Wednesday, October 27, 2010

Beberapa tip untuk tidur

Beberapa tip untuk tidur, tip ini diadun daripada kitab Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali dan beberapa pandangan umun.


1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak
2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.
7. hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.
 8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan: alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.

Bayi Perempuan atau Bayi Lelaki - Your Choice


Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama

1.  Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
2.  Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3.  Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
4.  Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

Sebelum & Selepas:
1.  Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan

2.  Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid)

Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja?  Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood.  Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit.  That's why susah nak dapat baby perempuan ni..  tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3.  Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim
(Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;  Suami membawa XY, isteri membawa
gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4.  Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
      
5.  Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1.  Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2.  Banyakkan makan buah-buahan
3.  Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1.  Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam
      
2.  Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama "Maryam" atau "Siti Aisyah"

3.  Berdoa selepas solat (biasalah kan....)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau
membulat rata ke kiri dan kanan.

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1.  Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2.  Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur)

Kenapa dlm waktu  tidak subur isteri sahaja?  Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu
lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri.  Agak susah nak dapatkan bayi
lelaki tapi depends gak..  (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui 'gitu-gitu'  so
excited terlebih sikit... tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi
lelaki)

3.  Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri
supaya gen XX lebih banyak dr XY;  Suami membawa XY, isteri membawa gen X- so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4.  Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat
> tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke
> kanan)
>       5.  Berdoa.
>
>       Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):
>       1.  Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
>       2.  Banyakkan makan yg berasid
>       3.  Amalan minuman kurang manis
>
>       Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
>       1.  Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk
> kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan
> minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf
>       2.  Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan
> dgn memanggilnya dgn nama "Muhammad" atau "Ahmad"/"Amin"
>       3.  Berdoa selepas solat (biasalah kan....)
>
>       Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau
> meruncing ke hadapan.
>
>
>       Selamat mendapatkan baby pilihan anda!  Kita hanya merancang dan
> berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan...

Fw: Bahaya kencing tikus dan kencing kucing... please

Semoga jadi panduan bersama

PASTIKAN MAKANAN TIDAK TERDEDAH DAN BASUH ANY NEW TIN SUSU PEKAT MANIS, SARDIN DSB SEBELUM DIBUKA...WHO KNOWS BINATANG APA YANG DAH MERAYAP ATAS TIN-TIN TU SEWAKTU DI KILANGNYA, DALAM LORI PENGANGKUT, DI RAK-RAK KEDAI RUNCIT DSB...

Assalamualaikum....dan salam sejahtera

Sekadar peringatan utk dikongsikan bersama.... saya fwdkan email yg saya terima dari sahabat saya.Ceritanya begini:
Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya berada di semester akhir di U. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Dr dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di BAngsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dlm perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kpd ayah dan suami yang ada berhampiran. Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yg teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih. Doktor tidak tahu virus apa yg menyerang. Pada mulanya suspect denggi dan ada sorang Doktor pula dengan yakin telah memberitahu family saya bahawa saya mengalami leukimia peringkat teruk dan harap keluarga bersedia untuk pemindahan sum-sum. Kami cukup kecewa dengan sikap doctor tersebut yang memberitahu wlaupun belum pasti dan tanpa memikirkan perasaan keluarga saya ketika itu. Esoknya dia kata bukan pula. Keadaan saya ketika itu memang teruk dan temperature memang tinggi. Ramai pelawat yg menitiskan airmata melihat keadaan saya. Kerana terlalu ramai pelawat saya dipindahkan dari katil yg dipisahkan dengan langsir kepada bilik yg pelawat hanya buleh lihat dari tingkap kaca..suami dan ibu hanya dibenarkan masuk..bilik itu memang mahal (ICU)..kerana Dr takdapat pastikan kuman itu datang dari mana (mungkin dari pelawat ker)...
 
selepas 8 hari saya sedar dan dapati kandungan sudah tiada...ketika itu temperature demam saya naik semula dengan tinggi. Saya amatlemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah2 kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelap kan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi. Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk kebilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidungdan mulut (takut saya kena virus daripelawat). Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa). Akhirnya doktormengatakan bahawa saya diserang virus Laptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai keotak buleh membawa maut.Ia masuk ke salur darah. Tidak tahu mana saya terkena virus itu.Tapi selepas saya keluar ada beberapa orang yang kena begitu. ketika itu juga virus itu sedang merebak di Thailand. Selama hampir sebulan di tahan dihospital saya terpaksa menahan perasaan sedih kerana kehilangan anak. Saya kena kuatkan semangat untuk cepat sembuh dan keluar dari hospital. Suami saya juga selama itu jugadia berumahtangga di hospital. Saya tak dapat bayangkan perasaan dia dan keluarga. Kami baru saja 10 bulan berkahwin. Kerana kemasukkan darah baru juga terlantar lama atas katil serta kehilangan berat badan yg banyak menyebabkan saya lemah untuk berjalan... Saya terpaksa belajar berjalan semula dan berusaha agar tidak mengikut perasaan yang sedih. Saya juga terpaksa menangguhkan study ke semester depan. Bil hospital pun begitu mengejutkan kami ...dengan bil itu kami hampir boleh memiliki sebuah Proton Waja. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi Ini kerana saya ditempatkan di bilik waktu di ICU dan juga menggunakan alat yg mahal bagi pernafasan . Doktor ada mengesyorkan utk berpindah ke hospital lain ketika itu..tapi keluarga saya mengatakan duit boleh diusahakan tapi nyawa.... Doktor Hamid menyifatkan saya seperti mati hidup semula dan menasihatkan agar tunggu setahun utk pregnant semula kerana keadaan saya yang memang teruk...Doktor2 yang merawat pun sedih melihat diri saya. Dengan takdir Allah selepas hati, limpa saya mengecut ke saiz asal dan darah sudah stabil , lapan bulan selepas itu saya pregnant. Kini anak kedua saya (lelaki) sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan amat lasak. Anak sulung saya yang meninggal itu bayi perempuan. Selepas kejadian itu saya cukup fobia dengan tikus walaupun doktor kata saya tidak akan lagi terkena kerana sudah imun dengan virus itu. Dengan itu saya ingin menasihatkan para ibu atau sesiapa sahaja berjaga-jagalah dengan haiwan itu dan juga kucing(kencing kucing pun bahaya).

8 Petanda Dia Adalah Jodoh (Soulmate) Kamu...


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. 

Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon
pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya???

Thursday, October 14, 2010

Aku lelaki egois>>> Moga menjadi iktibar

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia.
Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku.
Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang.
Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku.
Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan.
Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia.
Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola.
Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku.
Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang.
Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai.
Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh.
Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Monday, July 26, 2010

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia


> Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum
dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa
sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau
jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu
sebelum dtg saat kematian" ...
>
>
> Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
> Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
> Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
>  
>  Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
>  Dengan kain kafan yang serba putih
>  Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
>  Walaupun orang yang hadir itu merintih
>  
>  Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
>  Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
>  Dengan empat kali takbir dan satu salam
>  Berserta Fatihah, Selawat dan doa
>  Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
>  Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
>  Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
>  
>  Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
>  Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
>  luput?
>  Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
>  Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
>  Usunglah dirimu ke tikar solat
>  Sebelum kamu diusung ke liang lahad
>  Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
>  
>  Iringilah dirimu ke masjid
>  Sebelum kamu diiringi ke Pusara
>  
>  Tangisilah dosa-dosamu di dunia
>  Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
>  
>  Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
>  Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
>  Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
>  
>  Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
>  Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
>  Bukan yang pergi
>  
>  Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
>  Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
>  Ingatlah di mana saja kamu berada
>  Kamu tetap memijak bumi Tuhan
>  Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
>  Serta menikmati rezeki Tuhan
>  
>  Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
>  Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
>  Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
>  bererti
>  Lalu menjadi segumpal darah
>  Lalu menjadi seketul daging
>  Lalu daging itu membaluti tulang
>  Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
>  Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
>  Yang kalau jatuh ke tanah
>  Ayam tak patok itik tak sudu
>  Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
>  Yang lebih agung dari malaikat
>  
>  Lahirmu bukan untuk dunia
>  Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
>  
>  Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
>  Dengan penuh rela dan bersedia
>  Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
>  Jalan kemenangan akhirat dan dunia
>  
>  Ingatlah yang kekal ialah amal
>  Menjadi bekal sepanjang jalan
>  Menjadi teman di perjalanan
>  Guna kembali ke pangkuan Tuhan
>  Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
>  Isteri, kad kredit dan kereta
>  Kondominium, saham dan niaga
>  Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Impian bakal isteri ???


Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia ma hukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tid ak suka pula sikapnya.

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri- isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia(kesenangan) atau akhirat.

Akhirnya mereka memilih akhirat.

BAGI YANG TELAH BERUMAHTANGGA, CETAK HALAMAN INI DAN LEKATKAN DI DINDING BILIK UNTUK DIBACA BERSAMA-SAMA SUAMI DAN ISTERI.


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
 
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
 
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
 
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
 
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
 
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
 
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
 
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
 
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
 
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
 
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
 
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
 
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
 
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
 
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
 
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
 
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
 
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
 
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
 
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
 
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
 
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya

"Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar......".

AWAS!! Petua Yg Menarik Untuk Tatapan Anda


Oleh: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.



19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.


37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat Bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.


39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.


48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitive kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

wassalam

AkU HaIRan..


AkU HaIRan yang membawa erti yang berkesan..

1. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahwa adanya maut tetapi ia masih bergelak ketawa

2.Aku hairan terhadap sikap manusia yang mengetahui bahwa segala-galanya berlaku mengikut takdirNya,tetapi ia masih mencintainya

3.Aku hairan terhadap sikap manusia yang mengatahui bahwa segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tetapi ia masih berdukacita diatas kehilangan sesuatu

4.Aku hairan terhadap manusia yang mengetahui bahwa adanya perhitungan terhadap dirinya tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaan

5.Aku hairan terhadap sikap manusia yang mengatahui bahwa adanya api neraka jahanam tetapi ia masih berani melakukan maksiat

6.Aku hairan terhadap sikap manusia yang mengenal zat Allah SWT tetapi ia mengingat akan sesuatu yang selain daripadaNya

7.Aku hairan terhadap sikap manusia yang mengatahui adanya syurga tetapi ia masih mencari kemewahan hidup di dunia ini

8.Aku hairan terhadap sikap manusia yang menganggap syaitan itu sebagai musuh tetapi ia masih mentaatinya