Thursday, August 25, 2005

Kata-kata nasihat HM Tuah Iskandar

Kata-kata nasihat HM Tuah Iskandar


¡°Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan¡±. ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Jangan cakap saja, tapi buat, jangan buat saja langsung tak bercakap.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA." - ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Memuji seorang sama seorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Rajin itu ubat, sedang malas itu racun." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Sama menolong sama beruntung.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Dare to be different." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.¡± ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Monday, August 15, 2005

Pertanyaan Untuk CINTA

"Adakah tapak tanganmu berkeringat,
hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

"Life without friendship is like the sky without sun"

Apabila nafsu dikuasai syaitan, insan menjadi haiwan dan jiwa mulai akan tertekan.
Di sini teman diperlukan untuk berkongsi pengalaman, disini..

Sunday, August 14, 2005

beza sahabat_kawan_dll

Seringkali kita tertanya-tanya

emm..

Seringkali kita tertanya-tanya, apa beza sahabat, teman, kawan, rakan, taulan. bezanya hanya dapat diselami dengan mata hati.. A friend in need is a friend indeed!!

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri...Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana memepunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

kita juga pernah membiarka dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya...? seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita , segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setipa kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita... Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat & kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerluka seorang sahabat...

Sebagai kekuatan jadilah kita sahabatnya itu.. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenatnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan... Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan... Kita tidak tahu. Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu...

~hargailah sebuah persahabatan kerana di sebaliknya tersimpul segala-galanya~

~orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat baik, dan orang yg menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik~

~truth:

"when a particular guys flirts with a girl very often, a girl would start thinking the guy likes her. so if you treat a girl just as afriend, go easy on the smiles and stare 'okie?"

~aku, dia, & seseorang~

Sisipan Ramadhan . . .

Pesanan dari seorang sahabat...

alhamdulillah syukur selesai sudah satu usaha kredil bersama rakan2 yg menghimpunkan artikel berkaitan 3 bulan penting dlm masyarakat yg mengutamakan amalan khusus dl bulan tersebut,, sisipan ramadhan ini mengalu-alukan komen dan maklum balas, dan minta jasa baik agar ia disebarkan, semoga Allah merahmati usaha anda, hamba Allah yg faqir dpd rahmat dan keampunan tuhannya,

sila klik

http://blogs.cjb.net/sendang/29551/

Satu Laman lagi..

http://www.freewebs.com/hidet/Ramadhan_handbook.pdf

Tuesday, August 02, 2005

SEKUDUS CINTA

( DARA.COM OGOS 2003 )

I

Dia melabuhkan punggungnya di kerusi rehat di bawah sepohon pokok. Entah apa nama pokok rendang itu, dia sendiri kurang pasti. Tapi dia selalu mendengar celoteh sahabat-sahabatnya yang mengatakan pokok besar yang menghadap tasik di kawasan kampusnya ini ada penunggu. Entahlah! Antara percaya dan tidak, dia hanya mendiamkan diri sahaja apabila ada sahabat yang bertanya pendapatnya tentang cerita itu. Lamunannya tentang pokok besar dimatikan. Persetankan! Pandangannya dilemparkan ke arah tasik. Tenang. Damai. Bayu pagi menyentuh lembut pipinya. Sesekali dia memperbetulkan lipatan tepi kerudung biru bercorak flora yang dipakainya. Dia mengerling pada jam tangan yang dipakai di tangan kiri. “Wafa…Wafa…” Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali.
“Najwa!” Gegendang telinganya bergetar. Pantas menangkap gelombang bunyi yang dilantunkan dari arah belakang. Dia menoleh. Sebatang tubuh yang cukup dikenalinya, menghampiri. “Akhirnya…” Wafa mendengus kecil. “Apa yang akhir?” “Akhirnya aku jumpa juga kau di sini. Apasal kau tak tunggu aku tadi? Memang tak sayang sahabat langsung!” Wafa mencebikkan mulutnya. “Sebab aku terlalu sayangkan kaulah aku tak tunggu. Wafa, masa itu ibarat pedang. Kalau kita tidak mendahuluinya, dia yang akan mencantas kita. Ingat pesan Rasulullah, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum mati. Dan jangan kau nak belajar jadi pencuri pula?” “ Pencuri?” Wafa menggigit jari telunjuknya sambil dahinya dikerutkan. “Ya, pencuri. Pencuri masa!” Wafa tersengih, menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun.

II
Najwa menghayunkan langkah selaju mungkin. Dia tidak mahu terlewat ke kelas tafaqquh bersama Ustazah Aisyah yang diadakan di perpustakaan pada lewat tengah hari itu. Mentari, garang memancarkan sinarnya ke bumi. Terik. Renik-renik peluh memercik di dahinya. Bersatu lalu luruh ke pipi. Di kala panas begini, jubah merah hati yang bersulam corak flora di kaki dan lengan jubah yang dipakainya serasa menghenyak jasad. Tapi lintasan nafsu syaitan itu pantas ditepisnya. Sejak kecil lagi, dia dididik dengan tarbiah Islamiah. Membesar dan hidup dalam biah Islamiah. Baba dan ummi menyemai benih suci dalam jiwanya, disirami dengan embunan kasih dan sayang. Dan kini ia tumbuh subur mewangikan jasad dan rohnya.
“Maaf!” Pantas ucapan murni itu terlantun keluar dari bibirnya. “Tak apa, tak ada apa-apa.” Najwa memungut buku-buku yang bertaburan di bahu jalan lantas memandang ke wajah anak muda yang dilanggarnya. “ Ma..maaf! Saya minta maaf saudara. Saya tak sengaja.” Najwa mengulang kalimah itu. “ Tak apa. Perkara kecil je tu.” Anak muda itu membalas sambil tangannya meraba-raba mencari sesuatu. “ Tongkatnya saudara.” “ Oh! Terima kasih.”
“Mil!” Bahu kanan anak muda itu ditepuk. “ Jom! Bas dah sampai.” Seorang anak muda berkopiah putih dan berbaju melayu moden kuning langsat menggenggem erat tangan anak muda yang bertongkat itu. Najwa memandang kelibat dua anak muda itu sebelum akhirnya mereka hilang di dalam perut bas.
“ Lambat kau hari ni Najwa. Selalunya lima minit sebelum kelas tafaqquh bermula kau dah ada. Hari ni, limit minit selepas pula!” Wafa membisik. Ada nada mengejek di situ. “ Nantilah aku ceritakan.” Najwa membalas sambil bibirnya diketapkan. Dan petang itu serasa masa berdetik perlahan.

III
Di atas meja, buku bertaburan. Kertas-kertas nota berserakan. Denyut di kepalanya semakin kuat mencengkam. Sudah dua butir Panadol ditelannya. Dia memicit-micit tengkuk dan bahunya. Dia bingkas bangun. Badan dibaringkan ke atas katil. Matanya dipejamkan rapat-rapat. Pantas, bayangan itu menerpa ruang mindanya. “Bagaimana caranya aku nak memulangkan buku itu kembali pada tuannya?” Hatinya diterjah persoalan. Dia bingung.
“Ya Allah! Bersepahnya! Kalau macam ni, jadi andartulah kau, Najwa!” Leteran Wafa memecah sunyi malam. “Eh, bila kau beli buku ni?” Kulit buku itu dibeleknya. ‘Akhlak Seorang Muslim, oleh Muhammad Al Ghazali, penyunting Drs H Moh Rifa’i.’ Sehelai demi sehelai mukasurat buku itu diselaknya. Wafa menarik nafas panjang apabila matanya terpandang sesuatu.
Pandanglah alam ciptaan Ilahi ini dengan pandangan mata hati kerana hati yang bersih mampu menyingkap kebenaran sunnatullah lebih hebat dari pandangan mata sebenar yang kadang-kadang menipu diri sendiri – Syamil Hakimie.
Matanya ditenyeh-tenyeh beberapa kali. Bulat matanya memandang Wafa yang sedang memegang sebuah buku yang entah siapa pemiliknya. Najwa mengeleng-ngelengkan kepalanya beberapa kali sambil tangannya memberikan isyarat tidak tahu. “Syamil Hakimie.” Pantas nama itu meluncur laju dalam fasahah lidahnya.
“Kalau kau tak kenal, macammana buku ni boleh ada pada kau? Sapa Syamil Hakimie ni, Najwa. Takkanlah dengan aku pun kau nak berahsia.” Wafa cuba koreksi. “Aku tak kenallah, Wafa.” Najwa mendengus kecil. Perlahan-lahan dia menuturkan kembali kalimah bertulisan tangan di halaman depan buku ilmiah itu. Pandanglah alam ciptaan Ilahi ini dengan pandangan mata hati yang bersih…Bacaannya terhenti di situ.
“Mil…Syamil…” Dia membanding dua kata nama itu. Dan ulas bibir Najwa menguntum senyum.

IV
Peperiksaan akhir Semester 1 baru saja selesai. Najwa melangkah keluar dari Dewan Salahuddin Al-Ayubi dengan tenang. Setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Yang Esa kerana dipermudahkan urusannya sepanjang minggu peperiksaan itu. Kelas tafaqquh bersama Ustazah Aisyah tempoh hari benar-benar membantunya. Benarlah kata kebanyakan pakar motivasi “Belajar berkumpulan lebih baik dari belajar sendirian.” Pendapat sahabat-sahabat dapat dikongsi dan dijadikan panduan ketika berhadapan dengan peperiksaan.
“Hei buta! Tepilah!” Suatu suara kasar seolah-olah memberikan arahan memecah gegendang telinganya. Najwa menoleh ke tempat duduk belakang bas. Kelihatan seorang anak muda meraba-raba mencari tempat duduk. “Dah tau mata tu tak nampak, bawalah peneman!” Berderai ketawa. Menyakitkan hati. “Syamil…” Bisikan kecil berdetik di nalurinya.
Dia bingkas bangun. “Saudara, apa hak saudara untuk menengking dan menghalau orang lain? Kita sama-sama manusia. Jadi, tak bolehkah kalau saudara bertolak ansur?” Najwa berbicara. Berani. Walau lembut tapi ada ketegasan pada tutur kalimahnya. “Kau siapa? Makwe mamat buta ni ke? Hei cik adik manis! Tak perlu nak masuk campur dalam urusan aku, ok!” Berdesing telinganya mendengar kalimah bacul pemuda itu. “Saudara, ada masalah ke?” Seorang anak muda mula menunjukkan reaksi sebaik sahaja kakinya melangkah ke perut bas. “Kawan kau ke ni? Lain kali jangan tinggalkan si buta ni seorang diri! Menyusahkan orang lain! Dan tolong suruh perempuan ni jaga mulut!” Anak muda itu memandang Najwa. Tunduk. Cuba menenangkan suasana yang kian tegang, dua anak muda itu turun keluar dari bas tersebut.
“Saudara!” Adzhar menoleh. Dia bingung. Di hadapannya seorang gadis yang langsung tidak dikenalinya. “Boleh saya berbicara dengan saudara Syamil?” Najwa memulakan bicara. Memecah kebuntuan yang bersarang di kepala anak muda itu. “Ya, saya.” “Tapi saudari ni siapa?” Masih ada rasa kurang puas hati di raut wajah Adzhar. Dahinya dikerutkan. “Begini. Kalau saudara Syamil masih ingat, saya pernah terlanggar saudara tempoh hari. Dan entah macammana, saya terambil buku saudara. Akhlak Seorang Muslim. Tapi saya minta maaf sebab saya tak bawa buku tu hari ni. Tak sangka pula terserempak dengan saudara berdua. Jadi, macammana caranya saya nak pulangkan balik buku tu?” Najwa berdehem kecil sambil tangannya memperbetulkan kedudukan beg yang disandangnya.
“Oh, Saudari! Saya ingat.” Dia tersenyum kecil. “Begini sajalah. Saya hadiahkan buku tu untuk saudari. Lagipun saya dah tak boleh nak baca buku tu lagi. Saudari fahamkan keadaan saya.” Adzhar menoleh. Memandang wajah sahabat yang ditarik nikmat penglihatan yang cukup berharga bagi seorang manusia. Rasa sebak mula mengepung dada. Dia tahu Syamil redha dengan ketentuan Ilahi. “Tapi…” “ Saya ikhlas. Harap saudari…” “ Najwa. Najwa Sumaiyya.” “ Harap saudari Najwa sudi menerima dan membacanya. Dan terima kasih atas bantuan saudari tadi. Saudari Najwa memang berani. Alhamdulillah, masih ada wanita yang seberani Masyitah, seberani Sumaiyah.” Dia tersenyum. Adzhar memandang wajah Najwa. Bola mata mereka bertemu. Najwa pantas melarikan pandangan. Tunduk. Dan mega mula berarak, memberikan ruang buat sang mentari memancarkan kembali cahayanya yang terselindung.

V
“Assalamualaikum” “ Waalaikumsalam. Masuk Syamil, Adzhar. Ana ingat antuma tak datang tadi. Tak berserilah majlis ana nanti kalau antuma tak ada.” Profesor Firdaus tersenyum sambil tangannya menyambut salam yang dihulurkan Syamil dan Adzhar. Perlahan-lahan Syamil dipimpin, melangkah masuk ke rumah yang sederhana besar itu. Kelihatan para tetamu memenuhi ruang hadapan rumah.
“Rasanya, afdhal majlis ini dimulakan sekarang. Sebelum itu, izinkan ana menyampaikan sepatah dua kata sebelum bacaan Yassin dimulakan. Seperti yang para hadirin sedia maklum, 6 bulan lepas ana terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan penghidupan ini. Dan ana amat terhutang nyawa dengan anak muda di sebelah ana ini, Syamil Hakimie.” Profesor Firdaus memandang Syamil. Dia terbatuk kecil. “ Dialah yang menyelamatkan ana hingga dia kehilangan pancaindera yang sangat berharga. Ana tidak tahu bagaimana harus ana sampaikan rasa terima kasih dan penghargaan ini pada anta, Syamil.” Sekali lagi anak muda itu dipandangnya. Pandangan lembut seorang lelaki bergelar ayah. Tangannya menggenggam erat jemari Syamil. Ada pilu melingkar kalbu.
“Syamil merupakan anak murid anak sewaktu ana mengajar di Kolej Islam dahulu. Tak keterlaluan ana katakan, Syamil merupakan anak muda yang dilihat seperti mutiara yang bergemerlapan. Berketrampilan, berkepimpinan dan optimis terhadap apa yang dilakukan. Dan ana tahu, Syamil merupakan seorang yang sabar dengan ujian Ilahi. Rasulullah pernah bersabda “ Bersabar adalah cahaya yang gilang-gemilang.” Manakala dalam Surah Muhammad ayat 31, Allah berfirman, maksudnya “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”
Dan ana benar-benar berharap agar Syamil dapat menghadapi segala-gala yang telah ditakdirkan dengan cekal dan tabah. Ana selalu berdoa agar Allah mengembalikan nikmatNya itu pada anta, Insya Allah.” Air mata yang bergenang di birai mata, luruh jua akhirnya. Disekanya memanik jernih itu. Pantas Syamil memeluk sebatang tubuh yang amat dihormatinya itu. Hati kecilnya berdetik. Dia sanggup mengorbankan apa saja untuk gurunya itu sekalipun nyawanya. Walau kehilangan kedua-dua matanya, namun dia puas. Guru itulah yang banyak membantunya ketika dia dalam kesusahan. Guru itulah yang menghulurkan wang, membayar yuran persekolahannya. Guru itulah yang berjuang mendapatkan kembali geran tanah dusun ayahnya di hujung kampung mereka. Guru itulah yang membayar bil rawatan ayahnya dan guru itu jualah yang memandi dan menyembahyangkan jenazah ayahnya.
“Syamil?” Dia terpinga. Tidak menyangka anak muda itulah yang mempertaruhkan nyawa, menyelamatkan babanya dari bencana. Najwa mengesat peluh yang mula merenek di dahi. Entah mengapa debar membelit perasaan. Nalurinya bercampur rasa. Sedih. Tapi kagum dengan pengorbanan suci seorang murid untuk gurunya. Dia mula mengetuk pintu hati. Mampukah aku mencontohi Syamil?
Bahu Syamil disentuhnya perlahan. Dibisikkan satu kalimah ke telinga Syamil. “Najwa!” Syamil mengerutkan dahinya. Gelas di tangan diletaknya berhati-hati. “Najwa tu puteri tunggal Profesor Firdaus.” Adzhar menambah bicara. Matanya tertancap pada sekeping gambar keluarga di sudut hujung rumah itu. Kelihatan seorang lelaki separuh umur yang cukup dihormatinya diapit dua orang wanita di kiri kanannya. Ustazah Sakinah dan seorang gadis yang baru dikenali Syamil dan dia. Najwa. Najwa Sumaiyya. Ah! Nama itu…Nama itu disebutnya lagi.

VI
“Al-Sunnah mengikut bahasa adalah perjalanan atau penciptaan. Namun dalam bidang feqah dan usul fiqh, perkataan itu diertikan sebagai sesuatu yang terbit daripada Rasulullah SAW yang mengandungi hukum-hakam berupa dalil-dalil syarak yang melingkupi perkataan, perbuatan dan ikrar Nabi Muhammad.” Dia terbatuk kecil. Bicara disusun kembali.
“Dari segi bahasa, perkataan Ahlus-Sunnah wal-Jamaah bermakna orang-orang yang mengikut sunnah dan himpunan umat Islam. Ringkasnya orang menyebut Sunni atau dengan perkataan yang lebih panjang sedikit, Ahlus-Sunnah jika dibandingkan dengan Syiah, Muktazilah dan Khawarij.
Orang menggolongkan Ahlus-Sunnah sebagai golongan yang benar; sedangkan firqah lain ialah golongan sesat dan menyeleweng. Mengamalkan sunnah Rasulullah adalah diperintahkan kepada semua Muslim. Dalam Al-Furqan Surah An-Nisa’ ayat 59, Allah berfirman yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”
“Pengertian yang diberikan Syamil tadi jelas dan nyata. Ada sesiapa yang ingin memberikan penambahan?” Profesor Firdaus memandang seorang demi seorang ahli usrah itu. Lantas bola matanya terhenti.
“Saya hanya ingin membacakan dalil naqli yang turut menyokong pernyataan Syamil tadi.” Adzhar terhenti. Dia membetulkan duduknya. Profesor Firdaus mengangguk. “Dalam surah yang sama ayat 80, Allah berfirman yang bermaksud “ Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)”
Profesor Firdaus menghadiahkan senyum. Dia menjeling jam dinding yang sudah menunjuk ke angka sepuluh. Majlis usrah itu ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-‘Asr.
Kedua-dua tangan Profesor Firdaus diciumnya. “Ana dengar anta ikut kelas tahfiz Ustaz Muzammil?” “Na’am ustaz. Sejak 3 bulan lepas. Alhamdulillah, terdorong hati ana nak ikut kelas tu lepas ana dengar cerita daripada Ustaz Muzammil tentang salah seorang muridnya yang juga hilang penglihatan seperti ana yang sekarang ni dah selesai hafalannya. Muhammad Asyraf Al-Hafiz. Ana dah jumpa dia. Insya Allah, semangat dan kejayaannya itu menjadi pendorong kuat untuk ana teruskan niat ana ini.” Bibirnya menguntum senyum. ”Aiwah! Teruskan Syamil. Teruskan!” Bahu Syamil ditepuk beberapa kali. Bangga.


VII
Najwa memandang kipas yang berputar di syiling. Bilah-bilah kipas seakan mengejar antara satu dengan yang lain. Entah mengapa saban hari, wajah itu kerap muncul di hadapannya. Menerobos atma hingga mampu mengocak ketenangan hati. Bibirnya diketapkan. Rambutnya yang ikal hingga ke paras bahu dipintal-pintal. Ketabahan, kesabaran dan kepetahannya menyusun sabda nabi dan mengalun kalam Ilahi, mencuri hati seorang insan bergelar wanita ini. Ya Allah! Kurniakan aku cinta insan yang mencintaiMu.
“Ya Allah! Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku…Titipkanlah kebahagiaan antara kami…Agar kemesraan itu abadi. Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkan…Dia bukan milikku…Bawalah dia jauh dari pandanganku…Luputkanlah dia dari ingatanku…Dan peliharalah aku dari kekecewaan. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan …Adalah yang terbaik untukku…Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hambaMu ini. Amin…Ya rabbal’alamin.
Wajahnya diraup perlahan. Resah yang berombak di jiwa kian berinjak pergi. Wudhuk masih berbaki. Furqan dipegang lalu dibukanya helai demi helai. Alunan kalam tuhan memecah sunyi malam. Seorang gadis kini bermunajat di hamparan suci.



Aliran darah serasa deras mengalir di setiap kapilari. Debar membungkus naluri. Tapi Najwa nekad. Adzhar menyambut sekeping surat yang dihulurkannya. Bingung, tapi masih mampu menghadiahkan sekuntum senyum. Pandangan mereka bersatu. Najwa tunduk. Tiada sepatah kata yang mmeluncur keluar dari bibirnya. Perlahan-lahan dia meninggalkan Adzhar di situ. “Sememangnya gadis ini siqoh.” Terdetik satu rasa di hati Adzhar. “Ah! Manis sekali dia dengan jubah biru itu.”
Adzhar menyiat bucu sampul yang tidak bernama itu. Perlahan-lahan dia meniti satu persatu kalimah yang tertulis indah. Bintang-bintang yang bergemerlapan malam itu cantik menghiasi persada langit.

Assalamualaikum. Salam sesuci embun pagi kuhulurkan buat dirimu. Maaf, jika kedatangan warkah ini menganggumu. Tapi percayalah, jauh di sudut hatiku, aku tidak berniat begitu.
Sesungguhnya aku mengkagumimu. Katabahanmu, kesabaranmu dan semangatmu itu benar-benar telah mengocak naluri insan bergelar wanita ini. Aku mahu kau tahu, aku ikhlas menyatakannya.
Izinkan aku menjadi seperti Siti Khadiijah yang mencari dan mendamba kasih seorang insan yang mampu membimbing diri menyelusuri jalanan menuju mardhotillah.
Syamil, izinkan diri ini menjadi insan pertama dan terakhir dalam hidupmu.


Warkah itu dilipatnya kembali. Entah mengapa serasa pandangan gelap seketika. Ada sebak menindih kalbu. Najwa…Ah! Najwa. Kalaulah kau tahu rasa hati ini.
“Aku tak percaya, Har! Aku tak percaya! Masakan ada insan yang boleh menerima keadaan aku yang begini! Lagipun Najwa tu orang berpendidikan tinggi. Puteri tunggal Profesor Firdaus. Kau jangan main-main dalam perkara serius begini, Har!” Syamil menerjah kata-kata.
“Aku tak main-main Mil. Kau sendiri dah dengar isi surat Najwa. Jangan kau nak menafikannya. Dia ikhlas pada kau, Mil.” Adzhar cuba menenangkan rafiqnya itu walaupun serasa berat beban yang menghenyak jiwa.
“Hargailah perasaan Najwa pada kau.” Bahu Syamil ditepuknya berkali-kali. Perlahan-lahan langkahnya diatur. Keluar dari perkarangan rumah sahabatnya itu.

IX
Pelangi muncul setelah gerimis pergi. Mentari memancarkan sinarnya. Burung-burung kembali terbang riang mencari rezeki . Adzhar memandang rumput yang melata di tanah. Moga dirinya tidak goyah. Moga dirinya sekuat rumput-rumput itu. Tidak tergugat walau dipukul ribut.
Dari kejauhan, seorang gadis menghampiri mereka. Di sebelahnya seorang sahabat, menjadi peneman.
“Najwa serius? Najwa dah fikirkan masak-masak sebelum Najwa luahkan kata-kata itu pada saya? Najwa perlu sedar. Saya insan kekurangan. Ramai lagi insan yang lebih baik dari diri ini.” Syamil meluah kata. Dia menggenggam tongkatnya erat. Adzhar memerhati sahabatnya. Seketika, dia mengalih pandangan ke wajah gadis suci itu.
“ Apa yang saya luahkan, itulah hakikatnya. Syamil, dalam Islam tidak wujud jurang pemisah antara manusia. Tiada yang berbeza antara yang sempurna fizikal dan tidak. Awak pun tahukan, orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.” Dia tunduk. Tidak sanggup menerus kata-kata. Segala-galanya diserahkan pada Yang Esa. Dan harapannya, Syamil bijak menimbang bicaranya itu.

X
Sebentuk cincin yang menjadi tali pengikat dua jiwa yang berkasih digenggamnya. Direnungnya. Dia mendongak ke langit. Berlama-lamaan memerhati sang purnama. Entah mengapa serasa cahaya sang qamar pudar dan suram. Dia pasrah dan redha dengan kehendak yang tertulis di Loh Mahfuz untuknya.
“Syamil Hakimie, kau pergi kala sinar kasihku bergemerlapan. Alangkah indahnya saat-saat terakhir bersamamu. Kau abadi dalam sejarah hidupku.”
Air mata tumpah ke pipi. Hangat, sehangat cintanya pada Syamil. Najwa tidak menyangka rupa-rupanya Syamil menghidap barah otak yang serius. Syamil sendiri tidak mengetahuinya, sehinggalah dia terpaksa bertarung dengan maut untuk meneruskan penghidupannya. Untuk menunaikan janjinya pada Najwa. Menjadi insan yang setia pada kasih dan cinta mereka yang kian mekar mewangi. Tapi janji itu terlerai di tengah jalan. Di hadapan denai hidup Syamil, ada janji yang lebih hak untuk ditunaikan. Sekudus cintanya pada Syamil, dia harus akur yang Allah lebih menyayangi Syamil. Lantas sajak Syed Qutb dihayatinya.

Saudaraku,
Seandainya kau tangisi kematianku dan kau sirami pusaraku dengan air matamu, maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh, nyalakanlah obor buat ummat ini. Teruskan perjalanan ke gerbang jaya. Kematianku adalah suatu perjalanan mendapatkan Kekasih yang sedang merinduiku. Birlah rohku terbang mendapatkan rindunya. Jangan gentar berkelana di alam abadi. Nun di sana fajar jelas memancar.

Sunday, June 19, 2005

Jejak Sajak/Novel . . . (Himpunan Web)

Himpunan Sajak

Klik . . .

http://khazanahmelayu.mmu.edu.my/pantun/pantun.php?fungsi=jual&page=

http://mydiped2001.tripod.com/karya.htm

http://sajak.blogspot.com/2003_08_01_sajak_archive.html

http://www.kompas.com/kompas-cetak/0110/05/dikbud/saja44.htm

http://tranung3.tripod.com/sisipan/a-sajak.htm

http://hasyuda-abadi.blogdrive.com/

Himpunan Novel

Klik ...

http://novelmalay.blogspot.com/

Rahsia Hati...


Sekuntum bunga di tengah padang. Asyik menari di hembus angin. Sendiri... melenggok, berputar....

Indah tarian sang bunga, menarik kupu-kupu untuk terbang mendekati, turut menari...

Kupu-kupu dan bunga menari bersama-sama,
saling kejar -mengejar,Mereka tampak dekat,

Namun tahukah jika sang bunga bukan menari untuk kupu-kupu?
Kupu-kupu salah sangka menafsirkan tarian sang bunga.
Bunga menari kerana ditiup angin. Tariannya adalah gerakan hatinya.
Sama seperti kita yang sering salah sangka terhadap tindakan orang lain.
Atau tindakan kita yang sering membuat orang lain salah sangka.
Memanglah manusia hanya dapat menilai orang lain dari tindakannya,Tapi


Rahsia Hati, hanya Tuhan Yang Tahu.

Tuesday, June 14, 2005

Cintakan Allah

kata ulama.....
kita sembahyang tak khusyuk..
banyak sebabnya..
tetapi sebab utama ialah kerana kita belum mencintai Allah...
oleh itu sembahyang tidak memberi kesedapan kepada kita...
kita terlalu jauh dari Allah.....

orang yang khusyuk sembahyangnya....
kerana mereka cintakan Allah..
melebihi segala-galanya...
oleh itu mereka sembahyang lama......
dan sentiasa ternanti-nanti untuk sembahyang.....

umpama orang yang sedang dilamun cinta....
mereka amat rajin berjumpa kekasihnya...
dan jika berjumpa ..mereka akan berborak lama-lama...
dan mereka amat khusyuk dalam percintaan....
sehinggakan perkara lain tidak dihiraukan...
begitu jugalah jika kita cintakan Allah...
cintailah Allah ..melebihi segalanya......

Monday, June 13, 2005

RAHSIA KELAHIRAN DALAM KALENDAR ISLAM

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda
dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan: -
Lupa tarikh lahir islam anda…?

http://www.islam.com/islamicdates.asp


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Monday, May 30, 2005

Sejadah Merah

Satu hari aku terdengar
Esak tangis sungguh berdegar
Mungkinkah hantu mungkinkah pontianak
Atau pun orang tengah buang anak

Rupanya datang dari bawah meja
Sejadah merah empunya suara
Aku pun mula la naik takut
Memang seram, memang kecut

Heran plak camne sejadah boleh menangis
Pikir pikir ikhtiar aku dah abis
Aku pun mula la dapat satu idea
Kalau sejadah reti nangis, mesti dia pandai berkata²

Ku tanya sejadah apakah gerangan
Hingga menangis cam tak ingat Tuhan
Teresak² sejadah pun menjawab
Sungguh tak sangka dia pandai bercakap

"Aku sedih pasal nasib diri aku
Dulu aku berguna, skang dah jadi macam batu
Hari ni aku kena campak bawah kerusi
Esok lusa ntah² kena buat lap kaki"

"Dulu aku diguna lima kali sehari
Aku masa tu bangga dapat berbakti
Sekarang aku haram tak bersentuh
Zohor Asar Maghrib Isyak.. apetah lagi Subuh"

"Apesal tuan aku buat aku macam ni
Semayang tak, asyik melanggok depan TV
Bangun pagi terus breakfast gitar
Sampai aku pun tak tau bila nak sedar"

"Tuan aku mungkin masih tak sedar diri
Esok lusa belum tau idup mati
Dia dah besar, aku tak boleh buat apa lagi
Pandai² la dia pikir pasal idup dia sendiri"

Iskkk.. aku pun mula la sayu
Mendengar kisah sang sejadah yang begitu pilu
Aku pun dah lama sedar pasal benda ni
Cuma aku anggap tu masalah deorang sendiri

Kekadang aku heran perangai manusia
Bencana yang datang dianggap bala
Tak pernah terpikir hikmah di sebaliknya
Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa

Kalau hidup kau penuh masalah
Mesti ada something yang kau buat salah
Allah takde nak hukum hamba-Nya macam tu aje
Mestila kau ada cacat dan cela

Sedar la kita ni semakin tua
Ajal dan maut bukan kita yang empunya
Telinga kau dah makin pekak
Kepala kau makin naik botak
Mata pulak dah makin tak nampak
Arah idup kau masih lagi kabur
Esok lusa sapa tau kau nak ke kubur

Itu ajelah kisah aku hari ni
Bukan mengutuk sekadar melampias isi hati
Anggaplah ini satu nasihat
Aku pun bukannya perfect sangat...

Friday, May 27, 2005

TAUBAT NASUHA

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan, Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan, Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
-KeredhaanMu (INTEAM)

.:: Destinasi Cinta ::.



menyingkap tirai hati
mengintai keampunan
di halaman subur rahmat-Mu Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan akan ku jirus
Dengan madu keimanan
Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari lautan nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
sebenarnya terlalu hampirHanya kabur kerana dosa
dalam hati...
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang yang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon maghrifat
Moga dapatku berteduh di rendang kasih-Mu...
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
selagi denyut nadi belum berhenti
durjana syaitan kan cuba menodai
segumpal darah bernama hati...
Lestari kan wadi kalbuku,oh Tuhanku
leraiakn aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu...
Wahai Tuhanku.... ya Allah.....

Dr. Mashitah Ibrahim . . . .

Klik . . .

http://www.geocities.com/drmasitah/index.html

Bangsa Musnah

Klik la ye.....

http://www.bangsamusnah.com/1.swf

Thursday, May 26, 2005

Kisah Renungan Buat Muslimah

Assalamu'alaikum warahmatullah ...
Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi ,selawat salam buat junjungan mulia Baginda Nabi s.a.w. serta doa kesejahteraan buat umat muslimin seluruhnya,agar dalam limpahan rahmat dan barakah-Nya.

KISAH BENAR .KISAH INI ADALAH RENUNGAN BUAT MUSLIMAH..HAYATI KISAH INI.

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!" Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakana ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini… Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di situ tertera

soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Nnnisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari ujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' > hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia" Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Wassalam [Sumber : Ukhwah.com]

Warkah Buat Adam

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

ikhlas dari Hawa

Warkah buat Hawa

Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu,

biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang membahagiakan dirimu.


Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta daripada
insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu

kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau
tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia
juga yang mengoncang iman lelaki.

Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,

kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi

lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga
tidak mahu bermain cinta

kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan
lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,
ingatlah Hawa janji Tuhan kita,

wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Monday, May 23, 2005

bicara bidadari berwajah wanita

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku,bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg paling gah bahkan lebih gah dar iegonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hamban! ya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu.

Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah ! itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih tidak berpuas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala. "Jadi kakak, masih ad! akah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???" Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 terma solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara p! ermata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg tidak berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan didunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia kan? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.