Sunday, June 01, 2008

Perihal Kawan . . .



kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti airterus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulandipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

kate sedara,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembumengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia
IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGAROS,SEPERTI AIR,
BAK BULAN,SEPERTILEMBU,TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAMBISKUT!!!
dia tetap kawan...tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku.

**************************************
p/s: kata Peribahasa Belanda


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah
Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun

4 comments:

Cindai said...

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Anonymous said...

"SAHABAT"

belajarlah bertaulan dulu baru berkenalan dengan rasa ingin mengetahui perkembangan kenalan itu, selepas telah berkenalan dan tahu akan siapa dia barulah kita berkawan..

dalam berkawan kita akan ketemu pelbagai...ada yang rawan ada yang sawan, amatilah mereka mereka ini dengan matahati bukan dengan mata hitam....
kerana mata hitam kekadang menipu penglihatan kita...namun jarang sekali mata hati kita menipu...melainkan jika ada pendua dalam menganalisa kawan itu...

kawan yang menjadi sahabat adalah seorang kawan yang sanggup menelan segala pahit maung kawannya. yang sanggup sama sama menerima cercaan dan makian . yang sanggup cover line kawan walaupun kita tahu kawan itu sebenarnya bersalah.

setiap kesalahan yang terjadi biasanya diluar kawalan kita, diluar keimanan kita, diluar kemahuan kita.. dia amat spontan....jadi maafkan laa setiap kesalahan itu walaupun pahit.

melepasi batas kawan , barulaaa menjadi sahabat... biar dia menjadi sebutir bintang dilangit... dia tetap ada disini... diwaktu cahayanya terang di waktu malam...dan juga diwaktu cahayanya pudar disiang hari, dia masih setia berada disitu, malah ada waktunya kita tidak memerlukannya , namun dia masih tetap ada bersama kita walaupun kita tidak memperdulikannya, dia akan berusaha membuat kita bahagia...dari sebarang bahaya..

itulaaaa ...sahabat sejati....
mampukah kita melakukan????...

jawapannya mudah.... IA... kita mampu
melakukan dengan mengetepikan kepentingan kita ....

Tapi berapa ramai yang mahu berkorban... berapa ramai yang mahu menyimpan rahsia... walau dalam rahsia...

Hmmmm.......

Anonymous said...

herrmmm adakah status sahabat itu adalah tingkatan tertinggi dalam hubungan kemanusiaan?

sementelah itu le mereka yg rapat dan sama sama berjuang di panggil para sahabat..?

di sini le dalam nya maksud dan pengertian seorang sahabat itu, sehingga dikatakan cubit paha kanan maka paha kiri akan terasa juga..
bagaimana kukuhnya ikatan ukhuwah dalam diri mereka yg manjadi sahabat, maka bila mana seorang saudaranya ditimpa kesusahan makan tidak akan senang le sahabat yg lainnya, diumpamakan makan tak kenyang tidur tak lena selagi tidak sama sama merasai kepayahan dan kesusahan sahabatnya.

seorang sahabat, dikatakan akan cuba untuk menjadi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, maka apa bila sahabatnya didalam kesenangan atau menerima berita gembira, rasa hatinya begitu gembira, teramat bangga dgn kejayaan sahabatnya, seolah olaah dia ada bersama sama menjayakan usaha sahabatnya, hatta dia sendiri berada jauh beribu batu.. sedikit pun tidaka timbul rasa iri atau dengi, malah kalu boleh bior le sahabatnya itu akan lebih berjaya, si sahabat yg berjaya itu pula, tidak ragu ragu ingin berkongsi kejayaannya dgn sahabatnya itu, walau jauh dimata, namun sentiasa dalam ingatan.. rasa hatinya mahu kalau boleh agar sahabatnya itu sama sama berjaya seiring dgnnya..

tiada pandangan rendah dan tiada pandangan tinggi.. sama sama merasakan mereka samarata..

entah..

Cindai said...

sahabat sejati...
yang diri kita adalah dirinya
penuh ketulusan
penuh keikhlasan
sayang sejati...