Sebenarnya aku juga pernah mengalami kemurungan, tapi hanya mild depression. Mungkin aku mewarisinya dari emak yang pernah mengalaminya ketika kematian adik bongsu dulu. Ketika itu aku masih muda lagi, lebihkurang 24-25 tahun. Aku akui, perubahan hidup yang mendadak dan kegagalan mengendalikan tekanan dengan baik merupakan punca utama aku mengalami depresi.
Masa tu, aku tak tahu lagi ianya adalah masalah kesihatan yang perlu rawatan. Sebab belum ada diterangkan secara meluas mengenainya.
Sedari aku berumur 12 tahun, aku sudah tinggal di asrama. Kemudian, sekolah menengah juga tinggal di asrama, hanya sekali sekala pulang bertemu keluarga. Habis sekolah menengah, aku melanjutkan pelajaran di peringkat diploma selama 3 tahun. Kemudian, bila aku grade, terus dapat kerja di sebuah jabatan kerajaan. Tinggal bersendirian kerana tempat kerjaku jauh dari keluarga. Rasanya, banyak masa hidupku dihabiskan dengan kawan-kawan sehingga aku tidak rapat dengan emak mahupun adik beradik yang lain. Segala masalah aku selesaikan dengan caraku sendiri. Tidak pernah mengadu dengan keluarga, lebih-lebih lagi hal peribadi.
Enam bulan lepas kerja aku kawin dan tinggal bersama keluarga suami. Aku rasa, di sinilah bermula tekanan demi tekanan hidup aku lalui. Ye la, aku tak pernah tinggal dengan keluarga, tetiba terpaksa tinggal dengan keluarga baru….lagi pula, masa tu aku muda lagi, tak pandai mengambil hati orang, banyak benda yang aku tak reti, jadi hubungan antara aku dengan ipar duai serta ibu mertua sering saja tegang.
Setelah mendapat anak pertama, lagi banyak benda yang aku tak tahu dan kena belajar. Aku ni tak pernah pegang anak kecik (tak pernah jaga anak), jadi bila sendiri dah beranak, terkejar-kejar jugak aku! Ditambah dengan bebanan tugas di pejabat. Masa tu memang tension habis. Mujur lah aku dapat pindah rumah baru selepas setahun tinggal di rumah keluarga suami.
Keadaan menjadi teruk selepas mendapat anak kedua. Dengan pembantu rumah yang sekejap ada sekejap tak ada, aku terkejar2 sorang diri nak buat itu nak buat ini. Membuatkan aku bertambah tertekan. Bila selalu dalam keadaan tertekan, aku sering merasa bimbang, resah dan jantung berdebar2 tak tentu pasal. Kadang2 mengalami panick attack. Lama-kelamaan aku menjadi murung. Rasa tak ada mood. Hilang selera makan. Badan jadi kurus. Degupan jantung pun selalu laju, kadang2 mencecah 100/minit walaupun dalam keadaan rehat!
Mujur Tuhan cepat sedarkan aku. Suatu hari semasa menunggu giliran di klinik membawa anakku untuk rawatan, aku terbaca mengenai depression dalam sebuah journal kesihatan. Dari situ, aku tahu apa itu depression, kesannya kepada tubuh badan dan cara untuk menanganinya.
Depresi yang berpanjangan akan mengakibatkan penyakit kencing manis, jantung, yang mana akhirnya juga akan mendapat masalah buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Juga, jika keadaan dibiar berterusan, kemungkinan membunuh diri atau mendapat sakit mental!!
Aku tak mahu jadi begitu!!… Aku terus bertekad untuk keluar dari masalah emosi ini. Aku mulakan dengan senaman secara teratur setiap hari. Aku mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil. vitamin B kompleks Vitamin B Kompleks membuatkan kita segar dan tenang. Juga apabila berada dalam keadaan tertekan atau nervous, aku ambil makanan kesihatan passion flower. Ianya membuat aku merasa relaks. Sembahyang
Alhamdulillah, setelah dua tahun melalui keadaan yang perit itu, aku akhirnya menemui hidupku semula. Aku yakin, Tuhan memang mahu aku melalui keadaan perit itu kerana mahu aku merubah dan memperbaiki diriku sendiri. Juga mahu aku menghargai setiap yang aku ada, menikmati segala yang dikurniakan untuk aku…sejak itu, hubunganku dengan keluarga suami semakin bertambah baik!
Hanya mereka yang pernah mengalami kemurungan akan tahu betapa hidup ini perlu dinikmati dan disyukuri.
Moral daripada kisah ini :
Ø Usah pendam masalah, cari kawan untuk berkongsi masalah
Ø Usah tinggal dengan keluarga suami/isteri lepas kahwin! – untuk elakkan perselisihan faham, juga untuk kebaikan bersama!
Ø Jadikan suami teman baik dalam semua keadaan
Ø Sayangi anak2
Ø Bantu orang lain
Ø Ubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik
Ø Sentiasa memaafkan orang lain dan usah berdendam
Ø Berdoa dan dekatkan diri kepada Tuhan.
“SAYANGI DIRI SENDIRI”
No comments:
Post a Comment