KELUARGA AGAMA DAN PERUBAHAN
disampaikan oleh
MOHAMED HATTA SHAHAROM
Presiden JIM (1999-2001)
MOHAMED HATTA SHAHAROM
Presiden JIM (1999-2001)
pada
Seminar Agenda Keluarga Untuk Perubahan
Seminar Agenda Keluarga Untuk Perubahan
di
Kota Bahru
18-19 Ogos 2000
18-19 Jamadilawal 1421
Kota Bahru
18-19 Ogos 2000
18-19 Jamadilawal 1421
“….aku hanya menginginkan al islah dengan sebaik-baik kekuatanku; dan taufiq yang akan aku perolehi hanya datang daripada Allah; kepada-Nya aku bertawakal; dan kepada-Nya aku kembalikan pandangan.”
(Hud 11: 88)
(Hud 11: 88)
1.0 MUKADIMAH
Keluarga merupakan sebuah institusi kemasyarakatan yang menunjangi perubahan masyarakat. Institusi kekeluargaan berkait langsung dengan konsep kemasyarakatan yang dihayati. Contohnya, di dalam sebuah masyarakat yang tradisional, sistem kekeluargaan juga difahami dan diperkukuhkan secara tradisional. Sebaliknya, semakin banyak keluarga yang menghayati ciri-ciri yang bukan tradisional, semakin cepatlah masyarakat yang ditunjanginya itu meninggalkan cara hidup tradisional.
2.0 YANG TETAP DAN YANG BERUBAH
Apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dalam peranan ahli-ahli keluarga, khususnya bagi kedua-dua suami isteri dan ibu bapa, mestilah dihormati dan dihayati. Ia tidak boleh berubah, kerana perubahan bermakna kehancuran dan kepincangan dalam fungsi kekeluargaan. Ini adalah pendekatan yang ortodoks tetapi tahan diuji zaman terhadap institusi ini.
Prinsip kefungsian kekeluargaan yang tidak berubah inilah yang sebenarnya menjadi asas kekuatan untuk membawa perubahan kepada masyarakat. Semasa menjadi agensi perubahan masyarakat, ia sepatutnya sudah menjadi ejen pengubah untuk ahli-ahlinya sendiri.
Apakah sebenarnya yang mahu diubah? Dan mengapa pula perlu perubahan?
Setiap insan dan keluarganya merupakan kelompok yang sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh perubahan, tidak kira baik atau pun buruk. Sebab itulah jika perubahan ke arah kebaikan tidak diusahakan oleh keluarga yang baik, pastinya perubahan yang buruk akan cepat melanda keluarga itu dalam masyarakat yang terus terdedah kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif era globalisasi ini.
3.0 AGAMA DAN PSIKOTERAPI
Perbincangan tentang keluarga tidak boleh dipisahkan daripada perbincangan tentang terapi keluarga; dan segala isu tentang psikoterapi tidak boleh dipisahkan daripada perbincangan tentang psikoterapi. Sebagai satu proses profesional untuk membantu manusia yang memerlukan pertolongan terapi, ia mempunyai perhubungan yang terus dengan pengamalan psikologi.
Pernyataan berikut mengenai psikologi moden menggambarkan keadaan sebenar pengalaman psikologi di Barat yang tidak mempedulikan prinsip kerohanian dan keagamaan.
Ironically psychology, which comes from the Greek “study of the soul,” stopped studying the soul in this century.
(Istilah psikologi yang datangnya dari istilah Yunani yang bermakna “ilmu kajian tentang jiwa-roh”, telah berhenti mengkaji jiwa-roh pada kurun ini.) (Carney, 1996)1
(Istilah psikologi yang datangnya dari istilah Yunani yang bermakna “ilmu kajian tentang jiwa-roh”, telah berhenti mengkaji jiwa-roh pada kurun ini.) (Carney, 1996)1
Pada kurun ke-20, di Amerika, agama dan psikoterapi berada di dalam keadaan terpisah dan menjadi dua alam yang berlainan. Dalam penulisannya pada tahun 1927, kebencian Sigmund Freud terhadap agama (yang dianggapnya tidak lebih daripada satu ilusi yang membawa keselesaan) telah merupakan suatu pengaruh yang menyebabkan agama dinyahkan daripada teori dan pengamalan psikoterapi.
Sebaliknya Carl Jung (bekas murid Freud yang meninggalkan mazhab gurunya) dalam penulisan-penulisannya pada tahun-tahun 1933 merupakan di antara para pemuka ahli teori dan terapi yang percaya bahawa penyembuhan jiwa manusia memerlukan hubungan kembali dengan roh dan pandangan keagamaan.
Dalam bidang terapi keluarga, Prest dan Keller (1993) mendapati kekurangan di dalam bahan rujukan yang berkaitan dengan pendekatan kerohanian dan keagamaan, seperti juga dalam bidang kesihatan mental yang lebih luas. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa minat terhadap pendekatan kerohanian ini semakin ketara di kalangan ahli-ahli terapi keluarga, walaupun ramai di antara mereka yang tidak mempunyai kemahiran yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, peranan keimanan, sembahyang, meditasi dan upacara-upacara keagamaan mestilah difahami. Usaha untuk menerapkan pendekatan kerohanian di dalam penilaian keluarga perlu mengambil kira beberapa panduan seperti berikut:
- Sepenting manakah sokongan keimanan, amalan agama dan sokongan berjemaah di dalam kehidupan klien?
- Ke tahap manakah ahli-ahli keluarga menghayati sesuatu orientasi kerohanian dan keagamaan. Bagaimanakah perbezaan di kalangan mereka dikendalikan dan diterima?
- Bagaimanakah perbezaan agama di dalam sebuah perkahwinan dan keluarga menjana ketegangan, konflik dan perpisahan?
- Jika wujud perkahwinan di antara dua peribadi yang berlainan agama, adakah ia disokongi oleh kedua-dua buah keluarga? Adakah kekesalan menyusul?
- Apakah konsep klien tentang perkahwinan dan keluarga yang ideal?
- Bagaimanakah mereka melihat masa depan mereka di sudut pencapaian kerohanian yang diingini?
- Bagaimanakah kepercayaan kerohanian selama ini menyumbang ke arah penyelesaian atau menyekat perkembangan yang diperlukan?
- Bagaimanakah dugaan kehidupan mengesani penghayatan kerohanian?
- Bagaimanakah sumber kerohanian dapat digunakan ke arah penyelesaian masalah dan menyedarkan klien tentang apa yang tidak dapat diubah.2
4.0 AHLI TERAPI ISLAM
Dalam dua dasawarsa kebelakangan ini, di kalangan para ahli terapi beragama Islam, semakin ramai yang berminat dengan sikap yang bersungguh-sungguh untuk menghayati cara-cara terapi Islam.3 Ini merupakan petanda yang amat baik bagi umat ini, walaupun pencapaian profesionalisme dalam usaha ini masih memerlukan pembaikan. Ini sudah pasti merangkumi pelbagai jenis terapi termasuk terapi keluarga.
5.0 KELUARGA BARU
Contoh perubahan besar yang dilakukan oleh sesebuah keluarga atau seorang individu ialah apabila agama lama ditinggalkan. Mereka yang bertukar agama mengalami perubahan hidup yang mencabar. Usaha menukar agama merupakan fenomena yang sensitif bagi ramai manusia. Kesensitifan ini boleh membawa kepada tekanan jiwa yang sukar ditanggungi jika individu berkenaan tidak mempunyai ketahanan diri yang ampuh.
Dalam Islam, perubahan agama membawa harapan yang tinggi. Bagi mereka yang membuat kebaikan sebelum Islam, hadis Baginda s.a.w. tentangnya amat relevan.
Telah berkata Hakiim bin Hizaam:
“Wahai Rasulullah, apakah fikiranmu tentang perbuatan-perbuatan baik yang telah aku lakukan pada zaman jahiliah seperti melakukan kebaikan kepada saudara-mara, memerdekakan hamba dan memberi sedekah; adakah aku akan menerima pahla kerananya itu?”
Berkata Hakiim, Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Kamu menjadi Muslim bersama-sama amalan baikmu (Aslamta ‘alaa maa salafa min khairin).”4
“Wahai Rasulullah, apakah fikiranmu tentang perbuatan-perbuatan baik yang telah aku lakukan pada zaman jahiliah seperti melakukan kebaikan kepada saudara-mara, memerdekakan hamba dan memberi sedekah; adakah aku akan menerima pahla kerananya itu?”
Berkata Hakiim, Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Kamu menjadi Muslim bersama-sama amalan baikmu (Aslamta ‘alaa maa salafa min khairin).”4
6.0KELUARGA TANPA KEBAHAGIAAN
Untuk menjana perubahan yang positif, sebuah keluarga mestilah mempunyai kebahagiaan. Kerana kebahagiaan adalah manifestasi kerukunan rumahtangga. Kebahagiaan juga mencerminkan keimanan yang subur melata dalam jiwa ahli-ahli keluarga. Bersekali dengan kebahagiaan ialah keredaan dalam tugas-tugas kekeluargaan yang membina yang nanti akan diterjemahkan ke dalam masyarakat sebagai usaha-usaha positif juga.
Namun, lembaran-lembaran sejarah manusia sarat dengan kisah-kisah keluarga yang tidak bahagia. Pada asasnya, amatlah sukar untuk keluarga-keluarga seperti ini menjadi ejen perubahan ke arah kebaikan yang berwibawa.
Seringkali didapati dari kalangan keluarga-keluarga yang tidak bahagia, ahli-ahli yang sukar berhubung baik dengan orang lain. Terdapat di dalamnya individu-individu yang ego-centric dan narcissistic yang hanya mementingkan dirinya saja. Dalam tindakan mereka seharian hemah diri tidak terserlah di dalam interaksi dengan masyarakat. Mereka mudah pula melakukan tindakan-tindakan yang merugikan masyarakat tanpa diri merasa malu atau bersalah.
Mereka hilang rasa malu, tepat seperti apa yang disabdakan oleh Nabi tercinta s.a.w.
Abu Mas‘ud ‘Uqbah bin ‘Amru Al Anshari Al Badri r.a. telah berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.””
(Al Bukhari)5
“Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.””
(Al Bukhari)5
7.0PROLOG
Persiapan untuk memainkan peranan mengubah ke arah kemuliaan akhlak dan kebaikan amal ini mestilah bermula dari sekarang. Ia tidak boleh dilengah-lengahkan. Biarlah usaha itu dilakukan secara perlahan-lahan tetapi perkembangannya pasti dan meyakinkan; sedikit-sedikit menjadi bukit. Kalau hendak ditangguh kemudian apabila diri mempunyai masa yang lebih selesa dan tidak diisi aktiviti yang menyebokkan, fikirkanlah hikmah madah seorang penyair Arab:
Famaa qadhaa ahadun lubaanatahu
Wa ma’ntahaa arabun illaa ilaa arabi
(Tidak pernah selesai keperluan manusia dari dunianya,
melainkan bila selesai yang satu berpindah pula kepada yang lain.)6
Wa ma’ntahaa arabun illaa ilaa arabi
(Tidak pernah selesai keperluan manusia dari dunianya,
melainkan bila selesai yang satu berpindah pula kepada yang lain.)6
8.0 DOA PENUTUP
Dan tidaklah mereka berkata melainkan: “Tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami dan apa saja yang kami lakukan yang melampaui tanggungjawab kami; tetapkan pendirian kami, dan tolonglah kami berdepan dengan mereka yang kufur.”
(Aali ‘Imraan 3: 147)
(Aali ‘Imraan 3: 147)
1 Richard C. Schwatrz Releasing the soul: psychotherapy as a spiritual practice. Dalam Froma Walsh, ed. Spiritual resources in family therapy. New York, Guilford, 1999: 228.
2 Froma Welsh. Opening family therapy to spirituality. Dalam Froma Walsh, ed. Spiritual resources in family therapy. New York, Guilford, 1999: 29-36.
3 Amber Haque. Psychology and religion: their relationship and integration from an Islamic perspective. The American Journal of Islamic Social Sciences, 1998, No. 4: 98-116.
4 Sahih Al-Bukhari (Arabic-English) translation by Muhammad Muhsin Khan. Islamic University, Medina Al-Munauwara, 1975, hal. 15-16 (Kitab Al Adab, hadits no. 21).
5 Mustafa Abdul Rahman (penterjemah). Hadits Empat Puluh, Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur, 1988, hal. 248.
6 Imam Ghazali (alihbahasa: Saiyid Ahmad Semait). Bimbingan mukminin. Pustaka Nasional, Singapura, 1989, hal. 868.
No comments:
Post a Comment