini yang
suasananya hampir sama dengan tempat asal mereka.
Menurut Haji Omar bin Mohd Hashim dari Persatuan Sejarah Malaysia dalam kertas
kerjanya Mengenalpasti puncak-puncak dalam sejarah seberang Perai dan
kepentingannya kepada sejarah Malaysia menyebutkan bahawa di Seberang Perai
setelah tamat era Peperangan Kedah Siam “Turut berkembang juga dalam bidang
pendidikan agama dan sekolah melayu yang didirikan oleh Inggeris dimana menurut
AM Skinner, Nazir Sekolah Pulau Pinang dan Seberang Perai bahawa Sekolah Melayu
terawal dibina pada 1870an adalah Sekolah Penaga,Telok Air Tawar,Pasir
Gebu,Bagan Belat ,Permatang Sintok Pulau Mertajam dan Permatang Pauh.
Menurut beliau lagi bahawa ramai yang tidak sedar terdapat banyak
sekolah-sekolah pondok yang kemudiannya menjadi madrasah-madrasah masyhur yang
didirikan oleh ulama-ulama besar di bumi padi Seberang Perai ini. Ramai
dikalangan ulama besar ini adalah “Orang Luar” misalnya Tuan Hj Salleh Masri
(Negeri Sembilan ),Tuan Minal (Pattani),Tuan Hussein Kedah (Kedah), menimbulkan
tandatanya Mengapakah mereka memilih Seberang Perai sebagai tempat mendirikan
pondok? Boleh jadi kebebasan daripada diganggu gugat oleh pihak Inggeris yang
memang tidak peduli sangat urusan agama islam berbanding dengan keadaan di
negeri-negeri Melayu dibawah Kuasa Sultan,mufti dan Pejabat Agama serta tekanan
politik seperti di Patani yang dibawah perintah Siam ketika itu.Demikianlah
motivasi yang menggerakkan Tuan Guru Haji Salleh Masri (1875-71) membuka
Madrasah Al Masriyah di Bukit Mertajam pada 1906 ,Tuan Guru Hj Abdullah Fahim
(1869-1963) membangunkan Daeratul Maarif Al Wathaniyyah di Kepala Batas pada
1924 begitu juga Syeikh Zainal Abdul Rahman Mahmud Al Fathani yang bergelar
Tuan Minal (1820-1913) yang menindahkan Pengajiannya dari Patani untuk mendidrikan
Madrasah dan Pondok Sungai Dua pada 1890 di Permatang Sungai Dua dan Permatang
Tuan Samad sekarang ini. Begitu juga Tuan Hussein Kedah (1863-1935) membuka
pondoknya yang termasyhur di Pokok Sena pada 1929 juga dikenali sebagai Pondok
Haji Ahmad Tuan Hussein ia itu anaknya yang meneruskan usaha Ayahandanya hingga
menjadi sekolah agama sekarang ini yang dikenali sebagai Madrasah Al Khairiyyah
Pokok Sena.
|
Gambar Pondok dan Tuan Syeikh Abdullah Fahim
|
|
Pondok
Pokok Sena atau Madrasah Al Khairiyyah sekarang ini - Tuan Hussain Kedah
|
Mengikut
Tuan Syed Muhammad Dawilah dalam Kertas Kerjanya Sejarah Pendidikan Pondok di
Seberang Perai bahawa Pondok-pondok di Seberang Perai dicatatkan bermula
seperti berikut
1) Pondok Sungai Dua : Tuan Minal atau Tuan Zainal dan 1875
2) Pondok Permatang Sungai Dua : Tuan Samad 1875
3) Pondok Bagan Belat ,Telok Air Tawar,Butterworth : Tuan Haji Muhammad Taha
1880
4) Pondok Sungai Derhaka Seberang Perai Tengah; Tuan Fakih Daim 1880
5) Pondok Tok Sheikh Acheh Permatang Janggus Seberang Perai Tengah,Tuan Ibrahim
Aceh 1885
6) Pondok Padang Lalang ,Bukit Mertajam,:Tuan Hj Ahmad 1890
7) Pondok Al Masriyah ,Bukit Mertajam:Tuan Hj Salleh Al Masri 1906
8) Pondok Kubang Semang Seberang Perai Tengah:Haji Mahmud Taib 1920
9) Pondok Daeratul Maarif Al Wathaniyyah,Kepala Batas:Tuan Guru Syeikh Abdullah
Fahim
10) Pondok Manabil Al Ulum,Penanti :Syeikh Usman Jalaludin 1932
11) Pondok Pokok Sena ,Kepala Batas :Tuan Hj Hussain b Mohamad 1934
Pondok terawal adalah di Permatang Sungai Dua merupakan perintis dan banyak
guru pengasas pondok lainnya datang berguru disini misalnya pengasas pondok
masriyah dan penanti meski pun mereka kemudiannya melanjutkan pelajaran ke
Timur Tengah selepas itu.
|
Rumah Tok Ayah Permatang
Sungai Dua merupakan Pondok Pengajian dimana terdapat banyak Pondok disekitar
Rumah Tuan Guru Tuan Minal dan Tuan
Samad pada 1880an
|
Terdapat juga pondok lain seperti di
Permatang Janggus Penaga seperti Pondok Tuan Guru Hj Abdul Majid pada era
Pemerintahan Jepun dan begitu juga Sekolah-sekolah Arab yang tumbuh seperti
cendawan di hampir di setiap kampong di Seberang Perai Utara ini khususnya
namun pada sekitar 1970an kebanyakannya telah berhenti beroperasi namun masih
digunakan sebagai kelas pengajian Al Quran disebelah petang
|
Surau Tuan Haji Mohammad
Taha yang asalnya di Bagan Belat telah dipindahkan kerana tapak asal dihakis
laut
\
Institusi pondok memainkan peranan penting dalam
masyarakat melayu di Seberang Perai ini khususnya di Seberang Perai Utara
seperti di Permatang Sungai Dua,Pokok Sena ,Telok Air Tawar,Penaga dan Kepala
Batas.Selain dari tempat melahirkan alim ulama ,ustaz-ustaz,pemimpin
politik,guru,kadhi ,pegawai agama,imam,bilal,lebai dan “Orang Sepuluh Masjid
Pondok juga merupakan institusi pembangunan ummah pada masa itu segala
perancangan pembangunan yang di restu oleh pondok tempatan akan mendapat
sokongan dan dukongan masyarakat sebaliknya aktibiti yang mendapat tentangan
pondok akan dipinggirkan oleh majoriti warga masyarakat tempatan
|
|
Di Pelabuhan Pulau Pinang
suasana kapal Haji akan bertolak ke Mekah pada 1960an
|
Dalam urusan ibadah haji misalnya pondok
bukan sahaja menjadi tempat belajar sebelum pergi menunaikan haji malah di
Seberang Perai dan Pulau Pinang ini menjadi tumpuan Jemaah yang akan bertolak
melalui Pelabuhan Pulau Pinang.Mereka ini datangnya dari Kedah,Perak, Sumatera,
Patani malah dari negeri-negeri Pantai Timur ,Berunai dan Singapura.
Memandangkan menunggu kedatangan kapal haji setahun sekali serta perjalanan
yang lama maka persiapan diri serta peralatan pakaian makanan bekal boleh
dibeli di Pulau Pinang sebelum bertolak ke Mekah.
|
Rumah Tuan Guru Pondok Penanti
|
Sekembalinya mereka dari tanah suci bergelar Tuan Haji yang akan menjadi
pemimpin dan imam ditempat masing-masing maka sebahagian dari mereka sekali
lagi akan singgah buat beberapa minggu dan bulan untuk terus berguru dengan tuan-tuan
guru Pondok disini sehingga mantap dan mendapat “ijazah”untuk balik ke kampong
halaman berbakti kepada masyarakat.Begitulah peranan pondok-pondok di Seberang
Perai dan Pulau Pinang diera sebelum Perang Dunia Kedua terutamanya.
Artikel kecil dan ringkas ini sebagai permulaan untuk mengkaji lebih mendalam
peranan pondok dan para ulama di Seberang Perai, ini kerana masih banyak lagi
sejarah ulama yang awal disini yang masih belum kita kaji secara mendalam
seperti Syeikh Al Baghdadi dan Tuan Haji Salleh Penaga yang menurut Dato' Wan
Shamsudin Mohd Yusof bahawa Hj Salleh yang berasal dari Penaga, Seberang Perai
merupakan penasihat agama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854
-1879) disamping bertindak sebagai guru agama di istana. Dimana ketika itu
merupakan era Kedah menuju kemodenan di zaman Menteri Besarnya Dato’ Wan Mat
Saman yang terkenal itu.Begitu juga tentu menarik jika kita dapat mengetahui
peranan Syeikh Abdul Samad Al Falimbani dalam kempen Perang “Jihad” Kedah
menentang Siam pada 1821-1842 samada beliau telah turun ke Seberang Perai dalam
kempen ini atau tidak ? tidak dapat kita pastikan disini kerana kekurangan
maklumat hingga kini.Artikel ini juga mungkin tidak dapat memuatkan semua
sejarah awal perjuangan ulama silam di Seberang Perai ini namun anggaplah ini
sebagai satu permulaan kepada pencarian yang lebih besar demi menghargai
warisan perjuangan pendidikan islam untuk memberi ilham dan motivasi bagi
penerusan tarbiyyah islamiyyah untuk ummah generasi akan datang.
Oleh
Al Faqir ilallah Dahalan Bin Fazil
6 Jun 2014 Kepala Batas
Rujukan
1) Tuan Syed Muhammad Dawilah dalam Kertas Kerjanya Sejarah Pendidikan Pondok
di Seberang Perai dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala
Tuju? Universiti Sains Malaysia,29-30/5/2006
2) Haji Omar bin Mohd Hashim ( Persatuan Sejarah Malaysia) dalam kertas kerja
“Mengenalpasti puncak-puncak dalam sejarah seberang Perai dan kepentingannya
kepada sejarah Malaysia dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana
Hala Tuju? Universiti Sains Malaysia,29-30/5/2006
3) Dr Mahani Musa. (2006), Sejarah Seberang Perai pembentangan Kertas Kerja
dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Universiti
Sains Malaysia,29-30/5/2006
4) Dahalan B Fazil , Sejarah Tapak Warisan Seberang Perai
http://dlan6658.blogspot.com/
5) Laman Web Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi
http://www.ptab.jpm.my/ptab/portal/index.php?r=media/index&page=gambar_keluarga&menu=5&submenu=1&submenu2=6
6) Temubual dengan Ustaz Hj Ali bi Hj Ahmad pada 17/9/2013
7) Buku Cenderamata Peringatan Seperempat Abad Madrasah A Khairiyyah
Islamiyyah,Pokok Sena ,Kepala Batas Seberang Perai 5-6 April 1961
8) Jit Pak Da https://www.facebook.com/#!/jitpakda?fref=nf
9) http://batuaceh.blogspot.com/2007/12/kubur-haji-salleh-penaga.html
10) http://ms.wikipedia.org/wiki/Terusan_Wan_Mat_Saman
11) http://tokoh1038.blogspot.com/2012_04_01_archive.html
12)
http://tokoh1038.blogspot.com/2012/04/tuan-syaikh-uthman-jalaluddin-1880-1952.html
13) http://tokoh1038.blogspot.com/
14) http://www.mykedah2.com/10heritage/110_3_p3.htm
0
Add a comment
Sejarah Bagan atau Butterworth
Semasa Pulau Pinang atau Tanjong Penaga atau Tanjong
Penegeri dibuka oleh Francis Light untuk mendirikan kota Fort Cornwallis
pada 1786,penduduk tempatan telah ada menetap di Batu Uban,Sungai Pinang ,Telok
Bahang dan di Seberang Perai.Misalnya di Batu Uban wujud komuniti Melayu yang
berasal dari Sumatera dan Kedah serta percampuran dengan pedagang dan alim
ulama dari Arab.di Telok Bahang pula penduduk nelayan berasal dari Kedah dan
Aceh.di Sungai Pinang juga terdapat penduduk Melayu berasal dari
Kedah,Aceh,Sumatera dan India Muslim yang berdagang dengan penduduk tempatan
yang mengikut cerita lisan yang mashyur sebagai “Tok Nadok berkajang
kain”.bermaksud Tok Nadok atau Tok Nagor berkemahkan kain.
Sementara itu Seberang Perai yang lama dibawah
pemerintahan Kesultanan Kedah malah sebahagian dari Kerajaan Lembah Bujang di
Zaman Langkasuka telah lama diduduki penduduk Melayu tempatan di Kota Aur,Guar
Kepah,Permatang Bendahari,Penaga ,Kuala Muda,Kuala Bekah ,Bagan Tambang,Telok
Air Tawar ,Kuala Perai,Bagan, Kampong Kota ,Kuala Juru dan Pulau Aman jauh
lebih awal sebelum kedatangan Francis Light lagi.
Butterworth atau “Bagan” adalah nama panggilan
penduduk tempatan yang dimaksudkan pengkalan atau” jetty” . Kawasan Bagan
merupakan kawasan penempatan awal penduduk tempatan di pesisiran pantai
menghadap Pulau Pinang terutamanya nelayan .Ini dapat yang dapat dilihat dari
namatempat tempat di sepanjang pantai di Banadar Butterworth sehingga ke Telok
Air Tawar yang bermula dengan Bagan bermaksud Pengkalan atau
“jetty”.Bermula dari Pengkalan Sultan Abdul Halim,Bagan lama,Bagan Buaya,Bagan
Jermal,Bagan Ajam,Bagan Lebai Tahir,Bagan Tuan Kecil,Bagan Lalang ,Bagan Dalam
hingga ke Bagan Tambang dan Bagan Belat di Telok Air Tawar.
Seberang Perai di lihat
dari Tanjong atau George Town
800px-Penang_Museum_historical_painting_N172b
Lukisan awal Inggeris pada 1814 seperti diatas
menunjukkan wujudnya penempatan awal dikawasan Pengkalan Sultan Abdul Halim
,Pengkalan Feri atau Stesyen bas Jeti Butterworth atau Meriam Timbul sekarang
ini .Dimana terdapat surau lama atau Surau Balai Pukat dan Tanah Perkuburan
Islam di bersebelahan Tangki “Bunkerer”Shell di Pangkalan Bagan Luar Jalan
Pantai Butterworth sekarang ini.
800px-Penang_Museum_historical_painting_M141b
Dari sumber sejarah juga
menyatakan bahawa Sultan Kedah telah bersiap sedia dengan Angkatan Perang Kedah
untuk memerangi Inggeris bagi mengambil balik Pulau Pinang yang di ambil
Inggeris secara tipu muslihat.Namun Angkatan beliau telah tewas dalam serangan
mengejut Francis Light pada 1791 . Seperti Catatan Penulis Buku Pembangunan Pulau
P[inang ….
Maka Sultan telah mengatur
rancangan nya untuk menyerang Inggeris dengan menyiapkan Angkatan Perangnya
yang berpusat di Kg Kota.Senjata-senjata dipersiapkan dari “kilang-kilangnya”
di Pekan Darat .Pahlawan-pahlawan dan panglima-panglima perang serta para
perajurit-perajurit telah bersiap siaga untuk bertempur dimedan “jihad
menentang kafir” kerana mereka bukan sahaja dari Angkatan Kedah malah telah
dibantu dari para kesatria Melayu dari Aceh, Perak,Patani,Johor malah
dari Brunai,Kepulauan Mindanao dan Illanun.
Perang ini amat penting demi
mempertahankan satu lagi bumi Melayu dari jatuh ketangan penjajah….bererti
hidup dan mati Kedah seterusnya dan Nusantara ini seanteronya.
…Maka dengan 1,000 buah
perahu-perahu telah dipersiapkan untuk menyerang Pulau Pinang dari Kuala
Perai……….
”Angkatan Perang Kedah yang sedang berkubu di Kuala
Perai mereka telah diserang mengejut terlebih dahulu oleh Kapten Light dengan
mengarah serangan dilakukan oleh pembantunya “Kapten Andrew Glass pada 12
April 1791 kira-kira jam 4.00 pagi, empat kapal perang bernama Dolphin,Princess
Augusta dan Valient bersama 3 kompeni askar sipahi/sepoi telah menyerang Kuala
Perai.Satu Pepeperangan yang hebat antara tentera Kedah dengan
askar-asakar sipahi telah berlaku selama empat hari.Malangnya oleh kerana
Syarikat Hindia Timur mempunyai kelengkapan senjata moden dan askar-askar
yang terlatih telah menewaskan askar-askar Sultan Kedah..Kebanyakan Kubu-kubu
yang dibina di Kuala Prai telah musnah dibom oleh kapal Perang British” (
Zakry Abadi dalam Pembangunan Pulau Pinang ,1994)
Namun selepas itu Baginda juga
telah memajukan pelabuhan di Seberang Perai dikawasan yang bertentangan
dengan Tanjong Penaga bertujuan menyaingi Inggeris ia –itu Pengkalan Sultan
Abdul Halim atau Bagan sekarang ini
Nama Meriam Timbul dan terdapatnya sepucuk
meriam yang berada dalam rumah tokong Cina di tepi Jeti Pengkalan Feri
Butterworth sekarang ini ada kaitannya dengan kesan peristiwa diatas
Nama Bagan
semakin tenggelam apabila William John Butterworth, Governor of the Straits Settlements (1843–1855) mengambil alih pentadbiran Negeri Selat
maka nama Butterworth is diberi sebagai pusat pentadbiran British
di Seberang Perai.
Sehingga sekarang
masih terdapat kesan peninggalan bangunan lama 1800an Hospital,Pejabat
Pos,Pejabat Pertanian,Pejabat Town Council,Polis ,Gereja dan bangunan
persendirian semasa pentadbiran British seperti di Jalan Pantai atau pantai
Road, Sekolah Convent Butterworth,Kilang Memprosese Bijih Timah (Malaysian
Smelting Corporation) Lapangan Terbang RAAF atau Pengkalan TUDM sekarang
ini,Taman Robina dan Bangunan unik seperti “Piring Terbang” di Kolej Vokasional
Butterworth di Telok Air Tawar.
Di Era sebelum merdeka dan saat
menghampiri Kemerdekaan pada 1950an banyak peristiwa sejarah di Butterworth
seperti Perishtiharan Pemuda Merdeka di Dataran
Pemuda Merdeka di Butterworth, Pulau Pinang atau dahulunya dikenali sebagai
padang British Recreation Club (BRC) pada 1958 yang di Ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO
ketika itu Dato’ Hj Ahmad Badawi ketika itu dan juga persidangan para
Alim Ulama dimana banyak organisasi awal dari Seberang Perai menjadi pengasas
utama keahlian PAS. Dimana kejayaan Persidangan Persatuan
Ulama Se-Malaya di Butterworth pada 24 November 1951 menjadi detik penting
dalam sejarah Islam di negara ini kerana ... seperti dalam Wilkipedia Parti Islam Se-Malaysia
menyebutkan juga bahawamaka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil
dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh
Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai,Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang
Perai dan Pulau Pinang dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau
jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau
Pinang.
Rujukan
2) Kapitan
Keling Mosque
The
Kapitan Keling Mosque on Pitt Street was named after ‘Captain Kling’, the
headman of the South Indian community, who was appointed by the British
administration on 1801.
The
first mosque on the site, the predecessor of the present Kapitan Keling Mosque,
was a small “Chulier Mosque” which appeared on a map of 1798.
Oral tradition
names the founder of this attap mosque as Major Nador Khan, an East Indian
Company sepoy, who was popularly called To’ Nadok Berkajang Kain. (Abdul Kahar,
1974; unpaged) ^
3) Zakry Abadi dalam Pembangunan Pulau Pinang
,1994.
5) Parti Islam Se-Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia
nasronhashim.blogspot.com/.../penubuhan-persatuan-islam-se-malaya.html
7) Dataran perakam sejarah ) utusan.com.my/utusan/ nfo.asp?y=2007&dt=0822&sec=Rencana&pg=re_05.htm -
6
View comments
PERMATANG KUCING ITU SEBENARNYA
PERMATANG KU CHIN
ATAU PERMATANG
TENGKU HUSSAIN
Nama Permatang
Kucing tidak asing lagi disini kerana terletaknya Pengkalan Tentera Udara
Malaysia atau TUDM Butterworth.Namun Kawasan kampong yang ada hanya tinggal
mungkin sepuluh peratus sahaja itu pun kawasan perumahan moden manakala
selebihnya adalah kampong sekitar Masjid Daerah Telok Air Tawar.
Nama
sebenar Permatang Kucing adalah dari perkataan Ku Chin ia-itu singkatan dari
Nama Tengku Hussain atau sebutan Kedahnya Tengku Chin .Dimana Beliaulah yang
membuka perkampongan ini di awal era Peperangan Kedah Siam 1821-1842 .Dimana
belaiau salah seorang Pembesar Bangsawan Kedah yang berhijrah bersama
pengikutnya dan rakyat dari Kedah semasa peperangan Kedah Siam tersebut.
Mengikut
sejarah Keturunan “Ku” atau Tengku di Kedah bahawa ketika peperangan Kedah Siam
itu kebanyakan pembesar dan bangsawan Kedah menyembunyikan identiti asal nama
mereka yang bermula dengan nama Tengku menjadi Ku sahaja untuk mengelak dari
dikesan oleh pengintip-pengintip Siam.Oleh itu terdapat nama-nama seperti Ku
Din bin Ku Meh misalnya.
Beberapa
tapak sejarah yang ada disini adalah Makam Tok Yan yang terletak tanah
perkuburan di hujung utara Pengkalan TUDM ini.Tok Yan juga dikatakan
seorang alim yang berasal dari Kedah . Menurut cerita orang tempatan bahawa
laluan turun naik kapal terbang tidak boleh melintas ruang udara kawasan perkuburan
ini dan tapak masjid,jika dilakukan juga kapal terbang akan jatuh.Pernah di
zaman “Orang Putih” dulu ,Zaman British dulu laluan kapal terbang melintasi
perkuburan ini sering jatuh oleh itu diubah laluan agar menjauhi kawasan
ini.
Peperangan
Kedah Siam 1821-1842 telah meninggalkan kesan besar kepada pembukaan penempatan
awal di sekitar Penaga dan Telok Air Tawar serta Pekan Darat Wujudnya Nama
-nama tempat seperti Pulau Kampong Kedah yang telah dihakis laut seperti
Kampong Aceh juga ,begitu juga kampong Setol dimana penduduknya berasal
dari Setol dalam Negara Kedah pada masa itu.
Dalam
sejarah Penentangan Rakyat Kedah untuk mengambil balik Kedah yang ditawan oleh
Siam pada 1821 itu Sultan Ahmad Tajuddin sering datang ke Telok Air Tawar
menemui pengikut-pengkut dan pembesar Kedah untuk bermesyuarat dan merancang
bagi mengatur serangan balas melawan Siam di Kedah.Sehingga kini tidak dapat
dijejaki dimana kah beliau sering berada di Telok Air Tawar ini. Jika disebut
Telok Air Tawar merangkumi Permatang Kucing,Kampong Setol,Bagan Tambang,Bagan
Belat,Pekan Baru dan Padang Benggali.
Pulau
Kampong Kedah dipercayai sebagai tempat pendaratan awal pelarian dari
Kedah,Setol dan Patani yang kemudiannya telah berhijrah ke kawasan lebih ke
darat untuk mendari perlindungan dan penempatan baru serta membuka tanah-tanah
sawah di Penaga,Permatang Pak Maras,Permatang Tok Gelam,Permatang Pak
Elong,Permatang Tok Loba,Permatang Tok Sadan,Permatang Sintok,Lahar
Tabot,Permatang Berah,Pekan Darat dan Permatang Bogak.Nama –nama penghulu atau
ketua-ketua keluarga digunakan kekal sebagai nama kampong pada hari ini .Ketua
keluarga atau pemimpin tempatan yang datang semasa perang Kedah-Siam ini
membawa kaum keluarga masing-masing dikatakan kebayakan berasal dari Kuala
Kedah,sekitar Alor Setar Kubang Pasu ,Pendang,Yan dan juga dari Setol dan
Patani
Mengikut
Cikgu Yusof Abait yang moyangnya tinggal di Permatang Ku Cin dulu bahawa
terdapat Pondok Pengajian agama yang didirikan oleh Syeikh Yasin yang terkenal
dengan pengajian Tarikat Naqsyabandiyah menjadi tumpuan penduduk tempatan dan
ada yang datang dari Patani,Sumatera dan negeri- negeri Tanah Melayu ketika
itu.Namun pada awal 1900 bila pihak Inggeris membina lapangan terbang maka
penduduk disitu telah berpindah dan diberi ganti tanah di Lahar Yooi ,Jarak dan
Padang Cempedak sekitar kawasan Tasek Gelugor sekarang ini selaras dengan
pembukaan ladang getah pada masa itu oleh Malakof Estate.
RUJUKAN
1. Ahmad Nazar b Hussain (Ahli
Perniagaan/Kontraktor) Bagan Belat, Telok Ayer Tawar
2. Hussain b Yusop ( Guru bersara)
Bagan Belat, Telok Ayer Tawar
3. Yusof b Abait,(Guru Pesara)
Kampong Permatang Bertam,13200 Kepala Batas
4. Tuan Hj Yusof b Ayob,Kampong
Padang Cempedak,Tasek Gelugo
5. Omar Hj Hashim , (2006),
Mengenalpasti Puncak-puncak dalam Sejarah Seberang Perai dan Kepentingannya
kepada Sejarah Malaysia.Kertas Kerja Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai
Kemana Hala Tuju? Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia,29-30/5/2006
6. Dr Mahani Musa. (2006), Sejarah
Seberang Perai pembentangan Kertas Kerja dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2
:Seberang Perai Kemana Hala Tuju? Universiti Sains Malaysia
7. Dr Mohamad Isa Othman -Politik
Tradisional Kedah 1681-1942 DBP 1990
8. Md Noor Salleh,Abd Salleh,.1998
-Islam di Kedah Darul Aman dalam Pengaruh Islam Dalam Pemberontakan
Kedah,1821-1842:Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua
3
View comments
TELOK AIR TAWAR
,PELABUHAN TELOK PENAMBANG
DAN PENEMPATAN AWAL MASYARAKAT
MELAYU
SEBERANG PERAI
Sejarah Pulau
Pinang dan Seberang Perai masih banyak yang terselindung
disebalik penulisan tinggalan kolonial yang terus diwarisi sebagai fakta
sejarah yang “mutlak”. Sedangkan penggalian sejarah itu sendiri perlu
dibuat dari masa kesemasa sepertinya persepsi “Sejarah Lembah Bujang”
dimana dengan penemuan di Sungai Batu telah mengubah landskap sejarah
Kedah Tua dan Malaysia dimata dunia.Maka Sejarah Nakhoda Janaton
Batu Uban dan Telok Penambang ini juga perlu digali sejarah dan warisan
tinggalannya untuk generasi akan datang Oleh itu mari kita menyingkap
beberapa penemuan terbaru dari cerita lisan dan perbandingan dengan
peta-peta lama Seberang Perai atau Province Wellesley berkaitan
penempatan awal masyarakat Melayu disekitar Telok Air Tawar dan
Penaga khususnya bermula dari awal 1800 lagi. Bermula dari Pelabuhan
Penambang atau Bagan Tambang sekarang ini ,Kawasan Telok Air
Tawar meliputi Kampong Bagan Belat,Permatang Kuccing,Kampong
Setol,Pekan Baru, Padang Benggali, Kuala Bekah ,Penaga ,Pekan Darat
dan Permatang Tok Bidan yang saling berkaitan sejarah awalnya diantara
satu sama lain Telok Ayer Tawar mendapat nama dari kedudukan
kawasan seperti lakaran didibawah ini yang menunjukkan kuala sungai
yang berteluk dari laut di Kuala Sungai di Pelabuhan Telok Penambang
atau Bagan Tambang menuju keutara menghala ke Pekan Baru dimana
air di kawasan ini masih rasanya tawar
Lakaran oleh En
Ahmad Nazar b Hussain Merujuk kepada kajian bersama
En Nazar Hussain dari Bagan Belat dan temubual saya dengannya dan
beberapa orang lama dan berpengetahuan tentang sejarah tempatan pada
12/01/2014. Menurut beliau Nenek Moyangnya,Datok kepada datoknya
pernah menceritakan keadaan Pantai dan Pulau di sekitar Bagan Tambang,
Bagan Belat,Kuala Bekah dan Telok Air Tawar kira-kira 6 generasi yang
lalu (Anggaran sekitar 150 tahun yang lalu) adalah seperti lakaran diatas
dimana terdapat sebuah Pulau dan kedudukan Sungai Abdul yang muaranya
di Telok Penambang yang merupakan Pelabuhan penting pada masa itu.
Namun masa berlalu Pulau dan kampong Aceh dan Kampong Pulau
Kedah seperti nyatakan telah terhakis . Garis pantai Bagan Tambang
sekarang adalah 2 kilometer dari garis asal pantai yang berada dalam
laut sekarang ini. Mengikut Cikgu Nasir Hassan pula seorang guru yang
mengajar di Sekolah Menengah Ptg Tok Jaya dan berasal dari
Permatang Tok Bidan;Bahawa tanah -tanah di Ptg Tok Bidan
dan Pekan Darat banyak dimiliki oleh orang keturunan Aceh yang
menjadi diantara penduduk awal kawasan tersebut disamping yang
datang dari Kedah,Setol dan Patani pada kira-kira tahun 1820an.
mereka ini Orang Aceh telah berpindah dari penempatan kampong
asal mereka di tepi pantai sekitar Bagan Tambang dan Kampong Aceh
yang telah sedikit-sedikit dimakan laut atau mengalami hakisan pantai.
oleh itu bertepatan dengan cerita lisan orang-orang tua keturunan penduduk
awal Bagan Tambang dan Bagan Belat bahawa terdapat Kampong Aceh
dan Kampong Pulau Kedah seperti lakaran Encik Nazar itu.
Bagan bermaksud Pengkalan
atau Jeti . Bagan Tambang menjadi Pelabuhan penting
satu masa lampau sebagai tempat pengkalan bertolak melalui jalan laut
dari tanah
besar Seberang Perai ke Pulau Pinang atau Tanjong@ Tanjong Penaga yang baru
dibuka oleh Francis Light pada 1786. Namun lebih awal sebelum itu semasa
Pelabuhan
Batu Uban yang telah wujud sejak 1730an terdapat perhubungan penting diantara
Batu Uban dan Bagan Tambang kerana kebanyakan penduduk awasl Bagan
Tambang dan Bagan Belat adalah berasal dari Aceh dan Batu Bara,Sumatera.
Bagan Tambang
menurut ceritanya dibuka oleh tiga orang saudagar dari
wilayah Batu Bara, Sumatera Timur yang berniaga pinggan mangkuk.
Dimana ketika itu juga Wilayah Batu Bara adalah sempadan terakhir
dibawah kekuasaan Kesultanan Empayar Aceh Darussalam.Batu
Bara juga merupakan Bandar pelabuhan yang sibuk sebelum wujudnya
Medan, Batu Bara juga menjadi jalan keluar bagi penduduk
Sumatera Utara seperti dari Deli,Serdang,Binjai,Langkat dan
termasuk dari tanah Minangkabau dan Padang dari Sumatera
Barat .Penduduk Aceh juga banyak berasal dari wilayah Pidie dan
Lhokseumawe di Aceh Timur
Gambar kiri Pokok Asam Jawa yang
masih ada dibelakang kedai terbiar Gambar Kanan Hujung Jalan Tunku Putra di
Bagan Tambang Rumah yang kelihatan dulu pada 1960an adalah tapak rumah
Persinggahan YAB Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj
Gambaran Pantai
Bagan Tambang pada 1953 dimana aktibiti jualan ikan secara Bisik-bisik
dihadapan kedai tepi laut.Kawasan ini telah dihakis laut garispantai
sekarang berada hampir dengan Pokok Asam di hujung Jalan Tunku Putra.
Begitu juga
Permatang Kucing sekarang ini adalah berasal dari nama
Permatang Ku Chin @Chen atau singkatan dari Nama Tengku Hussain
atau Chen @Chin dipercayai adalah peneroka awal Kampong Permatang
Kucing ini serta terdapat cerita seperti lakaran En Nazar bahawa terdapat
Sungai Tengku Chen yang menjadi jalan perhubungan awal dari Telok Air
Tawar dan Pelabuhan Bagan Tambang ke kawasan pendalaman ketika itu
ke Pekan Darat, Permatang Tok Bidan,Permatang Sungai Dua,Pokok Sena
dan Tasek Gelugor melalu jalan yang dikenali sebagai Batas Tok Akil.
Peperangan Kedah
Siam 1821-1842 telah meninggalkan kesan besar kepada
pembukaan penempatan awal di sekitar Penaga dan Telok Air Tawar serta
Pekan Darat Wujudnya Nama -nama tempat seperti Pulau Kampong Kedah
yang telah dihakis laut seperti Kampong Aceh juga ,begitu juga kampong
Setol dimana penduduknya berasal dari Setol dalam Negara Kedah pada
masa itu. Permatang Ku Chin telah menjadi kawasan Lapangan Terbang TUDM
sekarang ini dimana dulunya adalah kampong awal penghijrahan penduduk
dari Kedah semasa peperangan Kedah Siam tersebut. Pulau Kampong
Kedah dipercayai sebagai tempat pendaratan awal pelarian dari
Kedah,Setol dan Patani yang kemudiannya telah berhijrah ke kawasan lebih
ke darat untuk mencari perlindungan dan penempatan baru serta membuka
tanah-tanah sawah di Penaga,Permatang Pak Maras,Permatang Tok Gelam,
Permatang Pak Elong,Permatang Tok Loba, Permatang Tok Sadan,
Permatang Sintok,Lahar Tabot,Permatang Berah,Pekan Darat dan Permatang
Bogak. Nama–nama penghulu atau ketua-ketua keluarga digunakan kekal sebagai
nama kampong pada hari ini . Ketua keluarga atau pemimpin tempatan yang
datang semasa perang Kedah-Siam ini membawa kaum keluarga masing-masing
dikatakan kebayakan berasal dari Kuala Kedah,sekitar Alor Setar Kubang Pasu ,
Pendang,Yan dan juga dari Setol dan Patani
Mengikut
Cikgu Yusof Abait yang moyangnya tinggal di Permatang Ku Cin dulu
bahawa terdapat Pondok Pengajian agama yang didirikan oleh Syeikh Yasin
yang terkenal dengan pengajian Tarikat Naqsyabandiyah menjadi tumpuan
penduduk tempatan dan ada yang datang dari Patani,Sumatera dan negeri-
negeri Tanah Melayu ketika itu.Namun pada awal 1900 bila pihak Inggeris
membina lapangan terbang maka penduduk disitu telah berpindah dan
diberi ganti tanah di Lahar Yooi ,Jarak dan Padang Cempedak sekitar
kawasan Tasek Gelugor sekarang ini selaras dengan pembukaan ladang
getah pada masa itu oleh Malakof Estate.
Manakala Bagan
Belat pula mendapat nama dari banyaknya nelayan
mengusahakan belat atau kelong menangkap ikan ,dimana Bagan belat
merupakan kampong nelayan yang terbesar disini satu ketika dulu
dalam perusahaan menangkap ikan untuk dibekalkan kepada penduduk
sekitar ,pendalaman Seberang Perai dan juga dijual ke Pulau Pinang.
Kemahiran menyelam sehingga lebih 15 minit untuk menanam kayu
cerucuk tiang-tiang belat di tengah laut tanpa menggunakan alatan moden
seperti hari ini adalah satu yang luar biasa dan sangat menakjubkan,
Orang handal begini seperti namanya Pak Lah Tuli yang terlalu banyak
menyelam hingga pendengarannya terjejas. Orang-orang lama seperti
Tuan Hj Hussain Sembilang Karang adalah nama yang handal dalam
merekabentuk dan membuat belat tersebut Kepakaran membuat belat
dengan teknik penangkapan yang handal ini mendapat perhatian
nelayan luar termasuk pengusaha dari Tasala Nakhonsitammarat,
Thailand dimana ada nelayan di Bagan Belat ini pada masa Zaman Jepun ,
Perang Dunia Kedua 1941-45 telah di jemput kesana oleh Pengusaha
di Tasala itu berhijrah untuk memulakan perusahaan membuat belat disana
kerana mereka tiada kepakaran dalam hal ini. Fenomena hakisan telah
berlaku sejak lebih 150 tahun lalu sehingga ke hari ini dikawasan Bagan Belat,
Bagan Tambang ini seperti yang diakui oleh penduduk tempatan dalam
perbincangan sempena lawatan kerja YAB Ketua Menteri Pulau Pinang
pada 7 Jun 2012 lalu. Oleh itu terdapat kampong Aceh satu masa dulu
dan Surau Hj Mohamad Taha seorang alim dari Batu Bara yang telah
membuka pondok pengajian agama di Bagan Belat .Namun sekarang
ini telah tiada surau asalnya telah dihakis laut.Pada 1970an masih ada
kesan kolah dan bangunan tandas yang diperbuat dari Batu serta Kepingan
batu granite dan jubin berwarna merah perang yang diperbuat dari
tanah liat disekitar Bgan Belat berhadapan rumah Pak Saad Kontong yang
masih ada tapaknya sekarang ini serta Telaga Tuan Haji Mohamad Taha
yang telah tinggal terbiar dalam semak di kampong Bagan Belat.
Telaga atau Perigi itu masih elok binaannya namun perlu dipulihara
semula.Surau Hj Mohamad Taha telah dipindahkan ker Pekan Baru
dan masih ada sehingga hari ini.
Tanah Perkuburan
disekitar Masjid Bagan Belat ,dimana sebahagiannya telah
dihakis laut. Penerokaan dan penempatan awal penduduk Bagan Belat dapat
di seliki lebih lanjut dari penduduk disekitar Masjid Bagan Belat yang memiliki
tanah dan rumah-rumah tradisional seperti Rumah,kepunyaan Allahyarham
Tuan Hj Hashim Itam atau Hashim Kerani,Rumah Khalid Penghulu dan Rumah
Cikgu Che Amah.Mereka ini dikira intelek dan golongan cerdik pandai
Melayu awal yang menduduki jawatan penting kerajaan di” Zaman
Orang Putih” ia –itu sekitar 1950an .Mereka ini nenek moyangnya peneroka
awal sezaman dengan Hj Mohamad Saman,Tuan Hj Mohammad Taha,
Tok Meriam/Maryam,Tok Abdullah
(Tok Lah Tuli).
Gambar Atas
Surau Tuan Hj Mohammad Taha yang dibina pada 1870 dipindah dari Bagan Belat ke
tapak sekarang di Kampong Pekan Baru
Gambar Kiri Rumah Hashim Kerani
di Bagan Belat yang perlu pemuliharaan Gambar kanan Telaga Tuan Hj Mohammad
Taha 1875 yang masih ada terbiar
Gambar pada 1992 -
Pantai Bagan Belat ,pandangan kearah Pulau Pinang- Beting-beting pasir yang
jauh kelihatan dipercayai sebagai tapak kesan Pulau Kampong Kedah dan Kampong
Aceh yang telah dihakis laut lebih 150 tahun lalu
Nama Kuala
Bekah juga memberikan pengertian yang selaras dengan kedudukan
geografi sungai dan kuala sungai seperti yang dilihat dalam lakaran
diatas.Kuala
bermakna Bahagian terakhir sungai yang mengalir bertemu laut,manakala
Bekah
dalam loghat tempatan bermakna Pecah atau Retak, jadi bila dilihat bentuk
sungai mengalir diutara Penaga menuju ke laut maka ia telah terpecah dua atau
terbahagi dua kuala ,maka lalu disebut orang Kuala Bekah. Kuala Bekah
sangat penting kerana merupakan laluan masuk ke Pekan Penaga yang
menjadi “Bandar” penting pada suatu masa dulu dari segi pusat pentadbiran
Inggeris dan penempatan penduduk awal di Seberang Perai Utara terutamanya
mereka yang datang dari Kedah ,Setol dan Patani melalui jalan
laut.Melalui
jalan darat pula pekan ini mempunyai rangkaian jalan darat jalan kereta
kuda dan kereta lembu ke Permatang Bendahari di utara,Lahar Ikan Mati
atau Kepala Batas di Timur dan Telok Ayer Tawar ke Selatan melalui
Kuala Bekah juga. Ada diberitakan oleh seorang penduduk tempatan Encik
Mohd Zain bin Md Saman yang berasal dari Permatang Pak Maras mengatakan
bahawa Francis Light pernah memasuki Penaga melalui Kuala Bekah semasa
dizaman awal pembukaan Pulau Pinang lagi.En Mohamad Zain juga ada
menyimpan duit syiling lama dan pernah membuka kedai barangan antik
di Pekan Penaga pada 1990an. Penempatan disekitar Penaga menjadi
semakin ramai semasa Peperangan Kedah Siam 1821 hingga 1842 dimana
banyak kampong dan permatang telah diteroka dan hutan paya telah di
usahakan
menjadi sawah-sawah padi atau mengikut istilah tempatan sebagai bendang.
Banyak penulisan dalam sejarah Kedah menceritakan bahawaketika itu
pelarian-pelarian perang telah mendirikan kemah-kemah dan bangsal
sementara
disini sebelum meneroka membuka penempatan penempatan dan kampong -
kampong baru.Sehingga hari ini ada kampong berdekatan Masjid Penaga
yang dikenali namanya sebagai Kampong Baru Penaga.
Rumah Allahyarham Tuan Hj Abdul Kadir JP,diantara rumah
warisan
yang masih elok di Jalan Penaga ke Telok Air Tawar
Penaga pula
merupakan penempatan awal sezaman dengan Telok Air Tawar
dan Pelabuhan Telok Penambang seperti ditunjukkan dalam Peta lama
Province Wellesley 1920 ; Bahawa telah wujud perkampongan ini dizaman
Francis Light lagi meski pun tarikh yang tepat belum diketahui.Nama Penaga
diambil dari sejenis Pokok Penaga Laut atau nama sintifiknya
Callophyllum inophyllum memang tumbuh ditepi pantai pasir
laut,
dulu memang terdapat banyak pokok Penaga Laut ini di Pantai Kuala
Bekah sekitar 1960an.
Pokok Penaga laut nama botaninya Callophyllum
inophyllum
Begitu juga di
kawasan pantai sebelah kanan muara sungai Lahar Endin
terdapat banyak Pokok Kedangsar bersama pokok hutan paya laut yang lain
seperti Bakau,Api-api dan Kedabu.Pokok Kedangsar adalah sejenis pokok
palma yang satu-satunya spesis sejenis dengan korma yang tumbuh berasal
dari
hutan kita di Malaysia ini terutamanya di hutan paya laut kawasan Muara
Sungai Muda,Merbok dan Sungai Perai selain dari sungai-sungai kecil di
Sungai Abdul,Sungai Lahar Endin, Sungai Tembus di Seberang Perai Utara ini.
Uniknya kita mempunyai sejenis "Pokok Korma" yang tumbuh
dikawasan
paya laut yang kita panggil Kedangsar .
RUJUKAN
1) Ahmad Nazar b Hussain (Ahli
Perniagaan/Kontraktor) -
No 610 Bagan Belat, Telok Ayer Tawar 13050 Butterworth ,S
Perai Utara
Temubual saya dengan beliau pada 12/01/2014
2) Hussain b Yusop ( Guru bersara)
- ,No. 610 Bagan Belat,
Telok Ayer Tawar 13050 Butterworth, S Perai Utara Temubual
saya dengan beliau pada 12/01/2014
3) Baharom b Hassan (Ahli
Perniagaan) Kampong,Pekan Baru,
Telok Ayer Tawar, 13050 Butterworth, S Perai Utara
4) Nasir b Hassan
(Guru) , Kampong Ptg Tok Bidan, 13050
Butterworth, S Perai Utara
5) Yusof b
Abait,(Guru Pesara) Kampong Permatang Bertam,
13200 Kepala Batas
6) Tuan Hj Yusof b
Ayob,Kampong Padang Cempedak,
Tasek Gelugor,SPU
7) Omar Hj
Hashim , (2006), Mengenalpasti Puncak-puncak dalam
Sejarah Seberang Perai dan Kepentingannya kepada Sejarah
Malaysia.
Kertas Kerja Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai
Kemana
Hala Tuju?
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia,29-30/5/2006
m.s 58-59
8) Dr
Mahani Musa. (2006), Sejarah Seberang Perai pembentangan Kertas Kerja
dalam Kolokium Pulau Pinang ke-2 :Seberang Perai Kemana
Hala Tuju?
Universiti Sains Malaysia,29-30/5/2006 m.s
37-47
9) Md Zain Abdul
Aziz -Temubual saya dengan beliau di Penaga pada
18/06/2006.En Md Zain juga adalah AJK Persatuan Sejarah
Kepala Batas.
10) Dr Mohamad Isa Othman
-Politik Tradisional Kedah 1681-1942 DBP 1990
11) Md Noor
Salleh,Abd Salleh,.1998 -Islam di Kedah Darul Aman dalam
Pengaruh Islam Dalam Pemberontakan
Kedah,1821-1842:Dokumentasi
Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua
12) Hj Fadzil b Hj Hashim
(Pesara Keretapi Tanah Melayu-KTM)
3996 Kg Lahar T
abot,Penaga,Seberang Perai Utara
13) Hj Abd
Rahman Baharudin (Guru)- temu bual pada 18/12/ 2003
Jalan Padang Benggali,Telok Air Tawar
14) Hjh. Rahanah bt Hassan
- di 3996 Lahar Tabot,Penaga,SPU
15) Saad b
Said (Lahir 1946),umur 91 tahun (2014) Pesara Polis
No 813 Mukim 7, Jalan Bagan Belat ,Telok Air Tawar, 13050
Butterworth ,
Seberang Perai Utara – Temubual saya dengan beliau pada
9/02/2014
16)Sudin b.
Saad -. temubual pada 2/6/2005 di Pekan Baru,Telok Air Tawar
pada 25.6.2006
17)Dahalan
Fazil dlm Sejarah Tapak Warisan Seberang Peraihttp://dlan6658.blogspot.com
18)inophyllumhttp://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/plant/calophyllum.html
19)http://fazlisyam.com/2010/03/18/pokok-bintagor-laut/
4
View comments
" KOTA AUR ADALAH IBU
NEGARA KERAJAAN LANGKASUKA DI ZAMAN SERI WIJAYA PADA TAHUN 1,000 MASEHI YANG
LALU ".......Satu kajian mendalam perlu dilaksanakan demi memelihara
Sejarah Warisan Ketamadunan yang semakin hilang.......
0
Add a comment
SEJARAH KOTA AUR DAN KEPENTINGANNYA
1) Sejarah Kota Aur @ Kota Ok
........Ada pun akan Maharaja Maha Dewa itu apakala telah
ramai pendudok disuatu tempat maka ia hendak membuka dan meramaikan sesuatu
tempat lain.Oleh yang demikian bermuafakatlah baginda dengan segala
menteri2-nya.Satelah putuslah muafakat itu baginda pun membangunkan sa-buah
kota tanah disebelah hilir,serta di-tanam buloh2 disakeliling-nya,dan diatas
kota itu diperbuatkan tiga pintu gerbang ,serta di-dirikan istana dan balai penghadapan
di-dalamnya. Dan lagi,banyak-lah rumah2 didirikan disekeliling kota tanah itu.
Ada pun istana dan balai itu di-perbuat daripada kayu dan
dihias dengan awan mengawan (ukiran kayu selalunya ditempatkan di-jenang pintu
dan tingkap di-rumah2 Melayu.) sogek-menyogek(jenis ukiran) dan alat2 perhiasan
lain yang dibuat oleh orang2 Melayu pada zaman itu.Hatta,tiada berapa lama
siaplah kota itu dan dinamai Kota Ok (Kota Aur).Maka pada hari yang baik
Maharaja Maha Dewa dengan sakalian isi istana-nya pun berangkat pergi
bersemayam di Kota Ok.Maka tetap-lah Maharaja Maha Dewa bersemayam di Kota Ok
memelihara segala raayat isi negeri.
Ada pun Maharaja Maha Dewa itu ada mempunyai tiga
putera.Yang tuha-nya sa-orang laki2 bernama Maha Karna dan yang dua lagi itu Maha
puteri (perempuan)
Hatta, dalam hal yang demikian Maharaja Maha Dewa pun
jatoh gering,dan gering baginda itu makin sa-hari menjadi semakain berat.
Dengan kehendak Tuhan Yang Maha Kuasa maka Maharaja Maha Dewa pun meninggal
dunia dan di-layankan oleh segala menteri2 penggawa mengikut adat pada masa
itu.Sa-telah itu bermuafakatlah segala menteri2 mengangkat paduka anakanda
baginda Maha Karna menjadi raja menggantikan ayahanda baginda yang telah hilang
itu.Baginda diatas takhta bergelar Seri Maharaja Karna di-Raja.Maka tetaplah
Seri Maharaja Karna di-Raja menjadi raja bersemayam diatas takhta kerajaan wang
istana Kota Ok.memerintah negeri Qalha dengan segala menteri2 penggawa-nya.
Rujukan - Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah ms 12-13.
2) Kota Aur
- Pusat Pentadbiran / Ibu Negara
Kerajaan Langkasuka
·
Ketika Langkasuka dibawah naungan
dan sebahagian dari Kerajaan Ser iWijaya
Kota Aur
menjadi Pusat Pentadbiran.
Kemaharajaan
Sriwijaya telah ada sejak 671 sesuai dengan catatan I Tsing, dari prasasti
Kedukan Bukit pada tahun 682 di diketahui imperium ini di bawah
kepemimpinan Dapunta Hyang.
Di abad ke-7 ini, orang Tionghoa mencatat bahwa terdapat dua kerajaan
yaitu Malayu dan Kedah menjadi bagian kemaharajaan Sriwijaya
Di
akhir abad ke-8 beberapa kerajaan di Jawa, antara lain Tarumanegara dan Holing berada di bawah kekuasaan Sriwijaya. Menurut
catatan, pada masa ini pula wangsa Sailendrabermigrasi ke Jawa Tengah dan berkuasa disana. Di abad
ini pula, Langkasuka di semenanjung Melayu menjadi bagian kerajaan.[2] Di masa
berikutnya, Pan Pan dan Trambralinga, yang terletak di sebelah utara
Langkasuka, juga berada di bawah pengaruh Sriwijaya.
Sebelum itu Kuala Perlis dan Kuala Kedah belum wujud
malah Kuala Kedah digelar pada masa itu sebagai Kuala Bahang. Kuala Bahang
mempunyai kubu yang kuat dan digelar sebagai Gerbang Kacapuri yang
sering digunakan oleh kerajaan Kedah dan tentera Sri Wijaya sebagai benteng
pertahanan. Pelabuhan Melaka pada masa dahulu ialah merangkumi dari Kuala
Perlis hingga ke Kota Aur di Lembah Bujang Merbuk, Kedah.
http://mindaahad.wordpress.com/2010/09/22/sri-wijaya-kerajaan-islam-yang-disepikan/
3)
Kota Aur ketika itu lebih besar dari kampong kota Aur sekarang dimana termasuk
Rantau Panjang sekarang
Kajian oleh USM ???
4) Kepentingan
Kota Aur dalam kajian arkeologi Lembah Bujang
The
development of its research after 1985 was less active because of budget
problems but a series of explorations was still being carried out by
archeologists, especially those from Bujang Valley Archeological Museum,
Merbok, Kedah. The focus of their research was given to the corridors of Sungai
Muda. Sungai Simpor, Sungai Terus and Sungai Merbok.
The
operation was also carried out on a few islands in the Straits of Malacca, such
as the Islands of Sayak, Bidan, Telor, Songsong, Bunting and Tukun Terendak.
This effort confirmed Kampong Sireh and Simpor Tambang as an auxiliary port
besides the main port of Sungai Mas, which was a coastal port.
The
distribution of ruins at Seberang Perai, Penang, just as at Guar Kepah, Kota
Aur and Rantau Panjang and artifacts of broken ceramics found in those islands
were important data of high value. At the same period, 1986 - 1991, the Bujang
Valley Archeological Museum, with the cooperation of students and lecturers from
the History Department of the National University of Malaysia (UKM), carried
out excavation projects at the Temple Complex of Bujang Valley, especially at
site 23. Six temples could be found in this complex, which comprised an area of
3.5 hectares. The excavation was carried out to find the data on density and
the diversity of artifacts for comparative studies with Sungai Mas.
0
Add a comment
TAPAK WARISAN SEJARAH KERAJAAN LANGKASUKA
DI KAMPONG KOTA AUR DAN RANTAU PANJANG
,SEBERANG PERAI UTARA
Semasa lawatan saya ke Kampong Rantau Panjang dan Kota Aur pada 28 Julai
2013 yang lalu di dapati dibelakang rumah En Azli b Ahmad di Kampong Rantau
Panjang,Seberang Perai Utara masih dapat dilihat kesan-kesan peninggalan
semacam binaan kota dimana di sebahagian Tapak Runtuhan Kota Aur yang masih
dapat dilihat batu-batu besi laterite yang berlubang -lubang tersusun secara
mendatar setinggi 1-1.5m dari paras tanah masih kelihatan dalam keadaan
baik,diatasnya masih terdapat rumpun buluh yang kelihatan berpuluh tahun
umurnya atau lebih lama dari itu mungkin ratusan tahun telah sedia ada
disitu sejak kampung ini ada lagi demikian menurut seorang penduduk asal kampong
ini Tuan Haji Mad Jahaya b Mohammad atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah Man
,beiau juga mengatakan peninggalan binaan tersebut adalah asal dari kerajaan
Kedah Tua . Katanya Kedah Tua itu bermula disini Batu-batu yang terdapat itu
sama seperti yang ada di tapak candi Permatang Pasir,Tikam Batu ,Kedah.
Menurut Encik Azli bahawa pihak Jabatan Muzium dan USM pernah beberapa kali
datang melawat tapak ini untuk dibuat pengambilan sebagai tapak sejarah namun
kerana ketiadaan bajet usaha itu terhenti begitu saja.Pihak Muzim juga beberapa
tahun lalu telah datang mengambil beberapa artefak ditapak ini diantaranya
adalah tangga batu granite saiz 2 tingkat anak tangga yang terletak di runtuhan
kota yang sedia ada di belakang rumpun buluh tersebut.Sebahagian tapak katanya
terletak dalam hak milik Majis Agama Islam Pulau Pinang sebagai rezab tanah
kubur disamping sebahagiannya lagi hak milik persendirian. Tanah perkuburan
disebelah tapak benteng kota juga terdapat batu nisan yang lama dan yang
baru.Mengikut penduduk tempatan semasa menggali kubur kadang kala terjumpa
pecahan-pecahan pinggan tembikar lama.
Batu-batu laterite seperti di Kampong Rantau Panjang juga terdapat di
sekitar rumah Tuan Hj Ahmad Yatim Kota Aur.Menurut Tuan Hj Ahmad Yatim yang
saya temui lima tahun lalu bahawa masih terdapat lapisan dan susunan batu
sedemikian tertimbus dalam tanah dimana pihak Muzium Lembah Bujang dan
Penyelidik dari Universiti Malaya pernah membuat penggalian dan kajian suatu
ketika dulu.Kesan peninggalan juga pernah ditemui di sekitar seratus meter dari
masjid Kota Aur kejalan menuju Rantau Panjang yang sekarang ini telah menjadi
sebahagian sawah padi dan jalan tar, dimana menurut Tuan Hj Khalid Imam Masjid
Kota Aur bahawa sebelum pembinaan jalan raya tar ,dulu terdapat batu-bata tapak
kediaman yang dikatakan tapak rumah Raja dulu-dulu. Di kampong belakang masjid
juga terdapat tapak kubur lama yang penting dari segi peninggalan sejarah
disini namun telah terbiar dan semakin hilang oleh kerja-kerja pembangunan oleh
penduduk tempatan sendiri.
PETA KEDUDUKAN KG KOTA AUR DAN RANTAU PANJANG
DI DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Rujukan
1) Encik Azli b Ahmad Kampong Rantau Panjang,
Penaga ,Seberang Perai
Utara
2) Tuan Haji
Mad Jahaya b Mohammad
Rantau Panjang,Penaga ,Seberang
Perai Utara
3) Tuan Hj Khalid Imam Masjid
Kota Aur
CERITA LISAN
TEMPATAN BERKAITAN
- Pengangkutan dulu jalan sungai ,dari hulu berakit yang dibuat
dari sejenis buluh,buluh duri
·
Buluh
yang terdapat ditapak ini yang telah sedia ada tumbuh atau ditanam adalah jenis
buluh sigai bukan buluh duri.Sigai berguna untuk kerja-kerja memanjat/menaiki
pokok-pokok tinggi seperti untuk mengambil madu lebah dan petai
·
Di
Rantau Panjang dulu terdapat seorang bernama Tok Mad Nyior seorang kaya yang
membeli kelapa dari penduduk tempatan ,kelapa dikupas dikumpulkan dan dikandar
dengan tenaga manusia dibawa ke Kampong Lahar Minyak sejauh 2-3 kilometer dari
sini dijual kepada pedagang yang datang membeli dan mengangkut kelapa ini
dengan kereta lembu untuk dibawa ke Permatang Tok Labu,Penaga dan sebagainya
untuk dijual kekilangkilang membuat minyak kelapa.
·
Tok
Mad Nyior adalah seorang kaya dan berpengaruh dikira sebagai salah seorang
pemimpin tempatan serta mempunyai peranan sebagai penyampai berita-berita
terbaru dan pemaklum sesuatu perkara misalnya pengumuman hari raya,permulaan
puasa ,kedatangan sesuatu musibah atau ancaman.untuk tujuan itu beliau akan
meniupkan alat tetuang yang diperbuat dari tanduk kerbau dimana akan
mengeluarkan bunyi kuat sehingga dapat didengar oleh seluruh penduduk. Alat ini
mungkin masih disimpan oleh waris kelurganya ,cucunya Che Mie.
·
Berkaitan
seorang Raja Zaman Langkasuka yang mengorek terusan untuk mengubah aliran
sungai Muda yang dulu hilirnya di Kuala Merbok dialihkan ke Kuala Muda seperti
sekarang,Penduduk tempatan, Pak Ngah Man berpendapat perubahan aliran dan
korekan itu terletak di dekat titi lama Carok Bemban dibelakang kilang
padi di Permatang Pasir,Tikam Batu sekarang ini.
·
Tuan
Haji Mad Jahaya b Mohammad @ Pak Ngah Man 71 tahun Rantau Panjang,
Penaga
,Seberang Perai Utara katanya bahawa Datoknya berasal dari Jawa Timur
dimana Datoknya bernama Tok Aris yang dating dua beradik membuka penempatan di
lorong Jawa,Permatang Tok Labu kira-kira lebih seratus tahun lalu.
·
En
Zainal dari Sungai Petani kawan En Azli adalah seorang ahli sejarah tempatan
yang dulunya bertugas dengan penyelidik En Kamaruddin ,Jabatan Muzium,di Sungai
Mas ada maklumat yg mungkin dapat membantu info sejarah Kota Aur,katanya beliau
ada Blog Minda Ahad rujuk Kota dan Khazanah Melayu yang dimusnahkan
0
Add a comment
GUAR
KEPAH TAPAK “WARISAN DUNIA” YANG SEMAKIN HILANG
Pulau Pinang telah diisyhtiharkan pada 7/7/2008 oleh UNESCO sebagai
Tapak Warisan Dunia melalui Pewartaan Bandaraya George Town atau nama asalnya
Tanjung Penaga …lalu Pulau Pinang atau Penang semakin dikenali dunia….lantaran
itu kenapakah Tapak-tapak warisan yang lain yang penting dari segi Warisan
Arkeologi Malaysia kalau tidak dunia masih terbiar sepi tanpa usaha yang serius
untuk menonjolkannya sebagai Tapak Warisan Arkeologi Malaysia selain Kota
Tampan di Perak dan Lembah Bujang…..
Tahukah anda bahawa di Guar Kepah Guar Kepah yang terletak di Seberang
Perai Utara ,Pulau Pinang kira-kira 5 km dari Pekan Kepala Batas …juga
menyimpan satu khazanah sejarah penempatan manusia 5,000 tahun lalu
…yang dikenali dalam Peta Arkeologi Dunia…..Lalu persoalannya
kenapa 37 Rangka manusia “Seberang Perai man’s ” ini masih
tersimpan di di National Natuurhistorisch Museum ,Leiden, Belanda tanpa ada
sebarang usaha membawa balik rangka-rangka manusia ini…mungkin tidak semua tapi
beberapa rangka atau “satu orang” pun sudah cukup jika boleh….selainnya boleh
dibuat Replika….lalu dapatlah ditempatkan di “Galeri Arkeologi Guar
Kepah” yang sepatutnya telah lama dibina….malang bagi Aset Warisan
Seberang Perai Pulau Pinang ini….
Jadi apakah tindakan yang sewajarnya dilaksanakan untuk mempertahankan
tapak warisan ini……..
·
Mewartakan
·
Membangunkan Galeri Arkeologi Guar Kepah
- Usaha membawa
balik Rangka manusia Guar Kepah dari Muzium Natyral History Leiden
,Belanda
·
Kerja-kerja Pemuliharaan yang berterusan
·
Kerja-kerja Carigali yang berterusan
·
Bangunkan tapak ini sebagai
Archeo-Tourism untuk faedah pembangunan local
·
Salah satu hentian tarikan dalam
“Heritage Trail”
·
Apakah Gambar Lukisan artis impression
tamadun dan kehidupan manusia guar kepah ini di Persisran Laut Kuala Sungai
Muda …dimana Kuala Sungai Muda 5,000 tahun dahalu adalah di sekitar tapak Guar
Kepah sekarang ini
·
Kajian Sejarahnya dan kaitannya dengan
lahirnya Tamadun di Lembah Bujang,Kerajaan Langkasuka dan Gangga Negara
misalnya….???
·
Adakah manusia Gura Kepah ini telah
mendiami Lembah Bujang….Langkasuka Kedah hingga Patani melalui laluan Sungai
Muda???
·
Dari segi sejarah tempatan…..bagaiman
wujudnya nama kampong Bakar Kapor Penaga???? Adakah kulit kepah yang
begitu banyak telah dimenafaatkan oleh penduduk tempatan di Kamp[ong Bakar
Kapor…Kepah dibakar dan diproses menjadi kapor untuk makan dengan sireh…lalu
perusahaan itu dibuat dikampong Bakar Kapor..kulit kepah dibawa dari guar kepah
ke kampong Bakar Kapor melalui Sungai Tembus
Sungguh menarik persoalan ….Guar Kepah
ini yang masih banyak misteri belum terungkai………………….
SEJARAH DAN WARISAN SEBERANG PERAI - SATU TINJAUAN
PENEMUAN ARKEOLOGI BERSEJARAH
Petikan dari…..dlan6658.blogspot.com
….Sejarah dan Warisan Seberang Perai boleh kita mulakan dengan penemuan
penting dan paling awal adalah berupa artefak peninggalan timbunan kulit kepah
dan kerang yang berbentuk bukit kecil atau “Guaq” di Guar Kepah pada 1860 dan
1863. Menurut kajian Arkeologi terawal oleh Pengakaji Barat ,Inggeris dan
Belanda bahawa Penemuan rangka-rangka manusia,peralatan memburu ,periuk tanah
dan tulang-tulang rusa di Guar Kepah membuktikan wujudnya masyarakat manusia
purba berusia 5,000 tahun lalu..Mereka ini mendiami pesisiran pantai laut dan
bergantung hidup kepada memburu binatang dan mendapatkan makanan dari laut
terutamanya kepah.Namun sayang sekali tiada apa yang dapat dilihat di Guar
Kepah sekarang ini kecuali yang tinggal sedikit busut dan lapisan-lapisan
timbunan-timbunan kulit siput dan kepah ditanah persendirian yang tidak
diwartakan . Bermakna jika kita hendak melihat artefak peninggalan manusia
“Seberang Perai Man”5,000 tahun lalu di Guar Kepah ini kita kena pergi ke
Natural History Museum di Leiden,Belanda.Hal ini telah dijelaskan dengan menarik
oleh Oleh Prof. Madya Mokhtar Saidin,USM dalam Kertas kerjanya bertajuk
Arkeologi Seberang Perai Semasa Kolokium Pulau Pinang ke 2 , 29-30/5/2006 yang
lalu……
Diantara Artifak yang ditemui di Guar Kepah
GAMBAR TAPAK GUAR KEPAH YANG
DIAMBIL PADA 2007
Timbunan Kulit Kepah yang
berlapis-lapis tersusun dengan padat masih dapat dilihat disini
Guar Kepah atau Timbunan Bukit Kecil Kulit-kulit kepah yang
masih ada setinggi 3-4 kaki
sahaja yang asalnya disini terdapat dulu nya timbunan
atau guaq setinggi 18 kaki
Beberapa Fakta Guar Kepah
· Dulunya terdapat 3 Timbunan Cangkerang/siput
setinggi 6 meter Peninggalan
Zaman Pra Sejarah Tamadun Awal manusia
Seberang Perai 5,000 tahun lalu.
Penemuan 37 rangka manusia,tulang-tulang
rusa,alat-alat memburu,tembikar.
Semuanya disimpan di National
Natuurhistorisch Museum ,Leiden ,Holland. (Dr
Mokhtar Saidin ,USM)
· Penemuan oleh Archeologist Earls(1861)Prof
Thomas Henry Huxley 1860,1863
· Heritage Thursday, August 23, 2001 A lost heritage - IN 1860, SKULL debris was found in shell-heaps 16km
from the mouth of Sungai Muda in the area now known as Seberang Prai, Penang.
Further indication of the early settlement of the area was revealed when a
jawbone was found in a shell-heap at Guak Kepah, also in Seberang Prai, in
1934. In 1863 the skulls were pronounced by the great Prof Thomas Henry
Huxley to belong to the Australo-Melanesoid race; in 1940, an eminent Dutch
scientist identified the jawbone as belonging to the Palae-Melanesian type
still persisting in New Caledonia and the Loyalty Islands today.
SIPUT KEPAH NAMA GUAR KEPAH DIAMBIL…GUAR ATAU GUAQ DALAM LOGHAT
UTARA ADALAH TANAH TINGGI SEPERTI BUKIT KECIL ATAU GON.
Berikut beberapa petikan dari pelbagai sumber dalam internet
dan website tentang
Guar Kepah yang menjadi isu arkeologi,sejarah dan
budaya di peringkat tempatan ,nasional malah diperingkat antarabangsa
INTERNATIONAL
CONFERENCE ON PENANG IN THE MALAY WORLD
Universiti
Sains Malaysia (USM) together with Universiti Teknologi Petronas (UTP) and the
Malay History and Heritage Association Penang (PEWARISAN) is organising the
International Conference on Penang in the Malay World on 19 - 21 November 2012.
The
opening will be officiated by the Vice-Chancellor, Prof Dato’ Omar Osman on
Monday, November 19, 2012, at 10.00 am at USM Hamzah Sendut Library 1 Penang.
Also
held at the same event was the launching of the book and website on Penang
Malays. Upon the opening, there will be a keynote address titled “Penafsiran
Data Arkeologi Lembah Bujang: Dari Prasejarah Seberang Perai kepada Kerajaan
Chieh-Cha (Kedah Tua/Kadaram/Kidaram/Kataha)” by Prof Dato’ Nik Hassan Shuhaimi
Nik Abdul Rahman.
Also
discussed are the (translated titles) Adaptation and Evolution of the Maritime
Society in Guar Kepah, Seberang Perai; Information on the Marginalised
Indigenous Malay World; Memories of the Early Names of Penang; Language and
Community National Identity in Penang in the Malay World; History and Heritage
of Penang Malays: Forgotten Facts and several interesting presentations by
scholars from Malaysia and Indonesia.
There
will also be an exhibition on Penang in the Malay World from 19 - 30 November
2012 at the Hamzah Sendut Library 1 exhibition space that will be opened for
free public viewing.
It is
expected that 200 participants will attend the conference.
For
further information, please contact the Secretariat of the International
Conference on Penang in the Malay World, 04-6532047/013-9541728.
Guar Kepah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerja-kerja eskavasi sejarah telah dilakukan oleh Van Stein Callenfels
pada 1934-1936 telah menemui bukti-bukti kehidupan Orang Aslisuku Semang seperti tulang manusia, sisa
makanan, serpihan seramik, alatan batu dan sebagainya. Mereka mengkaji terusan
di Leher Ikan Mati Lagoon dan Sungai Mudah pada April 1860.Kawasan ini ,
orang Melayu menjalankan kegiatan
penanaman padi sawah. Kampung Lahar Ikan Mati terletak di selatan Kampung
Permatang Tiga Ringgit di Paya Keladi dekat Sungai Muda.
Kajian ini mendapat geran/biaya dari kerajaan Negeri Selat dan kemudian daripada
Carnegie Corporation , New York . Pada masa yang sama , Van Stein Callenfels
turut mengkaji Gua Kerbau Perak dan Gua Lawa, Jawa.
Ia menjadi petempatan awal manusia terawal. Sejarah manusia purba ini
dikaitkan dengan manusia Hoabinhian. Hoabinhian ditemui diVienam, Thailand, Laos, Cambodia, Malaysiadan sebahagian pulau Sumatera. Maklumat dari Muzium Raffles ,Singapura menyatakan Guar Kepah telah diselidik oleh Dr. MWF
Tweedie dan Mr. HDCollings pada 1934.Pada 2007, Foo Shu Ting dari New York
Unuversity telah menulis tesis tentang sejarah Guar Kepah.Artifak-artifak ini
menjadi bukti Orang Asli dan orang Melayu mendapat status Bumiputeradi Malaysia.[1]
ZAMAN HOABINHIAN /EPI-PALEOLITIK
Updated over a year ago
Tamadun Hoabinhian dikatakan tersebar luas di Asia
Tenggara, iaitu di Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Semenanjung Malaysia dan
Barat Laut Sumatera.Kebudayaan ini dicirikan oleh artifak batu pebel dan cobal
sungai yang direpih pada satu permukaan atau dua permukaan.Batu-batu sungai ini
adalah kecil dan nipis.Sebahagian ahli arkeologi merujuk zaman ini sebagai
Zaman Epi-Paleolitik kerana masyarakat yang menghasilkan artifak dan budaya ini
wujud pada kala Pleitosen akhir dan aktiviti ekonominya masih tertumpu kepada
aktiviti berburu dan mengumpul.Namun penemuan yang dibuat oleh C.Gorman di Gua
Hantu, Thailand menunjukkan masyarakat zaman ini sudah mula bercucuk tanam dan
menternak haiwan secara kecilan.
Zaman ini dikatakan bermula pada sekitar 12,000 hingga 5,000 tahun silam.
Banyak bukti arkeologi dalam lingkungan usia tersebut telah ditemui di
pedalaman Malaysia, khususnya di gua-gua batu kapur, batu kukup dan di
pesisiran pantai seperti Guar Kepah, Pulau Pinang dan Seberang Perak, Perak.
Dipercayai pada ketika ini manusia mula mendiami gua-gua dan beberapa tapak
terbuka akibat daripada keadaan pencairan air batu pada penghujung Pleitosen
akhir dan awal Holosen.Manusia terpaksa berhijrah ke daratan. Sesetengah
pengkaji menamakan zaman ini sebagai Zaman Epi-Paleolitik atau Hoabinhian
disebabkan usia Pleistosen Akhirnya dan cara hidup manusia ketika itu yang
berpindah-randah, mengumpul sumber tumbuh-tumbuhan, kerang-kerangan, memburu
haiwan dan menangkap ikan. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan
mereka juga mengamalkan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan dan menggunakan
tembikar, pada hujung zaman ini.
Peralatan batu zaman itu dicirikan melalui batu kerakal sungai bersaiz
sederhana yang diserpih di satu permukaan sahaja (satu muka) atau kedua-dua
belah permukaan (dua muka).Teknik pembuatan peralatan batu pada zaman ini
tersebar ke seluruh Asia Tenggara, terutamanya Vietnam, Kemboja, Thailand dan
bahagian Timur Laut Sumatera.
Masyarakat zaman ini mengebumikan mayat dalam keadaan meringkuk dengan lutut
dilipat ke dagu.Terdapat juga bukti yang menunjukkan mereka mengamalkan tradisi
ringkas seperti menutup mayat dengan kepingan batu dan mayat disapukan bahan
perwarna batu kawi.
24 Mac 2010: YB Mansor bersama Encik Hassan bin Md. Daud telah turun ke padang
melawat Tapak Arkeologi Guar Kepah, Daerah Seberang Perai Utara. Dalam lawatan
tersebut, YB Mansor telah diberi taklimat oleh pihak Pusat Penyelidikan
Arkeologi Global, USM yang mengenai tapak arkeologi Guar Kepah telah selesai
diekskavasi. Dalam kajian yang dibuat oleh USM itu mendapati telah ada 5
pentarikhan yang kesemuanya sekitar 5,000-6,000 tahun dahulu.
USM juga bercadang untuk membangunkan Galeri Arkeologi Guar Kepah di tapak ini
dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri.
ARKIB
: 10/05/2010
Bukti kewujudan zaman Neolitik
marin di Semenanjung
|
ZURIMI Abdullah menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi yang
ditemui di Guar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.
|
KEPALA BATAS 9 Mei - Jika dibuat
perbandingan fizikal, Kampung Guar Kepah, Pinang Tunggal di sini tidak banyak
berbeza dengan suasana di perkampungan lain di negara ini.
Terletak tidak jauh dari pekan Kepala
Batas, suasana kampung masih jelas kelihatan dengan rimbunan pokok dan kawasan
pertanian serta penempatan berkelompok penduduk yang dipisahkan dengan
lorong-lorong kecil.
Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak
mengetahui bahawa Guar Kepah merupakan penempatan manusia prasejarah -
satu-satunya tapak yang membuktikan kewujudan zaman Neolitik adaptasi marin di
Semenanjung Malaysia.
Sekumpulan penyelidik arkeologi
Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan kajian semula ke atas tapak
penempatan prasejarah di kawasan tersebut yang ditemui oleh seorang pengkaji
Inggeris, G. W Earl pada tahun 1860.
Bagaimanapun, kajian kumpulan itu
mendapati dua daripada tiga tapak prasejarah yang ditemui Earl sudah musnah
akibat pembinaan infrastruktur termasuk jalan raya selain ditimbus bagi tujuan
pertanian.
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi
Malaysia (PPAM) USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin yang mengetuai kumpulan itu
berkata, kajian ke atas tapak penempatan prasejarah itu dijalankan sejak empat
bulan lalu.
''Tapi kita bernasib baik apabila
menjumpai lapisan sisa-sisa bukit kerang C manakala bukit kerang A dan B yang
disebut oleh Earl dalam kajian awalnya sudah musnah sama sekali.
''Penemuan ini amat penting kerana
lapisan terawal timbunan cengkerang (di bukit kerang C) membuktikan penempatan
manusia prasejarah yang wujud di kawasan ini sekitar 5,000 tahun dahulu,"
katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Mokhtar memberitahu, kawasan itu amat
penting kerana ia satu-satunya tapak yang mendedahkan kebudayaan Neolitik
menggunakan timbunan cengkerang tepi laut bagi tujuan pengkebumian.
''Malah kawasan ini membuktikan kewujudan
manusia terawal di Pulau Pinang selain merupakan tapak ekskavasi arkeologi
pertama di Malaysia yang dijalankan oleh Earl," jelasnya.
Menurut beliau, ekskavasi yang dijalankan
pihaknya selama empat bulan lalu berjaya menemui lapisan terawal kebudayaan
iaitu timbunan cengkerang yang berada di atas pasir laut.
Katanya, selain pelbagai jenis kerang,
turut ditemui batu pengasah, penumbuk, pecahan tembikar tulang penyu, gigi babi
yang dipercayai sisa makanan.
''Sampel pentarikhan penemuan itu yang
dihantar ke Beta Analytic, Florida, Amerika Syarikat mengesahkan penempatan itu
wujud sekitar 5,000 tahun dahulu," tambahnya.
Sementara itu, beliau mencadangkan supaya
kerajaan negeri membangunkan kawasan tersebut sebagai Galeri Arkeologi Guar
Kepah dan dimajukan sebagai salah satu produk pelancongan.
Top
of Form
Written by Editor Warta
|
Saturday, 03 November 2012 00:34
|
OLEH:
Mohd Sabri Said.
GEORGETOWN, : 'AES' yang menjadi tema Bajet 2013
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukanya Penguatkuasaan Sistem Automatik
sebaliknya 'Agenda Ekonomi Saksama' yang memfokuskan bebebarapa perkara bagi
meningkatkan ekonomi serta mengekalkan langkah-langkah kebajikan kepada
rakyat. Pagi tadi semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pembekalan dan Usul
Anggaran Pembangunan 2013 di persidangan Kedua Penggal Ke Lima Dewan Undangan
Negeri Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengkhabarkan bahawa dasar Cekap,
Akautabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya membuka mata pemimpin agar tidak
lagi mengamalkan dasar lama yang merugikan setiap kali pembentangan bajet.
Kali ini terdapat kenaikan tahun 2013 iaitu RM970. 561.310 berbanding
bajet mengurus RM599.60 juta tahun 2012 iaitu peningkatan jumlah
RM370,965,987 bersamaan 61.87.
Beliau menyarankan betapa pentingnya kerancakan ekonomi untuk menjadikan
negeri berstatus maju di arena antarabangsa dengan pendapan tinggi meskipun
ekonomi global tidak menentu.
Mengiatkan sektor pelaburan dan perinsdustrian bukan perkara mudah bahkan
memerlukan strateji yang kukuh semata-mata mengerakan aktiviti baru terhadap
sektor yang berpotensi seperti elektronik, termasuk diod pemancar cahaya
(LED), aeroangkasa, fotovaltaik/suria, semikonduktor, peralatan
peribatan dan bioteknologi.
Untuk meningkatkan ekonomi rakyat pembangunan terhadap Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) tidak diabaikan malahan mengambil inisiatif menubuhkan Pusat
Penasihat Pasaran, sumber dan latihan khusus kepada peserta.
Merancakan sektor pelancungan dan warisan juga diketengahkan sebagai usaha
memantapkan Pulau Pinang sebaris dengan destinasi pelancungan di Asia.
Justeru itu beberapa lokasi dikenal pasti untuk dibangunkan dengan
infrastruktur yang baik seperti di Autocity di Juru, projek makanan laut di
jeti Batu Kawan dan di projek galeri warisan Arkeologi di Kampung Guar kepah,
Kepala Batas.
Mempwrkukuhkan industri halal juga diberikan keutamaan selain meningkatkan
kualiti kemudahan awam, memantapkan pengurusan lalu lintas, menyediakan
kemudahan Utiliti, memajukan sektor pertanian dan penternakan, membangunakan
modal insan yang berdaya saing dan menepati kehendak pasaran.
Seterusnya meningkatkan kualiti alam sekitar dan kesihatan, mengsejahterakan
kebajikan rakyat, memartabatkan agama Islam, meningkatkan kualiti perumahan
rakyat, memantapkan pembangunan belia dan sukan, pembangunan kontraktor kelas
F, memangkinkan pembangunan koperasi dan keusahawanan, memacu
pembangunan wanita, keluarga dankomuniti serta mempertingkatkan penyampaian
perkhidmtan awam.
Langkah drastik yang diambil oleh Ketua Menteri untuk memastikan Pulau Pinang
terus mantap dengan ekonomi maka AES diperkenalkan untuk mencorakan lagi
kemampuan Kerajaan Negeri yang sebenar.
Inilah AES Pakatan Rakyat tidak sebagaimana AES Kerajaan Persekutuan yang
menghirup wang rakyat, menghina rakyat dan membebankan mereka.
"AES Pakatan Rakyat membolehkan Pulau Pinang untuk melakar nama dalam
sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia berjaya menghapuskan kemiskinan
pada tahun 2013 selepas kejayaan menjadi negeri pertama yang membasmi miskin
tegar tahun 2009, "
|
http://www.wartautara.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1203%3Aaes-yang-menjadi-tema-bajet-2013-kerajaan-negeri-pulau-pinang&catid=36%3Apulau-pinang&Itemid=75
MAIN LAND BOOM
By Derrick Vinesh, The StarMarch 28, 2012
http://www.investpenang.gov.my/portal/component/content/article/1-latest-news/1789-mainland-boom.html
Draft local plans list new tourism trails,
development for Seberang Prai
SEBERANG Prai, which has long been treated as a
‘stepchild’ in tourism promotions in Penang, will soon have new tourism
products to give the mainland a major economic boost.
A host of tourist destinations and related activities have
been identified for inclusion in the state’s tourism map.
According to the North Seberang Prai Local Plan 2020
Draft, an Archeo-Tourism Trail, Heritage Trail and Beach Recreation Trail
would be developed in the district in the next eight years.
The Archeo-Tourism Trail would encompass an old fort at
Kota Kuala Muda, an archaeology complex in Sungai Emas, the Langkasuka ruins
in Kota Aur, an early archaeology site in Guar Kepah, a candi (temple) in
Permatang Pasir, the Merdeka Bridge-cum-fort in Bumbung Lima and a border
cornerstone in Ekor Kucing.
The Heritage Trail would start from the Butterworth
railway station through the Sultan Abdul Halim ferry terminal, a traditional
blacksmith shop in Permatang Benuan, the Capal Jago chapal maker’s shop in
Kepala Batas and ends at the whispering market in the Kuala Muda fishing village.
The Beach Recreation Trail would cover the Pantai Bersih
beach, Bagan Ajam beach, Pantai Teluk Molek (Robina Park) beach, Teluk Air
Tawar recreation park, Kuala Bekah beach, Pantai Penaga, Sungai Muda
sanctuary park, Pantai Kamloon recreation park, Bertam Vision Park, Padang
Cempedak recreation park and Air Hitam Dalam recreation park.
Over in central Seberang Prai, several tourism products
have been outlined in the Central Seberang Prai Local Plan 2020 Draft.
In Seberang Jaya, there are proposals to upgrade the
Penang Bird Park and the Seberang Jaya expo site apart from preserving
heritage buildings in Kg Dock.
A rural homestay project has been proposed in Sama Gagah,
Permatang Pauh, while an education-based tourism with MICE facilities would
be promoted in Jalan Permatang Batu, Prai.
Juru would feature the Kg Sungai Semilang-Dataran
Semilang-Pulau Aman-Pulau Gedung tourism trail, homestay programmes in
Kampung Juru, recreational activities at the Bukit Juru recreational forest
and visits to the Permanent Food Production Park.
Juru would also see the preservation of Masjid Lama
Kampung Bukit Kechil, the upgrading of facilities at the Dataran Semilang
seafood restaurants and the construction of a tourism-based neighbourhood
centre in Kampung Bagan Nyior.
Facilities at the Highway Auto-City Juru commercial centre
would also be upgraded.
In Kubang Semang, Penanti, an old musalla (surau) would be
preserved, while the Madrasah Manabi’ululum Kubang Ulu would be upgraded to
an international centre for Islamic studies.
The homestay programmes in the Mengkuang Titi traditional
village and Kampung Kubang Semang would also be further enhanced.
Eco-tourism facilities would be intensified at the
Mengkuang Dam, while the Cherok Tok Kun recreation forest park would be upgraded
with more infrastructure facilities.
Bukit Mertajam town would be generally promoted as a
shopping haven, while the old buildings there would be retained for aesthetic
and heritage value.
The people can view both local plan drafts which are
currently on public display, since March 15, until April 12.
They are available at the MPSP headquarters in Bandar
Perda, Bukit Mertajam, the north and central Seberang Prai district offices,
and the Town and Country Planning Department office at Level 57, Komtar, in
George Town.
The exhibition is open from 9am to 5pm on Mondays to
Fridays.
|
USM getting youth
involved in heritage
GIVEN the wide interest to protect,
preserve and conserve our cultural heritage, living museums will soon become a
reality in Malaysia.
This will help increase tourist arrivals
to the country. Moreover, such heritage spaces can serve as income generators
for local communities.The range of activities that can take off from such
efforts is indeed wide and needs to be structured to allow for maximum exposure
of the communities involved.
Initially, the relevant agencies would
have to do a cultural mapping to determine the needs of the various
communities. This can be followed by assessing how a living museum can be sited
close to where the community is located to ensure full support and
encouragement.
Activities can then be designed to cater
for the interests of the community members in possession of the best knowledge
for a particular skill that is needed for a specific project.According to
studies by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation
in Vietnam, a successful project on cultural heritage and living museum in the
country's north was able to raise the liveable income of single mothers
substantially. It also assisted in sending street kids back to their homes as
the mothers now had money to sustain the family.Such a scenario can be repeated
for areas in Malaysia that have similar family disruptions. Universiti
Sains Malaysia is embarking on a project involving youth in cultural heritage
work and heritage education based on the above experiences. It is hoped
this would expand the scope of environmental sustainability and spread
knowledge on tangible and intangible aspects of heritage.
Possible living museum sites include the
archaeological locations in Bukit Bunuh, Sungai Batu and Guar Kepah, the tin
mines in and around Taiping and Ipoh, rubber estates, Orang Asli communities
and even limestone-cave sites. More can be added to the list.
ASSOCIATE PROFESSOR AZHARI-KARIM,
Director, Centre for Policy Research and International Studies, Universiti
Sains Malaysia Penang.
3
View comments
......Mari berkongsi ....VERSI TERBARU.....cukup menarik kesudahannya
yang belum pernah saya dengar.....syabas kpd We Want The Truth DEC 5
Posted by Admin - KZ
http://codegyzer.wordpress.com/2012/12/05/panglima-awang/
Panglima Awang
oleh We Want The Truth DEC 5 Posted by Admin - KZ
http://codegyzer.wordpress.com/2012/12/05/panglima-awang/
Kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam
menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia…sebuah sejarah yang jarang diketahui
ramai termasuk bangsa Melayu sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu
Melaka…anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya
ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan2 lain ramai yang terkorban ketika membela tanah tumpah darah…betapa gagah
dan meluapnya semangat mengusir penjajah…akhirnya Panglima Awang dan rakan2nya
tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah…pemuda
Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu.
Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis… Alfonso de
Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali
gus hamba kepada dirinya seorang.
Gambaran
wajah Panglima Awang
Selepas beberapa lama…sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan
meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil
rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai
hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon…ibu negara
Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara
kapten kapal…Ferdinand de Magellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki
Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga
Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala
rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang dilantik menjadi anak kapal
sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada
‘Enrique’…bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara
masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon…Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya.
Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada
Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya.
Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh
berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang
ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.
Fernando
Magellan
Peribadi
mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan
dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing
itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua
bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol
bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya.
Kehebatan…kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja
Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di
kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun…pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik
ketua negara itu…Raja Charles I…lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar
hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.
Di Sepanyol…kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan
apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah
jajahan dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal
berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Kapal
Victoria
Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin
tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope
mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar…mereka tidak boleh lagi menghala ke
Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu
belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai anak kapal kerana
pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya…Ferdinand terpaksa
mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan
jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang…seorang lagi orang
kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran…Pigafetta.
Pada 1519…kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke
horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak
berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta
berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang
pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat…kapal itu
sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan…setahun kemudian. Pelayaran itu
turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu…Ferdinand ingin meneruskan pelayaran
ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan anak kapal. Tanggapan
bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat
menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
Simbolik…Sebastian mengemudi pelayaran mengikut arahan
Panglima Awang
Walaupun menerima tentangan…Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan
Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin
mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan
makanan yang meruncing menyebabkan anak kapal terpaksa memburu tikus dan lipas
untuk dijadikan makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir pada 1521…tilikan Panglima
Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan.
Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan
mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava…Cebu Filipina.
Berlabuh di situ…Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan
mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati
pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut
hati…dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka sudah semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran
mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut
gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.
Kegembiraan anak kapal menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya
sebagai meraikan penumuan itu tetapi tindakan tersebut telah menyebabkan
pemerintah Cebu…Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk
berperang dan mereka memulakan serangan.
Ferdinand
terbunuh ketika pertempuran
Dalam pertempuran itu…Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal
Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang
sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing…Sebastian
dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas
menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata
benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang
Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal…kapal
itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan
pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada
bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke
Sepanyol.
Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di
hadapan Raja Charles I…mereka mempersembahkan perkhabaran mengenai pelayaran
mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.Bagaimanapun raja itu kecewa
kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya…raja itu kepingin harta dan
tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Perjalanan yang dilalui Panglima Awang dan Ferdinand Magellan
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing…pengiktirafan sejarah itu telah
diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang
bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya
selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut sama sekali menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa
pertama yang mengelilingi dunia seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak
diketahui ramai termasuk bangsanya sendiri.
Ada juga versi yang mengatakan Raja Charles I telah mengurniakan Panglima Awang
sebidang tanah yang terletak di Sepanyol…Panglima Awang telah menamakan tempat
tersebut sebagai Mallaga dalam bahasa Sepanyol…bagi mengubati kerinduannya
kepada kampung halaman iaitu Melaka. Panglima Awang juga telah membuat
keputusan untuk berkahwin dengan Miriam adik perempuan Ferdinand dan
menghabiskan sisa2 hidupnya di Mallaga.
P/s : Aku percaya negara kita punya ramai bijak pandai…yang punya pelbagai
jalan dan idea untuk memartabatkan insan ini.
3
View comments
Assalamualaikum
wr wb ....Salam Sejahtera sdra/sdri sekelian..
Semoga ditahun baru 2013 ini kita berazam baru dan membuat
penerokaan-penerokaan baru dalam menyingkap warisan sejarah anak bangsa yang
dilupakan.....ya memang ada yang kita ingat...tapi banyak yang kita
lupa......atau masih banyak persoalan-persoalan yang masih belum terjawab dan
misteri -misteri yang belum terungkai......lalu apakah peranan kita dalam
mencari warisan kita demi meneruskan perjuangan datok nenek moyang kita yang
mempertahankan jati diri bangsa Melayu yang bangkit dengan datangnya Islam
sebagai satu cara hidup yang meniup jihad perjuangan membebaskan
bangsa dari kejahilan aqidah ilmu dan menentang penjajahan fizikal dan
penjajahan minda....
Sejarah juga mengajar kita bahawa kekuatan bangsa Melayu itu dalam apa bidang
pun adalah selagi berpegang kepada Nilai dan Sistem Hidup Islam yang dibawa
oleh Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Seterusnya di ikuti oleh para Sahabat Baginda RA ,para tabiut tabiin dan para
ulamak-ulamak yang muktabar dan mereka-mereka yang mengikuti mereka itu
hingga hari kiamat......
Bila kita mneninggalkan Islam maka kita kembali terjajah pemikiran dan
fizikal....
.Inilah Warisan Perjuangan kita yang ingin saya kongsikan dengan tuan-tuan dan
puan-puan para blogers sekelian......
Sebelumini kita cuba menyingkap warisan yang bersifat lokal atau rantau daerah
sahaja....memulakan tahun baru ini kita cuba lontarkan satu misteri bagi Dunia
Melayu bersifat Warisan Global....yang masih dipandang enteng dan sepi oleh
"kita" semua......
"Kita "bermaksud siapa??? saya ,tuan,para pengkaji,ahli akademik
sejarah dan professional, pemerintah,pihak berkuasa .....malah sesiapa saja
yang berminat dan mencintai warisan perjuangan .....
Ya..Siapa kah manusia pertama mengelilingi dunia ????? kita sering dijawab
bahawa Firdenand Magellan atau Fernando de Malghabas….tetapi bagi saya manusia
itu bukanlah Magellan tapi ia adalah Panglima Awang … Pahlawan Melayu Melaka
yang berjuang membebaskan tanah airnya …Melaka
Pendapat saya adalah selaras dengan Pigafetta seorang pengkaji Itali yang
mengatakan bahawa manusia pertama mengelilingi dunia Mungkin Ferdinand Magellan
50 % dan Enrique de Malacca atau HenryThe Black 50%...jadi kenapa perlu saya
pilih Magellan???
Lalu mari kita kongsikan penemuan-penemuan dari para pengkaji dan Blogers yang
saya himpun disini semoga tuan puan terlibat mengizinkan saya muatkan disini
demi faedah ilmu dan harta warisan kita bersama,,,,,,,
Imbauan.............Sejak di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Seri Muda Penaga
…1971….
saya masih sangat teringat Misteri ini yang belum banyak maklumat yang kita
ada….
Dan yang ada pun belum disebarluaskan….untuk tatapan Generasi akan datang
Novel Panglima Awang
Novel ini ditulis oleh Harun Aminurrashid yang mengambil kisah hidup Panglima
Awang. Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan
Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk
Panglima Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik
bangsa Barat itu. Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis,
Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan
peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh
diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka
menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu
singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu
termasuklah Panglima Awang dijual kepada Ferdinand Magellan. Jurutulis
Sepanyol, Pigafetta ada mencatatkan tentang Panglima Awang terutama mengenai
pelayaran Magellan mengelilingi dunia.
-------------------------------------------
BUKU- Enrique Melaka @ Panglima
Awang sebagai Magellan Melayu
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, and Shaiful Bahri Md. Radzi, and Khazin Mohd.
Tamrin , and Yahaya Abu Bakar, (2009) Enrique Melaka @ Panglima Awang sebagai
Magellan Melayu. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27 (2). pp. 167-198.
ISSN 0127-2721
Preview
Rujukan - http://journalarticle.ukm.my/1187/
Official URL: http://www.ukm.my/sari/index.html
Abstract
This article attempts to deliberate on the pioneering effort in
circumnavigating the globe by sailing during the 16th century. The West
conferred this honour on Ferdinand de Magellan, while the Spanish claimed that
it was Sebastian del Cano who accomplished this calling of sailing around the
world. But in reality, it was Enrique of Malacca who was the first person to
circumnavigate the earth, by completing a 360 degree voyage in nine years,
ahead of other sailors’ achievements, including Magellan and del Cano.
Enrique’s success received much acclamation for he demonstrated much skill in
navigation. This has been well-narrated in Harun Aminurrashid’s novel titled
Panglima Awang. When compared with other Melaka warriors who fought against the
Portuguese, Enrique was only a youth at that time and was kept captive after
the fall of Malacca in 1511. As a war captive and later a loyal slave to
Magellan, Enrique ventured the waters of the world. Although he never returned
to Melaka, he eventually managed to reach the Malay territory where the lingua
franca was the Malay language. Enrique knowledge in voyaging the mighty oceans
of the world, besides his devoted loyalty to his master, definitely indicates
his ethnic origins as a Orang Laut, a tribe that was known to be the great
sea-farers in the 16th century. His victorious accomplishment in navigation
should make Enrique of Melaka Magellan, a Malay one, i.e., the first person to
sail round the world
------------------------------------------------
Sejarah Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique
09-24-2011, 09:09 PM
Sejarah Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique Di Malacca
Tiada satu pun yang mustahil dalam dunia ini. Itu semua adalah atas kekuasaan
dan kehendak Allah s.w.t jua. Dialah yang Maha Berkuasa.
Apa tidaknya,selama ini kita didendangkan dengan lagu dan irama sejarah barat
yang kononnya mengiktiraf bahawa Ferdinand Magellan yang berbangsa Portugis,
adalah merupakan manusia pertama dalam sejarah berjaya mengelilingi dunia ini
dan membuktikan bahawa dunia ini bulat. Peristiwa ini berlaku di abad ke 14
lagi.
Kita pun melopong, menghafal dan seterusnya menelan fakta sejarah yang telah
didendangkan menerusi para guru sejarah (dikenali sebagai "Tawarikh")
masa itu. Kita juga tidak percaya bahawa di zaman itu 'mana ada orang Melayu
yang boleh belayar beribu batu di lautan berbulan-bulan lamanya?' Memang tidak
terfikir dek kepala kita masa itu ada orang Melayu boleh berbuat demikian.
Tetapi sesungguhnya, itu semua bukan mustahil malahan bolej berlaku bertepatan
dengan cogankata ".....Kita Boleh....". Ianya bermula pada tahun 1509
apabila Portugis datang menjelajah ke timur dan seterusnya menguasai Kerajaan
Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511.
Dalam angkatan laut Portugis yang datang menyerang dan menakluk Melaka terdapat
seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai Ferdinand Magellan.
Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique di Malacca merupakan seorang
keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk
mengelilingi dunia.
Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand
Magellan. Beliau disebut sebagai Henrich dalam bahasa Sepanyol.
Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarahwan. Ada yang menyatakan
beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Sibu, Filipina. Kisah pelayaran
Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antinio Pigafetta, seorang sukarelawan
Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan.
Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan
hamba dalam kapal tersebut. Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau
Sumatera seperti fakta yang tercatat dalam dari Antionio Pegafetta.
Enrique adalah pahlawan dan pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka
dari serangan tentera Portugis pada 1511. Enrique adalah 'hamba raja' kepada
Sultan Mahmud, Sultan Melaka yang terakhir.
Setelah ditawan, Enrique bertugas menjadi jurubahasa dan pembantu khas Magellan
dalam kapal dan seterusnya dibawa ke Lisbon, Portugis pada 1512.
Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah
dibeli di pasar Melaka. Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau
Enrique atau Henry The Black.
Walaubagaimanapun nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas. Nama Panglima
Awang hanya muncul apabila Harun Aminurrashid menggunakannya dalam Novel
Panglima Awang pada tahun 1958.
Apabila Raja Portugis lemah, Magellan berkhidmat pula dengan Raja Cahrles 1
dari Sepanyol mulai tahun 1517. Enrique terus berkhidmat mengikuti Magellan.
Pada masa itu, Portugis telah pun menguasai Melaka dan kepulauan rempah
khususnya di Maluku.
Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di
Asia Tenggara menerusi penjelajahan sebelah Barat yang belum diterokai sebelum
ini.
Raja Charles 1 bersetuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya, Magellan
menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari 5 buah kapal : San Antonio,
Conception, Victoria, Santiago dan kapalnya sendiri, Trinidad bersama kelasi
seramai 270 orang.
Mereka meninggalkan pelabuhan Sancular di Barrameda pada 20 September 1519 dan
belayar arah ke Barat menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua
Amerika Latin dan menyeberangi Selat Magellan, merentasi Lautan Pasifik, Pulau
Guam dan akhirnya tiba di perairan Kepualauan Pasifik.
Pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi
di Kepulauan Filipinadan yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari
kepulauan rempah di Nusantara.
Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa apabila berkomunikasi
dengan pemerintah tempatan dan para pedagang kerana di Filipina dan Nusantara
difahami oleh Enrique.
Sayugia diingat bahawa Bahasa Melayu menjadi lingua franca kepada mereka untuk
mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan berhubung dengan
pedagang, menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan
masyarakat setempat di Nusantara.
Para Pegawai Kerajaan Melaka termasuk Enrique sebenarnya fasih dalam berbagai
bahasa di dunia.
Di Kepulauan Sibu, Filipina, Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja
Humabon. Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Sibu, Filipina berjaya
dikristiankan oleh Ferdinand Magellan.
Magellan memanggil penduduk Sibu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap
sebagaimana penduduk selatan India dan Enrique juga tidak berkecuali.
Raja Humabon meminta bantuan Magellan untuk menghapuskan pemberontakan di
perkampungan Mactan yang dipimpin oleh ketuanya bernama Lapu-Lapu.
Pada hari Sabtu 27 April 1521, Magellan telah menyerang Pulau Mactan bersama 60
orang anggota menggunakan senapang, meriam, senjata besi dan lain-lain.
Sementara Lapu-Lapu bersama 1,500 pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan
panah beracun. Dalam peperangan tersebut, Magellan telah terkena panah beracun
dan terbunuh. Sebahagian rakannya yang terselamat lari menyelamatkan diri balik
ke kapal.
Duarte Barbosa, seorang kelahiran Portugis telah dipilih menjadi kapten kapal.
Walaubagaimanapun beliau tidak menunaikan wasiat Magellan untuk membebaskan
Enrique setelah kematiannya. Malahan Barbosa menghina Enrique di hadapan
kelasi-kelasi lain.
Disinilah terdapat tafsiran sesetengah penulis mengatakan Enrique merancang
untuk menghapuskan Barbosa dengan pertolongan Raja Humabon.
Dengan kebolehan berkomunikasi yang dimilikinya, Enrique telah berunding dengan
Raja Humabon dan Raja Humabon bersetuju menghadiahkan batu permata dan pelbagai
hadiah lain untuk Raja Sepanyol dengan mengadakan satu majlis makan sebagai
perangkap.
Semasa makan mereka telah diserang dan disembelih oleh orang-orang Humabon.
Barbosa dan semua pengikutnya terbunuh kecuali Enrique seorang sahaja yang
terselamat.
Rekod rasmi Sepanyol menyatakan Enrique d Malacca bersama 27 orang yang lain telah
terselamat dan kembali ke Sepanyol tetapi catatan Pegafetta menyatakan Enrique
sebagai hilang.
Diari Pegafetta hanya menyatakan 18 orang yang terselamat kembali ke pelabuhan
Sanlucar de Barrameda, Sepanyol. Mereka semua sampai pada 9 Jun 1522 dengan
diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari Kepualaun
Maluku. Pemerintah Sepanyol mengiktiraf Elcano sebagai orang yang berjaya
melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.
Diari Pegafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique pulang kembali
ke Malaka, kembali ke Sumatera atau menetap di Pulau Sibu, Filipina. Tidak ada
catatan dan cerita lanjut selepas itu. Para sarjana barat masih cuba menggali
mistri kemanakah perginya Enrique setelah peristiwa Mactan?.
Apakah yang terjadi setelah itu kepada beliau kerana pada masa itu umur beliau
masih terlalu muda. Kalau beliau mati dimanakah kuburnya?. Mistri tersebut
sehingga ke hari ini, masih dapat dirungkai.
PERSOALAN :-
Adakah benar Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi
orang Melayu pertama yang berjaya dimurtadkan.
Dimanakah letaknya kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka, ke
Sumatera atau kembali ke Sibu, Filipina.
Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke
Sepanyol.
Mengapa sejarahwan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang
pertama mengelilingi dunia dan bukannya ELcano adn 17 sahabat yang lain dan
seorang hamba Melayu bernama Enrique d Malacca atau Henry The Black (Panglima
Awang)
Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand
Magellan dan juga Barbosa di Pulau Sibu, Filipina?
Dari negara manakah asal Enrique? Sumatera? Melaka? atau Sibu di Filipina?
--------------------------------------------------------------------
Benarkah kubur Panglima Awang
bersemadi di Rembau?......
Mengikut penyelidikan dan dapatan yang telah diperolehi oleh Saudara Zainal Al
Johan dari Rembau, beliau mengatakan bahawa keturunan Panglima Awang
sememangnya terdapat di Rembau sehingga hari ini. Makam beliau terdapat di
Kampung Padang Lekok, Rembau.
Walaubagaimanapun, makam tersebut masih lagi belum dibersihkan atau dibaikpulih
kerana ditakuti akan mencacatkan persekitaran dan struktur lainnya terutama
batu nisan yang dikatakan sebagai 'Batu Nisan Acheh'.
Hanya mereka yang berpengalaman sahaja terutamanya ahli arkiologi yang boleh
membaikpulih artifak-artifak lama seperti ini bagi mengelakkan kerosakan ke
atas struktur batu nisan tersebut.
Kajian lanjut dan terperinci masih dan sedang dijalankan oleh beliau dan juga
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bagi menentukan akan
kesahihannya.
Persoalan yang masih menyelubungi para sejarahwan di seluruh dunia sehingga ke
hari ini ialah kemana perginya Enrique de Malacca atau Panglima Awang setelah
peristiwa Mactan?
Tidak ada sebarang catatan mengenainya di mana-mana. Cerita dan catatan
Pegafetta berkaitan dengan Enrique juga terhenti setakat peristiwa pembunuhan
beramai-ramai oleh Raja Humabon di Mactan.
Buku Panglima Awang yang terbaru yang dihasilkan oleh para sejarahwan Malaysia
dan diseminarkan dalam Sejarah Melaka baru-baru ini pun hanya menceritakan
peristiwa berkaitan sehingga ke Mactan di Filipina.
Harun Aminurrashid dalam novelnya 'Panglima Awang' ada menyatakan yang Panglima
Awang sempat kembali ke Tanah Melayu dan seterusnya mengahwini tunang lamanya
Tun Gayah di Pahang dan berkeluarga sehingga membawa kepada penerbitan novel
keduanya 'Anak Panglima Awang'.
aubagaimanapun, ianya masih tidak ada titik noktah untuk menentukan biografi
dan sejarah Panglima Awang itu sendiri.
Mengikut cerita Saidara Zainal Al Johan lagi, sebaik sahaja berlaku peristiwa
pembunuhan di Pulau Mactan, Panglima Awang tidak balik ke kapalnya, Victoria.
Sebaliknya, beliau berkelana di kalangan para saudagar yang datang berdagang ke
pulau tersebut terutamanya para saudagar dari Kepulauan Melayu seperti saudagar
Bugis, Siam, Jawan dan Sumatera.
Rakan-rakan Panglima Awang di atas kapal Victoria yang telah menyedari akan
muslihat pembunuhan tersebut telah belayar meninggalkan Mactan tanpa
kehadirannya.
Kapal Victoria adalah merupakan satu-satunya kapal armada Magellan yang
terselamat dan berjaya tiba di pelabuhan Sanlucar di Barrameda, Sepanyol dengan
membawa baki kelasi seramai 18 orang diketuai oleh Kapten Juan Sebastian Elcano
seorang rakyat Sepanyol.
Diantara para pedagang yang sering Panglima Awang temui di Mactan ialah para
pedagang Bugis yang sememangnya terkenal sebagai bangsa pelaut dan ahli
pelayaran.
Maka tidak hairanlah maka akhirnya beliau bertemu dan berkenalan dengan Daeng
Samaluki, salah seorang keturunan Raja Bugis dan membawanya ke Linggi, Negeri
Sembilan. Semasa tiba di Linggi Pannglima Awang baru berusia 30 an dan muda
remaja.
Sebagai seorang pemuda yang pernah berkhidmat dengan Sultan Melaka sebelum
dijajah Portugis, darah pejuang mudanya terus membara untuk mengembalikan
semula zaman kegemilangan Kesultanann Melayu Melaka kepada tangan anak
bangsanya.
Kota Melaka yang dikuasai Portugis.
Serangan Panglima Awang ke Kota Melaka membuktikan dengan jelas bahawa beliau
adalah merupakan orang yang sangat mahir dengan persekitaran kota tersebut,
kerana beliau berjaya masuk jauh ke dalam Kota A Formosa dan mengalahkan
pasukan Portugis.
Kejayaan inilah yang membuktikan bahawa beliau beliau adalah salah seorang
pahlawan Melayu Kerajaan Melaka yang memahami selok belok Melaka sebelum jatuh
ke tangan Portugis.
Bagi mengelkaan identiti dirinya diketahui oleh musuh-musuhnya terutamanya tali
barut Portugis, beliau telah menukar namanya kepada Dato' Laut Dalam. Hal ini
samalah seperti Pahlawan Mat Kilau yang menggunakan nama Mat Siam bagi
mengelakkan dikenali oleh penjajah British setelah didakwa sebagai penjenayah.
Panglima Awang atau nama barunya 'Dato' Laut Dalam' telah berkahwin dengan
wanita tempatan keturunan Jawa anak kepada salah seorang pengikut Dato' Leteh
dan mempunyai seorang anak lelaki yang akhirnya menjadi Undang Rembau ke 2
iaitu Dato' Lela Maharaja Dato' Ombo - Biduanda Jawa (1555-1605). Dari zaman
beliaulah maka penyandang Undang Rembau digilirkan antara keturunan Biduanda
Jakun dan Biduanda Jawa.
Nama Dato' Laut Dalam itu bertepatan dengan peranan dan pengalaman Panglima
Awang sebagai ahli pelayaran terkenal. Pendapat kami ini disokong kuat oleh
Prof Dr. Abdullah Zakaria dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
Mengikut kajian Saudara Zainal Al Johan dan catatan Pigafetta bahawa Panglima
Awang memang berasal dar Sumatera dan dipercayai dari Paya Kumbuh di
Minangkabau. Oleh itu di Rembau beliau lebih dikenali Suku Paya Kumbuh.
Datang ke Melaka semasa berumur belasan tahun dan menjadi salah seorang
pahlawan Kesultanan Melaka masa itu. Maka tidak hairanlah beliau boleh
menguasai beberapa bahasa yang terdapat di Melaka termasuklah bahasa Raja
Humabon di Mactan yang berbahasa Tagalog.
Apakah Bukti Kehadirannya di Rembau?
Selain dari pusaranya, beberapa bahan artifak dipercayai kepunyaan Panglima
Awang masih tersimpan dengan baik sehingga ke hari ini. Antaranya iakah seperti
teropong yang digunakan oleh para pelaut yang tertulis 'Emirate Sapin bertarikh
1520', jam bertarik 1526 Spain dan 'Cakra Alam'.
Sebahagiannya ada dalam simpanan galeri Saudara Zainal dan sebahagiannya masih
lagi dalam simpanan penduduk Kg Padang Lekuk yang dipercayai terdiri dari
keturunan belaiu yang masih hidup sehingga ke hari ini.
Terdapat juga catatan bertulis yang masih diterokai tersimpan di beberapa
perpustakaan di Eropah seperti dokumen asal Pigafetta, catatan Portugis dan
Sepanyol yang masih tersimpan di Leyden, Belanda, Sepanyol dan Portugal.
Terdapat juga catatan berkaitan dengan peranan dato'-dato' lembaga Rembau
seperti tercatat di dalam Terombo Rembau' termasuklah nama dan peranan Dato'
Laut Dalam. Ini membuktikan bahawa jawatan 'Dato' Laut Dalam' sememangnya ada
dalam hiraki pertandiran adat di Rembau masa itu.
Sesungguhnya, andainya penemuan ini memberikan hasilan yang positif, pusara dan
hasil artifak disahkan sebagai kepunyaan Panglima Awang dan nama Dato' Laut
Dalam adalah sebenarnya orang yang sama sebagai Panglima Awang maka bumi Rembau
sangatlah bertuah menjadi penghuni kepada insan dunia dan insan Melayu pertama
mengelilingi dunia, membuktikan bahawa dunia ini bulat, tidak leper seperti
yang disangka.
Rembau akan menjadi tumpuan bukan sahaja kepada sejarahwan dunia bahkan akan
menukar perspektif sejarah negara dan antarabangsa bahawa 'Panglima Awang'
adalah manusia pertama di dunia mengelilingi dunia dan bukannya Magellan.
?.....Magellan tidak belayar melepasi satu bulatan dunia kerana beliau mati di
Mactan Filipina, sedangkan Panglima Awang mula belayar di Melaka dan tiba
semula di Melaka atau Tanah Melayu........Syabas.
Rujukan :
Oleh : Tuan Haji Misan Mastor - Jendela Warisan
-------------------------------------------------------------------
Thursday, 5 May 2011
Panglima Awang a.k.a Henry The Black
oleh AlongAnaz
(http://alonganaz.wordpress.com/about/)
Jika dilihat dari sudut sejarahnya bangsa Melayu pernah muncul sebagai sebuah
bangsa yang terbilang di gugusan nusantara.Jadi jika kita melihat hari ini
bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang selalu ketinggalan..kita seharusnya
meneliti kembali sejarah kegemilangan bangsa Melayu supaya kita dapat belajar
dari sejarah dan mengembalikan semula zaman kegemilangan bangsa Melayu.
Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika..atau Vasco da
Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama meneglilingi
dunia.Namun 2-3 hari ni aku banyak dapat maklumat bahawa sebenarnya manusia
pertama yang mengelilingi dunia dalam pelayaran ialah seorang lelaki bernama
Awang yang berbangsa Melayu..! Ini adalah berdasarkan bacaan aku pada buku2
ataupun sumber sejarah.
Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan
Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk
Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa
Barat itu.Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de
Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali
gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan
meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil
rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai
hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara
Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara
kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki
Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga
Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala
rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas
kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada
‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara
masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol
bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya.
Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja
Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di
kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik
ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar
hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.
Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar
dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar
mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.Beberapa tahun diperuntukkan
untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi
itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin
tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope
mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke
Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar
ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran
ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand
terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan
kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang
lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran,
Pigafetta.
Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke
horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak
berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta
berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang
pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal
itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran
itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran
ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa
bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat
menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan
Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin
mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan
makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai
makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan
1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon
kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal
bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu,
Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan
mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati
pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati,
dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran
mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut
gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.
Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya
sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun
menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan
serangan.
Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal
Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang
sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian
dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas
menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata
benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang
Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal
itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan
pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada
bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke
Sepanyol.Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di
Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita
besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.
Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya,
raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu
diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang
bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya
selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.Pengiktirafan itu turut menenggelamkan
nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa
Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.
Jadi seharusnya kita berbangga dan berusaha mengembalikan kegemilangan sejarah
bangsa Melayu.Siapa kata bangsa Melayu tidak akan mampu mencapai zaman
kegemilangannya semula..? Belajarlah dari kisah Panglima Awang ini kerana
sejarah juga akan mengubah persepsi terhadap diri kita sendiri.
Rujukan :
http://www.blogger.com/profile/06540083857021999018
panglimaawang21@gmail.com
oleh Djazlam Zainal pada pada 20hb Januari 2012 pukul 9.05 ptg
Panglima Awang @ Enrique Melaka adalah penyumbang besar terhadap ketamadunan
Melayu. Beliau merupakan manusia pertama mengelilingi dunia dalam misi
ekspidisi Armada Maluku. Apabila sampai ke pulau Cebu ( wilayah Filipina
sekarang ) angkatan Spanyol diketuai Ferdinand Magellan mendekat ke Cebu.
Ketumbukan tentaranya dibagi kepada beberapa kelompok. Enrique, Rebelo,
Pagafetta sentiasa di sisi Magellan bersenjatakan arquebes dan crossbow.
Sedangkan pribumi Cebu hanya menggunakan lembing, panah beracun dan lontaran
batu.
Di Cebu, Magellan berjaya mengkristenkan lebih 2200 lelaki, perempuan dan
kanak-kanak. Kejayaan ini mengubah pendirian Magellan dari pelayar-pengembara
kepada seorang mubaligh dan pengembang agama Kristen. Ini dapat diteliti
apabila meneliti memorendamnya kepada Charles V, terdapat kepentingan
pribadinya. Raja Humabon adalah alat untuk mencapai impiannya. Setelah berjaya
dikristenkan, Humabon diangkat menjadi raja tunggal dan pembesar-pembesar lain
harus tunduk dan membayar ufti berupa seekor babi, seekor kambing dan sebakul
beras kecuali Si Lapulapu, ketua pribumi Mactan yang menolak mentah-mentah.
Ferdinand Magellan..
Magellan marah lalu melancarkan serangan pada 26 April 1521. Magellan mengetuai
sendiri serangan itu untuk menunjukkan keegoannya bangsa Eropa dan dirinya
sendiri. Namun, Magellan terperangkap oleh Si Lapulapu. Setelah berlaku satu
pentempuran yang dahsyat, Si Lapulapu berjaya mencantas kepala Magellan.
Tamatlah riwayat Magellan dalam pertempuran tersebut. Ketiadaaan Magellan,
Duerte Barbosa bertindak kelingking mencocok mata terhadap kesetiaan Enrique
terhadap Magellan. Dalam satu pertengkaran, Barbosa mengeluarkan perkataan '
anak haram ' dan ' anjing ' kepada Enrique.
Peristiwa pagi Kamis, 1 Mei 1521, merupakan makan terakhir terhadap ekspidisi
Armada Maluku apabila Raja Humabon memperdayakan dengan satu jamuan makan
makan. Ketika Duarte Barbosa menghadapi makanan, satu serangan mengejut
dilakukan dan semua 27 orang bersama Barbosa telah terbunuh. Inilah kali
terakhir Enrique menyertai ekspidisi Armada Maluku yang dicatat oleh Pigafetta.
Berikut adalah garis masa pengembaraan Enrique Melaka mengelilingi dunia.
1511 - Melaka jatuh ke tangan Portugis. Akhir Agustus , Panglima Awang ditawan.
Beliau dikristenkan oleh Magellan dan diberi nama Enrique ( Enrique of Malacca
) Akhir Desember - belayar ke Portugal mengikut Magellan apabila diperintah
oleh Albuqurque.
1512 Belayar melalui Goa ( India ) memutar ke Tanjung Harapan ( Africa Selatan
) dan sampai ke Lisbon ( Portugal ) pada bulan Juni.
1513 Mengikut Magellan ke Azamor ( Magribi ) Magellan terlibat dalam peperangan
menyebabkan kakinya dengkot.
1515 Pertengahan Agustus, pulang ke Lisbon dan kemudian ke Azamor dan berhijrah
ke Oporto.
1517 Meninggalkan Portugal dan ke Spanyol. 20 September sampai ke Seville.
Mengikut Magellan dalam pemutusan dengan orang yang berpengaruh di Spanyol.
Diperlihatkkan kepada Raja Spanyol King Charles V di Valladolid oleh Magellan
sebagai bukti dia seorang pribumi Melayu. Terlibat dengan persiapan Armada
Maluku.
1519 10 Agustus, Isnin ( St. Lawrance's Day ) armada memulakan pelayaran dari
Pelabuhan Seville menyusuri Sungai Guadalquirer ke muara di San Lucar de
Barameda. 24 Agustus, surat wasiat Magellan ditulis dan dinyatakan tentang
hambanya, Enrique serta pembebasan sebagai seorang yang mereka jika semasa
dalam pelayaran dengan dibayar pampasan sara hidup 10,000 naravedis. 20
September, Selasa - Magellan memulakan pelayaran sebenar Armada de Maloccus ke
Maluku dari San Lucer de Barremada. Panglima Awang sentiasa bersama-sama
Magellan dan diletakkan di dalam kapal utama, Trinidad sebagai penterjemah dan
dibayar gaji 1500 naravedis. 26 Oktober, Isnin - melintasi Cape Verde dan
belayar ke pesisir pantai Liberia dan Sierra Leone. Magellan menghukum
penjenayah-penjenayah dari kapal Victoria karena kesalahan meliwat berhampiran
Guinea. Oktober - penyaksikan pembunuhan yang diketuai oleh Cartegena tetapi
dapat dipertahankan oleh Magellan dan memulakan menyeberang laut Atlantik. 29
November - daratan pertama ditemui di Peranbuco, Brazil selepas menyeberang
lautan Atlantik dari benua Afrika. 13 Desember ( St. Lucia's Day ) berlabuh di
pelabuhan Rio de Janairo dan berjumpa dengan penduduk asli Brazil. 26-27
Desember - meninggalkan Rio de Janairo, Brazil belayar menghala ke selatan.
1520 31 Maret - sampai ke San Julian. 31 Maret - 24 Agustus ( 5 bulan )
terperangkap di San Julian, Argentina karena cuaca buruk, musim sejuk. 1 April
- menyaksikan pemberontakan kedua terbesar dan terakhir - diketuai oleh Quesada
de Cartegena di San Julian, Argentina, tetapi dapat dipatahkan oeleh Magellan.
Ramai pemberontak ditangkap dan dihukum berat. 24 Agustus - armada meneruskan
pelayaran ke selatan dengan meninggalkan Juan de Cartagena dan seorang padri di
situ. Kapal Santiago karam dipukul ribut. 24 Oktober - ekspidisi Magellan
menemui tanjung yang dinamakan Cape of the Elevan Thousand Virgins yang
merupakan pintu masuk laluan hala ke barat yang sekarang dikenali sebagai Selat
Magellan. Kapal San Antonio meloloskan diri belayar pulang ke Spanyol. 28
November, Rabu - sampai ke laut Pasifik. Berada di lautan Pasifik selama tiga
bulan dan 20 hari tanpa mengambil sebarang bekalan semasa belayar.
1521 6 Maret - melihat daratan di kepulauan Marianas atau Lotrunas ( Guam )
ketika menyeberangi lautan Pasifik selama 98 hari dari selat Magellan. 16
Maret, Jumat - pribumi datang membawa makanan seperti yang dijanjikan pada
waktu tengah hari. 28 Maret, Kamis - pertama kali muncul dalam laporan
Pigafetta apabila berkomunikasi dengan pribumi tempatan, raja Colambu. 1 April
( Good Friday ) - Enrique dihantar oleh Magellan ke pantai untuk membeli
bekalan makanan. 7 April - armada sampai ke pulau Cebu. 14 April - mendarat di
pantai bersama 40 pelayar lengkap bersenjata. 26 April, Jumat - Raja Mactan
menjadikan 2 ekor kambing menerusi anehnya sebagai wakil karena tidak dapat
hadir berjumpa Magellan sendiri karena keengganan Si Lapulapu. 24 April, Sabtu
- menyertai pertempuran menentang pribumi Mactan dan sentiasa di sisi Magellan.
Magellan mati dibunuh Si Lapulapu, manakala Enrique tercedera. 28 April, Ahad -
Enrique bertengkar dengan Duaerte Barbosa. 7 Mei, Rabu - pelaut Spanyol
diperdaya dengan satu undangan makan yang mengakibatkan 27 orang mati diserang
hendap. Pelaut yang tidak menyertai makan malam berjaya melarikan diri dan meneruskan
pelayaran ke pulau Maluku. Pakatan membunuh Barbosa didakwa didalangi oleh
Enrique bersama-sama raja Hamabon kaitannya dengan peristiwa pertengkaran
dengan Duerte Barbosa. Peristiwa inilah merupakan kali terakhir Enrique muncul
dalam lipatan sejarah.
Rujukan
http://enriquedemalacca.blogspot.com/2012/01/panglima-awang-enrique-melaka-penakluk.html
Kisah Panglima Awang
Ilustrasi wajah Panglima Awang
Generasi kini ramai yang tidak mengenali tokoh ini. Masih jelas dalam ingatan
ketika belajar subjek sejarah di tingkatan lima kalau tak silap la, nama
Panglima Awang hanya disebut sekali. Itupun hanya ditulis di bahagian kanan
iaitu dalam sudut info yang bersaiz kecil dalam buku teks tersebut. Maka tidak
hairanlah semakin lama, namanya semakin lupus ditelan zaman.
Pejuang Melayu Islam inilah yang sebenarnya telah membuktikan bumi itu adalah
bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat
ke Timur. Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar
asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan
sehingga melupakan sejarah siapakah Panglima Awang.
Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Pemuda
berketurunan melayu Islam inilah yang membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya
Barat. Walaupun Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada
dunia, anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki
itu.
Jasa Panglima Awang bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa
bumi leper adalah salah. Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan
menghubungkan Timur dengan Barat.
Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511.
Kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam
menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia adalah sebuah sejarah yang jarang
diketahui ramai termasuk bangsa Melayu Islam sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu
Melaka, anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya
ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah
dan meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan
rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah,
pemuda-pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam
kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada
pemuda-pemuda Melaka yang lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de
Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus
hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan
meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil
rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai
hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara
Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa yang lama ini akhirnya merapatkan hubungan
antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa
lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga
Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala
rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas
kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada
‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara
masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya.
Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada
Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya. Keizinan diperoleh dan
bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan
bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan
ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.
Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan
kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik
lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan
hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta
berkenaan.
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol
bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya.
Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja
Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di
kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik
ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar
hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol. Di Sepanyol,
kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila
Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta
kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal
berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin
tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope
mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke
Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu
belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran
ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand
terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan
kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang
lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran,
Pigafetta.
Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke
horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman
malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang
pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal
itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran
itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran
ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa
bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat
menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan
Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin
mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan
makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas
sebagai makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan
1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon
kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal
bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu,
Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan
mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati
pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan
negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran
mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut
gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan. Kegembiraan kelasi menyebabkan
mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu
menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu
adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal
Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang
sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian
dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas
menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata
benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang
Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal
itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis
sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.
Diceritakan Panglima Awang tak pernah sesat dengan menggunakan kompas ini
Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di
hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran
mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur. Bagaimanapun raja itu kecewa
kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan
tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu
diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang
bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya
selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang
mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai
termasuk bangsa Melayu. Mengikut catatan novel sejarah Harun Aminurrashid,
Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di
tanah asing.
Fakta Panglima Awang
Walaupun asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih samar-samar
malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui, terdapat satu catatan
yang ditulis oleh Pigafetta yang mengatakan Panglima Awang sebenarnya berasal
dari Sumatera ( anak Minangkabau ) dan ini ada tercatat dalam trombo
Minangkabau walau pun bukan disebut sebagai Panglima Awang.
‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya
mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu
turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’,
‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.
Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu,
namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing di dunia.
Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain
catatan Pigafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh
itu. Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa
Melayu Islam ini dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.
Kita melihat bagaimana liciknya musuh-musuh Islam dalam menutup kewibawaan
seorang Melayu Islam yang pertama membuktikan bumi itu bulat. Kita juga melihat
kurangnya usaha daripada pihak kerajaan untuk mengangkat kembali sejarah
gemilang ini supaya menjadi tatapan masyarakat kini. Sistem pendidikan kita
sendiri pun terlalu mengagungkan-agungkan bangsa barat dan menggambarkan
tamadun barat adalah tamadun yang jauh lebih bertamadun daripada kita sejak
dahulu,kini dan selamanya.
Nah !!! Bagaimana umat Melayu Islam mahu bangkit jika asyik dibuai lena dan
propaganda berterusan begini ???-
Rujukan :
dipetikdrphttp://hijabulcrewz.blogspot.com/2011/04/bongkar-sejarah-panglima-awang.htm
Sumber>>> http://dlan6658.blogspot.com/