Apa yang ingin kukongsikan ini adalah berkenaan sebuah pengalaman yang berharga oleh insan yang terpilih untuk bertemu dengan Rasulullah s.aw melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 ogos 2006. Nama yang dipilih oleh ayah beliau Syamimi yang bermaksud “kesayanganku”, gelaran Nabi kepada puteri kesayangan baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik beradik.
Alhamdulillah , Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam
hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk menghafal habis 30 juzuk
al-Quran ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau menghafal sendiri untuk
memenuhi harapan ibu dan ayah beliau yang amat mengharapkan ada seorang dalam
kalangan anak-anaknya yang menjadi hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung,
beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik.
SubhanaAllah. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmik dengan
ustaz di sebelah rumahnya di sana. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan
Undang-undang Syariah di universitinya. Beliau diuji dengan penyakit yang
tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti
tikam-tikam dengan pisau di bahagian tubuhnya, tambahan pula kaki yang
sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yang tak pernah sembuh.
Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama
segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri
yang tahu. Dah lama dia tak berdaya ke kelas disebabkan sakitnya yang
membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga
susut badannya hamper 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi wudhu’
2 hingga 3 kali sehari . Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari. Hari-hari yang dilaluinya beliau penuhi dengan membaca Al-Quran
dan qiyamulail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterus-terusan
menyakitinya.
Diceritakan makhluk-makhluk itu akan menganggunya terutama
sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di
merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doctor-doktor pakar, dengan
ulama’ yang faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan
seorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap
kali beliau sakit, perbanyakkan membaca Al-Baqarah. Pada Khamis itu, beliau
berniat untuk hadir ke kuliyah sebab dah terlalu lama tak mampu ke kelas.
Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan
yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dindng dan
apa yang mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh
tersungkur, terasa seperti ada yang menolak keras daripada belakang . Waktu
itu, beliau sudah tidak mampu untuk berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik.
Sampai sahaja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik.
Waktu itu, disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan
beliau niatkan ,” Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi
kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat
daripada Rasulullah s.a.w sendiri.” Kemudian beliau pengsan.
Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan dibaringkan di
sana. Waktu itu, sahabat-sahabat dah forward mesej kepada kawan-kawan lain agar
bacakan surah yasin sebab beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dengan nombor-nombor
ahli keluarga untuk dihubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izinNya. Kira-kira
jam 11 pagi, beliau tidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, dalam tidur
beliau, beliau terbaring dalam keadaan beliau memakai telekung dan tangannya
qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring
di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang
bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali. Wajahnya subhanaAllah, indah
sekali, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Beliau tertanya-tanya,
siapa orang ini, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang
dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang
ditanggungnya lenyap begitu sahaja.
Kemudian hamba Allah itu mengatakan ,
“Assalamau’alaikum, ana Rasulullah”
subhanaAllah, Baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jbbah putih
dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda.
Kemudian Nabi katakan..
“enti fil masjidi ..(sekarang enti (kamu) berada di
masjidku, masjid Nabawi)”
Allahuakbar. Kemudian Baginda Nabi s.a.w berkata:
“ QalAllahuta’ala; “InnaAllahama’ assobirin”,- (sesungguhnya
Allah bersama dengan orang-orang yang sabar).”
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan kalamullah, terasa
bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik
kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan : “In Lughatul
‘arabiyah, diterjemahkan..), “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan
sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti
pelihara di dalam hati enti, maka Allah bukakan hijab enti untuk Nampak ana”.
Ketika Nabi sebut :”Ya Syamimi, terlintas di hatinya, ‘ Ya
Allah, Baginda kenal ummatt Baginda’. Ya Rasulullah..waktu itu, dirasakan
baiknya Allah memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kmeudian Nabi
katakana, “sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, in shaa
Allah, kita semua akan brjumpa nanti”.
Lpas itu, nabi lafazkan .”Ummati..ummati..ummati..” dan
beliau Nampak Nabi menangis dan beberapa titisan air mata Nabi yang suci
mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian Banbinda pergi. Beliau merintih ,”Jangan
pergi Ya Rasulullah”. SubhanaAllah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi
kita mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau
katakana tak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummat Baginda,
atau mungkin saja Baginda amat sedih dengan ummat akhir zaman
ini..Wallahu’alam..sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya, beliau
dikelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar rintihan beliau dalam tidurnya
“Jangan pergi Ya Rasulullah”.
Kemudian beliau pun menceritakan kepada para sahabat tentang
mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua
menangis lantaran rindu kepada Rasulullah s.a.w. Rasa malu kerana kita
jarang-janrang ingat pada Baginda s.a.w, sedangkan kita amat terhutang budi
kepada Baginda Nabi. Lebih-lebih lagi, kita sedar bahawa syafaat Baginda yang
akan kita kejar di akhirat kelak. Ya Allah waktu itu, takde kata yang lebih
tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk dirafa’kan pada Allah atasnikmat
yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya
menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit brbanding insan-insan yang
lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dri
Hamdallah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya
terangkum dalam rahmatNya yang melimpah ruah.
Ketika itu asa sakit masih menular di tubuhnya, Cuma kali
ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini. Kemudian, usai
solat zuhur, rasa sakit yang beliau tanggung makin heba. Tak pernah beliau
merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh tubuhnya rasa di tikam
pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau menangis dalam menghadapi
kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. ‘ Apalah
sangat sakit yang aku tanggung ini beranding denagn nikmat yang Allah berikan
untuk melihat Baginda Nabi s.a.w’. Kemudian, beliau tidur dan terus beliau
rasakan berada di tempat yang biasa hadir di sepanjang beliau menerima
gangguan. Beliau katakan : “ Ya Allah ..apa lagi ynag Engkau bagi buat hambaMu
yang hina ini, rasa malu sangat denganMu ya Allah..”.
Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berbaju
hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan “ Assalamu’alaikum Ya Syamimi,
Rasulullah sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah s.a.w. “Nahnu
Khulafa’ Ar-Rasyidin”. Ana Abu Bakar, ini Umma al-Khattab, Uthman bin ‘Affan
dan Ali”. SubhanaAllah , Saidina Abu Bakar memperkenalkan dirinya dan
ketiga-tiga sahabatnya yang mulia. Beliau Nampak, Saidina Abu Bakar , amat
lembut perwatakkannya, Saidina Ummar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman
memang cantik sekali dan Saidina Ali yang agak kecil orangnya.
Para sahabat mengatakan “ Kami diutuskan oleh Baginda Nabi
untuk membantu enti”. Kemudian keempat-empat sahabat Nabi membacakan ayat
ke-102 daripada surah Al-Baqarah yang
bermaksud :” Dan mereka mengikuti ap yang dibaca oleh
syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman tidak kafir tetapi
syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan
apa yang diturunkan kepada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan
Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan ‘ Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah
kafir. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat)
memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat
mecelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka
mempelajari sesuatu yang mencelakakan dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan sungguh, mereka sudah tahu , barang siapa yang membeli (menggunakan sihir)
itu, nescaya tidak akan dapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah
buruk perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, sekiraya mereka tahu”.
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi
menghembuskan pada makhluk-makhluk yang sedang menganggu beliau dan mereka
semua hancur terbakar. SubhanaAllah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yang
sakit dulu ditukarkan oleh Allah dengan tubuh yang baru. Hilang segala
kesakitan yang dah lebih setahun ditanggung beliau dengan sabar.
Kemudian Saidina Abu Bakar mengatakan “inilah ganjaran yang
besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian para sahabat Nabi yang
mulia pun pergi. Selesai mimpi yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan
terus bangun dan duduk. Kawan –kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat
bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau
bangun berdiri dan Alhamdulillah dengan mudah beliau bangun berdiri dan
berjalan di sekitar bilik.
“Ya Allah penyakit ana dah sembuh”. Semua sahabat yang ada
di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu’’. Dengan tubuh yang ‘baru’ beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya
Allah, kiranya diberikan tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hambaMu
yang bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan”.
Beliau katakan kepada kami: “ Adik-adik, wajarlah para
sahabat nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan nabi. Akak yang diberi
rezeki melihat Nabi tak sampai 5 minit pon dah rasa tak sanggup berpisah dengan
Nabi. Kalau boleh, nak duduk jer di bilik untuk beribadah kepada Allah dan
mengenangkan wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi tanggungjawab
kita di atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang I hati
akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ini walau hanya
sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak
mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang
Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakana :”tak rugi kita bersabar…”
4 comments:
سُبْحَانَ اللّهُ .....
لا الـــــــــه الا الـــــلــــــــة .. مـــحمــــــد رســـــول الــــلـــــة
SubhanAllah....terima kasih berkongsi..terasa rindu sgt kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w
SubhanAllah....terima kasih berkongsi..terasa rindu sgt kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w
SubhanAllah....terima kasih berkongsi..terasa rindu sgt kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Post a Comment